Sabah Crime News

Sabah Crime News Liputan berita jenayah yang telus, menyeluruh dan terkini.

Rumah jadi stor rokok seludup diserbu, rampasan lebih setengan juta ringgit.LAHAD DATU : Helah sindiket penyeludupan men...
23/07/2025

Rumah jadi stor rokok seludup diserbu, rampasan lebih setengan juta ringgit.

LAHAD DATU : Helah sindiket penyeludupan menjadikan sebuah rumah di Silam sebagai stor rokok seludup gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila digempur Pasukan Polis Marin (PPM), semalam.

Serbuan kira-kira jam 5.30 pagi oleh Unit Gempur Marin (UNGERIN) PPM Wilayah Empat Sabah itu membawa kepada rampasan 215,600 batang rokok seludup pelbagai jenama dengan nilai keseluruhan lebih setengah juta ringgit.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, Asisten Komisioner Nazri Ibrahim berkata, operasi itu turut menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 25 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan.

β€œTurut dirampas dua kenderaan yang digunakan untuk menyimpan dan mengangkut rokok seludup. Nilai rampasan rokok sahaja dianggarkan RM307,160 manakala keseluruhan termasuk kenderaan mencecah RM507,590,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau lagi, pihaknya masih menyiasat rangkaian sindiket penyeludupan yang dipercayai aktif di Pantai Timur Sabah, termasuk mengenal pasti individu lain yang terbabit.

β€œKes disiasat mengikut Akta Kastam 1967,” katanya.

Kredit πŸ“Έ PPM

Kesian kau Cok..Mcmana la si Aheng boleh lepas ya ndak kena tuduh? Boss Kucing rumus dulu nasib si Aco ni?
21/07/2025

Kesian kau Cok..

Mcmana la si Aheng boleh lepas ya ndak kena tuduh?

Boss Kucing rumus dulu nasib si Aco ni?

WANITA DITAHAN DISYAKI BUANG BAYI HINGGA MENYEBABKAN KEMATIANLAHAD DATU : Polis menahan seorang wanita tempatan berusia ...
21/07/2025

WANITA DITAHAN DISYAKI BUANG BAYI HINGGA MENYEBABKAN KEMATIAN

LAHAD DATU : Polis menahan seorang wanita tempatan berusia 30 tahun selepas disyaki membuang bayi lelaki yang baru dilahirkannya sehingga menyebabkan kematian, dalam kejadian di Kampung Burung, Jalan Bakawali di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, suspek ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu, semalam hasil siasatan dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD berkenaan.

β€œSuspek mengaku melahirkan bayi tersebut di rumahnya sebelum meletakkannya di luar sebuah rumah di Kampung Burung, Jalan Bakawali.

β€œPermohonan reman terhadap suspek sedang diuruskan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Dzulbaharin, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi, yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pada Jumaat lalu, bayi lelaki cukup sifat itu ditemui dalam keadaan berbungkus kain oleh orang awam di hadapan sebuah rumah tidak bernombor kira-kira jam 3.06 pagi.

Bayi berkenaan masih hidup ketika ditemui dan dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk rawatan, namun disahkan meninggal dunia pada jam 7.02 malam hari sama akibat dilahirkan pramatang serta mempunyai berat badan terlalu rendah.

KES BULI dipercayai menjadi punca pelajar terjun bangunan dan dilaporkan meninggal dunia semalam.KOTA KINABALU : Seorang...
18/07/2025

KES BULI dipercayai menjadi punca pelajar terjun bangunan dan dilaporkan meninggal dunia semalam.

KOTA KINABALU : Seorang pelajar perempuan tingkatan satu sebuah sekolah agama di Papar, meninggal dunia selepas disyaki terjatuh dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan, dalam kejadian yang dipercayai berlaku pada Rabu.

Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) di sini.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini melahirkan rasa sedih terhadap insiden berkenaan dan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan tegas sekiranya wujud unsur buli.

β€œSedih pagi-pagi baca berita mangsa buli meninggal dunia di sebuah sekolah di Sabah. Kena ambil tindakan tegas terhadap pembuli.

β€œSemua pihak wajib ambil peduli isu buli dan tangani secara holistik,” katanya.

Terdahulu, kejadian tersebut tular di media sosial apabila beberapa pengguna mendakwa mangsa merupakan mangsa buli sebelum ditemui jatuh dari bangunan sekolah.

Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak polis bagi mengenal pasti punca kejadian, termasuk mengambil keterangan daripada rakan-rakan mangsa serta pihak sekolah.

13/07/2025

Narko kejar suspek telanggar 5 kereta di Bandar Tawau.

Pemilik kereta or siapa ada video or gambar PM tepi plz..

Malang nasibmu bro. Dalam kalangan semua ahli kumpulanmu yang didakwa di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan, engkau satu...
10/07/2025

Malang nasibmu bro.

Dalam kalangan semua ahli kumpulanmu yang didakwa di bawah Seksyen 130W Kanun Keseksaan, engkau satu-satunya yang turut didakwa di bawah Akta Dadah Berbahaya (ADB).

Semoga kau insaf dan ambil pengajaran.


JURUUKUR BAHAN PBT DIREMAN SPRM, DISYAKI TERIMA RASUAH LEBIH RM200,000 UNTUK BANTU KONTRAKTOR DAPAT PROJEKKOTA KINABALU:...
09/07/2025

JURUUKUR BAHAN PBT DIREMAN SPRM, DISYAKI TERIMA RASUAH LEBIH RM200,000 UNTUK BANTU KONTRAKTOR DAPAT PROJEK

KOTA KINABALU: Seorang juruukur bahan di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) di Sabah direman selama empat hari selepas disyaki menerima rasuah melebihi RM200,000 daripada beberapa kontraktor dan pembekal sebagai balasan membantu mendapatkan projek-projek ditawarkan PBT terbabit.

Perintah reman terhadap suspek berusia 30an itu dikeluarkan Majistret Wan Farrah Farizza Wan Ghazali sehingga 13 Julai ini, selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah di Mahkamah Majistret, di sini, pagi tadi.

Menurut sumber, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 7 malam, semalam.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai menerima wang suapan melebihi RM200,000 melalui pelbagai transaksi daripada beberapa kontraktor dan syarikat pembekal.

"Suapan itu sebagai habuan membantu mendapatkan projek ditawarkan PBT berkenaan, termasuk projek pembasmian kemiskinan, pembinaan baharu rumah mesra Sabah, kerja-kerja pembersihan pusat pembuangan sampah serta pembekalan alat ganti kenderaan," katanya.

Difahamkan, aktiviti rasuah berkenaan dipercayai berlaku dalam tempoh antara tahun 2021 hingga 2024.

Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk S. Karunanithy ketika dihubungi mengesahkan tangkapan berkenaan dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti jumlah sebenar rasuah yang diterima serta rangkaian individu atau syarikat yang terlibat.

ATM perkasa semangat patriotik di kalangan murid di SabahKUDAT :  Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited memupuk ...
07/07/2025

ATM perkasa semangat patriotik di kalangan murid di Sabah

KUDAT : Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus komited memupuk semangat patriotik dalam kalangan masyarakat pedalaman khususnya pelajar di kawasan kepulauan sekitar Sabah menerusi pelbagai pendekatan strategik.

Berlangsung pada 1 hingga 2 Julai lalu, ATM menganjurkan program kenegaraan di tiga buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Semayan, SK Balambangan dan SK Dogoton di Pulau Banggi, Kudat iaitu kawasan persempadanan maritim negara yang sering berdepan cabaran logistik dan keselamatan.

Menurut kenyataan rasmi ATM, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada pelaksanaan program suku kedua 2025 yang menyasarkan pelajar dan penduduk pulau yang jauh dari tanah besar agar mereka tidak terpinggir daripada arus pembangunan negara.

β€œProgram ini memberi tumpuan kepada penyemaian nilai cintakan tanah air dalam kalangan murid sekolah rendah serta usaha mendekati komuniti pulau, selaras dengan aspirasi pertahanan negara yang inklusif dan menyeluruh,” katanya.

Seramai sepuluh pegawai dan anggota lain-lain pangkat ATM digerakkan ke lokasi, manakala lebih 96 guru dan murid turut serta dalam aktiviti kemuncak yang berlangsung di SK Dogoton pada 2 Julai lalu.

Antara aktiviti utama termasuk pemasangan Jalur Gemilang di sekitar sekolah bersama murid dan guru, ceramah kenegaraan dan pengagihan barangan Relation Building Items (RBI) sebagai simbol penghargaan dan sokongan moral kepada komuniti pendidikan tempatan.

ATM menegaskan bahawa usaha mendekati masyarakat luar bandar dan pedalaman akan terus dipergiatkan selaras dengan tanggungjawab pasukan keselamatan sebagai benteng pertahanan pertama negara.

β€œKami komited memelihara kedaulatan dan keamanan tanah air serta memperkukuh kerjasama dengan rakyat demi memastikan keselamatan negara terus terpelihara daripada sebarang ancaman, sama ada dari dalam atau luar,” tambah kenyataan itu lagi.

Kredit πŸ“Έ : ATM

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”SEORANG MAUT DALAM KEMALANGAN DI JALAN LINTAS, KOTA KINABALU
30/06/2025

πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 πŠπŽπ“π€ πŠπˆππ€ππ€π‹π”

SEORANG MAUT DALAM KEMALANGAN DI JALAN LINTAS, KOTA KINABALU

30/06/2025

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah dan seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal perlombongan di Sabah, dijangka didakwa pada jam 10 pagi ini.

Lelaki warga asing maut ditikam, suami isteri ditahan bantu siasatanLAHAD DATU :  Seorang lelaki warga asing ditemui mau...
28/06/2025

Lelaki warga asing maut ditikam, suami isteri ditahan bantu siasatan

LAHAD DATU : Seorang lelaki warga asing ditemui maut dengan kesan luka dipercayai akibat tikaman senjata tajam di sebuah rumah tidak bernombor dalam kawasan kebun kelapa sawit, di sini, hari ini.

Mangsa berusia 23 tahun itu dipercayai dibunuh berdasarkan kecederaan yang dialami di bahagian belakang badan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat awam.

β€œHasil siasatan di lokasi membawa kepada penahanan dua individu iaitu seorang lelaki dan seorang wanita, masing-masing berusia 29 tahun.

β€œKedua-dua suspek yang dipercayai suami isteri ditahan pada hari yang sama untuk membantu siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Lahad Datu untuk proses bedah siasat.

β€œSiasatan sedang dijalankan termasuk usaha mengenal pasti motif kejadian. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Empat warga Indonesia ditahan, dadah dan senjata dirampasLAHAD DATU : Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran dad...
28/06/2025

Empat warga Indonesia ditahan, dadah dan senjata dirampas

LAHAD DATU : Polis menumpaskan kegiatan sindiket pengedaran dadah melibatkan empat lelaki warga Indonesia dalam serbuan di sebuah pondok pekerja ladang di Jalan Jeroco, dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superintendan Jimmy Panyau berkata, kesemua suspek berusia antara 30 dan 40 tahun itu tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan ditahan kira-kira jam 4.30 petang hasil maklumat risikan.

β€œPemeriksaan di lokasi menemukan dadah disyaki jenis syabu seberat 62.35 gram dengan anggaran nilai RM6,858.50 bersama lima butir peluru penabur, selaras senapang angin dan sebilah pedang samurai.

β€œSaringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket serta sumber bekalan dadah berkenaan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 7(1)(A) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, serta Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960.

β€œPolis akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras aktiviti pengedaran dadah dan pemilikan senjata api haram, terutama melibatkan warga asing tanpa dokumen yang sah,” katanya.

πŸ“Έ : pdrm

Address

Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Crime News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share