Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad

Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad “Selagi Bernyawa, Hidup Pada Memberi.” 🇲🇾

Salam takziah daripada saya, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad (AFM).إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَSaya merakamkan...
05/08/2026

Salam takziah daripada saya, Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad (AFM).

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Cik Man atas pemergian insan seni yang telah banyak menceriakan rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan, serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beroleh syurga.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Al-Fatihah. 🤲

Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad (AFM)
Selagi Bernyawa. Hidup Pada Memberi.

“Bila musim pilihan raya, macam-macam cerita akan timbul. Ada yang betul, ada yang separuh betul, ada juga yang sengaja ...
02/08/2026

“Bila musim pilihan raya, macam-macam cerita akan timbul. Ada yang betul, ada yang separuh betul, ada juga yang sengaja dimainkan untuk mengalih perhatian rakyat. Sebab itu, sebagai rakyat biasa, jangan terus telan bulat-bulat dan jangan juga terus tolak mentah-mentah. Kita baca, kita faham, kemudian kita nilai dengan kepala sendiri.

Isu Tabung Haji ni pun sama. Ramai terus melihat daripada sudut politik. Hakikatnya, bagi orang kampung, pak cik, mak cik, pesara, penjawat awam dan penyimpan biasa, yang depa nak tahu cuma satu…

‘Duit kami selamat ka tidak?’

Itu saja. Bukan siapa menang politik. Bukan siapa kalah politik. Duit simpanan rakyat lebih penting daripada sorakan mana-mana pihak. Jadi, jom kita faham isu ni dalam bahasa paling mudah, tanpa memihak kepada kerajaan, tanpa memihak kepada pembangkang, hanya berdasarkan logik pengurusan kewangan.”

Tabung Haji: Cerita Ini Bukan Pasai Politik, Tapi Pasai Duit Pendeposit

Ramai dok gaduh pasai isu Tabung Haji. Ada yang kata betui, ada yang kata fitnah. Tapi kalau kita tolak tepi politik sat, cuba kita tengok daripada sudut paling mudah… iaitu duit orang ramai.

Bayangkan macam ni.

Katakan hang buka satu tabung simpanan untuk kampung. Ada 100 orang simpan duit. Jumlah semua duit depa ialah RM105.

Hang ambik duit tu untuk beli tanah, rumah, saham dan pelaburan. Bila kira balik, semua aset yang ada cuma bernilai RM100.

Maksudnya apa?

Kalau semua orang mai nak ambik balik duit masing-masing serentak, hang cuma ada RM100 sedangkan hang kena p**angkan RM105.

Ada jurang RM5.

Itulah konsep yang cuba diterangkan dalam laporan RCI. Isunya bukan semata-mata untung rugi pelaburan, tetapi adakah nilai aset cukup untuk menampung semua duit pendeposit?

Yang lebih penting, majoriti penyimpan Tabung Haji bukan orang kaya.

Malah, laporan menyebut lebih kurang 65% pendeposit menyimpan kurang daripada RM2,000. Maknanya kebanyakan penyimpan ialah orang biasa. Mak ayah kita, pesara, penoreh getah, nelayan, cikgu, kakitangan kerajaan, peniaga kecil dan pekerja kilang.

Sebab tu, bila bercakap pasai Tabung Haji, kita sebenarnya bercakap pasai amanah menjaga duit rakyat.

Dalam laporan RCI juga disebut, selepas mengambil kira agihan hibah kepada pendeposit, kedudukan kewangan menunjukkan jurang yang semakin besar. Angka yang dinyatakan ialah sekitar RM352 juta pada tahun 2014, dan meningkat sehingga kira-kira RM4 bilion pada tahun 2017.

Kalau angka-angka ini tepat seperti yang direkodkan dalam laporan, ia menunjukkan satu perkara yang mudah difahami:

Kalau hutang kepada pendeposit lebih besar daripada nilai harta yang dimiliki, pengurusan kena cari jalan untuk tutup jurang itu.

Macam kita berniaga.

Kalau kedai ada stok dan aset RM100, tapi hutang kepada pembekal dan pelanggan RM105, kita tak boleh kata kedai untung hanya sebab masih ada barang atas rak. Kita tetap kena pastikan semua komitmen boleh dibayar.

Laporan itu juga menyentuh beberapa perkara lain seperti penilaian aset, pemberian bonus, ganjaran pengarah dan beberapa keputusan pengurusan. Semua ini adalah perkara yang wajar dinilai secara profesional supaya institusi itu terus kukuh.

Yang paling penting, kita jangan cepat melatah.

Kalau ada laporan rasmi, baca dan faham isi kandungannya. Kalau ada penjelasan balas daripada mana-mana pihak, dengar juga. Biar kita nilai berdasarkan fakta dan angka, bukan emosi.

Tabung Haji bukan milik mana-mana parti politik. Tabung Haji ialah amanah umat Islam.

Kalau diurus dengan baik, kita semua untung. Kalau ada kelemahan, kita semua mahu ia diperbaiki.

Akhirnya, matlamat kita sama sahaja.

Bukan nak cari siapa salah, tetapi nak pastikan duit pendeposit sentiasa selamat, institusi terus kukuh, dan kepercayaan rakyat sentiasa terpelihara.

Soalan seterusnya juga perlu ditanya pada kerajaan, Kenapa RCI ini dikeluarkan sekarang?
Bagaimana dgn KWAP? pilih untuk diam juga kah?

Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis
2 Ogos 2026





02/08/2026

Baik sahaja tidak cukup untuk menjadi kerajaan..Perlukan Pengalaman dan kebijaksanaan..
Serahkan pada Barisan Nasional, maka Melayu Cina India akan lebih tenang dan gembira dalam jalani kehidupan

01/08/2026

Dulu.Kini.Selamanya
Barisan Nasional

Alhamdulillah, selesai program UMNO Bahagian Kangar menjelajah Kampung Tok Kandang dan Kg. Baru Sena, kami bersama Dr. F...
01/08/2026

Alhamdulillah, selesai program UMNO Bahagian Kangar menjelajah Kampung Tok Kandang dan Kg. Baru Sena, kami bersama Dr. Fathul Bari meneruskan Ziarah Kasih ke rumah Timbalan Ketua Bahagian, Abang Hamunir, yang sedang diuji dengan sakit buah pinggang.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan, mengangkat segala kesakitan dan mempermudahkan setiap urusan beliau. Amin.

Yang paling indah, ukhwah sesama kita terus terjalin. Pakat-pakat datang menziarah, pakat-pakat memasak. Hari ini giliran saya menyediakan Sup Tulang, Kambing Cili dan Sayur Masak Lemak. Alhamdulillah, dapat berkongsi rezeki dan mengeratkan silaturahim.

Lepas ni giliran Kak Niza p**a ya… 😄

Perjuangan bukan sekadar bermesyuarat, tetapi hadir ketika sahabat memerlukan.

Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis
1 Ogos 2027





31/07/2026

🎬 Siapa-siapa yang belum tengok JanaNayagan, dan memang kaki layan filem Tamil… bolehlah singgah tengok di pawagam. 😄

Bukan aku yang suruh… Dr. Fathul Bari yang “recommend”… aku cuma sampaikan saja. 🤣

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang turun ke RXZ Members… ini dari aku.Sebelum ada yang nak keluarkan kenyataan bodoh pa...
31/07/2026

Kepada seluruh rakyat Malaysia yang turun ke RXZ Members… ini dari aku.

Sebelum ada yang nak keluarkan kenyataan bodoh pasal geng RXZ, meh aku tukar sikit persepsi hangpa.

Orang luar nampak motor lama.

Kami nampak kenangan.

Hangpa kena faham… dunia lelaki ni lain sikit. Jiwa pemotoran ni susah nak diterangkan. Kami tau RXZ tak boleh lawan Panigale, tak boleh lawan X-ADV 750, apatah lagi Harley atau BMW. Memang dari segi teknologi, RXZ dah lama.

Tapi…

RXZ inilah yang buat budak-budak 80-an dan 90-an jatuh cinta dengan dunia motosikal.

Masa kecik dulu, korek blok Honda Cup. Lepas tu naik RG Sport, 125Z… dan dalam hati, semua orang pasang angan nak ada RXZ.

Hari ni kami dah umur 40-an.

Anak dah 2-3 orang.

Kerja pun dah stabil.

Hang ingat murah ka nak bela RXZ? Puluh ribu bai… tapi yang kami beli sebenarnya bukan motor.

Kami beli kenangan.

Kami beli persahabatan.

Kami beli peluang untuk rasa muda semula walaupun uban dah mula penuh.

RXZ Members bukan semata-mata pasal motor.

Ia pasal ukhwah.

Pasal musafir kaum lelaki.

Pasal jumpa sahabat lama.

Pasal gelak ketawa yang dah lama hilang sebab sibuk cari rezeki.

Dulu…

Dengan RXZ kami pi masjid.

Dengan RXZ kami pi kerja.

Dengan RXZ kami pi dating sampai bertemu jodoh.

Dengan RXZ kami ambil gambar raya.

Dengan RXZ kami merantau cari rezeki dan sama-sama membina Malaysia ni.

Jadi jangan cepat sangat label semua orang yang datang RXZ Members ni mat rempit.

Majoriti datang nak berkumpul, nak berniaga, nak berbelanja, nak hidupkan ekonomi orang kita dan nak cipta memori.

Tahniah kepada semua penganjur dan seluruh rider.

Teruskan bawa nama komuniti pemotor dengan disiplin dan akhlak yang baik.

Salam pemusafiran anak Malaysia. 🇲🇾

Jaga solat.

Jaga batas.

Ride elok-elok.

Makan sedap-sedap, support peniaga tempatan.

Jumpa kawan, balik bawa kenangan.

Ride smart. Ride with adab.

Salam SaidulAyam!

Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad
Kangar, Perlis
31 Julai 2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-41 buat isteriku tercinta, Siti Nadia Akmal binti Mohd Nawi. ❤️Alhamdulillah, syukur ke...
30/07/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran ke-41 buat isteriku tercinta, Siti Nadia Akmal binti Mohd Nawi. ❤️

Alhamdulillah, syukur kepada Allah SWT kerana masih mengizinkan kita melangkah bersama hingga ke hari ini.

Saya berdoa agar Allah SWT sentiasa mengurniakan awak kesihatan yang baik, hati yang tenang, jiwa yang ceria, rezeki yang berkat dan umur yang dipenuhi rahmat-Nya. Semoga segala pengorbanan awak sebagai isteri, ibu dan pendidik menjadi amal soleh yang berterusan, serta diganjarkan syurga oleh Allah SWT.

Terima kasih kerana sentiasa setia menemani saya dalam setiap fasa kehidupan. Terima kasih kerana membesarkan anak-anak kita dengan penuh kasih sayang dan mendidik mereka menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat.

Sebagai suami, saya hanya mahu melihat awak sentiasa sihat, bahagia, tenang, tersenyum, dan sentiasa berada di bawah lindungan Allah SWT. Itu sudah cukup membahagiakan saya.

Semoga Allah SWT terus mengikat hati kita dengan kasih sayang, memberkati rumah tangga ini, dan mengizinkan kita bersama bukan sahaja di dunia, tetapi hingga ke syurga Firdaus.

Selamat Hari Lahir, sayang. Terima kasih kerana sentiasa menjadi anugerah terindah dalam hidup saya. I love you, always. 🤍

29/07/2026

Dalam meniti usia 40-an ini, baru terasa betapa cepatnya masa berlalu. Rasa macam semalam baru melangkah keluar dari pagar sekolah, hari ini rambut sudah mula memutih dan anak-anak p**a semakin membesar.

Sementara Allah masih memberi kita usia, tenaga dan kesempatan… berbaktilah kepada ibu dan ayah selagi mereka masih ada. Harta boleh dicari, kejayaan boleh dikejar, tetapi masa bersama ibu ayah tidak akan kembali. Ingatlah, setinggi mana pun kita berdiri, kita tetap bermula daripada doa, pengorbanan dan kasih sayang mereka.

Hargailah mereka… sebelum yang tinggal nanti hanyalah kenangan.










28/07/2026

Terus melangkah menziarahi, merawat dan menghargai insan-insan yang telah banyak berjasa kepada perjuangan UMNO Perlis.

Jasa mereka tidak ternilai. Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, ketenangan, umur yang diberkati serta menerima setiap amal kebajikan yang telah mereka lakukan. Semoga kita semua terus diberi peluang untuk berbakti kepada masyarakat selagi bernyawa.





Address

58, Persiaran Putra, Taman Putra Utama
Kangar
01000

Telephone

+60197075007

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share