Cikgu Razak Ibrahim

Cikgu Razak Ibrahim Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cikgu Razak Ibrahim, Digital creator, Kemaman.

31/07/2026

Bila penat, singgahlah berehat. Bila masuk waktu, singgahlah bersolat. Perjalanan bukan sekadar mengejar destinasi, tetapi mencari keberkatan di setiap hentian.

Yang Santai, Pasti Sampai 🤝🕌

Comel suasana malam ini di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. 🇲🇾Moga penyatuan ini membawa keberkatan buat kita semua. PN da...
30/07/2026

Comel suasana malam ini di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. 🇲🇾

Moga penyatuan ini membawa keberkatan buat kita semua. PN dan BN bergabung menjadi satu kekuatan untuk menumbangkan PH pada pilihan raya yang bakal berlangsung 1 Ogos ini.

Nismilan, Kito Jago !

Ambil keberkatan hari yang mulia ini dengan menziarahi sahabat kita, Muhammad Radzilah bin Omar, atau lebih mesra dikena...
24/07/2026

Ambil keberkatan hari yang mulia ini dengan menziarahi sahabat kita, Muhammad Radzilah bin Omar, atau lebih mesra dikenali sebagai Pelah, di kediamannya di Mak Chili.

Alhamdulillah, beliau baru sahaja selesai menjalani prosedur membuang batu karang di KPJ Kuantan kelmarin. Bukan sedikit dugaan dan kesakitannya. Kini beliau sedang berehat di rumah untuk proses pemulihan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang segera, mengangkat segala kesakitan, mempermudahkan urusan, serta mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat sahabat kita.

اللهم رب الناس أذهب البأس، واشفِ أنت الشافي، لا شفاء إلا شفاؤك، شفاءً لا يغادر سقماً.

Amin Ya Rabbal ’Alamin. 🤲

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menziarahi Dato’ Haji Hanafiah Mat yang kini sedang menjalani proses pemuliha...
09/07/2026

Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan menziarahi Dato’ Haji Hanafiah Mat yang kini sedang menjalani proses pemulihan di rumah selepas selesai menjalani pembedahan.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, mengangkat segala kesakitan, serta memberikan kekuatan dan kesihatan yang berpanjangan kepada beliau. Mudah-mudahan urusan pemulihan dipermudahkan dan beliau dapat kembali menjalani aktiviti seperti sediakala.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar Dato’ Haji Hanafiah Mat terus diberikan nikmat kesihatan dan berada dalam rahmat serta lindungan Allah SWT.

Amin 🤲🏻

Seronok mendengar perkongsian pengalaman Pok Nor Camboh yang hampir 40 tahun mengusahakan dusun ini. Pelbagai jenis duri...
04/07/2026

Seronok mendengar perkongsian pengalaman Pok Nor Camboh yang hampir 40 tahun mengusahakan dusun ini.

Pelbagai jenis durian ditanam dengan penuh dedikasi hingga membuahkan hasil yang membanggakan. Semoga Allah SWT terus memberkati rezeki dan mengurniakan kesihatan yang berpanjangan buat Pok Nor.

Ziarah Apak @ Hamzah, mantan Pengerusi JPKK Batu 4, di kediaman beliau yang kini sedang menjalani proses pemulihan selep...
27/06/2026

Ziarah Apak @ Hamzah, mantan Pengerusi JPKK Batu 4, di kediaman beliau yang kini sedang menjalani proses pemulihan selepas menjalani pembedahan baru-baru ini.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang sempurna, memberikan kesihatan yang baik serta mempermudahkan segala urusan beliau.

Aamiin.

Alhamdulillah, selesai berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para guru dalam Kursus Profesionalisme Perguruan Peringkat ...
19/06/2026

Alhamdulillah, selesai berkongsi ilmu dan pengalaman bersama para guru dalam Kursus Profesionalisme Perguruan Peringkat Sekolah Rendah Islam Darul Taqwa, Kemaman di DITC Teluk Kalong.

Saya berkesempatan menyampaikan slot motivasi guru dan Microteaching (Ajar Mikro). Terima kasih atas ruang dan peluang yang diberikan. Semoga segala perkongsian memberi manfaat dan inspirasi kepada semua peserta.

Teruskan mendidik dengan hati, membimbing dengan ilmu dan memimpin dengan teladan. 😊

KENYATAAN MEDIA PAS PUSATKERJASAMA POLITIK PAS–BERSATUMesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada har...
08/06/2026

KENYATAAN MEDIA PAS PUSAT

KERJASAMA POLITIK PAS–BERSATU

Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat yang diadakan pada hari ini, Isnin 8 Jun 2026, telah membuat ketetapan seperti berikut:

i. Memperakukan keputusan Mesyuarat Majlis Syura Ulamak pada 2 Jun 2026 berhubung pertimbangan dasar, hukum dan maslahah kerjasama politik PAS, atas prinsip penyatuan ummah;

ii. Meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik PAS–BERSATU berdasarkan laporan, kajian dan penilaian semasa;

iii. Menghentikan kerjasama politik dengan BERSATU;

iv. Meneroka suatu bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya (electoral pact) demi penyatuan ummah, bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum ke-16; dan

v. Menerima hasrat tokoh-tokoh akademik, profesional, pemimpin politik, dan aktivis masyarakat untuk menyertai PAS.

“Kembali Kepada Penyelesaian Islam”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 22 Zulhijjah 1447 / 8 Jun 2026

Alhamdulillah, hari ini Allah SWT masih memberikan kesihatan dan kekuatan untuk bersama-sama melaksanakan ibadah korban ...
27/05/2026

Alhamdulillah, hari ini Allah SWT masih memberikan kesihatan dan kekuatan untuk bersama-sama melaksanakan ibadah korban serta menyembelih lembu.

Semoga setiap amalan dan pengorbanan kita diterima oleh Allah SWT, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan keberkatan dunia serta akhirat.

Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H. 🤍

Address

Kemaman
24000

Telephone

+601128948530

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cikgu Razak Ibrahim posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Cikgu Razak Ibrahim:

Shortcuts

Share