Sobri PMT

Sobri PMT crew PROmediaTAJDID

07/06/2026
06/06/2026

Jika Jari Telunjuk Tangan Kanan Sakit Atau Terputus, Adakah Perlu Angkat Jari Telunjuk Tangan Kiri Ketika Tahiyyat? Jemput Baca. Moga Bermanfaat.

05/06/2026

MENGULANGI TIGA KALI BAGI SESUATU YANG PENTING BILA DISAMPAIKAN

Daripada Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata:

كَانَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعِيدُ الْكَلِمَةَ ثَلَاثًا لِتُعْقَلَ عَنْهُ

"Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam akan mengulang setiap perkataan yang keluarnya dari mulutnya sebanyak tiga kali agar dapat difahami."
(HR Al-Tirmizi no. 3640, Sahih)

PENGAJARAN DARIPADA HADIS

Perbuatan mengulang perkataan atau maklumat penting adalah merupakan Sunnah Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Al-Munawi menyebutkan hikmah pengulangan tiga kali ini. Kata beliau sebutan pertama untuk hadirin mendengar, sebutan kedua untuk mengambil perhatian dan sebutan ketiga merupakan arahan untuk mereka amalkan.

Boleh juga dikatakan sebutan pertama untuk hadirin mendengar, sebutan kedua untuk mereka hafal dan sebutan ketiga untuk mereka fikir.⁵
Baginda sendiri mempraktikkan amalan ini dalam beberapa hadisnya jika ingin menyampaikan perkara penting. Berikut merupakan contoh daripada hadis yang menunjukkan Baginda mengulang maklumat penting:

a. Pesanan Jangan Marah

Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam pernah memberi pesan kepada lelaki yang datang kepada Baginda meminta pesanan dan nasihat dengan nasihat: Jangan marah.⁶ Baginda Nabi mengulang-ulang pesanan tersebut berkali-kali supaya ia lekat dalam ingatan. Ibn Hajar menjelaskan bahawa pengulangan ini dilakukan sebanyak tiga kali berdasarkan riwayat Uthman bin Abi Syaibah.⁷
Perlu diingat bahawa larangan marah ini sebenarnya bukanlah bermaksud melenyapkan perasaan marah. Ia tidak mungkin dapat dilakukan oleh manusia yang waras. Sebaliknya larangan ini bermaksud elakkan diri daripada terjebak dalam perkara yang membawa kemarahan.⁸
Ibn Battal p**a menegaskan larangan ini bermaksud Baginda menganjurkan lelaki tersebut mengawal diri ketika marah.⁹ Ini kerana hilang kawalan sewaktu marah merupakan pintu kejahatan.¹⁰ Maka Baginda mengulanginya supaya lelaki itu mendengar dan mengingatinya.

b. Amaran Tentang Sumpah Palsu

Dalam hadis, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam mengulangi lafaz sumpah palsu berkali-kali dan memberi amaran kepada umat tentangnya. Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:

أَكْبَرُ الْكَبَائِرِ: الْإِشْرَاكُ بِاللهِ، وَعُقُوقُ الْوَالِدَيْنِ، وَشَهَادَةُ الزُّورِ، وَشَهَادَةُ الزُّورِ - ثَلَاثًا - أَوْ: قَوْلُ الزُّورِ

"Sebesar-besar dosa ialah syirik kepada Allah, menderhakai ibu bapa dan sumpah palsu. Baginda mengulanginya tiga kali ataupun Baginda menyebut: Kata-kata palsu. Baginda sentiasa mengulanginya sehingga kami berkata: Alangkah baiknya jika Baginda berhenti berkata sekarang (kerana kasihankan Nabi mengulanginya berkali-kali sehingga merunsingkan Baginda)."

Tetapi mengulang perkataan atau maklumat ini hanya dikhususkan kepada maklumat penting sahaja.¹² Ini kerana jika kita melihat hadis-hadis Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam terdapat banyak hadis-hadis yang Baginda tidak mengulanginya.

⁵ Lihat: al-Munawi, Faidh al-Qadir, jil. 5, hal. 234.
⁶ Sahih al-Bukhari, jil. 5, hal. 2267.
⁷ Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 10, hal. 520.
⁸ Lihat: Ibn Hajar, Fath al-Bari, jil. 10, hal. 520.
⁹ Lihat: Ibn Battal, Syarah Sahih al-Bukhari, jil. 9, hal. 296.
¹⁰ Lihat: al-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, jil. 8, hal. 434.
¹¹ Sahih al-Bukhari, jil. 6, hal. 2535.
¹² Lihat: al-Mubarakfuri, Tuhfat al-Ahwazi, jil. 10, hal. 86.

Rujukan Dari Buku 40 Amalan Mudah Menurut Sunnah Prof Dr Rozaimi Ramle (Amalan 2)

04/06/2026

Doa Untuk Mencari Barang Atau Orang Yang Hilang. Mari Amalkan.

04/06/2026

(🔴LIVE) 04-06-2026 Dato' Dr. Abdul Basit : Keindahan Islam & Iman Siri 21

04/06/2026

DOA UNTUK ORANG YANG BERBUAT KEBAIKAN KEPADAMU
جَزَاكَ اللهُ خَيْرًا

"Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan."

(HR Al-Tirmizi 2035, Sahih)

PENGAJARAN DARIPADA HADIS

Ucapan ini membuktikan bahawa seseorang yang menyebutnya mengiktiraf bahawa hanya Allah yang mampu membalas kebaikan yang dia lakukan dengan balasan baik. Perlu diketahui bahawa ganjaran baik Allah yang berupa syurga tidak ada tolok bandingnya dengan nikmat lain.

Maka apabila seseorang mendoakan dengan doa ini bermakna dia telah bersungguh-sungguh ingin membalas kebaikan orang yang berbuat baik kepadanya. Oleh itu, para ulama menyebut:

إِذَا قَصُرَتْ يَدُكَ عَنِ الْمُكَافَأَةِ، فَلْيَطُلْ لِسَانُكَ بِالشُّكْرِ وَالدُّعَاءِ

"Apabila tangan engkau tidak mampu membalas kebaikan orang, maka panjangkanlah lidahmu dengan kesyukuran dan doa (untuk pemberi kebaikan)."

Ucapan ini tidaklah bermakna si pengucapnya telah membalas kebaikan, terutama jika dia mampu membalas kebaikan tersebut dengan pemberian baik lain. Tetapi ia bermakna si pengucap telah berusaha untuk memuji si pemberi kebaikan.⁴ Sabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam:

مَنْ صُنِعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفٌ فَكَافِئُوهُ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ

"Sesiapa yang berbuat baik kepada kamu maka hendaklah kamu membalasnya (dengan kebaikan). Jika kamu tidak jumpa sesuatu untuk kamu balas kebaikan tersebut, maka berdoalah untuknya sehingga kamu dapati kamu telah membalasnya."

(HR Abu Daud no. 1672 dan Ahmad 5365, Sahih)

⁴ Lihat: al-Son'ani, *Subul al-Salam*, jil. 6, hal. 366.

Rujukan Dari Buku 40 Amalan Mudah Menurut Sunnah (Amalan 1)

02/06/2026

Zaman sudah berubah. Suatu ketika dahulu apa yang dilakukan oleh anak-anak di luar rumah sukar dipantau oleh ibu bapa. Ada keadaan yang ibu bapa tidak pernah mencarut, namun anak-anaknya di rumah mengeluarkan perkataan kesat. Ini disebabkan mendengar daripada pergaulan dengan rakan ketika di sekolah.

Kini zaman sudah berubah. Perkataan kesat atau kasar itu dapat didengari oleh anak kecil yang baru berusia tiga empat tahun sahaja daripada laman sosial yang mereka tonton. Teknologi bukanlah musuh kita. Namun tanpa bimbingan dan pengawasan yang betul ia dapat membawa mudarat kepada pengguna.

Ibu bapa mungkin dapat menarik nafas lega seketika apabila undang-undang baru yang terkini tidak membenarkan golongan bawah umur tertentu untuk mendaftar akaun laman sosial. Namun itu bukanlah bermaksud ibu bapa dapat lepas begitu sahaja. Bermacam-macam cara mereka dapat layari laman sosial ini termasuk menggunakan telefon atau akaun ibu bapa.

Anak-anak merupakan amanah dan tanggungjawab yang Allah berikan. Jaga dan didiklah sebaik mungkin.

Allah berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka"

[Surah at-Tahrim ayat 6]

Address

Kangar

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sobri PMT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sobri PMT:

Share