Khairol Najib

Khairol Najib Ketua Angkatan Muda HARAPAN Perak
Ketua Pemuda AMANAH Perak
Ketua AMANAH Kawasan Tanjung Malim

KENYATAAN MEDIAPEMUDA AMANAH PERAKPENDEDAHAN ‘WALKOUT’ RCI DIRANCANG: SAMPAI ISU TABUNG HAJI PUN PN TIPU RAKYAT, SANGGUP...
18/08/2026

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH PERAK

PENDEDAHAN ‘WALKOUT’ RCI DIRANCANG: SAMPAI ISU TABUNG HAJI PUN PN TIPU RAKYAT, SANGGUP BUAT DRAMA DARIPADA PERTAHAN DUIT UMAT ISLAM

Pendedahan Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Rosol Wahid mengenai tindakan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) keluar Dewan ketika Sidang Khas RCI Tabung Haji amat mengejutkan dan tidak boleh dipandang ringan.

Jika benar seperti yang didedahkan Rosol bahawa tindakan tersebut telah dirancang lebih awal atas idea Ketua Pembangkang, Hamzah Zainuddin, maka persoalannya sangat mudah: adakah seluruh rakyat Malaysia selama ini telah diperdayakan dengan satu gimik politik yang dirancang?

Rakyat sebelum ini diberikan gambaran seolah-olah tindakan keluar Dewan itu merupakan bantahan spontan dan berprinsip terhadap perjalanan sidang. Tetapi kini Ahli Parlimen PN sendiri mendedahkan bahawa keputusan untuk tidak berbahas dan melakukan walkout telah dibuat secara kolektif lebih awal.

Lebih mengejutkan, nama beberapa Ahli Parlimen PN sebenarnya telah dihantar untuk mengambil bahagian dalam perbahasan. Namun menurut Rosol, mereka akhirnya akur apabila diarahkan untuk keluar Dewan.

Kalau begitu, untuk apa semua lakonan ini?

Lebih 10 juta pendeposit Tabung Haji menunggu penjelasan mengenai salah urus, kerugian dan apa sebenarnya yang berlaku terhadap amanah mereka. Sidang khas itu sepatutnya menjadi medan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang mencari kebenaran, bertanya, mencabar fakta dan menuntut pertanggungjawaban.

Tetapi PN memilih untuk menjadikan pentas sebesar ini sebagai modal percaturan politik.

Lebih membingungkan apabila Rosol turut mendedahkan Ketua Whip PN, Takiyuddin Hassan telah menghadiri taklimat berkaitan isu tersebut pada malam sebelum sidang berlangsung dan mengetahui perkara yang dibincangkan.

Maknanya, mereka mempunyai maklumat. Mereka mempunyai peluang untuk bersedia. Mereka mempunyai ruang untuk berbahas.

Tetapi mereka memilih untuk keluar.

Pemuda AMANAH Perak amat kesal sekiranya isu sebesar Tabung Haji pun tidak dianggap cukup penting sehingga boleh dijadikan bahan gimik politik.

Ini bukan wang parti politik. Ini bukan wang kerajaan. Di dalam Tabung Haji ada wang petani, nelayan, pesara, pekerja dan jutaan umat Islam yang mengumpul simpanan sedikit demi sedikit dengan impian mahu menunaikan ibadah haji.

Apabila amanah sebesar ini pun sanggup dipolitikkan, kita berhak bertanya apakah lagi yang tidak akan dijadikan modal politik?

Pendedahan ini bukan datang daripada kerajaan atau lawan politik PN. Ia datang daripada Ahli Parlimen PN sendiri yang mengakui tindakan tersebut memberi imej tidak baik kepada mereka dan beliau sendiri tidak mengetahui apakah agenda di sebaliknya.

Justeru, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan perlu tampil memberikan penjelasan terbuka. Siapa yang membuat keputusan? Mengapa Ahli Parlimen yang telah bersedia berbahas diarahkan keluar? Dan paling penting, apakah agenda sebenar di sebalik tindakan tersebut?

Jangan tipu rakyat. Jangan permainkan amanah pendeposit Tabung Haji hanya kerana mahu mencipta satu persembahan politik.

Rakyat tidak meminta lakonan. Rakyat mahu kebenaran.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda AMANAH Perak

Orang Tanjong Malim jemput ke Jualan Rahmah Madani Bergerak di Jalan Ketoyong Tanjong Malim pada 13 Julai 2026(Isnin) 8....
12/07/2026

Orang Tanjong Malim jemput ke Jualan Rahmah Madani Bergerak di Jalan Ketoyong Tanjong Malim pada 13 Julai 2026(Isnin) 8.00 Pagi hingga 1.00 Petang.

06/07/2026

Ada ruang kita perlu bersolidariti bersama kawan-kawan. PRK atau PRN ini adalah medan latihan buat kita dalam persiapan menghadapi PRU. Apabila PRU, kita jaga kawasan masing-masing. Tiada negeri atau kawasan bantu yang akan datang tolong kita. Saya selalu peringat pada diri dan komrad pemuda, manfaatkan PRN Johor ini sebagai latihan lapangan bagi kita semua.






Dari Tanjong Malim untuk   demi Afif Hamid Calon No.2 Pakatan Harapan.
27/06/2026

Dari Tanjong Malim untuk demi Afif Hamid Calon No.2 Pakatan Harapan.

Salam Maal Hijrah.Tahun baharu dalam kalendar Islam. Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya.
17/06/2026

Salam Maal Hijrah.
Tahun baharu dalam kalendar Islam.
Semoga kita sentiasa dalam rahmat dan jagaanNya.

TANJUNG MALIM – Amanah mempertaruhkan masing-masing dua ketua pemuda parti tersebut semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Joh...
13/06/2026

TANJUNG MALIM – Amanah mempertaruhkan masing-masing dua ketua pemuda parti tersebut semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 11 Julai ini dan Negeri Sembilan yang diadakan 1 Ogos nanti.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda Amanah, Khairol Najib Hashim berkata, Ketua Pemuda Amanah Johor iaitu Muhammad Taqiuddin Cheman yang berumur 38 tahun akan bertanding di salah satu Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor.

Sementara itu, Ketua Pemuda Amanah Negeri Sembilan iaitu Mohd. Hanis Alimin berumur 37 tahun akan bertanding di salah satu DUN pada PRN Negeri Sembilan. Pengumuman kedua-dua calon ini akan dimaklumkan oleh Presiden (Datuk Seri Mohamad Sabu) tidak lama lagi temasuk kawasan DUN.

“Kita juga menghantar calon-calon golongan muda lain untuk dipertimbangkan oleh parti pada kedua-dua PRN tersebut. Kombinasi golongan muda dan berpengalaman amat penting pada pilihan raya kali ini,” katanya di sini hari ini.

Katanya, jentera Pemuda Amanah telah bersedia untuk berhadapan dalam kedua-dua PRN tersebut terutama memenangkan calon Pakatan Harapan (PH). – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2026/06/13/amanah-pertaruh-dua-ketua-pemuda-untuk-prn-johor-negeri-sembilan/

KENYATAAN MEDIAPEMUDA AMANAH PERAKPERAK HARI INI STABIL, PN MASIH BELUM SELESAI DENGAN DIRI SENDIRIPemuda AMANAH Perak m...
06/04/2026

KENYATAAN MEDIA
PEMUDA AMANAH PERAK

PERAK HARI INI STABIL, PN MASIH BELUM SELESAI DENGAN DIRI SENDIRI

Pemuda AMANAH Perak merujuk kepada kenyataan Pengerusi Bersatu Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berhubung dakwaan bahawa rakyat kini cenderung untuk menukar kerajaan dan mahukan Perikatan Nasional (PN) kembali mentadbir.

Kenyataan tersebut dilihat lebih bersifat persepsi politik berbanding realiti sebenar yang sedang dinikmati rakyat di negeri Perak hari ini.

Hakikatnya, rakyat ketika ini berada dalam sebuah ekosistem pentadbiran negeri yang stabil di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Kerajaan Perpaduan di Perak telah membuktikan bahawa kerjasama antara pelbagai parti mampu menghasilkan pentadbiran yang matang, berfungsi dan berorientasikan rakyat.

Ekonomi negeri berada pada landasan yang baik, pengurusan kewangan menunjukkan disiplin dengan rekod lebihan bajet, dan pelbagai inisiatif terus dilaksanakan bagi membantu rakyat dalam menghadapi tekanan kos sara hidup.

Lebih penting, pentadbiran negeri hari ini berlangsung tanpa politiking sempit yang menjejaskan fokus kepada rakyat.

Namun dalam masa yang sama, PN sendiri masih berdepan dengan isu dalaman yang belum selesai.

Malah, soal asas seperti penentuan kepimpinan di peringkat negeri juga masih gagal dimuktamadkan, dengan perbezaan pandangan antara parti komponen yang berterusan.

Persoalannya, bagaimana sebuah gabungan yang masih bergelut dengan ketidaksefahaman dalaman boleh meyakinkan rakyat bahawa mereka bersedia untuk mentadbir negeri?

Pemuda AMANAH Perak berpendapat bahawa rakyat hari ini lebih menghargai kestabilan, kecekapan dan kesinambungan dasar, bukan retorik politik yang tidak mencerminkan keadaan sebenar.

Sehubungan itu, sekiranya PN benar-benar ingin mendapatkan semula kepercayaan rakyat, adalah lebih wajar untuk mereka menyelesaikan terlebih dahulu isu dalaman mereka sebelum berbicara soal mengambil alih pentadbiran negeri.

KHAIROL NAJIB HASHIM
Ketua Pemuda AMANAH Perak

Address

Behrang Residen, 13-B, Jalan Residen 1
Kampung Behrang
35950

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khairol Najib posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khairol Najib:

Shortcuts

Share