Bicara Sabai

Bicara Sabai Informasi berkenalan negeri Pahang dan Dun Sabai

20/12/2025

Semoga mangsa banjir tabah menghadapi ujian ini. Terima kasih Tok Wan dan Kerajaan Negeri Pahang yang sentiasa prihatin dengan rakyat

04/12/2025

Rakyat Negeri Pahang yang dihormati,
Esok bersamaan Jumaat, 05 Disember 2026 pada jam 10.00 pagi, moh kita bersama menyaksikan Pembentangan Belanjawan Negeri Pahang 2026, satu detik penting dalam merangka masa depan pembangunan dan kesejahteraan negeri yang kita semua cintai.

Belanjawan ini bukan sekadar pembentangan tahunan, tetapi gambaran harapan dan hala tuju untuk meningkatkan taraf hidup rakyat, mengukuhkan ekonomi negeri, serta memastikan Pahang terus melangkah ke hadapan dengan lebih makmur dan berdaya saing. Setiap perancangan yang dibentangkan membawa makna besar kepada kehidupan kita daripada kemudahan awam, kesejahteraan rakyat, hinggalah kelestarian alam sekitar.

Ayuh warga Pahang, luangkan sedikit masa untuk mengikuti pembentangan ini.
Dengan mengikuti perjalanan pentadbiran negeri, kita bersama mengambil bahagian dalam membentuk masa depan Pahang yang lebih inklusif, progresif dan sejahtera.

📺 Siaran Langsung:
Pembentangan ini akan dibawa secara langsung melalui:
• Facebook Kerajaan Negeri Pahang
• Facebook YAB Menteri Besar, Wan Rosdy Wan Ismail
• Facebook Pahang Media
Jumpa esok, tepat jam 10 pagi.

Negeri Pahang memang tak dinafikan lagi menjadi jaguh ekonomi Pantai Timur. Setiap tahun, negeri ini menunjukkan perkemb...
03/12/2025

Negeri Pahang memang tak dinafikan lagi menjadi jaguh ekonomi Pantai Timur. Setiap tahun, negeri ini menunjukkan perkembangan yang stabil, terutama di kawasan pesat seperti Kuantan yang terus menjadi tumpuan pelabur. Dengan projek pembangunan, industri berat, dan pelaburan asing yang masuk, Pahang kekal mendahului jiran-jirannya. Apa yang membuatkan negeri ini terus kukuh ialah cara pentadbirannya yang teratur dan fokus kepada pembangunan jangka panjang.

Kejayaan ini boleh dikaitkan dengan gaya kepimpinan Tok Wan yang dikenali sebagai seorang yang tenang tetapi tegas dalam membuat keputusan. Pendekatannya yang lebih sistematik, ambil kira data, berbincang dengan pihak berkepentingan dan pastikan projek dilaksana berperingkat. Ia turut membantu membawa hasil yang jelas kepada rakyat. Dalam masa yang sama, kesinambungan dasar pentadbiran kerajaan BN di negeri ini antara faktor yang menyumbang kepada kestabilan ekonomi dan pelaksanaan projek besar tanpa gangguan.

Apa pun, kejayaan Pahang hari ini sebenarnya lahir daripada gabungan perancangan, keupayaan menarik pelaburan, dan kepimpinan yang konsisten.Hasil yang banyak, insiatif untuk rakyat turut bertambah. Kebajikan rakyat terus dijaga.

Kesimpulannya kebijaksanaan kepimpinan negeri Pahang yang di teraju oleh Tok Wan harus di kekalkan agar negeri Pahang terus kukuh, peluang pekerjaan semakin bertambah, dan Pahang terus kekal sebagai peneraju utama Pantai Timur.

Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama MB Pahang, Belanjawan 2026. Bayangkan lebih 1,500 orang berkumpul, semua excited n...
13/11/2025

Town Hall Rakyat Sinar Harian bersama MB Pahang, Belanjawan 2026.

Bayangkan lebih 1,500 orang berkumpul, semua excited nak dengar cerita pasal Belanjawan 2026 , tapi jangan risau, tak bosan pun sebab YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang, jawab soalan rakyat dengan cara yang memang santai dan mesra.

Yang paling best, suasana memang lively. Ada yang angkat tangan laju-laju, ada yang sedia bergambar dengan MB, ada juga yang memang siap catat nota, nampak macam kelas interaktif tapi versi Pahang. MB pun tak tension, jawab soalan dengan jelas, ada sesekali selit jenaka ringan yang buat semua senyum.

Program ini tunjuk yang belanjawan dan pembangunan tak semestinya topik berat yang susah nak faham. Bila cara penyampaian santai, rakyat rasa dekat, faham, dan boleh terus bagi input. 1,500 orang jadi saksi, semua puas hati sebab suara mereka didengar.

Kalau ikut mood hari itu, memang boleh kata: Town Hall ni bukan setakat “townhall kerajaan”, tapi macam sesi borak santai antara MB dan rakyat – penuh info, tapi tetap chill. Harap program macam ni boleh terus ada, sebab rakyat happy, MB happy, dan Pahang pun happy.

🗣️ TOWN HALL RAKYAT SINAR HARIAN – SUARA ANDA, MASA DEPAN BERSAMARakyat Pahang , bersedia untuk malam yang penuh makna! ...
11/11/2025

🗣️ TOWN HALL RAKYAT SINAR HARIAN – SUARA ANDA, MASA DEPAN BERSAMA

Rakyat Pahang , bersedia untuk malam yang penuh makna! 🌟
Jom sertai Program Town Hall Sinar Harian bersama Tok Wan yang akan diadakan pada:

📅 Tarikh: Selasa, 11 November 2025
🕣 Masa: 8.30 malam
📍 Tempat: Dewan Dato’ Sri Abdul Manan, Kuantan

Program ini memberi peluang kepada seluruh rakyat untuk bertemu dan berdialog secara langsung bersama Tok Wan, seorang pemimpin yang sentiasa dekat di hati rakyat. Inilah ruang untuk anda menyuarakan pandangan, berkongsi idea, dan membincangkan isu-isu pembangunan komuniti hingga kesejahteraan sosial dan ekonomi setempat.

Datanglah beramai-ramai dan jadilah sebahagian daripada suara perubahan!
Bersama kita bina masa depan yang lebih gemilang untuk Pahang.

📣 Masuk adalah PERCUMA!
Buka untuk semua lapisan masyarakat, bawa keluarga, jiran dan sahabat.


Kad Kesihatan Kasih Makmur Pahang 2025Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan I...
06/11/2025

Kad Kesihatan Kasih Makmur Pahang 2025

Kerajaan Negeri Pahang di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail memang sentiasa menunjukkan keprihatinan terhadap rakyatnya. Salah satu inisiatif terbaik yang diperkenalkan ialah Kad Kesihatan Kasih Makmur, satu program yang memberi kemudahan rawatan kesihatan kepada golongan warga emas, veteran, dan mereka yang memerlukan. Dengan adanya kad ini, rakyat boleh mendapatkan rawatan asas di klinik-panel tanpa perlu risau tentang kos rawatan yang semakin meningkat.

Menariknya, pada tahun 2025, jumlah penerima kad ini telah meningkat kepada lebih 35,000 orang di seluruh negeri. Kerajaan negeri juga memperkenalkan “Edisi Pahlawan” khas untuk veteran ATM dan PDRM sebagai tanda penghargaan kepada jasa mereka. Program seperti Jelajah Klinik Tok Wan turut dijalankan bagi memastikan masyarakat luar bandar turut menikmati manfaat ini.

Usaha ini jelas membuktikan kepimpinan Dato’ Sri Wan Rosdy yang prihatin dan berpandangan jauh. Beliau bukan sahaja memberi tumpuan kepada pembangunan fizikal, tetapi juga kepada kesejahteraan rakyat. Kad Kesihatan Kasih Makmur ini melambangkan kasih sayang kerajaan negeri terhadap rakyatnya, memastikan tiada siapa yang terpinggir dalam mendapatkan penjagaan kesihatan yang berkualiti dan mampu milik.

Rumah Rakyat Pahang, Sinar Kasih di Negeri Pahang Di negeri Pahang Darul Makmur, terukir sebuah kisah kasih dan keprihat...
04/11/2025

Rumah Rakyat Pahang, Sinar Kasih di Negeri Pahang

Di negeri Pahang Darul Makmur, terukir sebuah kisah kasih dan keprihatinan. Di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Diraja Menteri Besar Pahang Haji Wan Rosdy Bin Wan Ismail , kerajaan Barisan Nasional (BN) menyalakan obor harapan melalui inisiatif yang sangat bermakna iaitu Rumah Rakyat Pahang. Sebuah hadiah yang penuh makna buat mereka yang tidak berdaya memiliki tempat berteduh sendiri.

Di balik senyuman seorang ibu, di hujung mata seorang ayah tua, mengalir air mata syukur apabila kunci rumah baharu diserahkan. Dinding rumah itu bukan sekadar batu dan simen, tetapi terbina daripada keikhlasan dan kasih sebuah kerajaan yang memahami denyut nadi rakyatnya.

Inisiatif ini menyatukan jiwa dan harapan, memulihkan maruah insan yang sekian lama diuji kehidupan. Ia membuktikan bahawa kerajaan BN Pahang tidak hanya mentadbir negeri, tetapi membelai rakyat dengan kasih dan tanggungjawab. Selagi mentari terbit di ufuk timur, selagi itu kasih kerajaan terhadap rakyat akan terus menyinari bumi Pahang yang tercinta.

Ungkapan terima kasih mungkin tidak memadai tetapi itulah hadiah yang mampu kami kalungkan... Terima kasih Tok Wan

KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1st DAERAH RAUB 🎉📅 16 – 19 Oktober 2025📍 Kampung Gali Tengah, RaubJom seluruh warga Raub dan da...
16/10/2025

KARNIVAL ASPIRASI PAHANG 1st DAERAH RAUB 🎉
📅 16 – 19 Oktober 2025
📍 Kampung Gali Tengah, Raub

Jom seluruh warga Raub dan daerah berhampiran meriahkan karnival empat hari yang padat dengan pelbagai pengisian menarik untuk seisi keluarga!

✅ ANTARA PENGISIAN KARNIVAL:

• Pameran agensi kerajaan & GLC
• Jualan usahawan tempatan
• Persembahan kebudayaan dan hiburan rakyat
• Demonstrasi & aktiviti komuniti
• Sukan dan permainan rakyat
• Bengkel interaktif dan aktiviti kanak-kanak
• Khidmat kaunter bantuan, kebajikan dan perkhidmatan awam
• Jualan produk IKS & makanan tempatan

🎁 CABUTAN BERTUAH

Hadiah menarik menanti anda , daftar dan berpeluang menang!

📣 Moh. Fix ur date dan datang beramai ramai – kita jumpa di Kampung Gali Tengah!




08/10/2025

Pesta Tanglung JKKKB Manchis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang bangsa.

Perpaduan kaum tunjang kepada pembangunan negara dan untuk itu kita memerlukan kestabilan politik. Kerajaan Perpaduan sedia ada jelas memberikan kestabilan tersebut.

Di negeri Pahang, kepimpinan Tok Wan sentiasa menjaga kebajikan rakyat dan juga pembangunan negeri. Semoga negeri Pahang terus maju

Sebatang pokok tumbang dan menghalang lalu lintas akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda Karak .YB Tuan Arumu...
06/10/2025

Sebatang pokok tumbang dan menghalang lalu lintas akibat angin kencang dan hujan lebat yang melanda Karak .

YB Tuan Arumugam ADUN Sabai telah ke lokasi dan menghubungi pihak Polis dan Bomba untuk tindakan susulan. Terima kasih kepada pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat, PDRM dan juga orang ramai yang berganding bahu memotong dan membersihkan pokok tumbang untuk membuka laluan jalan berkenaan kepada kenderaan.

Semoga semua orang ramai berhati-hati ketika musim hujan dan angin kencang.

Terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang.. Kami berdoa agar semua sukarelawan berada dalam keadaan selamat
02/10/2025

Terima kasih atas keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang.. Kami berdoa agar semua sukarelawan berada dalam keadaan selamat

KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI BESAR PAHANG

SOLIDARITI TERHADAP SUKARELAWAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA

Saya merakamkan rasa dukacita dan keprihatinan yang mendalam terhadap penahanan sukarelawan Global Sumud Flotilla termasuk sukarelawan Malaysia oleh tentera rejim Israel ketika mereka dalam misi kemanusiaan ke Gaza.

Sukarelawan ini membawa semangat keberanian dan keikhlasan yang tinggi demi menyalurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang sekian lama ditindas.

Tindakan rejim Israel ini jelas merupakan satu kezaliman dan pencabulan hak asasi manusia, apatah lagi terhadap mereka yang hadir dengan niat murni untuk membantu insan yang sedang sengsara.

Bagi pihak Kerajaan Negeri Pahang, saya menyatakan solidariti penuh terhadap semua sukarelawan yang ditahan. Kerajaan Negeri juga berdoa agar mereka selamat, dilindungi daripada sebarang bahaya, serta segera dibebaskan.

Kerajaan Negeri Pahang turut bersama Kerajaan Persekutuan menuntut rejim Israel membebaskan sukarelawan Global Sumud Flotilla tanpa syarat.

Di samping itu, saya turut mengalu-alukan segala usaha dan bentuk sokongan daripada rakyat Pahang dengan menyertai Himpunan Sumud Flotilla yang akan diadakan pada 3 Oktober 2025 di perkarangan parkir Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan selepas solat Jumaat.

Sesungguhnya, rakyat Pahang sentiasa berdiri teguh bersama rakyat Palestin dalam perjuangan mereka menuntut kebebasan dan maruah, serta menyokong sebarang usaha kemanusiaan demi keamanan yang berkekalan di bumi Palestin.

YAB DATO’ SRI DIRAJA HAJI WAN ROSDY BIN WAN ISMAIL
Menteri Besar Pahang
2 Oktober 2025

Address

Karak
28600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bicara Sabai posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share