Kelab Sukan & Kebajikan JKR Setiu

Kelab Sukan & Kebajikan JKR Setiu Akaun rasmi Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Setiu Terengganu .

06/06/2025

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M kepada seluruh umat islam.

Semoga pengorbanan yang dilakukan diterima Allah SWT dan menjadi lambang keikhlasan serta ketakwaan kita kepada-Nya. Mari kita hayati makna sebenar Aidiladha dengan mempererat silaturrahim, memperbanyak amal, dan membantu yang memerlukan.

Ikhlas daripada : Jurutera Daerah & Seluruh Warga JKR Daerah Setiu.




Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) JKR Terengganu

16/05/2025

16 MEI 2025 I JUMAAT

Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik di daerah Setiu dan di seluruh negara.

Tema tahun ini, “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan” amat bertepatan dalam mengiktiraf peranan besar guru sebagai penyuluh ilmu dan pembina jati diri generasi akan datang.

Terima kasih atas segala jasa yang telah dicurahkan dalam membimbing anak bangsa tanpa mengenal penat lelah. Keikhlasan seorang guru bukan sekadar mencurah ilmu, tapi juga menanam nilai dan harapan untuk masa depan negara.

Ikhlas daripada : Jurutera Daerah & Seluruh Warga JKR Daerah Setiu.




Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) JKR Terengganu

15 MEI 2025   I   KHAMISMesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Setiu pada 15 Mei 2025. Antara agenda yang di...
15/05/2025

15 MEI 2025 I KHAMIS

Mesyuarat Agong Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Setiu pada 15 Mei 2025. Antara agenda yang dibincangkan adalah pengundian dan penubuhan AJK baharu untuk sesi 2025/2027.

Tahniah di atas perlantikan sebagai AJK KSK untuk sesi ini, semoga amanah yang diberikan dapat membawa perubahan yang positif bagi KSK JKR Daerah Setiu.


30/04/2025

Selamat Menyambut Hari Pekerja kepada semua yang bekerja tidak kira walau apa pun bidang yang anda ceburi.

'𝐏𝐞𝐤𝐞𝐫𝐣𝐚 𝐊𝐄𝐒𝐔𝐌𝐀 𝐁𝐚𝐧𝐠𝐬𝐚' dipilih sebagai tema Hari Pekerja tahun ini seiring dengan inisiatif Kerajaan melahirkan modal insan yang mempunyai ciri kebudayaan, nilai dan aspirasi untuk meneroka bidang baharu serta berdaya saing.

Ikhlas daripada : Jurutera Daerah & Seluruh Warga JKR Daerah Setiu.




Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) JKR Terengganu

20 MAC 2025   I   KHAMISSekitar Program Ceramah Ihya’ Ramadan serta Solat Zohor Berjemaah yang disampaikan dan diimankan...
20/03/2025

20 MAC 2025 I KHAMIS

Sekitar Program Ceramah Ihya’ Ramadan serta Solat Zohor Berjemaah yang disampaikan dan diimankan oleh Ustaz Mohd Zaini bin Shaharuddin. Turut dihadiri Tuan Jurutera Daerah serta kakitangan JKR Setiu.

Terima kasih atas penyertaan semua. Semoga majlis ini membawa manfaat dan keberkatan buat kita semua.

Anjuran : Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Setiu.


13 MAC 2025   I   KHAMISSekitar Program Ceramah Ihya’ Ramadan serta Solat Zohor Berjemaah yang disampaikan dan diimankan...
13/03/2025

13 MAC 2025 I KHAMIS

Sekitar Program Ceramah Ihya’ Ramadan serta Solat Zohor Berjemaah yang disampaikan dan diimankan oleh Ustaz Muhammad Afif bin Mohd Badrol.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberi sokongan. Semoga perkongsian ilmu hari ini memberi manfaat dan menyemarakkan semangat kita dalam menyambut Ramadan.

Anjuran : Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Setiu.


6 MAC 2025   I   KHAMISSekitar Program Ceramah Ihya’ Ramadan serta Solat Zohor Berjemaah yang disampaikan dan diimankan ...
06/03/2025

6 MAC 2025 I KHAMIS

Sekitar Program Ceramah Ihya’ Ramadan serta Solat Zohor Berjemaah yang disampaikan dan diimankan oleh Ustaz Baharom bin Che Yasin. Turut dihadiri oleh Tuan Jurutera Daerah, Jurutera Bangunan serta Kakitangan JKR Daerah Setiu.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan menjayakan majlis ini. Semoga setiap ilmu dan amalan yang diperoleh menjadi bekal berharga dalam menyambut Ramadan yang mulia.

Anjuran : Kelab Sukan & Kebajikan JKR Daerah Setiu.


26/01/2025

🌙 Salam Israk Mikraj 27 Rejab 1446H 🌙

Marilah kita menghayati peristiwa agung ini sebagai inspirasi untuk memperkukuhkan keimanan, memperbaiki diri, dan mempererat ukhuwah sesama insan. Semoga kita terus istiqamah di jalan yang diredhai-Nya. 🤲✨

Ikhlas daripada : Jurutera Daerah & Seluruh Warga JKR Daerah Setiu.



Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department ) JKR Terengganu

14/01/2025

Dengan segala hormatnya, kami mengucapkan Selamat Datang dan Selamat Bertugas kepada Ir. Ts Khairuluzma bin Zukifli sebagai Jurutera Daerah JKR Daerah Setiu. Semoga dengan pengalaman dan kepakaran yang dimiliki, tuan dapat memimpin pasukan dengan penuh dedikasi dan memberikan sumbangan yang besar dalam pembangunan infrastruktur di daerah Setiu. Kami percaya, dengan bimbingan tuan, JKR Daerah Setiu akan terus maju dan memberi impak positif kepada masyarakat setempat.

Selamat menjalankan tugas dengan jayanya!

- Ikhlas daripada Warga JKR Daerah Setiu.

31/12/2024

𝗦𝗔𝗟𝗔𝗠 𝟭 𝗥𝗘𝗝𝗔𝗕 & 𝗦𝗘𝗟𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗕𝗔𝗥𝗨 𝟮𝟬𝟮𝟱

Semoga tahun ini membawa keberkatan dan kejayaan buat semua. Moga kita semua diberi kekuatan untuk terus maju kehadapan.

اللَّهُمَّ بَارِك لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلَّغْنَا رَمَضَانَ

"Ya Allah, berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Syaaban, serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan."

Semoga doa ini menyertai setiap langkah kita menuju hari-hari yang lebih baik.

Ikhlas daripada : Jurutera Daerah & Seluruh Warga JKR Daerah Setiu.

15/09/2024

Selamat Menyambut Hari Malaysia 2024 kepada seluruh rakyat Malaysia. Ikhlas daripada Jurutera Daerah & Seluruh Warga JKR Daerah Setiu.

🇲🇾 16 SEPTEMBER 2024 🇲🇾

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )JKR Terengganu

15/09/2024

Salam Maulidur Rasul 1446H/2024M daripada Jurutera Daerah & Seluruh Warga JKR Setiu kepada semua umat Islam di Malaysia.

Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )JKR Terengganu

Address

Kampong Permaisuri
22100

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Sukan & Kebajikan JKR Setiu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Sukan & Kebajikan JKR Setiu:

Share