Ibnu Rijal

Ibnu Rijal PENULIS DAN PEMBACA. books author
Tv script writer
freelance speaker IbnuRijal.blogspot.com
sebuah gelanggang ilmu dari anak muda untuk seluruh anak dunia.

membincangkan pelbagai isu2 terkini dan terdahulu melalui sudut pandang agama. limpahan ilmu merangkumi aspek tauhid, syariat, sirah, akhlak, dan pelbagai lagi perkara berbangkit, berdiri, duduk, dan lain2.. "sampaikan olehku walaupun satu ayat..." maksud Hadis-

Alhamdulillah tiga tiga masuk carta. Alhamdulillah
30/07/2026

Alhamdulillah tiga tiga masuk carta. Alhamdulillah

"Begitu p**a hendaklah mereka itu mengarang sejarah melayu, yang meliputi segala perihal melayu. jika tidak, mereka nant...
18/07/2026

"Begitu p**a hendaklah mereka itu mengarang sejarah melayu, yang meliputi segala perihal melayu. jika tidak, mereka nanti akan hilang, dalam lipatan sejarah."

(syair Syeikh wan Ahmad al fatani yang ditujukan kepada Sultan Zainal Abidin III.
syair ini didalam bahasa Arab. terjemahan diatas adalah dari almarhum Tn Guru Syeikh Fahmi Zam zam.)

bukan.. tu bukan saya.. erm..
08/07/2026

bukan.. tu bukan saya.. erm..

lukislukislah cita citamu pada pepasirbiar ombak takdir menghempasmenjadi corak indah,atau memadam tinggal sejarah atau ...
05/07/2026

lukis
lukislah cita citamu pada pepasir
biar ombak takdir menghempas
menjadi corak indah,
atau memadam tinggal sejarah
atau lukisan cita citamu
dibawa seberang lautan
menjadi gumpalan harapan.

dakaplah alam ini dalam depamu
bisikkan padanya agar maafkan
maafkanlah segala silap anak negeri
yang melata sambil memikul dosa
yang bercanda sambil menjulang dusta

pada gulungan ini
kau simpanlah segalanya
biar hari tuamu ikut tahu
bahawa aku pernah bersamu
dan selalu ada bersamu..

I.R,
Laut Harapan

jika anda nak menikmati pengucapan akademik dengan laras bahasa melayu yang baku dan sedap rimanya, permainannya, bercam...
01/07/2026

jika anda nak menikmati pengucapan akademik dengan laras bahasa melayu yang baku dan sedap rimanya, permainannya, bercampur fakta yang jitu dan lenggok yang memukau, anda perlu dengar syarahan syarahan dari Dr. Azhar Ibrahim dari Universiti Kebangsaan Singapura ini. sejam dua berlalu tak terasa.

MENCETAK BUKU SENDIRIjika orientasi kita adalah keuntungan dan kemerdekaan tindakan, maka cetak sendiri lebih baik. baya...
30/06/2026

MENCETAK BUKU SENDIRI

jika orientasi kita adalah keuntungan dan kemerdekaan tindakan, maka cetak sendiri lebih baik. bayangkan jika modal sebuah buku adalah RM10 (kilang + kos kos lain). maka ketika penulis menjualnya dengan harga RM30, maka sudah ada margin RM20 bulat bulat untuk penulis untuk setiap satu buku.

jika dia hanya menjual seribu buku pun, mudah mudah dia dapat Rm20 ribu.

ini JAUH lebih besar dari menerbitkan dengan penerbit/Publisher. Purata royalti penulis di malaysia adalah antara 7% hingga 10% sahaja dari harga pada kulit buku atau pada harga runcit.

Jika buku dia dijual pada harga runcit rm20, maka dia cuma beroleh antara RM1.40 ke RM2 sahaja untuk setiap satu buku terjual (bukan untuk setiap buku dicetak)

bayangkan, 99% kandungan buku itu miliknya tetapi dia cuma beroleh sesikit itu? ya! tapi untuk berlaku adil, publisher yang menanggung kos cetakan dan risiko. serta publisher juga punya ramai staff untuk digajikan. bahkan mereka turut bertanggungjawab untuk marketing.

Royalti dibayar kepada penulis samada setahun sekali atau dua. berbanding gaji staff mereka, mereka perlu bayar setiap bulan. maka sebenarnya Kadar royalti itu sudah dikira berpatutan sebab selalunya bila menerbitkan dengan publisher, mereka main volume. dan mereka ada contact dengan bookstores seluruh negara.

tapi memang penulis TAK MUNGKIN. survive dengan bergantung dengan royalti. sebab tu di Malaysia, penulis adalah part time.

untuk dapatkan rm20k, penulis perlu pastikan at least bukunya terjual 10 ribu naskah. itu pun belum tentunya dapat seketul. sebab main dengan time frame royalti. mungkin sikit demi sikit.

beza kan dengan mencetak sendiri seperti contoh awal tadi? mungkin sebab itulah ramai influencers memilih untuk mencetak sendiri.

ISU dan KREDIBILITI

jika begitu besar beza keuntungan, mengapa lebih ramai penulis mencetak bersama publisher?

kerana menghantar manuskrip ke publisher, belum tentu akan terpilih. anda akan melalui beberapa panel penilaian. dari aspek bahasa, fakta, tarikan dan syariah (jika buku itu islamik)

jika kesemua lepas pun, mereka lihat p**a demand semasa. dan kita p**ak perlu convinced kan mereka , "kenapa depa perlu terbitkan buku kita".

ia semacam proposal. eh, ia memang proposal. renyah kan? ya renyah juga. kita siap perlu defend tajuk dan proposal kita.

tapi itulah nilai dan indicator yang diburu penulis sebenarnya. jika penulisannya boleh "tembus" publisher, maknanya sudah ada semacam satu pengiktirafan. dan tentunya ciri dan cara setiap penerbit itu berbeza.

nama nama besar seperti PTS, Iman publication, Patriot, telaga Biru, galeri ilmu, Karangkraf, Ibde, Dubook, Tentang Kita, dan banyak lagi lah. tentunya aspek, dan cara mereka slightly berbeza. saya beri gambaran umum yang lebih kurang sama perjalanannya.

itu baru untuk diterima untuk terbit. semasa proses penerbitan juga renyah. editor kita tu dah macam supervisor p**a. persoal kita itu ini. kadang tu macam nak tegang dah. hampir nak bertikam lidah juga. tapi sebenarnya lagi teruk anda bergaduh, lagi baik sebenarnya. editor tu nak jaga karya anda dari sebarang pelecehan sebenarnya.

biasanya hubungan penulis-editor perlu baik barulah sinergi ini menghasilkan buku yang terbaik. yalah, buku komersial ni tidaklah boleh ditulis semacam karangan sekolah atau buku teks. bosan. Editor p**a tidaklah boleh terlalu pembaris macam nak semak SPM bahasa Melayu. jadi hubungan itu perlu, agar tahu lenggok dan gaya. kuranglah bergaduh, boleh bergaduh dalam lain yang lebuh crucial.

macam saya, kak roza dah jadi editor saya sejak 2014. kalau dia nak ditukar ke unit lain pun saya akan request jangan. mintak kekal di genre saya untuk edit buku saya. dan penulis lain juga ratanya begitu. sama saja.

AYAT QURAN AI

Ini antara sebah saya tulis posting ni. cuma saya berlapik dulu. tentang isu buku seorang influencer yg kandungan qurannya adalah palsu janaan ai.
ini kesalahan yang sangat besar kerana sudah melibatkan hukum agama. Bayangkan pembeli yang membaca dan menganggap itu ayat Qur'an sebenar? ia bukan isu typo. ia isu yang jauh lebih besar.

Bayangkan, jika ada Qur'an tersalah cetak, KDN akan umumkan penarikkan balik, dan semakan yang skala mega ke gedung gedung dan akan melalui proses pelupusan yang mengikut syariat dan prosuder yang ketat.

Maaf sahaja tidak mencukupi. perlu didenda agar individu lain tidak mengulangi kesilapan sama.

macam mana lah, anda nak beri dalil, tapi anda tak ada dalil.anda cuma ai dalil tu??
means anda memang tidak tahu dalil itu dari awal, then macam mana awak anggap awak qualified untuk gunakan "nas " itu sebagai dalil?? anda claim p**ak itu quran.!

imam bukhari, nak masukkan satu satu hadis, beliau akan berwudhuk dan bersolat dua rakaat setiap kali nak masukkan satu-satu hadis.
مَا وَضَعْتُ فِي كِتَابِ الصَّحِيحِ حَدِيثًا إِلَّا اغْتَسَلْتُ قَبْلَ ذَلِكَ وَصَلَّيْتُ رَكْعَتَيْنِ
sebab takut salah. itu dh level imam. amirul mukminin fi hadis.

PENYELESAIAN

sebab itulah mencetak dengan publisher lebih baik. kita tidak untung disudut kewangan tapi karya kita dinilai dengan baik dan teliti. tapi cetak sendiri juga tidak salah,.cuma carilah editor dan auditor bertauliah.

cuma jika penulis penulis muda datang kepada Saya untuk bertanya ingin terbitkan buku sendiri, saya pasti akan katakan, hantar dulu kepada publisher. test diri dulu. nanti dah lama lama, jika nak terbit sendiri, bismillah..

29/06/2026

saya fikir, barangkali isu Rohingnya ni akan menyatukan kita semula. bukan setakat sesama melayu, bahkan seluruh rakyat Malaysia, Melayu, Cina dan India. tetapi tidak menjadi begitu.
jika kita tidak mampu bersatu pada perkara yang kita setuju, mustahil kita boleh bersama dalam perkara yang kita berbeza.

"..seperkara lagi p**a, apabila isi negeri berseteru setengah daripada setengahnya, nescaya penuhlah negeri itu dengan u...
27/06/2026

"..seperkara lagi p**a, apabila isi negeri berseteru setengah daripada setengahnya, nescaya penuhlah negeri itu dengan umpat berumpatan, adu mengadu, berjatuh jatuhan setengah atas setengahnya. jadilah negeri itu sekotor kotor negeri dan secemar cemar tempat."

-Raja Ali Haji, (1856), muqaddimah fi intizam waza'if al-Malik., hlm.7-

Rohingya : Antara kemanusiaan dan Penguatkuasaan.isu Rohingnya meletus lagi. saya tahu ia sensitif. kemarahan kita tidak...
12/06/2026

Rohingya : Antara kemanusiaan dan Penguatkuasaan.

isu Rohingnya meletus lagi. saya tahu ia sensitif. kemarahan kita tidak kecil. dan bukan seorang dua yang menjadi saksi betapa masalahnya puak ini. saya sendiri ada pengalaman peribadi.

saya masih ingat ketika lepas Spm, bekerja sana sini. ketika itu isu Rohingnya meletup. salah sorang org Myanmar bercerita pada kami bahawa mereka tak musuhi orang Islam. orang Islam di myanmmar tak diusik, yang diusir itu adalah etnik Rohingya. mereka diperangi bukan kerana Islam, tetapi kerana Rohingya.

ketika tu usia saya sekitar 18-19. belum cukup matang dan faham. saya kira itu cuma alasan. namun bila kapal berganti kapal masuk, dan satu sikap demi Satu sikap mereka terjemahkan, barulah saya faham mengapa negara negara Muslim lain pun ada yang reject mereka.

namun, dalam isu ini, kita SEMUA mesti membezakan antara isu kemanusiaan dan isu penguatkuasaan. Memberi perlindungan kepada golongan yang ditindas tidak bermaksud kita menghalalkan pelanggaran undang-undang. Pada masa yang sama, menguatkuasakan undang-undang tidak bermaksud kita boleh menafikan hak asasi atau bertindak di luar batas kemanusiaan.

Sejarah Kita sebenarnya pernah memperlihatkan dilema yang hampir serupa. Ketika krisis "Boat People" Vietnam pada sekitar 1970-an dan 1980-an, Malaysia turut berhadapan gelombang pelarian yang menimbulkan pelbagai kebimbangan dalam masyarakat. Namun penyelesaiannya tidak datang melalui tindakan massa atau penghukuman kolektif, sebaliknya melalui dasar negara, penguatkuasaan undang-undang dan kerjasama antarabangsa. Sejarah mengajar bahawa isu pelarian adalah isu yang perlu diurus dengan kebijaksanaan, bukan sekadar kemarahan.

Negara berdaulat wajib mempertahankan kedaulatan sempadannya, memastikan keselamatan awam serta mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang tanpa mengira bangsa atau status.

Namun dalam sebuah negara yang bertamadun, monopoli penggunaan kuasa tetap berada di tangan negara, bukannya di tangan orang ramai. Apabila rakyat mula menghukum, mengugut atau bertindak sebagai "penguat kuasa jalanan", maka yang terhakis bukan sahaja keamanan, tetapi juga kedaulatan undang-undang itu sendiri.

tapi, untuk berlaku adil kepada rakyat. barangkali rakyat sudah mual menunggu "kertas siasatan dibuka", sedang satu demi satu kawasan baru dibuka mereka, pasar dipenuhi sepah sireh pinang, binaan haram, hospital dan klinik kerajaan yng lebih padat dengan mereka, beranak berganti ganti. seolah segala cukai ini untuk mereka. dan cara mereka berterima kasih adalah dengan meludah merata, dan membuat jenayah dan huru hara. tentunya ada asas rakyat berdendam.

orang politik p**a, begitulah mereka. jika menjulang rohingnya akan mengangkat nama mereka, mereka akan julang habis habisan. dan jika dengan memijak Rohingya itu dapat memenangkan mereka dalam pilihan raya, mereka akan pijak lumat.

saya fikir, isu Rohingnya ini adalah, ia tergantung.

apa status mereka? sampai bila mereka kt sini? nak tinggal terus atau macam mana? apa pelan dunia dan kerajaan untuk mereka? identifikasi mereka sebagai pelarian di negara ini, selain kad UNHCR tu, ada pengenalan lain.? digital fingerprint? jika mereka buat jenayah, boleh tak Kita jejak mereka? mereka tak dibenarkan bekerja kan? jadi mungkin sebab tu mereka mncuri dan meminta sedekah (memeras). sekolah? perkahwinan dengan orang tempatan?

rakyat Malaysia pun bukan tidak ada yang "....". inilah golongan yg menjual motor dan kereta mereka untuk puak ini. menjual kuoata subsidi minyak, menyewakan kedai (markup atas angin) dan banyak lagi. kalau ikutkan hati saya, jika nak hantam, hantam yang ni dulu. (jangan ikut. tu cuma kata emosi hati saya sahaja)

tapi keadilan.

Keadilan menuntut kita berlaku tegas terhadap yang bersalah, tetapi pada masa yang sama tidak menghukum seluruh kelompok atas kesalahan sebahagian daripada mereka.

Justeru, Kita perlukan pendekatan yang berteraskan tiga perkara:
1. ketegasan dalam penguatkuasaan,
2. kebijaksanaan dalam dasar
3. kemanusiaan dalam tindakan.

Bunyi mcm formal. tapi saya tak fikir ada ayat lain yang lebih mudah.

Negara yang kuat bukan negara yang diperintah oleh kemarahan massa, tetapi negara yang mampu menegakkan keadilan tanpa kehilangan nilai kemanusiaannya.

tidak pernah dalam sejarah manusia, kemarahan dan emosi meluap telah menyelesaikan sebarang masalah.

semakin pemerintah berdiam, semakin itulah rakyat berdendam. clear kan segera. setifaknya ia tidak tinggal terus tergantung.

warisan ulama alam melayu.saya sebulan dua ini sedang fasa istiqra bahan bahan bacaan dari pelbagai sumber untuk saya su...
11/06/2026

warisan ulama alam melayu.

saya sebulan dua ini sedang fasa istiqra bahan bahan bacaan dari pelbagai sumber untuk saya sudahkan bakal karya saya kelak yakni tentang sejarah alam melayu nusantara melalui pov para ulama dan sultan nya.

sukar tu mmg sukar. kerana banyak riwayat yang berselisih, tahun kelahiran-wafat yang tidak tally dengan turutan peristiwa dan sebagainya. hal ini didorong oleh faktor bukan budaya kita tradisi penulisan sirah itu bersanad agar dapat kita takhrij ketulenan sumber. dan juga kita banyak tradisi lisan.

Dalam celahan keletihan itu saya temukan banyak perkara yang luar biasa. Betapa agungnya kehebatan para ulama kita dulu hingga dikaji diperingkat dunia, sedang Kita sendiri tidak menghargainya.

syeikh Abdul Samad al Falimbani misalnya. disebut sebagai murid utama dlm tarekat samaniyah dan dijulukki dalam manaqib syeikh Muhammad bin abdul karim samman, sebagai wali Allah, arifbillah.

disana ada point penting, disebutkan syeikh samad dimakamkan di tanah jawi. ini menjadi justifikasi besar bahawa syeikh memang terlibat dalam perang kedah-siam. dan syahid di sini seperti yang didakwa dalam tarikh salasilah negeri kedah.

Nama abdul samad bin abdul rahman p**a menjadi indikasi bahawa m***i kedah yang memanggil syeikh samad p**ang, (abdul qadir) bukanlah abangnya , tetapi adalah bapa saudaranya. yakni adik kepada abdul Rahman. yang mana mereka berdua adalah anak kepada Abdul Jalil m***i kedah sbelumnya.

sebahagian penulisan menyebutkan samad anak abdul jalil. itulah yang menyebabkan orang tersalah faham menyangka Abdul Samad falimbani adik kpd Abdul Qadir.

Penulisan paling dekat dengan kebenaran tentang beliau dijumpai dalam faiydh ihsani. itu membuktikan sheikh samad meski satu circle dengan sheikh arshad al Banjari, mereka bukan sebaya. sheikh arshad lahir 1710M, manakala beliau 1737M.
jadi tidak hairan lah jika beliau sempat sezaman dengan sheikh daud fatani kerana syeikh daud lebih muda dan lahir pada 1769M.

saya tahu ada pengkaji yang menyebut sheikh daud lahir pada 1720M, ada yang menyebut sheikh daud lahir 1740M. semua ini saya kumpul, saring dan susun satu persatu dalam naskah kali ini.

kerja ini memang sakit kepala. tapi saya sendiri teruja. banyak perkara baru yang Saya jumpa. bila fikir fikir balik, saya tulis kali ni adalah untuk diri sendiri. jika tak diterbitkan pun, takpa saya tak kecil hati.

Address

Kepala Batas
13200

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ibnu Rijal posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ibnu Rijal:

Shortcuts

Share

Category