Kuliah Live Pulau Pinang

Kuliah Live Pulau Pinang KLPP akan membuat live streaming kuliah di P.Pinang dan Kedah.Sama2 kita doakan untuk kebaikan bersama dan bantu kami untuk melancarkan lagi kuliah live FB

06/06/2017

1 hari 1 hadis
11 Ramadan 1438H

Sebarkan Ucapan "Assalamualaikum"
Daripada Abu Hurairah RA katanya : Rasulullah SAW bersabda, “Demi tuhan yang diriku di dalam kekuasaan-Nya, kamu tidak akan masuk Syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dikatakan beriman dengan sempurna sehinggalah kamu berkasih sayang. Sukakah kamu jika aku tunjukkan sesuatu apabila kamu melakukannya nescaya kamu akan berkasih sayang? Sebarkanlah ucapan salam di kalangan kamu.”
(Riwayat Muslim)


Huraian Hadith :
Beriman kepada Allah SWT adalah syarat utama untuk masuk Syurga.
Sifat berkasih sayang sesama manusia boleh menyempurnakan keimanan seseorang.
Ucapan salam merupakan langkah pertama ke arah mewujudkan perasaan kasih sayang sesama umat Islam.
Islam menggalakan umatnya supaya sentiasa mengamalkan ucapan salam bagi memperingatkan lagi hubungan silaturahim antara sesama umat Islam.
Memberi salam adalah sunat manakala menjawab salam adalah wajib.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

05/06/2017

1 hari 1 hadis
10 Ramadan 1438H

Berbuka Puasa Mengikut Keperluan

Daripada Umar bin al-Khattab RA katanya, Rasulullah SAW bersabda : “Apabila malam telah menghadap ke sebelah timur dan siang p**a telah berlalu daripada barat kemudian matahari telah terbenam bermulalah waktu orang yang berpuasa itu berbuka.”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)



Huraian Hadith :
Rasulullah SAW telah pun mengajar umatnya akan cara-cara menentukan waktu berbuka puasa, melalui perbuatan Baginda sendiri ataupun petunjuk lain seperti berpandukan peredaran matahari dan sebagainya.
Orang yang berpuasa dituntut menyediakan bahan makanan atau minuman sekadar keperluan sahaja dan tidak melampaui batasan sehingga sampai berlaku pembaziran.


Sumber : Kitab Riyadhus Salihin

03/06/2017

1 hari 1 hadis
8 Ramadan 1438 H

Keadaan Seseorang Ketika Sampai Ajal

Hadith :
Dari Anas r.a katanya: "Rasulullah s.a.w telah masuk menziarahi seorang pemuda yang sedang berada dalam keadaan hampir mati, lalu bertanya kepadanya: "Bagaimana Keadaanmu?" Pemuda itu menjawab: "Aku berharap kepada (rahmat) Allah - Ya Rasulullah! - dan aku takutkan (balasan buruk) dari sebab dosa-dosa ku". Mendengarkan yang demikian, Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak berhimpun dalam hati seseorang dua perkara itu (harap dan takut) pada saat yang seperti ini, melainkan Allah memberikannya apa yang diharapkan dan menyelamatkannya dari apa yang ditakuti."

Anas r.a

Huraian
Pengajaran hadith:
i) Apabila menghadapi ‘sakratul maut’ setiap umat Islam diminta agar sentiasa mengingati Allah dengan bersungguh-sungguh serta berdoa semoga Allah memberi pertolongan kepadanya semasa mengalami penderitaan tersebut.
ii) Kita hendaklah menanamkan perasaan takut terhadap kemurkaan Allah dan mengharapkan rahmat daripada-Nya pada setiap masa apatah lagi di saat-saat genting menghadapi sakratul maut kerana hal ini ada ganjaran dan penghargaan yang besar daripada Allah S.W.T malah dengan adanya perasaan tersebut juga akan menghindarkan kita daripada terdorong melakukan perbuatan yang mengundang kemurkaan Allah.

02/06/2017

1 hari 1 hadis
7 Ramadan 1438 H

Menjauhi Tujuh Dosa Besar
Hadith:
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:Jauhilah diri kamu daripada tujuh dosa yang boleh membinasakan.Baginda ditanya:Apakah dosa itu wahai Rasulullah? Baginda berkata:" Syirik kepada Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar, memakan harta anak yatim, memakan riba, lari dari medan pertempuran perang dan menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

Riwayat Muslim

Huraian Hadith:
1. Terdapat tujuh dosa besar yang dilaknat oleh Allah SWT terhadap sesiapa yang melakukannya iaitu:

i. Syirik kepada Allah- iaitu mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain seperti mempercayai perkara-perkara khurafat, memuja hantu syaitan dan sebagainya.
ii. Sihir
iii. Membunuh jiwa yang diharamkan oleh Allah melainkan dengan jalan yang benar seperti untuk mempertahankan diri atau menegakkan hukum Allah (menjalankan hukuman keadilan)
iv. Memakan harta anak yatim
v. Memakan riba
vi. Lari dari medan pertempuran
vii. Menuduh perempuan yang suci melakukan zina.

2. Setiap mukmin hendaklah berusaha agar bebas dan selamat daripada melanggar hak saudaranya apalagi hak anak-anak yatim yang diamanahkan untuk dijaga dengan baik. Seseorang yang telah menghkianati amanah tersebut hendaklah ia mengembalikannya atau meminta untuk dihalalkan.
3. Orang yang telah melakukan dosa hendaklah bertaubat dengan taubat nasuha dan meminta ampun kepada Allah kerana pintu taubat sentiasa terbuka sampai terbitnya matahari dari barat.

01/06/2017

1 hari 1 hadis
6 Ramadan 1438 H

Harta Yang Baik Pada Orang Yang Baik

عَنْ عَمْرَو بْنَ الْعَاصِ يَقُولُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا عَمْرُو نِعْمَ الْمَالُ الصَّالِحُ لِلْمَرْءِ الصَّالِحِ

Dari Amru bin Ash berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Amru, sebaik-baik harta adalah harta yang dimiliki oleh hamba yang Soleh.” (HR Ahmad No: 17096) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang soleh ialah yang sentiasa menunaikan hak-hak Allah dan hak sesama manusia.

2. Harta yang baik yang dimiliki oleh orang yang soleh, adalah harta yang dimanfaatkan untuk maslahah dunia dan akhirat. Ada yang digunakan untuk keperluan diri, ada yang digunakan untuk zakat, sedekah dan sumbangan pada jalan Allah.

3. Sebaik-baik harta adalah yang dikelolakan oleh orang yang soleh.

4. Harta yang tidak digunakan untuk kebaikan dan tidak ditunaikan hak harta, akan hilang keberkahannya.

عَنْ أَسْمَاءَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَنْفِقِي وَلَا تُحْصِي فَيُحْصِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَلَا تُوعِي فَيُوعِيَ اللَّهُ عَلَيْكِ

Dari Asma’ bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Berinfaklah hartamu. Janganlah engkau menghitung-hitungnya (menyimpan tanpa bersedekah). Jika tidak, maka Allah akan menghilangkan barakah rezeki tersebut. Janganlah menghalangi anugerah Allah untukmu. Jika tidak, maka Allah akan menahan anugerah dan kemurahan untukmu.” (HR Bukhari No: 2402)

5. Milikilah harta semampu yang boleh melalui cara yang halal asalkan kita bertakwa dan memiliki sifat qanaah.

Semoga kita menjadi sebaik-baik pemilik harta. Tunaikan hak harta yang dimiliki.

31/05/2017

1 hari 1 hadis
5 Ramadan 1438 H

Kekayaan dan Kebahagiaan Jiwa

فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا بَأْسَ بِالْغِنَى لِمَنْ اتَّقَى وَالصِّحَّةُ لِمَنْ اتَّقَى خَيْرٌ مِنْ الْغِنَى وَطِيبُ النَّفْسِ مِنْ النَّعِيمِ

Rasulullah SAW bersabda: “Tidak mengapa kekayaan bagi orang yang bertakwa kepada Allah dan kesihatan bagi orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik (dari kekayaan) dan kebahagiaan jiwa itu termasuk sebahagian dari kenikmatan.” (HR Ahmad No: 22144) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Kekayaan yang dimiliki oleh seseorang tidak tercela asalkan ia diurus dengan cara yang bertakwa.

2. Pemilik yang bertakwa akan memastikan sumber hartanya bersih lagi halal disamping menunaikan hak terhadap harta yang dimiliki.

3. Orang kaya yang dicela apabila ia tidak menunaikan hak harta dan tidak pernah merasa cukup dengan apa yang dimiliki.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَدْ أَفْلَحَ مَنْ أَسْلَمَ وَرُزِقَ كَفَافًا وَقَنَّعَهُ اللَّهُ بِمَا آتَاهُ

Dari Abdullah bin Amr bin Al-Ash, Rasulullah bersabda, “Sesungguhnya sangat beruntung orang yang telah masuk Islam, diberikan rezeki yang cukup dan Allah menjadikannya merasa puas (qanaah) dengan apa yang diberikan kepadanya.” (HR Muslim no: 1746)

4. Kesihatan yang dimiliki oleh orang yang bertakwa kepada Allah itu lebih baik dari harta kekayaan. Kesihatan yang dimiliki tidak boleh ditukar dengan wang ringgit dan harta.

5. Kebahagiaan jiwa (ketenangan, ketenteraman dan kelapangan) merupakan sebahagian dari kekayaan kenikmatan hidup.

6. Memiliki wang ringgit dan kekayaan harta belum menjamin ketenangan jiwa.

Biar berharta, asalkan memiliki sifat qanaah (merasa cukup) dan sentiasa bersyukur dengan menunaikan hak-hak harta serta jiwa pemilik harta sentiasa merasa tenang dan bahagia.

30/05/2017

1 hari 1 hadis
4 ramadan 1438 H

Setiap Kebaikan Adalah Sedekah

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ مَعْرُوفٍ صَدَقَةٌ وَإِنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ وَأَنْ تُفْرِغَ مِنْ دَلْوِكَ فِي إِنَاءِ أَخِيكَ

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “Setiap kebaikan adalah sedekah. Dan di antara bentuk kebaikan adalah kamu menjumpai saudaramu dengan wajah yang menyenangkan. Dan kamu menuangkan air dari baldimu ke dalam bejana milik saudaramu.” (HR Tirmizi No: 1893) Status: Hadis Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Setiap kebaikan yang dilakukan walau sekecil mana ia adalah sedekah dan mendatangkan pahala
2. Sedekah mencakupi aspek harta, tenaga, usaha dan, tindakan yang telus dan ikhlas dalam usaha melebarkan manfaat buat diri, masyarakat dan makhluk alam yang lain.

3. Antara bentuk kebaikan apabila seseorang berwajah ceria dan memberikan senyuman kepada sahabat yang ditemui.

4. Menolong orang lain dengan menuangkan air dari bekas miliknya ke dalam bekas milik saudaranya, itu juga sedekah

Lakukanlah kebaikan semampu kita. Moga ia menjadi pahala diakhirat.

*like & share*
Semoga bermanfaat

29/05/2017

1 Hari 1 Hadis
3 Ramadan 1438H

Allah Mengampuni Dosa Pemberi Hutang

عَنْ حُذَيْفَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ رَجُلًا مَاتَ فَقِيلَ لَهُ مَا عَمِلْتَ فَإِمَّا ذَكَرَ أَوْ ذُكِّرَ قَالَ إِنِّي كُنْتُ أَتَجَوَّزُ فِي السِّكَّةِ وَالنَّقْدِ وَأُنْظِرُ الْمُعْسِرَ فَغَفَرَ اللَّهُ لَهُ

Dari Hudzaifah dari Nabi SAW, baginda bersabda: “Seorang laki-laki meninggal, kemudian dikatakan kepadanya, “Apa yang telah engkau lakukan?” -ia menyebutkan atau disebutkan kepadanya- laki-laki itu berkata, Aku memberi toleransi dan kemudahan dalam masalah hutang kepada orang yang kesusahan.’ Lalu Allah pun mengampuninya.” (HR Ibnu Majah No: 2411) Status: Sahih

Pengajaran:

1. Beruntunglah orang yang diberi kelebihan harta sehingga boleh membantu orang lain yang memerlukan dalam bentuk pinjaman

2. Beruntunglah orang yang memberi pinjaman kepada orang yang dalam kesusahan dan memudahkan urusan pemulangan hutang tersebut.

3. Orang yang membantu kesusahan orang lain dengan memberikan pinjaman dan melonggarkan waktu pembayaran akan mendapat keampunan Allah.

Ayuh kita bersifat RAHMAH memberikan bantuan dan kemudahan kepada orang yang berhutang dengan kita. Moga Allah mengampunkan dosa kita.

28/05/2017

Assalamualaikum sabahat² yang kami kasihi sekalian. KLPP memerlukan dana untuk:
-Membeli Microphone(rm100)
-Kos Penyelenggaraan(rm100)

“Berilah Walaupun Sedikit, Malah Besar Disisi Allah Swt”
Dana Anda Boleh Disalurkan Ke Akaun Bank Berikut:
35651011467
(Hong Leong Bank)
Muhamad Fikri Bin Arzame

❤Jom Kongsi Sedikit Saham Akhirat❤
*terima kasih kepada yang telah menyumbang*
TOLONG LIKE & SHARE 👍

Address

Kepala Batas
13210

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kuliah Live Pulau Pinang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share