31/08/2022
REVIEW AIR FORCE THE MOVIE : SELAGI BERNYAWA
Ambil peluang cuti merdeka harini bawak family layan movie. Jalan cerita ringkas, tak melalut, tiada jiwang2 dan pembawaan watak yang sangat bagus. Watak Hujan, Rock, Tuai, Gaban memang superb👍 watak LEJEN (Dato Adi putra) memang terbaik dan part korbankankan diri tu memang sangat sesuai.. Aset2 TUDM juga ditunjukkan dengan sangat baik, lepas tengok movie baru faham flow sesuatu operasi TUDM itu berlaku, nampak tersusun dan mantap. Cuma bagi aku agak kecewa bila Paco (Johan asaari) yang terlalu beremosi kenangkan arwah anaknya sehingga mendatangkan bahaya pada pasukan..aku pasti, realnya dalam TUDM anggota yang sedemikian tidak dibenarkan join operasi..cuma sebagai nak sedapkan filem sahaja😆
Dari review banyak yang tak puas hati kenapa dinamakan AIR FORCE sebab action di udara hanya 20% dari keseluruhan cerita..
Air force is air force.. paskal is paskal
Jangan buat perbandingan.. tajuk pun kita dh faham.. Team PASKAU..dia nk tunjuk apa yg airforce ada. Part dogfight tu agak kagum..aku sangat setuju dengan review dari Tuan Mejar Fitri, jangan main-main dengan bajet untuk ATM..mereka bersabung nyawa demi negara tercinta..wajib kerajaan memberikan aset2 yang terbaik untuk mereka.
Bagi aku..kalau nak layan jangan bandingkan dengan TOP GUN memang jauh la bezanya..tapi untuk tempatan, sangat jauh KEHADAPAN..SYABAS👍👍
Akhir kata, aku rekemen pada semua untuk ditonton seisi keluarga..ini hanyalah pendapat peribadi aku, lepas tengok nanti sendiri nilaikan😊
31 Ogos 2022
SELAMAT HARI MERDEKA KE 65