Attaqi Publication

Attaqi Publication 📚 Book Producer
📧 [email protected]
Instagram: This is an online bookstore.

We’re selling travelogue books written by a local writer.

02/09/2025

"Ki, banyak duit kau ye boleh pergi travel sana-sini."

Kadang, itulah pandangan seseorang bila melihat aku ke luar negara.

Bagi aku, benda ni bukan soal banyak duit ke tak, tapi sebenarnya lebih kepada "passion".

Ada orang yang duitnya banyak tapi tak ada passion untuk mengembara, maka mereka tak ke mana-mana juga.

Mungkin mereka lebih gemar tukar sport rim kereta, berbelanja deko hiasan rumah hampir setengah juta atau shopping setiap minggu di mall membeli barang berjenama kerana itu yang buat mereka bahagia.

Terp**ang, kerana itu cara mereka. Tak boleh paksa "passion" mereka supaya sama dengan kita kerana minat manusia berbeza-beza.

Aku p**a, tak kisah tak pakai barang berjenama, tapi yang penting aku dapat keluar melihat dunia.

Simpe, bila ada "passion", kau akan berusaha sedaya-upaya, kumpul duit, tak berbelanja benda yang tak perlu, kerana kau rasa lebih nikmat bila dapat mengembara ke luar negara.

Ya, duit akan habis, tapi kenangan dan pengalaman itu akan kekal tersimpan sampai bila-bila.

Dan paling penting kau perlu tanamkan dalam diri, itu semua adalah rezeki.

Ada orang, dah usaha, buat macam-macam cara, tapi tak dapat juga ke luar negara.

Mungkin itu bukan rezeki dia.

Aku tak hidup mewah, tak ada rumah besar, kereta pun tak tukar, pakai yang sama sahaja.

Tapi rezeki aku, Tuhan bagi peluang untuk mengembara ke luar negara sejak zaman bujang hingga berkeluarga.

Rezeki orang tak sama.

Bersyukurlah sentiasa, InsyaAllah Tuhan akan lipat gandakan rezeki kita.

*Belanja sikit view dari bilik penginapan kami di Valley Hostel, Lauterbrunnen, Switzerland.

Perkongsian Mohd Syauqi

02/09/2025

7 TIPS NAK BELI TIKET FLIGHT MURAH.

1. Tempah Hari Selasa Dan Rabu

Selasa dan Rabu merupakan salah satu hari terbaik untuk anda beli tiket flight. majoriti syarikat penerbangan biasanya akan tetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7.00 malam. Ini dibuat kerana syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa tempah tiket pada hari minggu. Berdasakan statistik, memang terbukti kebanyakan kita hanya akan belek-belek harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad.

2. Tempah Awal, Tetapi Jangan Terlalu Awal

Berdasarkan pengalaman, anda kena tempah tiket sekurang-kurangnya 21 hari lebih awal dari tarikh anda nak terbang. Kebanyakan syarikat penerbangan sudah tetapkan dalam sistem untuk mencapai seberapa banyak jualan tiket yang boleh. Jadi, di dalam sistem tersebut sudah ditetapkan kuota tertentu tiket-tiket penerbangan yang dijual pada harga yang sangat murah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari KuaLa Lumpur ke London, hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Sementara 200 penumpang seterusnya akan mendapat harga medium dan selebihnya lagi mungkin lebih mahal. Pendek kata, sistem syarikat penerbangan memang akan tetapkan harga tiket berdasarkan margin yang syarikat itu mahukan semasa mereka hendak terbang dari Kuala Lumpur ke London.

3. Hari Terbang Yang Sesuai

Cuba korang tempah tiket untuk terbang pada hari Selasa atau Rabu. Kebanyakan syarikat penerbangan memang akan tetapkan dua hari ini sebagai ‘hari kurang sibuk’ untuk sistem tempahan. Lapangan terbang juga selalunya kurang sibuk pada kedua-dua hari ini, berbanding Jumaat dan Ahad yang mana sistem tempahan dan lapangan terbang akan menjadi sangat sibuk.

4. Cari ‘Best Deal’ Untuk Penerbangan Antarabangsa

Kebanyakan syarikat penerbangan akan tawarkan ‘Best Deal’ kira-kira 11 hingga 12 minggu lebih awal untuk penerbangan antarabangsa. Jadi, anda kena rajin periksa harga tiket dalam tempoh ini.

5. Pilih Untuk Mendarat di Lapangan Terbang Kecil

Anda boleh cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi itu. Contohnya, kalau anda nak ke London, biasanya ramai akan terus pilih untuk mendarat di Heathrow. Lepas ini, jangan turun di heathrow, sebaliknya anda cuba turun di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. kemudian, dari Manchester anda naik train ke London. Cuba cara ini. Mesti lagi murah!

6. Buang ‘Cookies’

Yang ini ramai yang tidak tahu. Sila buang cookies pada komputer riba, telefon pintar dan pc anda sekiranya anda dah melawat laman web penerbangan 30 hari sebelum itu. Sebab melalui cookies ini, sistem tempahan syarikat penerbangan akan andaikan yang anda sudah tengok laman web mereka berulang kali. Jadi, sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah masuk laman web itu berulang kali. Kadang-kadang, harga naik lagi ada! Jadi, korang amalkan tabiat padam cookies pada internet browser anda tu. Kalau tak tahu nak delete sila tanya Encik Google!

7. Bandingkan Harga

Jangan malas untuk google dan bandingkan harga tiket yang anda mahukan dekat laman-laman web yang lain. Jangan hanya tertumpu pada satu laman web sahaja. Anda akan terkejut sebab kadang-kadang akan jumpa ada harga tiket yang lagi murah daripada syarikat penerbangan yang sama. Berikut merupakan search engine yang aku kerap gunakan untuk travel:

1. Skyscanner
2. CheapFlight
3. Momondo
4. Kayak
5. Google Flight
6. Ita Software

Tekan sini Untuk Luggage Beg Murah & Berkualiti
https://s.shopee.com.my/2fvtGZsCtN

Kredit: Trip Kashmir Abby Hassan

Buku travelog yang bakal diterbitkan 10 Oktober 2025. Penulis buku ini ialah Iswanism Sh.
25/08/2025

Buku travelog yang bakal diterbitkan 10 Oktober 2025. Penulis buku ini ialah Iswanism Sh.

25/08/2025

Selamat Datang ke Attaqi Publication!

Kami sebuah syarikat penerbitan kecil yang menghasilkan bahan bacaan yang berkualiti, bermanfaat dan mampu memberi inspirasi.

Di sini kami akan berkongsi:
✅ Buku-buku terbitan terbaru.
✅ Perkongsian ilmu & inspirasi penulisan.

Address

Keningau
89000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Attaqi Publication posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category