Penama

Penama Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Penama, Digital creator, 853-1A, Jalan Tanah Lot Kg Baru Kerteh, Kemaman.

23/05/2025

Kisah 85 ribu rayuan Haji dan bagaimana kita kena memahami Haji sebagai medan ilmu dan misi membangkitkan umat. Ini bacaan khusus buat para tetamu Allah. Kau bacalah.

Tahun 2025 menyaksikan lebih 85,000 permohonan rayuan haji direkodkan oleh Tabung Haji Malaysia. Angka ini bukan angka kosong. Ia adalah suara umat. Ia adalah gelombang harapan yang mengalir dari segenap pelosok tanah air dari golongan tua yang ingin menamatkan riwayat hidup dalam keadaan suci, hingga anak muda yang mahu mempercepat langkah menuju kepada Allah.

Tetapi di sebalik semangat luar biasa ini, satu persoalan penting perlu kita tanya, adakah kita sudah faham apa sebenarnya erti haji?

Dalam bahasa Arab, "Hajj" (حَجّ) berasal dari akar kata ḥa-jīm-jīm (ح ج ج) yang membawa tiga makna utama dik.

Menuju.
Bertujuan.
BERHUJJAH.

Maknanya, haji bukan sekadar perjalanan fizikal ke Tanah Suci. Ia adalah perjalanan menuju Allah. Ia adalah misi yang penuh tujuan. Dan yang menarik, ia juga membawa maksud BERHUJJAH, persoalannya dengan siapa?

Dengan diri sendiri.

Kerana hakikat haji adalah medan kita membongkar dosa, menggali makna dan berhujah dengan jiwa yang selama ini lalai. Maka haji bukan sekadar destinasi, ia adalah satu konvensyen jiwa untuk mencari semula fungsi diri.

Di sinilah wahyu pertama, IQRA BISMI ROBB menjadi asbab untuk kau bersoal jawab. Tanya, kaji, gali, korek, analisa semula iman dan Islam kau, IQRA KITABAKA "Kaji kitab engkau" dik.

Siapa pengatur hidup kau selama ini?

Adakah Allah?
Adakah manusia?
Adakah ibubapa?
Adakah boss kau yang suruh kau buat itu ini kerana gaji?
Adakah harta, status dan isi dunia ni yang mengatur tujuan hidup kau?

Sehingga kau berbuat segala sesuatu kerana nama? Kerana nafsu, kerana kau.

Selalunya Allah menjadi alasan 'cliche' yang menunjukkan itulah normalisasi hidup beragama. Tapi malangnya ia sedap disebut di bibir tetapi tidak dihayati di hati.

Iqra bismi robb, bukan sekadar ayat biasa, ia adalah perintah untuk kita KENAL SIAPA PENGATUR KITA, YANG MENCIPTA CARA HIDUP KITA BERAGAMA.

Sistem siapa yang menjadi pakaian hidup kita?
Sistem Allah? Atau sistem manusia?
Di situlah halusnya bicara PENGATUR untuk kita fahamkan.
Kerana di dalam kubur nanti, itulah soalan pertama yang bakal disoal, bakal dijawab oleh kita?

MAN ROBBUKA?
Siapa pengatur engkau?

Manasik dan maqasid haji, di antara ritual dan matlamat. Dik, ramai yang hafal manasik haji dari niat, tawaf, sa’i, wukuf, melontar jamrah, tahallul. Tapi berapa ramai yang faham maqasid sebagai satu matlamat di sebalik semua gerak fizikal itu?

Manasik itu pergerakan.
Maqasid itu tujuan.

Tawaf mengajar kita untuk kembali memutar masa untuk mencari semula tujuan hidup untuk Allah. Muhasabah mecari titik hitam (hajarul aswad) yang perlu kita tinggalkan (istilam).

Sa’i menghidupkan semangat Siti Hajar, seorang ibu yang berlari demi anak, demi harapan, demi rezeki. Mencari AIR satu analogi mensucikan diri dengan ILMU, itulah falsafah Safa dan Marwah. (Best topik ni kalau nak sembang panjang).

Manakala melontar Jamrah bukan sekadar tentang batu, tapi tentang melepaskan sifat keji dalam diri. Melempar syaitan yang selama ini bermaharajalela dalam jiwa kau.

Wukuf di Arafah p**a... itulah puncaknya.
Wukuf di Arafah adalah hari umat mencari arah.

Nabi berpesan, “Al-Hajj ‘Arafah” (HR Abu Dawud)

Wukuf ialah waktu umat Islam dari 180 negara berhenti serentak, berkumpul di padang Arafah tanpa pangkat, tanpa gelaran. Hanya selembar kain putih dan air mata penyesalan atau kegembiraan.

Kau ada misi di sini.
Kau jangan ingat hanya duduk diam saja.
Kau ada kerja. Kau ada task untuk menghidupkan balik agama.
Kau ada amanah untuk dibawa p**ang ke tanah air.

Di situlah Nabi sampaikan khutbah terakhir.
Di situlah kita menyusun semula hidup.
Di situlah kita sepatutnya berfikir sebagai satu umat, bukan sekadar individu. Kau bukan hanya pentingkan diri untuk berdoa mencari dunia. Tapi kau dah mula memikir apakah nasib agama.

Kalau benar haji itu konvensyen tahunan umat Islam, maka wukuf di Arafah ialah tempat kita memikirkan arah tuju umat, masa depan keluarga dan hala tuju agama. Kau kena sedar, kau adalah PEWARIS kitab dan sunnah Nabi yang perlu dibawa p**ang HUJJAHnya untuk membijakkan diri dan keluarga.

Sebab itu kau diberi gelaran HAJI dan HAJJAH. Orang yang membawa p**ang hujjah agama untuk disampaikan pada mereka yang tidak dapat hadir ke Arafah.

Jadi apa erti 85,000 rayuan ini kepada kita?

Dik angka ini menyimpan banyak makna.

Ia bukti bahawa masih ramai umat Islam mencintai akhirat.
Ia tanda bahawa umat ini masih ada harapan untuk dibentuk dan dibangkitkan.

Ia juga isyarat bahawa kesedaran umat makin hidup, walau dalam dunia yang makin lalai.

Namun... adakah semua yang merayu itu benar-benar mengerti makna haji? Atau sekadar mengejar 'checklist' rukun Islam yang kelima?

Haji adalah konvensyen tahunan terbesar umat Islam. Di sinilah;

Ulama dan orang awam bertemu.
Pemimpin dan rakyat duduk sama rendah.
Yang kaya dan miskin sujud di tanah yang sama.
Jika benar haji itu medan pertemuan dan kesatuan, maka kita sebagai umat perlu berusaha menjadikannya lebih dari sekadar ibadah bersifat individu. Ia perlu dikembalikan sebagai institusi tarbiyah dan peradaban.

Jika kau salah seorang dari 85,000 yang merayu, tanya diri kau.
Adakah aku benar-benar faham kenapa aku mahu ke sana?

Dan jika kau belum berpeluang untuk sampai ke bumi Arafah maka bersiaplah dari sekarang. Kerana haji bukan bermula di Kaabah, ia bermula dalam hati kau. Untuk kembali mengenal Allah. Mencari semula diri kau dalam jutaan manusia yang hadir.

Dan wukuf bukan berlaku hanya di Arafah, ia berlaku bila kau sedar dan tunduk di hadapan Allah di mana-mana pun kau berada.

Kau kena ingat pesanan Allah untuk kita semua, “Dan serulah manusia untuk mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengenderai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.” Surah Al-Hajj, 22:27.

Dan ingat dik, tak semua yang mampu akan dipanggil.
Tapi sesiapa yang berusaha memahami, itu yang Allah jemput.

Haji bukan untuk orang yang cukup duit.
Haji untuk orang yang mahu mencari Allah.

Semoga Allah pilih kita, bukan sekadar sebagai tetamu,
Tapi sebagai umat yang tahu apa erti dijemput ke rumah-Nya.

Dan mungkin, daripada 85,000 rayuan itu hanya segelintir yang benar-benar faham apa erti dipanggil menjadi tetamu Allah.

Moga Allah jadikan kita antara yang layak… walau sekadar berdoa dari jauh. Kalau belum mampu ke sana, adakah kau sudah mula bersiap dengan ilmu?

Kerana jika Allah belum beri peluang menjejakkan kaki ke Arafah, mungkin Dia mahu kau menjejakkan hati ke arah-Nya dahulu.

Kalau kau rasa tulisan ini menyentuh hati, kongsikan.
Tag mereka yang pernah atau sedang merindui untuk kembali ke Tanah Suci.

Shauqi Hasan
Teringat bila berkhutbah di Arafah dulu, semangat mahu meninggalkan kesan dan hujjah pada para jemaah. Moga mereka dapat bawa p**ang sesuatu dari program tahunan umat di bumi Mekah.

P/s : Jumpa di PBAKL2025 nanti, Sabtu 24hb Mei, 3.30 petang bersama saya dan Saiful Nang sempena pelancaran buku kami berdua. Kalau tak dapat ke PBAKL, boleh dapatkan di sini https://bit.ly/KisahMutawifRare

👍
08/05/2025

👍

24/04/2025

Perancis Meroyan Dihalau Dari Benua Afrika, Tak Boleh Terus Menjajah!

Perancis menjadi negara pengeksport utama uranium, berlian dan juga emas walaupun tanah Perancis tiada sumber ini. Mereka telah menjarah kesemua mineral dan hasil bumi negara-negara Afrika Barat seperti Niger, Mali, Chad dan Burkina Faso.

Ketika rampasan kuasa tentera berlaku, Ibrahim Traore telah diangkat menjadi presiden Burkina Faso. Ibrahim Traroe pada hari pertama pemerintahan mengumumkan untuk menghentikan segala penjajahan kuasa asing di negaranya dan fokus kepada pembangunan negara.

Perancis menarik balik pekerja dan mengumumkan ruang udara Afrika Barat kawasan larangan dari dilalui Air France, syarikat penerbangan Perancis. Kesatuan Afrika Barat kemudiannya mengharamkan Air France dari melalui ruang udara mereka.

Air France kerugian 65 juta dollar sehari setelah disenarai hitam kerana selama ini penerbangan di ruang udara ini dimonopoli secara tidak adil oleh Air France.

Sentimen anti Perancis kini semakin merebak ke negara-negara Afrika berdekatan seperti Senegal dan Guinee. Era neo-kolonialisasi Perancis semakin berakhir. Perancis kini mahukan Air France kembali dibenarkan terbang melalui ruang udara Afrika Barat.

Menariknya, walaupun Ibrahim Traroe seorang muslim, Ibrahim telah menolak tawaran Arab Saudi untuk membina 200 buah masjid di Burkina Faso sebagai hadiah pertabalannya. Sebaliknya, Ibrahim meminta Arab Saudi untuk melabur dan membina hospital, sekolah, atau perniagaan yang boleh memajukan rakyat Burkina Faso dan memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan. Ibrahim tidak mahu sebarang bantuan yang lebih bersifat "virtue signaling" semata-mata.

Kini terbukti, Perancis tidak boleh berfungsi tanpa Afrika.

24/04/2025

Gambar yg dipetik daripada buku yg bertajuk "Rising Sun World War II"dimana seorang pemuda melayu yg bertubuh kecil sedang memikul tuan orang putih untuk menyeberang sungai supaya tuan orang putih itu tidak basah

Sebab itu Dato Maharajalela menikam hingga mati JWW Birch di Sg Perak sementara Dato Dol Said p**a buat perang terbuka dgn British sewaktu Perang Naning dahulu

Sejarah yang tidak akan dilupakan
Adakah bangsa Melayu islam, mahu di jajah sekali lagi oleh bangsa yg pernah mintak menumpang di tanah Melayu sebagai pendatang...janganlah termakan pujukan setan.. Kita mendidik anak bangsa Melayu utk kembali ke pangkal jalan, demi kebaikan, demi agama, bangsa dan tanahair tercinta..

Ada sesetengah orang Melayu menghasut anak bangsanya agar mengangkat bangsa pendatang sebagai tuan, sebagai ketua, kerana sedikit imbuhan dan pangkat...

Ingatlah wahai orang Melayu.... Sejarah para perjuang Melayu islam, berkorban harta, nyawa demi melihat islam dan bangsa Melayu bermaruah di bumi tanah Melayu Malaysia.

Sumber Kredit : Panji Hitam

17/04/2025

Jadi ayah tiri tak senang. Aku jadi ayah tiri dalam usia yang muda. Yang mana masa tu aku kahwin je, aku dah ada 4 orang anak. Anak paling tua dah sekolah menengah. Duduk MRSM. Tengah bawak mood memberontak konon stress lah membesar dalam broken family. Puih. Aku berdepan banyak fasa yang aku kena belajar bersabar. Aku tak lalui kehidupan macam orang lain. Yang merasai nikmat hidup susah senang bersama berdua, tak pernah lalu keadaan anak pertama lahir dalam keluarga.

Tak lalu bila anak nombor dua p**a lahir. Macam mana situasinya. Tak merasa episod awal perkahwinan bagi kebanyakan orang yang dah kahwin. Kahwin-kahwin saja aku dah ada komitmen besar, dalam keadaan aku punya pendapatan masih tunggang langgang. Maknanya belum ada yang tetap pun. Bayangkan, dari seorang lelaki bujang yang hidupnya huha-huha.

Yang tak tidur malamnya, yang terlibat dengan segala macam dunia underground ni, alih-alih kahwin dah ada 4 orang anak. Macam mana aku nak handle hati ni untuk terima anak-anak. Macam mana nak berdepan p**a keluarga bekas lelaki isteri aku ni, macam mana aku nak uruskan anak-anak yang mana dalam keadaan banyak mata-mata diluar tunggu masa aku buat silap. Banyak perkara aku fikir.

Belum cerita nak layan perangai anak-anak yang masa tu cukup tak kena dengan hati aku. Waktu tu 4 orang anak. Dua darinya autistik. Lain macam cabarannya. Dengan tak reti buat kerjanya, yang makan lepas tu jenis tinggal atas mejanya. Yang kerja menjawab ibunya. Bergaduh. Menggelegak jiwa samseng ni masa tu. Aku sahut. Aku usaha habis baik. Kali ni dalam rumah ni, dah ada ketua baru. Siap lah korang! Mentang-mentang mak kau baik, kau buat mak kau macam orang gaji kan.

Aku masa kahwin, dengan rambut tocangnya. Dengan baju dada terbukaknya. Belum cerita dengan cincin, dengan benggelnya. Rantai kadang-kadang berkalung dekat leher. Acah nak jadi samseng dulu. Kita ni budak membesar dekat uptown. Tu lorong-lorong pasar malam sana. Kahwin p**a dengan isteri yang dari keluarga baik-baik. Pandangan belah ayah anak-anak ni p**a dekat aku. Memang tak boleh belah. Terlampau banyak. Tekanan teruk awal tu, tapi aku harung. Aku percaya, hidup ni pilihan. Bila aku pilih jalan ni, maknanya aku tak boleh bagi alasan apapun. Aku kena hadap sebagai anak jantan yang dah buat keputusan.

"Leena, kau betul ke kahwin dengan dia ni? Tengok gaya dia macam samseng je. Tak takut anak-anak kau kena pukul ke?"

"Kau dah fikir masak-masak ke? Cari lah orang yang elok sikit.."

"Aku rasa tak lama kau kahwin ni, mesti menyesal nanti ni. Percayalah cakap aku."

Ni antara ayat-ayat yang dapat ke bini aku masa tu. Menyirap je dengar, tapi nak buat macam mana. Dah aku pilih image macam gitu, kena layan je lah apa orang nak cakap kan. Lahabau betul. Dia tak tahu aku punya romantik macam mana. Heh heh.

Berdepan lah aku dengan kehidupan baru waktu tu. Seorang lelaki bujang yang tiba-tiba ada isteri dan 4 orang anak. Segala benda jadi tak cukup. Setiap bulan asyik berhutang, sampai orang menyampah dengan aku lah. Yang menyampah tu p**ak orang yang dulu selalu aku tolong. Macam haram. Mana aku nak sangka, dulu masa bujang rasa mewah. Bila dah kahwin, segala benda tak cukup. Bagai nak gila aku buat kerja sampingan nak cukupkan belanja. Pagi pukul 7 aku dah keluar hantar anak ke sekolah. 4 orang anak bersekolah. Sorang mrsm, so aku kena urus 3 orang anak bersekolah. Sekolah agama, sekolah kebangsaan. Dengan waktu sekolah ada sesi pagi dan petang lagi.

Pukul 7 pagi sampai 6 petang. Masa aku penuh untuk fokus uruskan hantar anak ke sekolah. Ada lah rehat setiap sejam dua lepas ambik atau hantar anak sekolah. Malam jam 8 aku dah bersiap-siap ke KL untuk cari duit sampai lah pukul 3-4 pagi. Balik rehat kejap, jam 7 sambung hantar anak-anak sekolah.

Sumpah rasa tak ada masa depan. Letih letih letih letihh!

Waktu tu, setiap bulan kena naik turun mahkamah Shah Alam. Temankan isteri aku untuk kes tuntutan hak jagaan anak dan nafkah anak. Bila terpaksa ke mahkamah tu, kadang-kadang anak terpaksa ponteng sekolah. Yelah, mahkamah dari pagi sampai ke petang kadang-kadang tu. Takda siapa dapat nak uruskan hantar dan ambik anak. Anak kena ponteng sekolah pun hati aku jadi gelisah, entah apa p**ak esok aku nak kena fitnah dengan bapak diorang nanti. Nak cakap aku ayah tiri tak gunalah tu sebab tak hantar anak ke sekolah. Senang betul. Hidup goyang kaki, satu habuk pun tak menyumbang, kerja dia tunggu aku buat salah untuk dia boleh jadi hero.

Letih, memang letih sangat. Kadang-kadang tekanan tu rasa macam nak give up. Murung gila beb. Dengan tak cukup rehatnya. 24jam tu aku ada waktu setiap sejam dua siang tu je lah.

Ada tu satu hari kereta p**ak rosak. Duit apa pun takda nak repair, kena urus hantar anak ke sekolah tu pakai motor hijau aku tu hantar bebudak ke sekolah. Setahun jugak. Sampai sekali tu terlampau letih, tengah bawak diorang naik motor, aku boleh tiba-tiba berhenti tengah-tengah jalan. Aku bukak mata, tengok ada kereta mengadap aku tengah berhenti siap hon. Aku terlelap! Gila betul-betul gila. Tak tahan dah, letih sangat. Masa tu aku dah rasa aku memang tak boleh teruskan kehidupan gila macam ni. Otak dah tak betul.

Masa tu isteri aku p**ak mengandung. Semua urusan aku bawak motor je. Sampai dah bukaan 2cm pun, aku bawak motor ER650 tu ke hospital shah alam. Bini aku pakai helmet fullface. Kena sound lah dengan nurse masa tu. Apakan daya? Takda pilihan. Miskin sangat. Masa bini aku beranak, kali ni giliran motor aku p**ak rosak. Aku ambik grab dan tidur dekat hospital tu nak dua minggu. Pasrah. Bila bini aku mengadu lapar, aku berjalanlah kaki keluar carikan makanan. Jauh juga dari hospital tu nak ke kedai-kedai luar. Berpeluh, apa benda pun tak boleh buat masa tu. Check poket, tengok ada RM20. Itu je yang tinggal. Itulah buat beli makanan bagai.

Isteri masa tu doktor cakap macam bahaya jugak kondisinya. Paling sedih masa tu bila bini aku yang tengah tunggu nak beranak tu datang ke aku yang tengah tunggu dia dekat ruang menunggu tu, dia tanya aku,

"Abang, doktor cakap kondisi sayang ni tak okey. Mungkin abang kena pilih salah sorang je utk diselamatkan. Kalau abang kena pilih, abang pilih anak kita tau. Kesian dia tak dapat tengok lagi dunia ni.. sayang takpa lah, sayang dah banyak susahkan abang. Terima kasih bang sebab baik dengan kami semua."

Tak tersentak jantung aku dengar masa tu? Aku dah berkorban sejauh ni, Tuhan hantar satu lagi ujian nak kena buat pilihan paling besar. Meleleh lagi air mata jantan aku masa tu, aku terus cium dahi bini aku sambil genggam tangan dia.

"Abang pilih sayang lah. Anak kita boleh buat lain. Benda ni tak payah ajar abang. Takda apa lah, inshaAllah semua okey.. dah makan ke belum? Cakap doktor tu kalau dia suruh pilih lagi, abang pelempang muka dia."

Alhamdulillah, dua-dua selamat. Ceit drama tu betul buat jantung aku luruh separuh.

Ini belum cerita rumah kena potong elektrik waktu raya lagi. Ahh, aku cuma watak yang masuk ke rumah ni dalam keadaan segalanya ditinggalkan berhutang. Kami menanggung sama-sama selesai semuanya. Masa rumah kena potong elektrik, kebetulan aku keluar masa tu ada satu meeting. Bini aku whatsapp,

"Semoga berjaya bang. Kitorang dekat rumah ni okey je. Panas sikit lah takda kipas ni. Cuma takut malam nanti lah bang, gelap rumah. Abang hati-hati ya balik. Tak payah risau. Anak-anak semua okey je ni."

Aku balik tu nak maghrib. Sepanjang balik, menangis je aku. Sedih. Terlampau sedih. Puas aku doa dekat Tuhan untuk bagi aku kekuatan buat satu keputusan tepat. Perlu ke aku bertahan lagi terpaksa seksa anak dan bini atau aku dah kena lepaskan diorang ni semua supaya tak terseksa lagi? Mental aku betul-betul teruji. Memang waktu tu, ada sekelumit dekat hati ni, nak terus terang dekat isteri aku yang aku dah tak mampu lagi nak teruskan semua ni. Aku taknak berterusan jadi lelaki tak guna yang tak boleh bantu diorang anak beranak. Aku memang nak lepaskan je.

Hampir menyerah! Hujung sangat dah tu.

Dengan tekanan demi tekanan yang aku dapat dari side ayah anak-anak ni. Aku betul-betul murung. Selalu aku termenung. Kejap tu mesti menangis.

"Aku nak jadi apa ni? Betul ke tak betul aku ni?"

Hari-hari aku tanya diri aku sendiri. Bila lahir anak kandung aku, situ satu lagi ujian baru pada aku. Ini ujian hati. Macam mana aku nak bagi hati ni untuk berlaku adil dengan semua anak? Aku lawan.

Aku layan semua macam anak kandung aku bukan anak tiri, cuma tetap ada batas. Tetap buat aku serba salah bila aku nak garang lebih-lebih. Aku garang bukan sebab apa, sebab aku ada cita-cita besar untuk semua anak ni. Tapi itu lah, bila status anak tiri, kalau aku garang, akan ada bahasa-bahasa tak baik yang akan keluar dari orang sekeliling.

"Apa lah buat anak macam tu. Mentang-mentang anak tiri"

"Aku dah agak dah dia ni memang kaki baran. Tengok lah dengan gaya dia. Macam samseng. Anak tiri p**ak tu, memang layan macam entah apa-apa lah."

"Tak baik betul layan anak tiri macam tu. Budak tu kecik lagi, dah suruh buat itu ini"

Ayat-ayat ni aku pernah dengar, gila kejap aku. Sakit jantung. Selalu aku fikir, takkan sebab bahasa-bahasa orang tak betul ni aku nak gunakan untuk rosakkan anak-anak aku ni? Takkan aku nak buat tak tahu je dekat anak-anak ni sebab bahasa diorang? Aku pilih untuk keras juga dengan cara aku. Membesarkan sama rata. Apa orang nak cakap, aku tak ambil peduli. Korang jaga anak korang elok-elok, biar aku jaga anak-anak ini dengan cara aku.

Hari berganti hari, tahun berganti tahun. Anak dah besar panjang. Anak sulung hari ni usianya dah 22 tahun. Aku macam tak percaya, aku boleh sampai ke hari ini. Anak-anak besar sihat walafiat. Sampai ada yang pelik tengok anak-anak aku ni semua boleh berdikari sendiri, padahal aku ada dua orang anak yang istimewa. Semuanya boleh berdikari dan sangat membantu.

Tapi itu lah, kos untuk sampai ke hari ini, air mata yang tumpah, muka yang terpaksa tebal, kawan yang berapa ramai dah hilang tu, banyak. Belum cerita hati yang berapa kali hancur dan pulih semula sebab tengok isteri dan anak-anak senyum. Sungguh banyak.

Situ aku mula pegang, kasih sayang Tuhan di luar logik kita. Yang penting, jangan menyerah dan kena percaya diri kita. Dari awal-awal rasa macam mustahil nak jumpa hari esok, hari-hari rasa nak m@ti, tak nampak mana harapan pun yang segala masalah ni akan selesai, tahu-tahu dah bertahun semua benda tu berlalu dan aku masih dekat sini sedang bina bahagia bersama. Ramai kita lalu situasi macam ni kan? Tahu-tahu semuanya lepas je tanpa kita perasan pun.

Korang boleh bayangkan, segala sakit ni aku dan isteri aku tempuh. Segala kos-kos ini kami bagai nak gila usahakan tanpa ada bantuan konsisten nafkah dari si ayah kandung diorang ni. Tanpa peduli apapun dari ayah kandung diorang ni, esok bila diorang besar, tiba-tiba si ayah kandungnya datang ala-ala kasih gila-gila pada diorang? Buat-buat rindu, play victim jangan cakap lah. Drama yang aku dah bosan sangat.

Boleh bayang sesuatu tak? Dari sudut aku, aku okey.

Cuma sikit terkilan dengan sikap tak bertanggungjawab tu je sepanjang anak ni membesar. Yang hidupnya meratip alasan untuk halalkan perbuatan tak beri nafkah, sedangkan satu habuk komitmen tentang anak tak ada pada bahu dia. Sedangkan aku yang di canang orang luar ini, bagai nak m@ti mencukupkan segalanya.

Masa tu yang buat air mata ni meleleh jugak kadang bukan apa, sebab dah tak tertahan segala rasa sakit, perit, dan macam-macam ni. Sakit menahan tu padahal dulu kita jenis orang yang tak kenal erti sabar. Ahh, aku serahkan semuanya pada Allah SWT semata.

"Ya Allah Ya Tuhanku, hanya Engkau tempat aku memohon belas dan kasih atas segala kudrat yang aku tumpahkan buat amanah yang kau beri ini"

P/s : Terima kasih Allah untuk segala perjalanan kehidupan yang mencabar ini. Yang mendidik jiwa aku jadi seorang lelaki dewasa. Segala sakit, segala perit, hari ini jadi satu kemanisan dalam kehidupan aku. Terima kasih isteri tercinta yang setiap masa berjuang bersama-sama. Menangis bersama, sakit bersama. Buat anak-anak, esok kelak korang dah mula buat haluan sendiri, aku cuma mampu doakan korang baik-baik saja. Maaf untuk segala kekurangan ayah tiri korang ini yang tak sehebat ayah-ayah kawan kalian. Aku cuma ayah yang Allah pinjamkam untuk berbakti pada korang. Yang selalu sehabis baik mencukupkan kalian semua walau dalam keadaan dah tak punya apa. Ini cuma kisah perjuangan ayah tiri kalian yang pilih jalan kehidupan mencabar ini. Yang semua orang yang sepatutnya bertanggungjawab tapi pilih menunggang aku bagai nak rak. Aku okey. Aku ikhlas, semoga pengorbanan ini semua menjadi saham aku dekat akhirat esok. Membesarlah jadi anak jantan!

16/04/2025

Anak kecil main api..

Address

853-1A, Jalan Tanah Lot Kg Baru Kerteh
Kemaman
24300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60139861676

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Penama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share