04/07/2026
Tahun ini KOINDAH tidak dapat sama-sama menjadi pempamer bukan kerana tidak terpilih untuk menyertai tetapi ada asbab yang tak dapat dielakkan dan kerana itu kami terpaksa menolak untuk sama2 menyertai Hari Koperasi Negara pada tahun ini.
KOINDAH tetap menyokong acara besar dan berprestij ini dengan kehadiran PENGERUSI : Tn Hj Roslin Abd Rahman bersama Setiausaha Agung, En Mohd Azilas Kamarudin ke Penang International Convention Center (PICC) pada Jumaat 03.07.2026.
Semoga rakan sepejuangan koperasi disana terus bersemangat dan mendapat jualan yang lumayan dari awal mula HKN hingga tamatnya program. Amin2 ya rabb π€²π«