Kapit News Update

Kapit News Update Providing you whatever news happening in Kapit. Can talk any topics. Politics, travel, etc

OPS Sapu di Baleh Dam oleh pihak Imigresen menyaksikan seramain 41 PATI yang ditahan
06/02/2026

OPS Sapu di Baleh Dam oleh pihak Imigresen menyaksikan seramain 41 PATI yang ditahan

SILA LAPOR KALAU ADA DI KAPIT
03/02/2026

SILA LAPOR KALAU ADA DI KAPIT

01/02/2026

PM lulus dua jambatan bernilai RM320 juta di Kapit, tender suku kedua 2026

KUCHING, 1 Feb (Ahad) — Dua projek pembinaan jambatan bernilai RM320 juta merentasi Batang Rajang dan Nanga Belawai dekat Kapit disifatkan sebagai bukti komitmen Kerajaan Persekutuan untuk memperkukuh perhubungan luar bandar serta merancakkan pembangunan sosioekonomi di daerah Song dan Kapit.

Residen Bahagian Kapit Elvis Didit berkata projek itu telah diluluskan oleh Perdana Menteri YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim susulan permohonan yang dikemukakan Dato Sri Alexander Nanta Linggi ketika lawatan beliau ke Kapit pada 2023.

Elvis berkata projek berkenaan berada di bawah seliaan JKR Malaysia dan dibiayai menerusi Rancangan Malaysia Ke-12.

“Pembinaan jambatan ini bertujuan memudah cara serta meningkatkan mobiliti antara kedua-dua tebing Batang Rajang, sebagai tambahan kepada akses sedia ada melalui Jalan Kapit Song Kanowit Sibu,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat penyelarasan projek di Pejabat Residen Kapit baru-baru ini.

Elvis berkata projek itu juga dijangka membuka kawasan baharu untuk aktiviti ekonomi di tebing kiri Batang Rajang yang seterusnya akan dihubungkan ke Beguang di Song dan Sungai Tada di Kanowit di bahagian hilir, sebelum memperkukuh jaringan ke Merit dan Belaga di bahagian hulu.

Beliau berkata proses tender dijangka dilaksanakan pada suku kedua 2026.

Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang Undang dan Adat Bumiputera) Datuk Jefferson Jamit serta ADUN Baleh Nicholas Kudi Jantai dan ADUN Katibas Lidam Assan, selain wakil agensi berkaitan. — SF

——


25/01/2026

Penghulu Baharu Kapit Disaran Kuasai Teknologi dan Media Massa

KAPIT, 24 Jan (Sabtu) — Ahli Parlimen Kapit Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menegaskan bahawa proses lantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum di Bahagian Kapit dilaksanakan secara teratur dan telus menerusi jawatankuasa khas yang ditetapkan, selari dengan usaha memastikan kepimpinan akar umbi berfungsi berkesan untuk rakyat.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Lantikan kepada tiga Penghulu baharu serta penyampaian tanda penghargaan kepada dua Penghulu yang telah menamatkan perkhidmatan, yang berlangsung di Kapit pada malam Jumaat.

Pada majlis itu, surat lantikan diserahkan kepada Penghulu Robert Edmund Ngumbang, Penghulu James Sandak Bidai dan Penghulu Sekudan Abor.

Alexander berkata pelantikan tersebut dibuat bagi memperkukuh tadbir urus komuniti serta kesinambungan perkhidmatan kepada masyarakat setempat.

Menurut beliau, latihan dan kursus berterusan kepada KMKK oleh pihak Residen dan Pejabat Daerah perlu diperkasakan bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan kepada rakyat sentiasa ditingkatkan.

“Latihan berterusan amat penting supaya KMKK kekal kompeten, peka kepada keperluan semasa dan mampu melaksanakan amanah dengan berkesan,” katanya.

Beliau turut menasihatkan KMKK agar terus meningkatkan keupayaan diri termasuk dalam penggunaan internet dan media massa, sejajar dengan tuntutan semasa yang menyaksikan urusan pentadbiran serta penyampaian maklumat semakin bergantung kepada teknologi.

Majlis tersebut turut dihadiri Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak Undang Undang dan Adat Bumiputera Datuk Jefferson Jamit Unyat. Alexander mengucapkan tahniah kepada Penghulu yang dilantik dan berharap mereka berkhidmat dengan penuh dedikasi demi kesejahteraan rakyat di Bahagian Kapit. — SF

——


21/01/2026

RM12,000 sebulan untuk mengupah programmer judi online.

Kenapa?

Sebab mereka mencipta algoritma untuk kalahkan manusia.

Menang di awal itu umpan.
Kalah besar itu destinasi.

Kalau masih berjudi, sedarlah.
Ini bukan nasib, ini perang yang kau tak boleh menang.

Laluan alternative Hospital Kapit
21/01/2026

Laluan alternative Hospital Kapit

20/01/2026

MULAI 2027 - KANAK2 UMUR 5 TAHUN PRA SEKOLAH MANAKALA 6 TAHUN DARJAH 1

-PM ANWAR IBRAHIM-

19/01/2026

Syarat baharu KMKK 2026, minimum tamat Tingkatan 5, kata John Sikie

TATAU, 19 Jan (Isnin) — Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk Sri John Sikie Tayai berkata syarat kelayakan minimum bagi lantikan baharu ketua masyarakat dan ketua kaum di Sarawak bermula 2026 ialah sekurang kurangnya tamat tingkatan lima atau kelayakan setaraf, selaras usaha memperkukuh keupayaan kepimpinan di peringkat akar umbi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kakus berkata ketetapan itu bertujuan memastikan pemimpin komuniti memiliki asas pengetahuan dan kemahiran yang memadai untuk menunaikan peranan sebagai penghubung antara kerajaan dan rakyat, termasuk memahami dasar serta menyampaikan maklumat berkaitan program dan inisiatif baharu.

“Syarat kelayakan minimum bagi lantikan baharu KMKK bermula tahun 2026 ialah sekurang kurangnya tamat tingkatan lima atau kelayakan setaraf,” katanya menurut laporan Utusan Borneo.

Sikie berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Projek Kecil Luar Bandar bagi N.60 Kakus di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bagi penyandang jawatan sedia ada, syarat kelayakan adalah kekal seperti yang ditetapkan sebelum ini. Sikie turut menggesa KMKK mempertingkat keberkesanan tugas serta kerap berurusan dengan pejabat kerajaan untuk mendapatkan maklumat terkini demi memastikan penyampaian perkhidmatan dan penyelarasan program di peringkat komuniti berjalan lebih tersusun.

——
Gambar: UKAS


14/01/2026

Address

Kapit Fort

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kapit News Update posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share