
13/05/2025
'๐ฆ๐๐๐๐ ๐จ๐ก๐ง๐จ๐ ๐ฆ๐๐๐๐๐๐กโ ๐๐๐๐ก ๐ง๐๐ฅ๐จ๐ฆ ๐๐๐๐๐
๐๐ฑ๐ข ๐บ๐ข๐ฏ๐จ ๐ฎ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ค๐ข๐ฉ๐ฃ๐ฆ๐ญ๐ข๐ฉ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐ข๐ฅ๐ข๐ญ๐ข๐ฉ ๐ฌ๐ฆ๐ข๐ฏ๐จ๐ฌ๐ถ๐ฉ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ณ๐ด๐ฆ๐ฌ๐ถ๐ต๐ถ๐ข๐ฏ, ๐ฃ๐ถ๐ฌ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ ๐ถ๐ฏ๐ต๐ถ๐ฌ ๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ๐ข๐ฏ.
12 Mei 2025
Saya merujuk kepada kenyataan terbaharu yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri dan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang melabelkan sentimen โSabah untuk Sabahanโ sebagai memecahbelahkan dan tidak produktif.
Kenyataan sedemikian mengabaikan sejarah, memutarbelitkan fakta dan menolak kemahuan politik yang sah daripada rakyat Sabah. Kita tidak memerlukan kebenaran untuk bercakap bagi pihak diri kita sendiri, dan kita tidak memerlukan pengesahan mana-mana pihak dari persekutuan, apabila kita menegaskan apa yang sememangnya hak kita.
โSabah untuk Sabahanโ bukanlah satu tindakan membangkang. Ia adalah pendirian yang sah untuk martabat politik, integriti perlembagaan dan sejarah yang benar. Sabah tidak pernah dimaksudkan untuk menjadi negeri bawahan. Kita membentuk persekutuan Malaysia sebagai rakan yang setara, bersama Sarawak dan Malaya, berdasarkan syarat yang jelas, yang dinyatakan dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
Biarkan saya bercakap dengan terus terang.
Selama beberapa dekad, Sabah telah diperlakukan sebagai koloni sumber, dan pada masa yang sama suara-suara kita ditindas. Kerajaan persekutuan telah secara sistematik meruntuhkan semangat MA63, menghakis kedudukan kita dalam perlembagaan, mengambil kekayaan dari bumi kita, sambil mengabaikan keperluan pembangunan kita.
Berikut adalah fakta-fakta. Sejak 1976;
* Minyak dan gas kita diletakkan di bawah kawalan PETRONAS tanpa suara rakyat Sabah.
* Status kita sebagai Negara dan rakan yang setara telah dipadam dalam perlembagaan persekutuan dan negeri.
* Projek IC mengimport pendatang haram, merekacipta demografik penduduk kita dan mengubah masa depan politik kita secara kekal.
* Perlembagaan Sabah telah diubahsuai untuk menampung kemasukan parti-parti dari Malaya, dengan penggiliran jawatan Ketua Menteri seperti pertukaran duit siling, sehingga giliran UMNO tiba.
* Hutan dan tanah kita telah diambil alih oleh entiti yang jauh dari Sabah, memperkayakan orang lain di atas kerugian kita.
* Dasar hasil persekutuan berterusan merampas bahagian hak kita, sedangkan infrastruktur kita terus ketinggalan bertahun-tahun.
* Janji Borneonisasi kekal sebagai janji rosak yang dimungkiri kerana orang Melayu di Malaysia Barat mendominasi jawatan persekutuan di Sabah hingga ke hari ini.
Dan sekarang, setelah semua ini, kita diarah untuk tidak menyatakan aspirasi kita sendiri? Kita diarah untuk diam, sementara itu parti-parti dari Malaya merundingkan siapa yang akan memerintah Sabah?
Kita tidak akan meminta maaf, kerana kita mahu mengawal masa depan kita sendiri.
Sabah mempunyai hak untuk menentukan arah sendiri. Jika Malaysia mahukan sesuatu yang bermakna, ia mesti dibina atas asas kerjasama yang tulus, bukan dominasi.
Biarkan saya jelaskan. โSabah untuk Sabahanโ akan terus dihayati. Ia bukanlah satu slogan politik sementara. Ia adalah pemulihan kebenaran yang sudah lama tertangguh. Jika ada yang memecahbelahkan, ia adalah usaha berterusan persekutuan yang angkuh, yang enggan mengiktiraf taraf kedudukan Sabah yang sah.
Kerjasama kita dengan Putrajaya mesti berdasarkan rasa hormat dan kesaksamaan, bukan bawahan. Kita akan bekerjasama apabila ia menguntungkan Sabah, tetapi kita tidak akan lagi bertolak ansur dengan campur tangan, manipulasi, dan eksploitasi.
Sabah bukan koloni Malaya. Kita tidak pernah, dan kita tidak akan jadi koloni.
Sama ada kita maju sebagai rakan yang dipulihkan dalam persekutuan, atau merangka haluan baru sepenuhnya, ia bergantung kepada bagaimana Sabah diperlakukan pada masa akan datang. Keputusan itu akan dibuat bukan di Putrajaya tetapi di sini, oleh rakyat Sabah.
Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan
๐๐ณ๐ฆ๐ด๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฏ ๐๐ข๐ณ๐ต๐ช ๐๐ฐ๐ญ๐ช๐ฅ๐ข๐ณ๐ช๐ต๐ช ๐๐ข๐ฏ๐ข๐ฉ ๐๐ช๐ณ๐ฌ๐ถ (๐๐๐๐)
๐๐ช๐ฎ๐ฃ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ฏ๐จ๐ฆ๐ณ๐ถ๐ด๐ช ๐๐ข๐ฃ๐ถ๐ฏ๐จ๐ข๐ฏ ๐๐ข๐ฌ๐บ๐ข๐ต ๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ (๐๐๐)
๐๐ช๐ฎ๐ฃ๐ข๐ญ๐ข๐ฏ ๐๐ฆ๐ต๐ถ๐ข ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฆ๐ณ๐ช ๐ ๐๐ข๐ฃ๐ข๐ฉ
G - Admin