Borneo Airtime

Borneo Airtime Memaparkan perkembangan berita tempatan dalam negeri dan ikuti kisah dan inspirasi orang kita hanya di Borneo Airtime.

ππ‘ππŸπŸ• 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇: π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ†π”ππƒπˆ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ ππ„ππ†π”ππƒπˆ 𝐀𝐖𝐀𝐋Seramai 22,881 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera, p...
25/11/2025

ππ‘ππŸπŸ• 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇: π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ†π”ππƒπˆ πŠπ„ππ€πƒπ€ π’π„πŒπ”π€ ππ„ππ†π”ππƒπˆ 𝐀𝐖𝐀𝐋

Seramai 22,881 pengundi awal terdiri daripada anggota tentera, polis serta pasangan mereka akan mula mengundi hari ini bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Proses pengundian yang telah bermula pada jam 8 pagi tadi dan pusat mengundi akan ditutup secara berperingkat.

Sebanyak 58 pusat mengundi awal disediakan di seluruh Sabah, termasuk di Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Ibu Pejabat Polis Daerah serta kem-kem tentera.

Selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Sabah.

𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π†πˆπ€π“ πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ πƒπˆ 𝐃𝐔𝐍 𝐍.πŸ’πŸ’ π“π”π‹πˆπƒAntara calon bebas yang dilihat semakin giat turun padang di kawasan DUN N...
21/11/2025

𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 π†πˆπ€π“ πŒπ„ππ˜π€ππ“π”ππˆ π‘π€πŠπ˜π€π“ πƒπˆ 𝐃𝐔𝐍 𝐍.πŸ’πŸ’ π“π”π‹πˆπƒ

Antara calon bebas yang dilihat semakin giat turun padang di kawasan DUN N.44 Tulid ialah Edwin Laimin yang konsisten menyantuni pengundi dari kampung ke kampung sambil membawa suara sebenar masyarakat setempat.

Gerak kerja beliau turut memperlihatkan maklum balas jelas daripada penduduk Tulid yang semakin lantang menyuarakan penolakan terhadap dominasi parti-parti luar yang didakwa tidak memahami realiti kehidupan masyarakat pedalaman.

Ramai pengundi menyambut baik kehadiran calon bebas ini kerana dianggap lebih mudah didekati dan lebih memahami isu tempatan seperti pembangunan infrastruktur, akses jalan luar bandar, peluang ekonomi serta keperluan generasi muda.

π’π„ππ€π‘π€πˆ π‚π€π‹πŽπ 𝐍.πŸ’πŸ’ π“π”π‹πˆπƒSelamat berkempen kepada semua calon yang bertanding di DUN N.44 Tulid.
16/11/2025

π’π„ππ€π‘π€πˆ π‚π€π‹πŽπ 𝐍.πŸ’πŸ’ π“π”π‹πˆπƒ

Selamat berkempen kepada semua calon yang bertanding di DUN N.44 Tulid.

16/11/2025

ππ„ππ€πŒπ€π€π π‚π€π‹πŽπ 𝐏𝐑𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŠπ„ πŸπŸ• πƒπˆ 𝐃𝐔𝐍 π“π”π‹πˆπƒ πŒπ„ππ˜π€πŠπ’πˆπŠπ€π ππ„π‘π“π„πŒππ”ππ†π€π πŸπŸ’ 𝐏𝐄𝐍𝐉𝐔𝐑𝐔

Penamaan calon bagi Pilihanraya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 menyaksikan kawasan DUN N.44 Tulid yang menjadi tumpuan apabila sebanyak 14 penjuru bertanding dan enam daripadanya adalah calon bebas, angka yang lebih ramai berbanding PRN sebelum ini sekaligus menjadikan persaingan di kawasan ini antara yang paling sengit.

Salah seorang calon bebas tersebut ialah Tuan Edwin Laimin, anak jati Tulid yang bertanding dengan matlamat mempertahankan DUN berkenaan serta membawa kemajuan dalam pelbagai aspek seiring perkembangan pesat kawasan tersebut.

Tempoh kempen rasmi yang bermula sejurus selepas penamaan calon dijangka menjadi penentu utama sebelum pengundi keluar menunaikan tanggungjawab pada penghujung November ini.

π‹π„ππˆπ‡ πŸ‘,𝟎𝟎𝟎 ππŽπ‘π€ππ† ππ„ππ‚π€π‹πŽππ€π πƒπˆππ„π‹πˆ π”ππ“π”πŠ 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŠπ„-πŸπŸ•Berikut adalah senarai jumlah kerusi bagi setiap parti yan...
14/11/2025

π‹π„ππˆπ‡ πŸ‘,𝟎𝟎𝟎 ππŽπ‘π€ππ† ππ„ππ‚π€π‹πŽππ€π πƒπˆππ„π‹πˆ π”ππ“π”πŠ 𝐏𝐑𝐔 𝐃𝐔𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 πŠπ„-πŸπŸ•

Berikut adalah senarai jumlah kerusi bagi setiap parti yang akan bertanding dalam PRN-17 bagi keseluruhan 73 DUN Sabah.

Penamaan calon bagi calon rasmi bertanding akan diumumkan pada 15 November dan bermulanya kempen pilihan raya.

Ikuti perkembangan politik hanya di laman rasmi Borneo Airtime.

06/11/2025

𝐁𝐍 𝐒𝐀𝐁𝐀𝐇 ππ„π‘π’π„πƒπˆπ€ π†π„πŒππ”π‘ 𝐏𝐑𝐍 - πŸ— ππŽπ•π„πŒππ„π‘ π‰π€πƒπˆ π’π€πŠπ’πˆ

BN Sabah akan melancarkan jentera pilihanraya negeri pada 9 November bertempat di Grand Ballroom,The Pacific Sutera Hotel, Sutera Habour, Kota Kinabalu sebagai mercu tanda kekuatan dan kesediaan parti ini untuk berdepan pilihanraya negeri ke-17 kali ini agar dapat terus membawa arus kemajuan.

Pelancaran ini turut menzahirkan komitmen untuk memastikan suara rakyat Sabah terus didengari dan pembangunan negeri diteruskan melalui kepimpinan yang berpengalaman dan komited dalam agenda memperkasa masa depan negeri di bawah bayu ini.

05/11/2025

πˆπŒππ€π’ πŠπ„πŒππ€π‹πˆ: π’π”πŠπ€π ππ‘πˆππ”πŒπˆ ππˆππ€ 𝐖𝐀𝐃𝐀𝐇 ππ„ππ˜π€π“π”π€π 𝐃𝐀𝐍 π‚π”ππ†πŠπˆπ‹ ππ€πŠπ€π“ π€ππ€πŠ πŒπ”πƒπ€ ππ„πƒπ€π‹π€πŒπ€π

Segmen Sukan kali ini mengimbas kembali program Sukan Komuniti PRIBUMI Peringkat Negeri Sabah 2025 yang dirasmikan oleh YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan sekaligus menyaksikan pelbagai pengisian aktiviti menarik.

Program sedemikian merupakan alternatif yang terbaik kepada wakil rakyat untuk membantu masyarakat dari aspek sukan sekiranya bakat-bakat anak muda dapat dicungkil sejak peringkat awal lagi.

Turut hadir memberikan sokongan, YBhg. Prof. Madya (Dr.) Edwin Laimin, AMT Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merangkap Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional P.180 Keningau.

Teruskan mengikuti perkembangan info sukan tempatan di laman rasmi FB Borneo Airtime

04/11/2025

πŒπ„πŒππ„π‘πŠπ€π’π€ πŠπ„ππ„π’π€π“π€π π„πŠπŽππŽπŒπˆ πŠπŽπŒπ”ππˆπ“πˆ πŒπ€πƒπ€ππˆ πƒπˆ 𝐃𝐔𝐍 π“π”π‹πˆπƒ

YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan bersama rombongan dari Yayasan Hasanah, JPN Sabah dan PPD Keningau bersama rombongan Yayasan Hasanah, JPN Sabah dan PPD Keningau telah melawat Pusat Kraftangan Batu Lunguyan serta Hub Integriti Wanita Kolektif Mukim Lanas bagi menyaksikan sendiri usaha komuniti dan wanita setempat melalui Wormee Lanas, WPKK dan WISE dalam memperkasa ekonomi luar bandar.

Lawatan yang turut diiringi oleh YBhg. Prof. Madya (Dr.) Edwin Laimin, AMT Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) merangkap Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional P.180 Keningau ini jelas mencerminkan sokongan mewakili anak jati Trusmadi dalam merancakkan pembangunan pelbagai aspek yang diterajui oleh wakil rakyat Pensiangan YB Dato' Sri Arthur Joseph Kurup.

Teruskan mengikuti perkembangan info ekonomi tempatan hanya di laman rasmi FB Borneo Airtime

02/11/2025

π’π„π†πŒπ„π ππ„ππƒπˆπƒπˆπŠπ€π: π’π„πŠπŽπ‹π€π‡ 𝐋𝐔𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐍𝐃𝐀𝐑 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 πŒπ„ππƒπ€ππ€π“ ππ„π‘π‡π€π“πˆπ€π πŒπ„π‹π€π‹π”πˆ ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ π˜π€π˜π€π’π€π 𝐇𝐀𝐒𝐀𝐍𝐀𝐇

SMK Tulid dan SK Lanas telah dipilih sebagai Sekolah Angkat Madani dibawah program Yayasan Hasanah yang memperuntukkan sehingga RM100 ribu untuk setiap sekolah bagi projek-projek pembangunan dan keceriaan sekolah.

Inisiatif ini telah dibawakan oleh Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Ahli Parlimen P.182 Pensiangan demi memastikan sekolah luar bandar terutamanya di kawasan Tulid terus menikmati pembangunan dalam pelbagai aspek.

Teruskan mengikuti perkembangan info tempatan hanya di FB Rasmi Borneo Airtime.

π’π„π†πŒπ„π ππŽπ‹πˆπ“πˆπŠ: π’π„πŒπ€πŠπˆπ π‘π€πŒπ€πˆ ππ„π‘π€π‹πˆπ‡ πŠπ„ 𝐏𝐁𝐑𝐒 - 𝐁𝐍Seramai 192 keahlian baharu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diterima...
01/11/2025

π’π„π†πŒπ„π ππŽπ‹πˆπ“πˆπŠ: π’π„πŒπ€πŠπˆπ π‘π€πŒπ€πˆ ππ„π‘π€π‹πˆπ‡ πŠπ„ 𝐏𝐁𝐑𝐒 - 𝐁𝐍

Seramai 192 keahlian baharu Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diterima di PDM Malima, baru-baru ini melibatkan Kg. Bunang dan Kg. Delayan.

Majlis Penyerahan telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Presiden PBRS di dewan Kg. Bunang, Sook.

Dalam pada itu, YB Dato’ Sri Arthur turut membuat lawatan dan menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada beberapa orang penduduk kampung Bunang yang terkesan akibat bencana, baru-baru ini.

Turut hadir, Edwin Laimin, Ahli Majlis Tertinggi PBRS.



29/10/2025

π’π„π†πŒπ„π π’πŽπ’πˆπŽπ„πŠπŽππŽπŒπˆ: 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽπŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„π†π€ ππ”πŠπ“πˆ πŠπ„π‘π€π‰π€π€π πŠπŽπŒπˆπ“π„πƒ π‘πˆππ†π€ππŠπ€π πŠπŽπ’ 𝐒𝐀𝐑𝐀 π‡πˆπƒπ”π π‘π€πŠπ˜π€π“

Program Jualan Agro Madani Mega yang dirasmikan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P.182 Pensiangan, melalui kementeriannya ini bukan sahaja memberi manfaat langsung kepada pengguna, malah turut membuka peluang kepada usahawan tempatan dan pengeluar hasil tani untuk memperluas skop pasaran mereka.

YB Dato’ Sri turut menyeru kepada masyarakat yang hadir agar memanfaatkan peluang ini untuk menjana pendapatan sekaligus menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam sektor pertanian moden yang kini berasaskan teknologi dan inovasi, katanya ketika merasmikan program berkenaan di Dewan Hj. Gusman Kampung Panagatan Ulu, Keningau.

Dalam pada itu, pendekatan yang dilaksanakan ini turut menjadi bukti keprihatinan kerajaan dalam menyeimbangkan kos sara hidup rakyat yang juga ditekankan melalui kolaborasi antara jabatan berkaitan dan agensi kerajaan.

Teruskan mengikuti perkembangan info ekonomi tempatan hanya di laman rasmi Facebook Borneo Airtime

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„π†π€ πŸπŸŽπŸπŸ“ πƒπˆπ‘π€π’πŒπˆπŠπ€π πƒπˆ πŠπ„ππˆππ†π€π”Program Jualan Agro MADANI Mega 2025 secara rasmi telah dilan...
26/10/2025

ππ‘πŽπ†π‘π€πŒ 𝐉𝐔𝐀𝐋𝐀𝐍 π€π†π‘πŽ πŒπ€πƒπ€ππˆ πŒπ„π†π€ πŸπŸŽπŸπŸ“ πƒπˆπ‘π€π’πŒπˆπŠπ€π πƒπˆ πŠπ„ππˆππ†π€π”

Program Jualan Agro MADANI Mega 2025 secara rasmi telah dilancarkan oleh YB Dato’ Sri Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, dalam satu majlis yang berlangsung di Dewan WKAN Tingkalor John Mambun, Kampung Ansip, Keningau.

Program berkonsepkan jualan agro makanan berskala besar itu menghimpunkan lebih daripada 50 usahawan tempatan yang menawarkan pelbagai produk pertanian dan makanan pada harga berpatutan. Inisiatif ini turut menekankan nilai tambah melalui kolaborasi antara jabatan dan agensi kerajaan bagi memperkukuh ekosistem agro makanan negara.

Turut hadir mengiringi, Prof. Madya (Dr.) Edwin Laimin, AMT PBRS merangkap Pengerusi Penyelaras BN P.180 Keningau.

Teruskan mengikuti perkembangan info ekonomi tempatan hanya di laman rasmi FB Borneo Airtime.

Address

Lot 7, Blok B, Tingkat 2 Keningau Jaya
Keningau
89008

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Airtime posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Borneo Airtime:

Share