18/06/2017
Alhamdulillah pada 16 - 17 Jun 2017 telah berlangsung program 3R (Remaja Raikan Ramadhan) Kerteh. Program yang bertempat di Surau Rantau Petronas Kerteh ini telah dihadiri hampir 70 orang peserta diantara umur 12 hinggan 17 tahun. Program ini di bimbing dengan bantuan 20 orang AJK dan Fasilitator di Kalangan Belia-belia.
Banyak aktiviti menarik yang telah disajikan kepada para peserta antaranya ialah Aku dan Ramadhan, Mencari Lailatur Qadar, Apa Khabar Jiranku dan Explorace. Apa Khabar Jiranku telah membawa para peserta menziarahi jiran-jiran tetangga di perumahan Rantau Petronas dan juga Perumahan PPRT Kg Kolam. Mereka telah memberi sumbangan yang telah dikumpulkan kepada jiram-jiran yang memerlukan.
Pengalaman berbuka puasa di surau dan makan di dalam talam beramai-ramai antara aktiviti yang akan sentiasa diingati oleh para peserta. Dalam kepadatan jadual yang ada, peserta juga telah diberi peluang untuk bangun di awal pagi hari kedua untuk berqiamulail bersama-sama para jemaah surau yang lain.
Pada majlis penutup, Ibubapa telah dijemput untuk bersama-sama. Tuan pengarah Nazirul Mubin telah memberikan ucapan penutup dan seterusnya memperkenalkan Ikramteen kepada para peserta dan ibubapa yang hadir. Seterusnya Ucapan oleh Pengerusi Surau Rantau Petronas Tuan Haji Raimi memberi kata-kata semangat serta mengalu-alukan program seperti 3R ini. Peserta kemudian diberikan sijil penyertaan dan diumumkan kumpulan terbaik dan peserta terbaik. Selepas bergambar semua peserta dan ibubapa bersurai. Semoga amal-amal kita diterima oleh Allah.