Gerakan Koperasi Negeri Perlis

Gerakan Koperasi Negeri Perlis Hak milik Gerakan Koperasi Negeri Perlis untuk memaparkan aktiviti berkaitan Gerakan Koperasi

TAHNIAH!!!En.Zaid bin Abu BakarDi atas kenaikan pangkat PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E13)Ikhlas daripada: warga kerja SKM & Ge...
26/09/2025

TAHNIAH!!!
En.Zaid bin Abu Bakar

Di atas kenaikan pangkat
PEGAWAI EHWAL EKONOMI (E13)

Ikhlas daripada: warga kerja SKM & Gerakan Koperasi Negeri Perlis

18/09/2025

PROGRAM PEMERKASAAN AKAUN KOPERASI

Tarikh: 2-4 September 2025
Tempat: Bilik Mesyuarat A, Bangunan Persekutuan Kangar

Program Pemerkasaan Akaun Koperasi Bil. 2/2025 telah dianjurkan bertujuan membantu koperasi menyiapkan akaun tahunan dengan lebih teratur dan efisien melalui penggunaan sistem digital ‘Easy Coop’. Program ini memberi pendedahan praktikal kepada para peserta supaya lebih mahir dalam pengurusan kewangan koperasi.

Program ini telah dihadiri oleh 16 buah koperasi yang terdiri daripada wakil pengurusan serta bendahari masing-masing. Kehadiran peserta menunjukkan komitmen tinggi koperasi dalam memperkukuhkan sistem pengurusan kewangan mereka. Penyertaan yang meluas ini juga membuktikan minat dan kesungguhan koperasi untuk menguasai penggunaan sistem Easy Coop sebagai langkah meningkatkan kecekapan serta ketelusan dalam penyediaan akaun.

Objektif Program Pemerkasaan Akaun Koperasi 2025 adalah untuk memberikan pendedahan serta latihan praktikal kepada koperasi mengenai penggunaan sistem Easy Coop. Melalui program ini, koperasi dapat meningkatkan keupayaan dalam menyediakan akaun tahunan dengan lebih sistematik dan efisien. Di samping itu, ia juga bertujuan memastikan laporan kewangan koperasi disediakan selaras dengan piawaian perakaunan, keperluan undang-undang dan audit. Secara tidak langsung, program ini menyokong usaha transformasi digital dalam pengurusan koperasi dan memperkukuhkan tahap profesionalisme serta akauntabiliti dalam tadbir urus kewangan.

Program Pemerkasaan Akaun Koperasi 2025 telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Dengan penguasaan sistem Easy Coop, koperasi dijangka dapat menyediakan laporan kewangan dengan lebih cepat, telus dan berkualiti.

18/09/2025

PROGRAM EKSPLORASI PASARAN DAN JARINGAN PERNIAGAAN GERAKAN KOPERASI NEGERI PERLIS BERSAMA KOPERASI NEGERI TERENGGANU DAN KELANTAN (EKSPANSI)

✒️11 hingga 13 September 2025
✒️ Terengganu dan Kelantan

Program ini melibatkan seramai 44 orang koperator dari negeri Perlis yang terdiri daripada koperasi pelancongan dan perkhidmatan.

📍KILANG AIR BATU MILIK KOPERASI SETIAJAYA PULAU REDANG KUALA TERENGGANU BERHAD

Koperasi ini menjalankan aktiviti kilang penghasilan air batu untuk edaran kepada penduduk di Pulau Redang, pusat peranginan, resort dan kedai makan. Dengan keahlian seramai 399 orang terdiri daripada penduduk Pulau Redang serta modal syer terkumpul berjumlah RM38,060.00. Koperasi dapat menjana perolehan melebihi satu juta ringgit pada tahun 2024. Selain kilang air batu, koperasi juga turut menjalankan aktiviti sewaan van, sewaan bot pelancong serta aktiviti pelaburan dan deposit.
Dalam ucapannya, pengarah SKM negeri Perlis, Encik Zaid Abu Bakar menyatakan koperasi dapat menjalankan aktiviti penghasilan air batu dengan sumber dan modal syer yang amat terhad, koperasi dapat mengimplikasi sumber untuk menjana pulangan kepada koperasi. Koperasi di negeri Perlis perlu belajar sesuatu daripada kesungguhan koperasi ini merebut peluang sehingga dapat membuka kilang ais batu di Pulau Redang. SKM sentiasa memberi khidmat bantuan dan tunjuk ajar koperasi dan hasil daripada lawatan ini, harapan beliau semoga koperasi di negeri Perlis dapat memanfaatkan peluang dan menjalankan aktiviti seumpamanya di negeri Perlis. Turut hadir bersama dlm lawatan ini Pn. Yusliza binti Yusof, Pegawai Wilayah dan En. Wan Nazman bin Wan Mohamad, Penolong Juruaudit SKM Terengganu.

📍KOPERASI PENGUSAHA MELON MANIS TERENGGANU BERHAD

Seterusnya peserta di bawa ke Koperasi Pengusaha Melon Manis Terengganu Berhad.
Dalam taklimat pengerusi koperasi, Tuan Haji Tengku Norul Huda bin Mohd, tempat penanaman melon manis adalah di taman kekal pengeluaran makanan di bawah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, tertubuhnya koperasi adalah saranan daripada Jabatan Pertanian Negeri Terengganu dan SKM Negeri Terengganu pada tahun 2018. Menurutnya melon manis hanya ditanam di negeri Terengganu sahaja. Koperasi diberi kepercayaan oleh jabatan pertanian negeri untuk menghasilkan benih dan menjalankan penanaman mengikut jadual supaya tidak menjadi lambakan pengeluaran. Setakat ini koperasi mempunyai 10,000.00 bekas polibeg untuk penanaman melon manis di dua tempat penanaman dimana ianya mengambil masa selama 65 hari sebelum boleh menuai hasil serta mampu menjana pendapatan diantara RM4,000.00 sehingga RM10,000.00 satu pusingan tanaman.
Koperasi juga telah menerima geran daripada hampir RM300,000.00 daripada SKM bagi memajukan penanaman melon manis selain koperasi juga membuka kedai untuk menjual input pertanian kepada ahli dan penduduk setempat.

📍KOPERASI KELUARGA DEAN EMPIRE KELANTAN BERHAD

Koperasi ditubuhkan pada tahun 2023 dan menceburkan diri dalam perniagaan batik Kelantan, menerima tempahan dari jabatan kerajaan, NGO serta orang ramai melalui atas talian dan jualan secara terus. Koperasi juga terlibat secara aktif dalam program, pameran dan jualan secara aktif di seluruh negara.
Menurut Timbalan Pengarah SKM Kelantan Encik Hasrul Azwan bin Hassin berkata, matlamat SKM Negeri adalah supaya koperasi-koperasi di negeri Kelantan keluar daripada zon selasa dan membuka perniagaan baharu di luar Kelantan dan memperkenalkan produk keluaran Kelantan ke seluruh Malaysia.
Dalam ucapanya, Pengarah SKM Perlis En. Zaid bin Abu Bakar berkata, tujuan utama program ini adalah untuk membuka minda koperasi di negeri Perlis supaya mencari peluang dan ruang perniagaan dan belajar benda baharu dari koperasi di negeri Kelantan. Turut berlangsung sesi interaktif diantara koperasi negeri Perlis bersama Koperasi Keluarga Dean Empire Kelantan Berhad dan SKM negeri Kelantan dan Perlis
Turut hadir pegawai pembangunan SKM Kelantan Encik Ahmad Shukran bin Mohd Suadi.

📍KOPERASI PENIAGA-PENIAGA PASAR BESAR SITI KHADIJAH KOTA BHARU BERHAD

Dalam program EKSPANSI kali ini, para koperator juga di bawa melawat Koperasi Peniaga-peniaga Pasar Besar Siti Khadijah Kota Bharu Berhad. Aktiviti utama koperasi ini adalah perdagangan secara borong khususnya barangan tekstil selain perniagaan runcit, barangan basah dan keperluan harian. Koperasi ini telah dipilih sebagai Program Tranformasi Digital Pasar Besar Siti Khadijah pada 6 Mac 2022 bertujuan menyelaras pernigaan dan pembayaran secara elektronik di kalangan peniaga Pasar Siti Khadijah.
Pasar ini mula beroperasi dengan nama Pasar Buluh Kubu sebelum ditukarkan kepada Pasar Siti Khadijah pada tahun 1997. Koperasi menjadi tarikan utama pelancong ke Kelantan kerana menyediakan pelbagai jenis makanan tradisional, suasana local masyarakat kelantan selain barangan yang berkaitan budaya negeri Kelantan.
Diharapkan koperasi-koperasi di negeri Perlis berjaya mencontohi semangat juang dan idea baru koperasi yang dilawati dan mengimplikasikan kejayaan tersebut pada koperasi di negeri Perlis.



TAKLIMAT TATAKELOLA KOPERASI BAHARU NEGERI PERLIS TAHUN 2025Perlis, 14 Ogos 2025 (Khamis) - Suruhanjaya Koperasi Malaysi...
14/08/2025

TAKLIMAT TATAKELOLA KOPERASI BAHARU NEGERI PERLIS TAHUN 2025

Perlis, 14 Ogos 2025 (Khamis) - Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis telah berjaya menganjurkan Majlis Taklimat Tatakelola Koperasi Baharu Negeri Perlis Tahun 2025. Program ini adalah bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman dalam kalangan Anggota Lembaga koperasi baharu mengenai struktur pengurusan, tadbir urus serta peranan koperasi dalam pembangunan sosioekonomi.

Antara pengisian program adalah:
Slot 1- Taklimat Tatakeloka Tadbir Urus Koperasi Berkesan yang disampaikan oleh Hajah Yusnita bt Othman, Pengarah IKMa Zon Utara.

Slot 2-Taklimat Insentif Kewangan (Geran Bantuan Pembangunan (SKM) yang disampaikan oleh En.Megat Norizan bin Megat Saad, Pembantu Ehwal Ekonomi SKM Negeri Perlis.

Slot 3- Taklimat Insentif Kewangan (Pembiayaan Tabung Modal Pusingan SKM) yang disampaikan oleh Puan Roshidah bt Abu Bakar (Pengarah Bahagian Pembiayaan dan Kawalan Kredit, SKM Ibu Pejabat).

Slot 4 - Perkongsian Kejayaan Koperasi daripada Koperasi Satu Harakah Perlis Berhad.

Slot 5 - Perkongsian Kejayaan Koperasi daripada Koperasi Wahyuni SPA Perlis Berhad.

Program ini dijalankan secara intensif selama satu hari dengan fokus utama pengisian berkaitan Pengenalan kepada Gerakan Koperasi, Asas Tadbir Urus & Kepimpinan Koperasi dan Peranan ALK dalam pembangunan perniagaan koperasi.

Maklum balas yang diterima menunjukkan tahap kepuasan peserta adalah sangat tinggi, dengan menyatakan kandungan program adalah relevan dan memberi impak positif kepada kefahaman mereka terhadap pengurusan koperasi.

Program ini telah dirasmikan oleh Encik Zaid bin Abu Bakar, Pengarah SKM Perlis. Dalam ucapan, beliau turut menekankan komitmen SKM dalam membimbing koperasi baharu ke arah pengurusan yang lebih mampan, berdaya saing dan memberi manfaat kepada anggota.

SKM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penceramah dan koperator atas komitmen dan sokongan dalam menjayakan program hariini.




14/08/2025

TAKLIMAT TATAKELOLA KOPERASI BAHARU NEGERI PERLIS TAHUN 2025
Tarikh: 14 Ogos 2025 (Khamis)

TAHNIAHYBrs Puan Noor Afifah binti Abdul Razakatas pelantikan sebagaiKETUA PEGAWAI EKSEKUTIFSURUHANJAYA KOPERASI MALAYSI...
18/07/2025

TAHNIAH
YBrs Puan Noor Afifah binti Abdul Razak
atas pelantikan sebagai
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
SURUHANJAYA KOPERASI MALAYSIA

Address

Kangar
01000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gerakan Koperasi Negeri Perlis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Gerakan Koperasi Negeri Perlis:

Share