9 RAMD PARA

9 RAMD PARA Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
“TAK KENAL MENYERAH”

Syabas & Tahniah HARIMAU 1177986 KPL NAZIRUL AZWAN BIN MOHD YUSOFPingat Emas Kategori Minimum Weight1214533 LKPL MUHAMMA...
08/12/2025

Syabas & Tahniah HARIMAU

1177986 KPL NAZIRUL AZWAN BIN MOHD YUSOF
Pingat Emas Kategori Minimum Weight

1214533 LKPL MUHAMMAD AZRUL EZAD BIN ZOLKIFLI
Pingat Emas Kategori Heavy Weight

1209154 LKPL SHAHMIL AKMAL BIN MOHAMAD
Pingat Perak Kategori Middle Weight

1904993 LKPL MUHAMAD ILMAM FAHMI BIN ABDUL HALIM
Pingat Perak Kategori Bantam Weight

1176891 KPL MUHAMMAD HAFIZ BIN YUSOP
Pingat Perak Kategori Cruiser Weight

1186326 KPL ABDUL RAHIMI BIN YUSOOF
Pingat Gangsa Kategori Light Welter Weight

Teruskan melangkah mencapai kejayaan dan mengharumkan nama Harimau Para.

Ikhlas Daripada
Lt Kol Salmuazhari bin Md Salleh
Pegawai Memerintah serta Seluruh Warga 9 RAMD (Para)

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀) 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐔𝐓 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓MELAKA: Majlis Makan Mal...
07/12/2025

𝐖𝐈𝐒𝐌𝐀 𝐁𝐈𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀 𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀) 𝐋𝐀𝐊𝐒𝐀𝐍𝐀 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐑𝐄𝐉𝐈𝐌𝐄𝐍𝐓𝐀𝐋 𝐒𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍𝐀 𝐇𝐔𝐓 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

MELAKA: Majlis Makan Malam Rejimental (MMR) Wisma Bintara Sempena HUT pasukan tahun 2025 telah diadakan pada 6 Disember 2025 bertempat di Wisma Bintara 9 RAMD (Para). Majlis beristiadat ini diadakan dengan penuh adat ketenteraan dan dihadiri seramai 102 ahli Wisma. Pegawai Memerintah Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) iaitu Lt Kol Salmuazhari bin Md Salleh telah hadir menyempurnakan acara tersebut.

Penganjuran MMR bertujuan mengekalkan budaya rejimental serta memartabatkan adat resam ketenteraan yang telah menjadi amalan dalam organisasi. Selain itu, majlis ini turut menjadi platform untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara Pegawai Tidak Tauliah (PTT) Kanan dan pegawai.

PTT Kanan merupakan tunjang utama kepada batalion dalam melaksanakan tugas serta mengekalkan kecemerlangan unit melalui amanah yang dipikul dengan jujur dan berintegriti. Sehubungan itu, pelaksanaan MMR berperanan sebagai medium terbaik bagi memperkukuh aktiviti rejimental, seterusnya memastikan imej Tentera Darat sentiasa terpelihara.

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀)MELAKA: Mesyuarat Kebajikan Pasukan Siri 2/2025 peringkat 9 RAMD (P...
07/12/2025

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐁𝐀𝐉𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟐/𝟐𝟎𝟐𝟓 𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀)

MELAKA: Mesyuarat Kebajikan Pasukan Siri 2/2025 peringkat 9 RAMD (Para) telah dilaksanakan pada 5 Disember 2025 bertempat di Dewan Perwira, Kem Terendak, Melaka. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Lt Kol Salmuazhari bin Md Salleh, Pegawai Memerintah 9 RAMD (Para) dan dihadiri seramai 12 Pegawai dan 264 anggota LLP.

Pelaksanaan mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan pelbagai perkara berbangkit berkaitan kebajikan dan makanan anggota pasukan. Turut dibentangkan adalah laporan kewangan semasa Tabung Kebajikan Rejimen (TKR) serta beberapa usul baharu yang dikemukakan oleh anggota untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.

Sepanjang mesyuarat berlangsung, segala isu dan cadangan telah dibincangkan secara menyeluruh dan konstruktif. Hasil perbincangan akan diberi perhatian sewajarnya demi mempertingkatkan mutu pengurusan serta memastikan kebajikan warga pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Dalam ucapannya, Pegawai Memerintah menekank isu disiplin yang kian menular pada masa sekarang merangkumi salah guna media sosial, pinjaman wang tanpa mendapat kelulusan, penyalahgunaan dadah atau v**e mushroom, Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) serta ragging atau buli. Semua perkara ini menjejaskan imej pasukan, mengancam keselamatan anggota, mengganggu kelancaran tugas dan melemahkan disiplin keseluruhan organisasi, justeru memerlukan tindakan pemantauan dan pencegahan yang tegas.

Pelaksanaan mesyuarat ini mencerminkan komitmen berterusan pihak kepimpinan pasukan dalam memperkasa aspek kebajikan, selaras dengan Teras Pertama Perintah Ulung PTD: Sumber Manusia - Cakna Etos dan Kepahlawanan.

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

Syabas & Tahniah HARIMAU PARA.1224283 PBT MOHAMAD HAKIMI BIN MOHAMAD HUSNIPenuntut Akademik TerbaikKursus Repalman Kelas...
02/12/2025

Syabas & Tahniah HARIMAU PARA.

1224283 PBT MOHAMAD HAKIMI BIN MOHAMAD HUSNI
Penuntut Akademik Terbaik
Kursus Repalman Kelas 1 ( Dec) 2025
Anjuran Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.

Teruskan melangkah mencapai kejayaan dan mengharumkan nama Harimau Para.

Ikhlas Daripada
Lt Kol Salmuazhari bin Md Salleh
Pegawai Memerintah serta Seluruh Warga 9 RAMD (Para)

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀) 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐎𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐃 - 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 (𝐏𝐒𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍...
30/11/2025

𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀) 𝐌𝐄𝐍𝐆𝐆𝐀𝐋𝐀𝐒 𝐀𝐌𝐀𝐍𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐁𝐀𝐆𝐀𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍𝐉𝐔𝐑 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐎𝐋𝐀 𝐒𝐄𝐏𝐀𝐊 𝐊𝐎𝐑 𝐑𝐀𝐌𝐃 - 𝐏𝐈𝐀𝐋𝐀 𝐒𝐔𝐋𝐓𝐀𝐍 𝐒𝐀𝐋𝐋𝐄𝐇𝐔𝐃𝐃𝐈𝐍 (𝐏𝐒𝐒) 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟓

KUALA LUMPUR: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD), berkenan bercemar duli menyaksikan Perlawanan Akhir Bola Sepak Piala Sultan Sallehuddin (PSS) Tahun 2025 yang berlangsung di Stadium KEMENTAH (A), Kuala Lumpur pada 28 November 2025. Kejohanan berprestij ini dianjurkan oleh 9 RAMD (Para) selaku Pusat Cemerlang Bola Sepak Kor RAMD.

Pada tahun ini, 9 RAMD (Para) sekian kalinya telah melaksanakan tanggungjawab menganjurkan Pusingan Awal Kejohanan PSS yang berlangsung dari 23 hingga 29 Jun 2025 melibatkan penyertaan lima zon iaitu Zon Utara, Zon Timur, Zon Selatan, Zon Sabah dan Zon Sarawak. Kejohanan kemudiannya diteruskan ke peringkat Pusingan Kedua pada 13 hingga 21 Julai 2025, disusuli Suku Akhir pada 23 Julai dan Separuh Akhir pada 25 Julai 2025 bertempat di Padang Bola Sepak 9 RAMD (Para).

Turut hadir menyaksikan perlawanan akhir ialah Lt Jen Datuk Hj Malek Razak bin Sulaiman, Panglima Medan Barat Tentera Darat merangkap Pengerusi RAMD, Lt Jen Dato’ Mohd Sofi Md Lepi, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Brig Jen Saiful Bahari bin Zainol, Pengarah Infantri merangkap Setiausaha RAMD, para pesara RAMD, dif-dif kehormat, pegawai kanan serta para Pegawai Memerintah RAMD.

Sebanyak 26 pasukan batalion RAMD mengambil bahagian dalam kejohanan edisi 2025. Perlawanan akhir menyaksikan pertarungan antara 18 RAMD (Para) dan 14 RAMD (Mek). Pertembungan sengit selama 90 minit berakhir dengan keputusan 0-2, sekali gus menyaksikan 14 RAMD (Mek) mengekalkan kejuaraan dan menjulang Piala Sultan Sallehuddin Tahun 2025.

Majlis penutup serta penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh KDYMM Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang Dipertua RAMD. Anugerah Pemain Terbaik Kejohanan disandang oleh Kpl Mohamad Hakimi bin Abdullah, manakala Kpl Mohd Sukri bin Mat Hamidi dari 14 RAMD (Mek) dianugerahkan Penjaring Gol Terbanyak.

Penganjuran kejohanan ini turut menyokong Perintah Ulung Panglima Tentera Darat melalui Teras Pertama: Sumber Manusia – Cakna Etos Kepahlawanan, sebagai usaha memperkukuh semangat, disiplin dan kecergasan warga RAMD.

𝐓𝐀𝐀𝐓 𝐒𝐄𝐓𝐈𝐀

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

28/11/2025

PIALA SULTAN SALLEHUDDIN (PSS) TAHUN 2025

PERLAWANAN AKHIR

18 RAMD (PARA) VS 14 RAMD (MEK)

28/11/2025

9 RAMD PARA's broadcast

13/11/2025

EKS GERAK PANTAS 2025

Fasa 2: Menyelamatkan Obj PROTON ( PU Gong Kedak)

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

08/11/2025

"Eks Gerak Pantas 2025: Fasa 1: Op Paracut, Dari Langit ke Medan"

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

Syabas & Tahniah HARIMAU PARA.1225974 PBT MOHAMAD FAREQ HAN BIN DAUDPenuntut Keseluruhan TerbaikKursus Repalman Kelas 2 ...
24/10/2025

Syabas & Tahniah HARIMAU PARA.

1225974 PBT MOHAMAD FAREQ HAN BIN DAUD
Penuntut Keseluruhan Terbaik
Kursus Repalman Kelas 2 ( Dec) Siri 6/25
Anjuran Batalion Pertama Rejimen Renjer Diraja.

Teruskan melangkah mencapai kejayaan dan mengharumkan nama Harimau Para.

Ikhlas Daripada
Lt Kol Salmuazhari bin Md Salleh
Pegawai Memerintah serta Seluruh Warga 9 RAMD (Para)

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀)𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀: Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) ...
20/10/2025

𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐀𝐉𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐊𝐄𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐏𝐀𝐒𝐔𝐊𝐀𝐍 𝟗 𝐑𝐀𝐌𝐃 (𝐏𝐀𝐑𝐀)

𝐌𝐄𝐋𝐀𝐊𝐀: Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) telah mengadakan Hari Pengajian dan Program Kewangan Pasukan 9 RAMD (Para) bertempat di Dewan Mahmood Sulaiman, 9 RAMD (Para) pada 17 Okt 25 yang memfokuskan kepada tajuk "Simpanan Untuk Pendidikan, Tanpa Ragu Tanpa Bimbang".

Pasukan bersama-sama PTPTN Negeri Melaka telah melaksanakan program yang bertujuan memberi pendedahan dan pemahaman kepada warga Harimau Para tentang kepentingan simpanan kewangan terhadap keterjaminan pendidikan anak-anak di masa hadapan.

Objektif Hari Pengajian Pasukan ini dilaksanakan adalah bagi menjadikan warga Harimau Para lebih cakna dan celik dalam ilmu pengurusan kewangan.
Pelaksanaan Hari Pengajian ini sejajar dan bertepatan dengan Teras Pertama Perintah Ulung PTD Ke-30 iaitu Sumber Manusia: Cakna Etos Kepahlawanan.

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran𝐁𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝𝐢𝐞𝐫 𝐉𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐧𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐨𝐢𝐛𝐏𝐚𝐧𝐠𝐥𝐢𝐦𝐚 𝟏𝟎 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝 (𝐏𝐚𝐫𝐚)Seluruh warga H...
17/10/2025

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran

𝐁𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝𝐢𝐞𝐫 𝐉𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐥 𝐃𝐚𝐭𝐮𝐤 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐮𝐥 𝐀𝐧𝐮𝐚𝐫 𝐛𝐢𝐧 𝐒𝐨𝐢𝐛
𝐏𝐚𝐧𝐠𝐥𝐢𝐦𝐚 𝟏𝟎 𝐁𝐫𝐢𝐠𝐞𝐝 (𝐏𝐚𝐫𝐚)

Seluruh warga Harimau Para mendoakan semoga YBhg Panglima dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang baik.

Ikhlas Daripada
Lt Kol Salmuazhari bin Md Salleh
Pegawai Memerintah serta Seluruh Warga 9 RAMD (Para)

𝐏𝐀𝐇𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍 𝐈𝐗

𝟗 𝐓𝐀𝐊 𝐊𝐄𝐍𝐀𝐋 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐄𝐑𝐀𝐇

Address

9 RAMD (Para)
Kem Terendak
76200TERENDAK,MELAKA

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 9 RAMD PARA posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 9 RAMD PARA:

Share

Category