YB Peghelih

YB Peghelih Yellow Blue Perlis 💛💙
Kuning Biru Negeriku
Gerbang Cerita Perlis

Ambil perhatian serius teguran Sanusi, pemimpin kalah pemilihan kena berlapang dada - Pas Perlis|PERLIS|: Pemimpin serta...
06/09/2026

Ambil perhatian serius teguran Sanusi, pemimpin kalah pemilihan kena berlapang dada - Pas Perlis

|PERLIS|: Pemimpin serta ahli parti di Perlis perlu mengambil serius teguran Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor agar sebarang pertelingkahan segera dihentikan.

Justeru, Ketua Penerangan Pas Perlis, Zahid Ibrahim berharap agar pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti di Perlis perlu berlapang dada dan kembali merapatkan saf dalam kepemimpinan Pas negeri.

Katanya, Pas negeri mempunyai tugas lebih besar dalam mendepani Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) dan sebelum memasuki gelanggang sebarang masalah perlu diselesaikan dalam semangat kekeluargaan.

“Kalah atau menang dalam pemilihan parti menjadi kelaziman dan ia perlu diterima dengan hati terbuka demi masa depan jemaah.

“Jangan jadikan ia sebagai titik perpecahan, tumpuan seharusnya diberikan kepada gerak kerja bagi memastikan Pas berjaya mengekalkan kemenangan di Perlis. Pilihan raya semakin hampir dan ini masa untuk kita melipatgandakan usaha dan bekerja keras.

“Kembali rapatkan saf, penyatuan ukhuwah, fikrah seterusnya menggembleng tenaga bersama-sama bagi memastikan saf kita benar-benar bersedia untuk mempertahankan kemenangan pada pilihan raya kelak," katanya.

Semalam media melaporkan, kedegilan segelintir pemimpin dan ahli Pas di Perlis yang terus bertelagah dan tidak mematuhi arahan parti mengundang teguran keras Muhammad Sanusi.

Muhammad Sanusi secara sinis juga menyifatkan segala ikhtiar untuk 'merawat' krisis dalaman kepimpinan Pas di negeri itu sudah menemui jalan buntu sehinggakan beliau secara berseloroh mengandaikan mereka menunggu masa untuk 'dipanah lintaq' (dipanah petir).

Kata Menteri Besar Kedah itu, amaran dan teguran telah pun disuarakan secara jelas pada muktamar tahun lalu, namun situasi di Perlis dilihat bertambah buruk.

Sementara itu, Zahid berkata, mengambil semangat muktamar, ia perlu dijadikan medan untuk semua di dalam parti bermuhasabah.

“Tema muktamar Pas tahun ini adalah penyelesaian Islam mengisi kemenangan dan bersesuaian dengan semangat itu, marilah kita semua bermuhasabah dan saling mengingatkan ahli parti agar terus bekerja menterjemahkan amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

"Kita perlu segera mengetepikan sebarang persengketaan dan kembali fokus merangka gerak kerja yang berkesan. Tumpuan khusus mesti diberikan untuk memikat hati pengundi, terutama golongan muda yang bakal menjadi penentu kelangsungan pentadbiran pada masa hadapan," katanya.

-Yb Peghelih-

Izizam ganti Abu Bakar terajui Bersatu Perlis|PERLIS| : Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Padang B...
05/09/2026

Izizam ganti Abu Bakar terajui Bersatu Perlis

|PERLIS| : Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Padang Besar, Izizam Ibrahim dilantik sebagai Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Perlis menggantikan Abu Bakar Hamzah.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pelantikan tersebut berkuat kuasa mulai 3 September lalu.

Izizam berkata, beliau menerima tanggungjawab tersebut dan bertekad kembali menguatkan Bersatu di negeri ini.

Dalam masa sama, beliau juga akan menarik pemimpin-pemimpin yang bersama-sama mengasaskan Bersatu kembali bersama parti.

“Saya akan menjalan mandat ini dan kembali menguatkan Bersatu Perlis,” katanya.

-Yb Peghelih-

Pesta air naikkan nama Kuala Perlis ke peringkat antarabangsa[PERLIS]: Penganjuran Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2...
05/09/2026

Pesta air naikkan nama Kuala Perlis ke peringkat antarabangsa

[PERLIS]: Penganjuran Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026 memperkenalkan identiti, warisan dan potensi Kuala Perlis sebagai destinasi pelancongan pesisir air yang unik, menarik kunjungan dari seluruh dunia.

Justeru, kerajaan negeri berhasrat agar keunikan tersebut bukan sekadar dipelihara sebagai warisan semata-mata sebaliknya diterjemah menjadi produk pelancongan yang mampu menjadi pendapatan kepada rakyat dan negeri.

Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah berkata, program berkenaan juga mampu menjadi pemacu kepada pertumbuhan ekonomi negeri dan setempat melalui peningkatan perbelanjaan dalam sektor makanan, minuman, penginapan, kraftangan serta perkhidmatan pelancongan.

Katanya, pesta berkenaan bukan sekadar acara hiburan atau pertandingan sukan air semata-mata namun menjadi platform memperkenalkan identiti, warisan dan potensi Kuala Perlis.

“Kuala Perlis mempunyai kekuatan tersendiri. Di sini kita dapat melihat kehidupan masyarakat nelayan, warisan perahu tradisional, budaya masyarakat pesisir, makanan laut, gastronomi tempatan serta keindahan muara dan perairan.

“Semua elemen tersebut adalah aset yang tidak boleh dicipta semula di tempat lain,” katanya pada majlis perasmian Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026 di Dataran Kampung Wai, di sini malam tadi.

Perasmian disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail.

Majlis perasmian tersebut berlangsung penuh meriah dengan lintas hormat Perahu Diraja Jarum Emas Putra Jamalullail, perarakan perahu berhias, pertunjukan simfoni air, persembahan kebudayaan dan artis jemputan, Misha Omar.

Penganjuran acara tahunan yang memasuki edisi ketiga pada tahun ini bakal berlangsung secara dua peringkat di mana fasa pertama bermula dari 4 hingga 6 September dan fasa kedua pada 18 hingga 20 September.

Abu Bakar berkata, penganjuran pesta itu juga merupakan satu usaha bagi memastikan warisan negeri ini terus hidup dan diwarisi generasi muda.

“Perahu tradisional, kemahiran mendayung, kehidupan masyarakat pesisir serta budaya yang lahir daripada hubungan manusia dengan laut merupakan sebahagian daripada sejarah dan identiti negeri kita. Kita tidak mahu warisan ini hanya tinggal catatan sejarah, sebaliknya kita mahu anak-anak muda mengenalinya, menyertainya dan berbangga dengannya.

“Sebab itu, elemen tradisional dalam pesta air ini perlu terus diperkasa dan dalam masa sama, ia harus diberikan nafas baharu supaya mampu diterima generasi masa kini,” katanya

-ybpeghelih-

Lonjakan pelancongan Kuala Perlis beri limpahan ekonomi buat rakyat – Raja Perlis[PERLIS]: Raja Perlis, Tuanku Syed Sira...
05/09/2026

Lonjakan pelancongan Kuala Perlis beri limpahan ekonomi buat rakyat – Raja Perlis

[PERLIS]: Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail berharap pembangunan pelancongan di Kuala Perlis dapat memberikan limpahan ekonomi secara langsung kepada rakyat.

Baginda bertitah, limpahan tersebut khususnya adalah melalui peluang perniagaan, peningkatan pendapatan serta penglibatan usahawan dan komuniti tempatan.

Selain itu, baginda juga berharap aspek kebersihan, keselamatan dan kelestarian alam sekitar di kawasan itu sentiasa diberikan perhatian.

“Sungai, muara dan perairan Kuala Perlis merupakan khazanah bersama yang perlu dijaga agar terus indah dan lestari. Penglibatan komuniti kampung dalam acara perahu tradisional juga amat beta hargai.

“Rakyat hendaklah terus menjadi pemilik, penggerak dan penerima manfaat daripada pembangunan pelancongan negeri,” titah baginda merasmikan Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2026 di Dataran Kampung Wai, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah

Baginda seterusnya berharap agar penganjuran pesta air berkenaan turut menjadi platform memperkenalkan makanan, kraf, seni budaya serta hasil komuniti Perlis kepada pengunjung dari dalam mahu pun luar negara.

“Segala khazanah alam, sejarah, budaya dan keunikan masyarakat Perlis hendaklah diketengahkan dengan bijaksana agar menjadi kekuatan dan identiti pelancongan negeri,” titah baginda.

Baginda bertitah, sambutan Pesta Air Kuala Perlis pada tahun lalu berjaya menarik 50,000 pengunjung dan membuktikan bahawa acara berteraskan budaya dan warisan mempunyai daya tarikan besar serta berpotensi merancakkan sektor pelancongan dan ekonomi.

“Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis mempunyai nilai sejarah dan warisan yang tersendiri. Tradisi perlumbaan perahu, kehidupan masyarakat nelayan serta hubungan rakyat dengan sungai dan laut merupakan sebahagian daripada identiti Kuala Perlis yang wajar dipelihara dan diwariskan kepada generasi akan datang,” titah baginda

-ybpeghelih-

Foto: Jabatan Penerangan Perlis

04/09/2026

Hubungan Dengan Pas Perlis Baik, Kumpulan Bekas MB Sahaja Bermasalah’

-Yb Peghelih-

04/09/2026

‘MB Jawab Dakwaan Pemuda Pas Perlis’

-Yb Peghelih-

Perlis Rancak..
03/09/2026

Perlis Rancak..

Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perlis|PERLIS| : Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan H...
31/08/2026

Lebih 50,000 meriahkan sambutan Hari Kebangsaan di Perlis

|PERLIS| : Lebih 50,000 pengunjung hadir memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan Ke-69 peringkat negeri ini yang berlangsung di Kompleks Tuanku Syed Putra, di sini semalam.

Berangkat pada sambutan berkenaan, Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid.

Turut berangkat, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail; Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil bersama anakanda, Sharifah Farah Adriana Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Hadir sama, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah serta pemimpin-pemimpin negeri.

Majlis berkenaan diserikan dengan persembahan beberapa artis terkenal antaranya seperti Liza Hanim, Nawary Kilauan Emas, Kugiran Wak Jeng, Renjaka Band dan Guitar Rockestra.

Paling dinanti, perbarisan dan perarakan melibatkan sebanyak 70 kontinjen terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan negeri dan pusat serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Menariknya, perbarisan menyaksikan penyertan hampir 2,000 pegawai kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Awam (UA) yang memenuhi trek di stadium.

Antara persembahan lain yang menarik perhatian seperti Pancaragam Gabungan Markas 30 Bridged, Persembahan Khas Seni Bela Diri, Pantomim Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan persembahan Rentak Anak Malaysia.

Selain persembahan, sambutan yang dipenuhi orang ramai sejak pukul 8 malam itu turut melibatkan pertandingan pakaian tercantik, pasukan kawad terbaik dan cabutan bertuah disediakan buat para pengunjung.

Tepat detik 12 tengah malam, laungan ambang merdeka diketuai oleh Abu Bakar bergema di Kompleks Tuanku Syed Putra dengan bersama acara menaikkan Jalur Gemilang dan nyanyian Lagu Negaraku sebelum dimeriahkan dengan
pertunjukan bunga api yang menjadi simbolik penutup bagi sambutan berkenaan.

-Yb Peghelih-

Pelbagai Aktiviti Sempena Merdeka🇲🇾 MERDEKAKAN HARAPAN, SELAMATKAN NYAWA ❤️*PROGRAM MAI DERMA DARAH Siri 40 SEMPENA HARI...
29/08/2026

Pelbagai Aktiviti Sempena Merdeka

🇲🇾 MERDEKAKAN HARAPAN, SELAMATKAN NYAWA ❤️

*PROGRAM MAI DERMA DARAH Siri 40 SEMPENA HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA 2026 anjuran UMNO BAHAGIAN KANGAR dengan kerjasama PUTERI UMNO BAHAGIAN KANGAR serta HOSPITAL TUANKU FAUZIAH akan diadakan seperti berikut 😗

📅 Tarikh: 31 Ogos 2026 (Isnin)
⏱️ Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
(Pendaftaran akhir 1.30 petang)
📍 Tempat: Unit Tabung Darah Hospital Tuanku Fauziah

🎁 EKSKLUSIF SEMPENA HARI ISTIMEWA!
100 penderma terawal akan menerima Baju Merdeka Edisi Khas ‼️‼️

🩸 Darah anda mampu menyelamatkan sehingga 3 nyawa.
🇲🇾 Sambut kemerdekaan dengan memberi kehidupan kepada mereka yang memerlukan.

Jadilah wira sebenar. Jadilah harapan seseorang.

_BE A HERO. DONATE BLOOD. SAVE LIVES_ 🦸‍♀️

Jumpa anda pada 31 Ogos 2026!

Address

Kangar
01000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when YB Peghelih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to YB Peghelih:

Shortcuts

Share