Ribat Al Asyraf

Ribat Al Asyraf PUSAT PENGAJIAN RIBAT AL ASYRAF
LOT 1942 KAMPUNG BUKIT BESAR, MUKIM BANGGOL 24000 KEMAMAN TERENGGANU

16.12.2025Bismillahirrahmanirrahim…Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Ihtifal P...
17/12/2025

16.12.2025

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana Majlis Ihtifal Pelajar Ribat Al Asyraf & Ribath Darul Ansar yang berlangsung semalam telah berjalan dengan lancar dan penuh keberkatan 🤲✨

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh para pelajar atas usaha, disiplin dan persembahan yang sangat membanggakan. Semoga segala ilmu yang dipelajari menjadi amal soleh serta bekalan dunia dan akhirat.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para guru, warden, ibu bapa serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.

Semoga Ribat Al Asyraf & Ribat Darul Ansar terus melahirkan generasi alim yang berakhlak mulia dan berilmu, insya-Allah.

📸 Sekitar gambar Ihtifal Pelajar semalam





&BeramalSoleh

Sambutan Ihtifal Eidul Ilmi 2025 ( Penutup 2025)
16/12/2025

Sambutan Ihtifal Eidul Ilmi 2025 ( Penutup 2025)

Bismillahirrahmanirrahim ...Minggu Imtihan Akhir Tahun 2025 ..Semoga dimudahkan anak-anak untuk menjawab soalan ..Bittau...
02/12/2025

Bismillahirrahmanirrahim ...
Minggu Imtihan Akhir Tahun 2025 ..

Semoga dimudahkan anak-anak untuk menjawab soalan ..

Bittaufiq wannajah ❤️

𝘼𝙨𝙨𝙖𝙡𝙖𝙢𝙪𝙖𝙡𝙖𝙞𝙠𝙪𝙢 𝙬𝙖𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝𝙞 𝙬𝙖𝙗𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩𝙪𝙝.𝘽𝙞𝙨𝙢𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙣𝙞𝙧𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢…🌿 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐥-𝐀𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚...
18/11/2025

𝘼𝙨𝙨𝙖𝙡𝙖𝙢𝙪𝙖𝙡𝙖𝙞𝙠𝙪𝙢 𝙬𝙖𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙩𝙪𝙡𝙡𝙖𝙝𝙞 𝙬𝙖𝙗𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙩𝙪𝙝.
𝘽𝙞𝙨𝙢𝙞𝙡𝙡𝙖𝙝𝙞𝙧𝙧𝙖𝙝𝙢𝙖𝙣𝙞𝙧𝙧𝙖𝙝𝙞𝙢…

🌿 𝐏𝐮𝐬𝐚𝐭 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐣𝐢𝐚𝐧 𝐈𝐬𝐥𝐚𝐦 𝐑𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐥-𝐀𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟 𝐤𝐢𝐧𝐢 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐤𝐚 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐚𝐦𝐛𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐫 𝐁𝐚𝐫𝐮 𝟐𝟎𝟐𝟔!

Jika tuan/puan sedang mencari tempat yang mampu membentuk anak menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan terbimbing dengan suasana pengajian yang tenang serta beradab—
𝐑𝐢𝐛𝐚𝐭 𝐀𝐥-𝐀𝐬𝐲𝐫𝐚𝐟 adalah pilihannya.

Di sini, para pelajar dibimbing untuk memahami agama dari asas hingga mendalam, sambil dibentuk dengan disiplin, adab dan kasih sayang.
InsyaAllah, setiap langkah anak dalam menuntut ilmu menjadi amal yang mengalir pahalanya.

📌 𝐒𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐦𝐚𝐬𝐮𝐤𝐚𝐧:
• 13 tahun ke atas
• Boleh membaca Al-Quran & Jawi

📚 𝐒𝐮𝐛𝐣𝐞𝐤 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐃𝐢𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐤𝐚𝐧:
• Feqah • Tauhid • Hadis • Sirah
• Nahu • Tafsir • Bahasa Arab

🌟 𝐌𝐚𝐭𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐦𝐢 — 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐡𝐢𝐫𝐤𝐚𝐧 𝐠𝐞𝐧𝐞𝐫𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐨𝐥𝐞𝐡𝐢𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐚𝐦𝐩𝐮 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐚𝐰𝐚 𝐜𝐚𝐡𝐚𝐲𝐚 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐤𝐞𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐮𝐦𝐦𝐚𝐡.

📞 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐩𝐞𝐫𝐭𝐚𝐧𝐲𝐚𝐚𝐧 & 𝐩𝐞𝐧𝐝𝐚𝐟𝐭𝐚𝐫𝐚𝐧, 𝐡𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢:
• Ust Syed : https://wa.me/60123642923?
• Ust Aqil : https://wa.me/60164315059?
• Ust Zaidi : https://wa.me/60139725156?

✨ 𝐒𝐞𝐦𝐨𝐠𝐚 𝐚𝐧𝐚𝐤-𝐚𝐧𝐚𝐤 𝐤𝐢𝐭𝐚 𝐦𝐞𝐧𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐰𝐚𝐫𝐢𝐬 𝐢𝐥𝐦𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐦𝐚𝐥 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫𝐢 𝐦𝐚𝐧𝐟𝐚𝐚𝐭 𝐝𝐮𝐧𝐢𝐚 & 𝐚𝐤𝐡𝐢𝐫𝐚𝐭.

📖✨𝘿𝘼𝙐𝙍𝘼𝙃 𝙆𝙄𝙏𝘼𝘽 𝙃𝙄𝙆𝘼𝙈 𝙄𝙈𝘼𝙈 𝙃𝘼𝘿𝘿𝘼𝘿 & 𝙄𝙅𝘼𝙕𝘼𝙃 𝙎𝘼𝙉𝘼𝘿Alhamdulillah, pada 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮, 𝟐𝟕 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 para pelajar 𝙍𝙞𝙗𝙖𝙩 𝘼𝙡 𝘼𝙨𝙮𝙧𝙖𝙛...
27/09/2025

📖✨𝘿𝘼𝙐𝙍𝘼𝙃 𝙆𝙄𝙏𝘼𝘽 𝙃𝙄𝙆𝘼𝙈 𝙄𝙈𝘼𝙈 𝙃𝘼𝘿𝘿𝘼𝘿 & 𝙄𝙅𝘼𝙕𝘼𝙃 𝙎𝘼𝙉𝘼𝘿

Alhamdulillah, pada 𝐒𝐚𝐛𝐭𝐮, 𝟐𝟕 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓 para pelajar 𝙍𝙞𝙗𝙖𝙩 𝘼𝙡 𝘼𝙨𝙮𝙧𝙖𝙛 telah berkesempatan menghadiri majlis ilmu yang penuh barakah bertempat di 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐏𝐚𝐬𝐢𝐫 𝐌𝐢𝐧𝐚𝐥, bersama 𝐓𝐮𝐚𝐧 𝐆𝐮𝐫𝐮 𝐇𝐣 𝐙𝐮𝐥𝐤𝐢𝐟𝐥𝐢𝐞 𝐛𝐢𝐧 𝐇𝐣 𝐌𝐨𝐡𝐚𝐦𝐚𝐝 𝐒𝐨𝐡𝐚𝐢𝐦𝐢.

Semoga kehadiran ini menjadi wasilah untuk mengikat hati dengan ilmu para ulama serta memperkukuh sanad keilmuan yang bersambung hingga kepada Rasulullah ﷺ. 🌹

🔥✨𝗞𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗥𝗗𝗛𝗨 𝗔𝗜𝗡 𝟯.𝟬 (𝟮𝟬𝟮𝟱)✨🔥📅 Tarikh: 14 – 16 September 2025 (3H 2M)👦 Lelaki sahaja (8 – 16 tahun)📍 Pusat P...
07/09/2025

🔥✨𝗞𝗘𝗠 𝗣𝗘𝗠𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗙𝗔𝗥𝗗𝗛𝗨 𝗔𝗜𝗡 𝟯.𝟬 (𝟮𝟬𝟮𝟱)✨🔥

📅 Tarikh: 14 – 16 September 2025 (3H 2M)
👦 Lelaki sahaja (8 – 16 tahun)
📍 Pusat Pengajian Ribat Al-Asyraf, Mak Lagam, Kemaman.

🌿 Nak anak lebih yakin dengan ilmu agama, ibadah & akhlak?

Inilah peluang terbaik! Sertai kem yang penuh dengan 𝗶𝗹𝗺𝘂, 𝘂𝗸𝗵𝘂𝘄𝗮𝗵 & 𝗮𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗿𝗼𝗻𝗼𝗸𝗸𝗮𝗻 💪

📌 Pengisian menarik:
✅ Tahsin Al-Quran
✅ Fardhu Ain & Pengurusan Jenazah
✅ Solat berjemaah & Qiamullail
✅ Aktiviti sukan berkuda, memanah & maulid
💰 Yuran hanya 𝗥𝗠𝟭𝟱𝟬

📲 Tempat TERHAD! Daftar segera:

📞 https://wa.me/60164315059?text=Assalamualaikum%20ustaz%2C%20saya%20nak%20daftar%20Kem%20Fardhu%20Ain%203.0

📞 https://wa.me/60189109089?text=Assalamualaikum%20ustaz%2C%20saya%20nak%20daftar%20Kem%20Fardhu%20Ain%203.0

📞 https://wa.me/60182793935?text=Assalamualaikum%20ustaz%2C%20saya%20nak%20daftar%20Kem%20Fardhu%20Ain%203.0

🌟 Ilmu bermanfaat, pengalaman berharga, sahabat selamanya! 🌟

5 RABIUL AWWAL 1447H
29/08/2025

5 RABIUL AWWAL 1447H

🌿 Program Rabu Akhir Safar 1447H 🌿Alhamdulillah, pada hari ini Allah beri kesempatan untuk pelajar Ribat Al Asyraf &  Ta...
20/08/2025

🌿 Program Rabu Akhir Safar 1447H 🌿

Alhamdulillah, pada hari ini Allah beri kesempatan untuk pelajar Ribat Al Asyraf & Tahfiz Darul ulum bersama-sama berhimpun di Pantai Teluk Kalung bagi menghidupkan amalan doa dan majlis ilmu sempena Rabu akhir bulan Safar.

Diriwayatkan oleh para ulama, hari ini termasuk dalam waktu yang Allah turunkan ujian dan bala, maka digalakkan kita memperbanyakkan doa, solat sunat, sedekah dan zikir memohon perlindungan-Nya. Semoga usaha kecil ini menjadi benteng daripada segala keburukan.

Turut serta dalam majlis ini ialah para pelajar dan asatizah dari Maahad Tahfiz Darul Ulum. Kehadiran mereka menambahkan lagi seri dan keberkatan suasana tepi pantai yang penuh dengan ukhuwwah serta semangat mencari keredhaan Allah.

✨ اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما، واجعل تفرقنا من بعده تفرقا معصوما، ولا تجعل فينا ولا معنا شقيا ولا محروما
🤲 Semoga Allah memelihara kita, keluarga kita, dan negeri kita daripada segala musibah serta mengurniakan ketenangan dalam hati.

07/08/2025
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.Masjid Madrasah Ribat Al-Asyraf kini sedang menjalani kerja-kerja baik pulih ...
06/08/2025

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Masjid Madrasah Ribat Al-Asyraf kini sedang menjalani kerja-kerja baik pulih demi keselesaan para pelajar, asatizah dan jemaah. Antara kerja yang sedang dilakukan:
✅ Penukaran dinding
✅ Pengecatan dinding
✅ Penambahbaikan sistem PA
Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi menjayakan projek ini. Semoga setiap sumbangan menjadi amal jariah yang berpanjangan.

Sumbangan boleh disalurkan ke:
📌 Maybank – 5630 5525 5557
📌 Pusat Pengajian Ribat Al-Asyraf
Ref: Dana Masjid Ribat

📞 Sebarang pertanyaan:
Ust Syed – 012-364 2923
Ust Zaidi – 013-972 5156

"Barang siapa membina masjid kerana Allah, Allah akan membina untuknya rumah di syurga." (HR. Bukhari & Muslim)

05/08/2025

اللَّهُمَّ احْفَظْ كُلَّ مَنْ نَشَرَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ، وَبَارِكْ فِي عُمْرِهِ وَرِزْقِهِ، وَاجْعَلْ عَمَلَهُ خَالِصًا لِوَجْهِكَ الكَرِيمِ

Maksudnya:
“Ya Allah, peliharalah setiap insan yang menyebarkan dan mengajarkan ilmu, berkati umurnya dan rezekinya, serta jadikan amalnya ikhlas kerana-Mu.”

Alhamdulillah 🌸Tahniah kepada semua pelajar Ribat Al Asyraf yang telah berjaya lulus dalam ujian peperiksaan baru-baru i...
05/08/2025

Alhamdulillah 🌸
Tahniah kepada semua pelajar Ribat Al Asyraf yang telah berjaya lulus dalam ujian peperiksaan baru-baru ini.
Semoga kejayaan ini menjadi langkah awal untuk terus maju, istiqamah dalam menuntut ilmu dan sentiasa diberkati Allah SWT.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada para asatizah yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan ilmu demi kejayaan anak-anak pelajar. Moga segala pengorbanan dibalas dengan ganjaran yang besar di sisi Allah. 🤲📚✨

Address

LOT 1942, KAMPUNG BUKIT BESAR, MUKIM BANGGUL, KEMAMAN
Kemaman
24000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ribat Al Asyraf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ribat Al Asyraf:

Share

Category