20/06/2025
Tuan Muhammad Adham.
Tercampak keluar daripada bas sewaktu kejadian.
Apabila sedar, tangan sebelah kiri terkulai.
Beliau diheret ke tempat selamat oleh pengguna JRTB.
Ibu dan ayahnya adalah OKU.
Ayahnya bekerja sebagai tukang urut.
Beliau merupakan anak bongsu dari 3 beradik.
Bekas pelajar SMK Putra.
Kebanggaan sekolah dan juga kebanggaan keluarganya.
Seminggu di rawat di Hospital Taiping, pertubuhan kami uruskan proses discaj dan bawa balik ke Besut.
Dari waktu kejadian hingga dibenarkan keluar wad, langsung tak berjumpa kedua orang tuanya kerana ibunya juga dimasukkan ke Hospital Besut manakala ayahnya sukar bergerak kerana cacat pada bahagian kaki.
Apabila sampai di Besut,terus menziarahi ibunya di dalam Wad Hospital Besut.
Hanya doa yang mampu dikirimkan oleh ibu dan bapanya sepanjang beliau berada di Taiping.
Sekarang Tuan Adham dalam proses penyembuhan.
Ulang alik ke Hospital Besut untuk fisioterapi.
Bapa saudaranya Tuan Adli yang banyak membantu keluarga ini.
Dialah yang bergegas ke Taiping pada hari kejadian.
Seawal 8 pagi beliau mula menghubungi saya pada hari kejadian.
Tuan Adham berada di Red Zone pada ketika itu.
Alhamdulillah apabila beliau sampai di hospital, beliau lega kerana Tuan Adham terselamat dalam insiden tersebut.
Jika ada yang nak memberi sumbangan, terus ke akaun Tuan Muhammad Adham.
13035020925516 (Bank Islam).
QR saya lampirkan pada ruangan komen.
Untuk location rumah, boleh terus hubungi bapa saudaranya di talian 0139757896.
P/s : Sumbangan pertubuhan kami pada Tuan Adham adalah menguruskan proses bawa pulang ke Besut dan beri pinjam katil medical bed.
Semuanya percuma tanpa sebarang caj.