
21/08/2025
Uishh, tiba-tiba macam di hutan kan 🍃
Tenang rasanya, tu sebab tema tahun ni kami di hutan rimba geng - memperkenalkan PTPTN Esports Challenge 2025!
Tahun ini merupakan tahun ketiga esports dijalankan dengan sebanyak RM16,250 hadiah terkumpul ditawarkan bagi pertandingan Mobile Legends: Bang Bang. Pecahannya…
🥇 Juara: RM5,000
🥈 Naib Juara: RM3,750
🥉 Tempat Ketiga: RM2,500
🏅 Tempat Keempat: RM1,200
🏅 Tempat Ke 5-8: RM450 per pasukan
🏅 Tempat Ke 9-16: RM250 per pasukan
Dapat tempat keenam belas pun sudah boleh menang, sungguh shiok fuhh!
Peringkat Kelayakan :
📆 20 September 2025 (Sabtu)
🕘 9.00 pagi - 5.30 petang
📍MSU Shah Alam
Peringkat Akhir:
📆 27 September 2025
🕟 4.30 petang - 6.00 petang
📍 Central i-City, Shah Alam
Dua peringkat akan diadakan dimana semua pasukan akan bertarung di MSU bagi saringan, dimana selepas itu pasukan Top 2 akan sambung peringkat akhir di Central i-City p**a minggu seterusnya.
Bagi pengetahuan semua, pertandingan ini dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi memeriahkan lagi sambutan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2025 sekaligus dapat memupuk bakat dan kemahiran sukan elektronik dalam pasukan.
Bagaimana untuk mendaftar?
Langkah #1
• Kapten perlu mendaftar akaun Simpan SSPN (Prime atau Plus) DAN deposit minimum RM50 ke akaun tersebut. (Bagi yang dah ada akaun, boleh deposit ke akaun sedia ada) - Minimum 1 akaun bagi setiap pasukan.
Langkah #2
- Screenshot resit transaksi deposit tersebut (minimum RM50)
Langkah #3
- Upload bukti transaksi di Google Form.
Itu sahaja! Sangat laju dan mudah, bukan?
Pendaftaran 👇👇👇
www.ptptn.gov.my/BMS2025/ptptn-esports-challenge-2025/
Tak pernah sertai pertandingan? Bagi pertanyaan format, boleh hubungi Puan Mieyda (017-215 7431) untuk maklumat lanjut.
Tunggu apa lagi? Cepat daftar sekarang sebelum penuh! LETSGOOOOOO!