11/08/2026
BENDANG PERLIS MASIH HIJAU… TAPI SAMPAI BILA? 🌾
Kita lalu bendang hari-hari. Nampak cantik, luas menghijau.
Tapi di sebalik pemandangan itu, pesawah makin susah nak buat untung.
Baja naik. Racun naik. Upah naik. Kos mesin pun naik.
Beras p**a kita makan setiap hari.
Jadi pelik juga… kalau beras sentiasa ada orang beli, kenapa orang yang tanam padi masih susah nak untung?
Pesawah buat kerja dari awal sampai menuai. Selepas itu padi masuk kilang, diproses, dibungkus dan akhirnya sampai kepada kita sebagai beras.
Daripada harga sekampit beras yang kita bayar, berapa sebenarnya pesawah dapat?
Ini yang Perlis kena fikir.
Kalau tanam padi makin tak berbaloi, anak muda tak mahu sambung. Lama-lama sawah terbiar, dijual atau bertukar kegunaan.
Hari ini bendang Perlis masih menghijau.
10 atau 20 tahun lagi, masih adakah bendang ini dalam tangan anak-anak Perlis?
Hampa yang keluarga memang pesawah, cuba habaq…
Tanam padi sekarang masih berbaloi ka? 🌾