MamaTiera Creation's

MamaTiera Creation's Berkongsi resepi2 idea dan tips simple dan mudah untok kawan2 yang sama minat memasak

Kuih kegemaran saya  iaitu kuih keria ,kuih kasturi dn cekodok pisang.Lembut2 kuihnya,kena pulak dengan secawan kopi pan...
24/07/2025

Kuih kegemaran saya iaitu kuih keria ,kuih kasturi dn cekodok pisang.Lembut2 kuihnya,kena pulak dengan secawan kopi panas.Erm nikmatnya.

Apam Gula HangusBuat gula hangus1 cawan gula1 cawan air panas2 sudu besar majerin11/2 tepong gandum1tsp baking soda1 tap...
17/07/2025

Apam Gula Hangus

Buat gula hangus
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar majerin

11/2 tepong gandum
1tsp baking soda
1 tap baking powder
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar susu pekat
2 biji telor
Esen vanila

Caranya
-Cairkan 1 cawan gula dengan api pelahan sehingga kecoklatan,tuang air panas,kacau rata dan mas**an majerin.Tepikan
-Pukul telur & susu pekat dalam mangkuk hingga sebati.
-Masukkan minyak,esen vanila dan tepong gandum (ayak dulu bersama soda bikarbonat dan baking powder )kacau rata.
- Masukkan gula hangus suam kacau sebati dan tapis.
-Tuang aduan 3/4 dalam acuan kecil (sapukan minyak sikit)
-Kukus 15–20 minit api sederhana.

*Tutup penutup kukusan dengan kain untuk elak wap jatuh atas apam

Selamat Mencuba


Sup Sayur Simple Dan Sedap.Kalau makan sup sayur macam  ini ada sambal belacan dan ikan kering kapak ,sedapnya.
12/07/2025

Sup Sayur Simple Dan Sedap.Kalau makan sup sayur macam ini ada sambal belacan dan ikan kering kapak ,sedapnya.

Puding Calit Tutti FruitiPuding Calit Tutti Fruiti-Bahan-bahan (untuk 25–30 bekas kecil)Bahan A- 10g serbuk agar-agar (w...
06/07/2025

Puding Calit Tutti Fruiti

Puding Calit Tutti Fruiti
-Bahan-bahan (untuk 25–30 bekas kecil)
Bahan A
- 10g serbuk agar-agar (warna plain)
- 1 tin susu cair
- 3 tin air
- 1 tin susu full cream
- 1 tin susu pekat manis
- 2 sudu besar tepung kastard
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 cawan gula pasir * (boleh kurangkan jika tak s**a manis)
*Sukat guna tin susu yang sama
Bahan ini dimasak bersama

- Bahan B
Filling buah: kiwi, blueberry & mangga (boleh beli di kedai bahan
-Lorekkan atau calitkan filling buah* di tepi bekas acuan. Biarkan seketika.

Cara membuatnya
-Masukkan semua bahan A ke dalam periuk. Masak atas api sederhana hingga mendidih.
- Sejukkan sedikit campuran agar-agar tadi.( sejukkan sebentar)
-Tuang ke dalam bekas acuan yang telah dilorekkan dengan filling.
-Biarkan puding mengeras dan simpan dalam peti sejuk.
- Bila dah sejuk, sedia untuk dinikmati.

Selamat Mencuba

Sedapnya panas2ni minum cendol lagak pulak durian dan pulut,fuhh halus je masuk tekak😬.Sape s**a makan cendol durian kit...
04/07/2025

Sedapnya panas2ni minum cendol lagak pulak durian dan pulut,fuhh halus je masuk tekak😬.Sape s**a
makan cendol durian kita serupa🤗

Belebat pisang atau lepat pisang sedap sangat kalau makan bersama secawan kopi panas.Lepat Pisang10 biji pisang(tak kisa...
29/06/2025

Belebat pisang atau lepat pisang sedap sangat kalau makan bersama secawan kopi panas.

Lepat Pisang
10 biji pisang(tak kisah pisang jenis apa)
2 -3 sb brown sugar/gula pasir
1/2 st garam
2 sb tepong beras
1 -2 cawan tepong gandum
1/2 cawan kelapa parut
4 sb santan pekat

Caranya
- Lenyek haluskan pisang
- Masukkan semua bahan kecuali tepong kedalam bekas ,kacau rata
- Masukkan tepong dan kacau2 sehingga betul2 rata
-Layurkan daun pisang dan gunting sesuai saiz.
-Bungkuskan lepat sesuai selera nk besar mana
-Kukus sehingga masak dalam -+35 mint
- Bila dah masak,siap untuk di hidangkan
- Selamat Mencuba

Sedapnya nangka masak lemak macam ni ,makan nasi bersama ikan kering kapak aish sedapnya.
20/06/2025

Sedapnya nangka masak lemak macam ni ,makan nasi bersama ikan kering kapak aish sedapnya.

Daun ketumbar jawa ni sedap kalau masak tomyam letak daun ni,bau harum dia tu memang semerbak.
19/06/2025

Daun ketumbar jawa ni sedap kalau masak tomyam letak daun ni,bau harum dia tu memang semerbak.

Resepi Asam Pedas Ikan Kaci Bahan-bahan: • 1 ekor ikan kaci (dibersihkan & dipotong) • 2-3 sudu besar minyak masak • 1 t...
04/06/2025

Resepi Asam Pedas Ikan Kaci
Bahan-bahan:
• 1 ekor ikan kaci (dibersihkan & dipotong)
• 2-3 sudu besar minyak masak
• 1 tangkai bunga kantan (dibelah dua)
• 1 sudu besar air asam jawa
• 2 cawan air
• Garam dan serbuk perasa

Bahan Kisar:
• 2 senduk lada kering kisar
• 7 ulas bawang rose
• 6 ulas bawang putih
• 1 inci halia
• 1 inci kunyit hidup (atau 1/2 sudu kecil serbuk kunyit)
• 1 sudu kecil belacan ( jika s**a)
Cara Memasak:
1. Tumis bawang kecil mayang hingga wangi.
2. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga naik bau dan pecah minyak (penting untuk rasa mantap).
3. Masukkan serai garam dan serbuk perasa
4. Tuang air dan air asam
5. Masukkan ikan kaci, kecilkan api dan reneh selama 7-10 minit (jangan biar ikan hancur).masukkan sekali bunga kantan dan daun kesom
6. Tambah terong atau bendi
7. Masak hingga kuah sedikit pekat dan ikan masak. Siap untok di hidangkan

Hari ni kita makan salad sayuran campur,sedapnya.
29/05/2025

Hari ni kita makan salad sayuran campur,sedapnya.

Kerabu Mangga  2 biji mangga muda (dihiris halus) 1 batang lobak merah (jika s**a, dihiris halus) 1 biji bawang besar me...
19/05/2025

Kerabu Mangga

2 biji mangga muda (dihiris halus)
1 batang lobak merah (jika s**a, dihiris halus)
1 biji bawang besar merah (dihiris nipis)
5 biji cili padi (dipotong kecil)
1-2 biji cili merah besar (dihiris)
1 sudu besar udang kering (direndam & ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos ikan
1 sudu besar air limau nipis atau limau kasturi
1 sudu kecil gula (lebihkan jika s**a manis)
Garam secukup rasa
Sedikit daun ketumbar atau daun pudina (jika s**a)
Kacang tanah goreng tumbuk (untuk taburan)

Cara-cara:
-Campurkan mangga, lobak merah, bawang, cili padi, cili besar dan udang kering dalam satu mangkuk besar.
-Masukkan sos ikan, air limau, gula dan garam. Gaul rata. Rasa dan seimbangkan masam, manis, masin dan pedas ikut citarasa.
-Taburkan daun ketumbar dan kacang tumbuk.
-Sedia untuk dihidang – sesuai dimakan sejuk atau suhu bilik.
Selamat Mencuba

Ayam masak merahAyam secukopnya (goreng masak )1 biji bawang besar mayang1 batang serai dititikBahan kisar2 biji bawang ...
16/05/2025

Ayam masak merah
Ayam secukopnya (goreng masak )
1 biji bawang besar mayang
1 batang serai dititik

Bahan kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih
Sedikit halia
Sedikit kunyit (jika s**a)
2 batang serai (hiris halus)
2-3 sm lada kering kisar
2 sm cili sauce
Sedikit perahan limau nipis
Sedikit air
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sedikit gula melaka

Bahan lain
Tomato
Bawang mayang
Lada cili (jika s**a)

Caranya
-Tumiskan bawang mayang dan serai
- Mas**an bahan kisar dan cili kering kisar
-Apabila bahan tumisan pecah minyak,mas**an garam gula dan serbuk perasa
-Mas**an cili sauce dan perahan limau nipis
-Mas**an ayam dan bahan lain
-Kacau rata dan biar mendidih
-Matikan api dan siap untuk dihidangkan.
-Selamat Mencuba

Address

Pasir Gudang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MamaTiera Creation's posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MamaTiera Creation's:

Share