KEMAS Daerah Pendang

KEMAS Daerah Pendang Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from KEMAS Daerah Pendang, Media/News Company, Kampong Pendang.

   Jom pakat tengok video Pintar Botani Kampung Bemban, Kubang Pasu Kedah di TikTok KEMAS OFFICIAL dan pakat-pakat ❤️ vi...
22/04/2025

Jom pakat tengok video Pintar Botani Kampung Bemban, Kubang Pasu Kedah di TikTok KEMAS OFFICIAL dan pakat-pakat ❤️ video dan Repost video TikTok tersebut.

2544 likes, 273 comments. “ANUGERAH PINTAR BOTANI TABIKA KEMAS PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2024 TABIKA KEMAS Kampung Bemban, Kedah”

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐒𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓PENDANG | 16 JANUARI 2025Seramai 385...
16/01/2025

𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐀𝐏𝐑𝐄𝐒𝐈𝐀𝐒𝐈 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀 𝐃𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐒𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐏𝐀𝐑𝐋𝐈𝐌𝐄𝐍 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

PENDANG | 16 JANUARI 2025

Seramai 385 kanak-kanak 4 & 6 tahun terdiri daripada 351 kanak-kanak TABIKA KEMAS Parlimen Pendang dan seramai 34 kanak-kanak TASKA KEMAS Parlimen Pendang hari ini diraikan dengan penyampaian sijil dan cenderahati di Majlis Apresiasi Kanak-Kanak TABIKA Dan TASKA KEMAS Parlimen Pendang bagi Tahun 2024/2025 yang diadakan di Dewan Ibrahim Sofiah , Bukit Sekechong , Pendang .

Majlis Apresiasi ini diadakan sebagai pengiktirafan dan penghargaan kepada kanak-kanak TABIKA dan TASKA yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam pelbagai aspek dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum sepanjang mereka di TABIKA dan TASKA KEMAS.

Ucapan aluan oleh Encik Baharudin Bin Ahmad , Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Negeri Kedah .

Ucapan dan Perasmian Majlis disempurnakan oleh Ybhg Dato’ Hjh Suraya Binti Yaacob selaku Pengerusi Jawatankuasa Aktiviti KEMAS Parlimen Pendang .

Ybhg Dato’ Hjh Suraya Binti Yaacob dan Encik Baharudin Bin Ahmad seterusnya berbesar hati menyampaikan sijil dan cenderahati kepada kanak-kanak TABIKA dan TASKA yang terlibat sambil diiringi oleh Pn. Rohaliza Binti Johar Pegawai KEMAS Daerah Pendang dan Encik Shazali Binti Shaari Penyelia Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Desa.

Terima kasih yang tak terhingga atas kehadiran ibu bapa dan waris bagi memeriahkan majlis hari ini. Selamat maju jaya kepada anak-anak yang akan ke Tahun 1 nanti.

Tahniah dan syabas kepada Puan Suhana Binti Sulaiman Penolong Pegawai Pendidikan Awal Kanak-kanak KEMAS Parlimen Pendang, barisan jawatankuasa program dan seluruh unit pra sekolah KEMAS Parlimen Pendang yang bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan Majlis Apresiasi ini berjalan dengan lancar dan jayanya.











06/06/2022
https://www.facebook.com/100064638854115/posts/329959239168702/
13/03/2022

https://www.facebook.com/100064638854115/posts/329959239168702/

Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan kepada Puan Mazida binti Basor, johan Kategori Inovasi dan Amalan Terbaik PdPR TASKA dan Kumpulan Go Green; En. Mohammad Muis bin Kajang, Puan Erdayani binti Abdul Hamid dan Puan Shuhada binti Saad mendapat tempat ketiga bagi Kategori Inovasi Gamifikasi TABIKA dalam Anugerah Inovasi dan Multimedia Pendidikan Awal Kanak-kanak (AIMPAK) Peringkat Kebangsaan Tahun 2021.

Teruskan berinovasi dan meningkatkan mutu pendidikan negara.

Ikhlas daripada,
Pengarah dan seluruh warga kerja KEMAS Negeri Kedah




https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=324182539746372&id=100064638854115
04/03/2022

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=324182539746372&id=100064638854115

𝐒𝐄𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐔𝐓𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐌𝐔𝐃𝐔𝐆𝐀 𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐒𝐈𝐉𝐈𝐋 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐈𝐃𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐀𝐖𝐀𝐋 𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊-𝐊𝐀𝐍𝐀𝐊 (𝐒𝐏𝐀𝐊) 𝐓𝐀𝐁𝐈𝐊𝐀/𝐓𝐀𝐒𝐊𝐀 𝐊𝐄𝐌𝐀𝐒 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟐

Semakan status keputusan permohonan tawaran berikut boleh dibuat melalui akaun pemohon dalam talian di kis.kemas.gov.my mulai 3 Mac 2022.

Bagi calon yang status berjaya temuduga, tuan/puan akan dihubungi oleh pihak KEMAS dan surat tawaran akan diemel untuk urusan selanjutnya.

Bagi calon berstatus simpanan, tempoh sah laku adalah sehingga 31 Disember 2022.

Sekian, harap maklum dan terima kasih.

https://www.facebook.com/100064704339388/posts/271255965041213/
02/12/2021

https://www.facebook.com/100064704339388/posts/271255965041213/

SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 1 TAHUN 2021:
PEMAKAIAN PAKAIAN BATIK MALAYSIA BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
bertarikh 1 Disember 2021

Semua Pegawai Awam digalakkan untuk memakai Baju Batik Malaysia pada hari Khamis & di majlis rasmi dalam dan luar negara.

Pautan : https://bit.ly/3EbgmxJ




Jabatan Perdana Menteri
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
Jabatan Penerangan Malaysia
Institut Tadbiran Awam Negara

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=260548772776416&id=100064638854115
19/11/2021

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=260548772776416&id=100064638854115

Mari sama-sama saksikan Sesi Bual Bicara Bersama Usahawan dan Selebriti Jemputan sempena PROGRAM WANITA INSPIRASIKU (WINS)

USAHAWAN DESA BANGKIT

Pada: 20 November 2021/ Sabtu
Jam: 9.00 pagi

Secara langsung menerusi Facebook Buletin KEMAS Kedah

Menampilkan:

Panel 1:
Datuk Rosyam Nor
Selebriti dan Usahawan

Panel 2:
Pn. Jalwani Fairuz binti Abd Razak
Pengurus JNR Warisan Enterprise

Moderator:
Tn. Noor Azman bin Abd Rahman
Pengarah KEMAS Negeri Kedah

Ayuh, kita luangkan masa mendengar pelbagai input menarik yang bakal dikongsikan esok.




https://www.facebook.com/100064638854115/posts/249443940553566/
02/11/2021

https://www.facebook.com/100064638854115/posts/249443940553566/

Salam Takziah

Telah kembali ke rahmatullah Allahyarham Ustaz Ahmad Sabri bin Hamid, Pembantu Pembangunan Masyarakat Kanan Pembangunan Masyarakat (Penyelia Bina Insan) Parlimen Baling pada 2 November 2021 bersamaan 26 Ramadilawal 1443H.

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman. Dan semoga Allah mengurniakan kekuatan dan ketabahan kepada keluarga dan yang mengenali Allahyarham dalam menghadapi ujian ini.

"𝘠𝘢 𝘈𝘭𝘭𝘢𝘩, 𝘢𝘮𝘱𝘶𝘯𝘪 𝘥𝘢𝘯 𝘳𝘢𝘩𝘮𝘢𝘵𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢. 𝘚𝘦𝘭𝘢𝘮𝘢𝘵𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘯 𝘮𝘢𝘢𝘧𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢. 𝘉𝘦𝘳𝘪𝘬𝘢𝘯 𝘬𝘦𝘩𝘰𝘳𝘮𝘢𝘵𝘢𝘯 𝘶𝘯𝘵𝘶𝘬𝘯𝘺𝘢, 𝘭𝘶𝘢𝘴𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘵𝘦𝘮𝘱𝘢𝘵 𝘮𝘢𝘴𝘶𝘬𝘯𝘺𝘢. 𝘔𝘢𝘯𝘥𝘪𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘦𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘢𝘪𝘳 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘫𝘦𝘳𝘯𝘪𝘩 𝘭𝘢𝘨𝘪 𝘴𝘦𝘫𝘶𝘬. 𝘉𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘦𝘴𝘢𝘭𝘢𝘩𝘢𝘯 𝘴𝘦𝘣𝘢𝘨𝘢𝘪𝘮𝘢𝘯𝘢 𝘌𝘯𝘨𝘬𝘢𝘶 𝘣𝘦𝘳𝘴𝘪𝘩𝘬𝘢𝘯 𝘣𝘢𝘫𝘶 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘱𝘶𝘵𝘪𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘬𝘰𝘵𝘰𝘳𝘢𝘯. 𝘎𝘢𝘯𝘵𝘪𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘣𝘢𝘨𝘪𝘯𝘺𝘢 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘳𝘶𝘮𝘢𝘩𝘯𝘺𝘢, 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯 𝘺𝘢𝘯𝘨 𝘭𝘦𝘣𝘪𝘩 𝘣𝘢𝘪𝘬 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘱𝘢𝘴𝘢𝘯𝘨𝘢𝘯𝘯𝘺𝘢 (𝘥𝘪 𝘥𝘶𝘯𝘪𝘢). 𝘔𝘢𝘴𝘶𝘬𝘬𝘢𝘯𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘪𝘢 𝘬𝘦 𝘥𝘢𝘭𝘢𝘮 𝘴𝘺𝘶𝘳𝘨𝘢, 𝘭𝘪𝘯𝘥𝘶𝘯𝘨𝘪𝘭𝘢𝘩 𝘥𝘢𝘳𝘪 𝘢𝘻𝘢𝘣 𝘬𝘶𝘣𝘶𝘳 𝘥𝘢𝘯 𝘢𝘻𝘢𝘣 𝘯𝘦𝘳𝘢𝘬𝘢."

Aamiin Ya Rabbal 'Alamin

Address

Kampong Pendang

Telephone

04 759 6097

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KEMAS Daerah Pendang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to KEMAS Daerah Pendang:

Share