Sabah Update

Sabah Update Suara, Visual, Cerita & Digital Portal berita komuniti Sabah โ€“ Menyajikan info terkini, isu semasa, politik, bencana, hiburan & aktiviti rakyat Sabah.

Ikuti kami untuk berita pantas & sahih dari sumber tempatan.

๐—”๐—œ, ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚?- Julfekar KOTA KINABALU โ€“ Perkembangan kecerdasan b...
25/02/2026

๐—”๐—œ, ๐—ž๐—ฟ๐—ฒ๐—ฎ๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ถ๐˜๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ถ๐—น๐—ฎ๐—ถ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ป๐—ถ: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ต๐˜‚๐—ท๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—˜๐—ฟ๐—ฎ ๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚?- Julfekar

KOTA KINABALU โ€“ Perkembangan kecerdasan buatan (AI) dalam industri kreatif mencetuskan perbahasan besar tentang masa depan seni, nilai ekonomi dan integriti penciptaan. Di tengah-tengah kegelisahan ini, muncul satu pandangan yang melihat fenomena tersebut bukan sebagai kematian kreativiti, tetapi sebagai perubahan struktur yang mengelilinginya.

Menurut komposer muzik terkenal tanah air Julfekar kreativiti pada asalnya adalah anugerah Tuhan kepada manusia, sesuatu yang hadir secara percuma, unik dan sangat peribadi.

โ€œKreativiti itu lahir bersama penciptaan manusia. Tiada dua ekspresi yang sama. Setiap insan membawa cetakan tersendiri,โ€ katanya.

Namun apabila tamadun berkembang, manusia membina sistem pasaran, industri dan undang-undang harta intelek yang akhirnya meletakkan kreativiti dalam kerangka ekonomi. Dalam era kapitalisme, hasil kreatif menjadi komoditi dan sumber pendapatan. Struktur ini bertahan selama berdekad-dekad, malah berabad lamanya, membentuk industri filem, muzik dan seni visual di seluruh dunia.

Kemunculan AI mengubah landskap tersebut secara drastik. Teknologi ini kini mampu menghasilkan karya filem, reka bentuk visual dan muzik pada tahap yang menandingi kecemerlangan manusia dengan kos jauh lebih rendah dan dalam masa yang singkat.

Situasi ini menimbulkan persoalan besar: adakah AI benar-benar merendahkan nilai kreativiti, atau sekadar mengurangkan nilai ekonominya?

Julfekar yang juga selalu gunakan nama singkatan Bro Jul berpandangan bahawa apa yang sedang berlaku bukanlah pengakhiran kreativiti, sebaliknya penghujung satu era dalam struktur perniagaan kreatif.

โ€œYang tergugat mungkin bukan seni itu sendiri, tetapi kerangka ekonomi yang mengelilinginya,โ€ ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa nilai sebenar seni tidak semestinya ditentukan oleh harga pasaran. Seni, katanya, tetap mempunyai intipati tersendiri walaupun sistem ekonomi berubah.

Dalam konteks baharu ini, isu integriti dan ketelusan menjadi semakin penting. Perbezaan antara karya yang dihasilkan sepenuhnya oleh manusia, karya yang dibantu AI, dan karya yang dijana sepenuhnya oleh AI perlu dinyatakan secara jelas.

โ€œPengiktirafan mesti jujur. Kita perlu berani mengakui proses sebenar di sebalik karya yang dihasilkan. Hati nurani dan ketelusan adalah kunci,โ€ tambahnya.

Beliau turut menegaskan bahawa seni yang benar-benar lahir daripada kecemerlangan manusia dan berupaya membawa perubahan akan sentiasa menemui nilainya sendiri, tanpa mengira bagaimana sistem di sekelilingnya berubah.

Perdebatan mengenai AI dan seni dijangka terus berkembang seiring kemajuan teknologi. Namun satu perkara jelas, kreativiti sebagai ekspresi kemanusiaan masih kekal sebagai inti pati yang sukar digantikan.

โ€œAdakah AI merendahkan nilai seni? Saya percaya tidak,โ€ kata beliau lagi dalam hantaran facebooknya.


๐—”๐—œ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ: ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐—œ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น-Dr Zairul AnwarKOTA KINABALU โ€“ Perkembangan pesat teknologi kec...
25/02/2026

๐—”๐—œ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—œ๐—ป๐—ฑ๐˜‚๐˜€๐˜๐—ฟ๐—ถ ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ: ๐—ฆ๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ ๐—•๐—ฒ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ธ ๐——๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ ๐—”๐—œ ๐—ก๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ผ๐—ป๐—ฎ๐—น
-Dr Zairul Anwar

KOTA KINABALU โ€“ Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam industri perfileman global kini menuntut perhatian serius Malaysia, khususnya dalam aspek perundangan, perlindungan hak dan kelangsungan tenaga kerja tempatan.

Menurut Prof Madya Dr Zairul Anuar Mohd Dawam, Dekan Akademi Seni dan Teknologi Industri Kreatif (ASTIF), Universiti Malaysia Sabah (UMS), evolusi AI dalam filem sebenarnya telah bermula lebih sedekad lalu, meskipun pada ketika itu ia tidak dilabelkan secara langsung sebagai โ€œAIโ€.

โ€œPada peringkat awal, pembelajaran mesin sudah digunakan dalam color grading automatik, rotoscoping pintar, motion tracking, facial mapping dan simulasi orang ramai dalam visual effects. Cuma ketika itu ia tidak dipanggil sebagai AI sahaja,โ€ katanya.

Perkembangan seterusnya menyaksikan teknologi deep learning memperkukuh keupayaan digital de-aging, sintesis suara neural serta pembinaan aset maya beresolusi tinggi untuk reka bentuk produksi.

Gelombang baharu p**a hadir melalui model penjana imej berasaskan diffusion yang digunakan secara meluas dalam pembikinan concept art, storyboard automatik dan visual development. Platform seperti Midjourney dan DALLยทE dilihat mengubah pendekatan jabatan seni dalam membangunkan visual awal produksi.

Tidak terhenti di situ, kemunculan sistem generatif video seperti Runway Gen-2 dan Pika 1.0 memperkenalkan keupayaan text-to-video yang mampu menghasilkan syot pendek dengan pergerakan kamera maya dan komposisi sinematik. Teknologi seperti Sora p**a memperluas keupayaan tersebut dengan penghasilan klip lebih panjang serta naratif visual yang semakin koheren.

Model multimodal terkini turut mengintegrasikan analisis teks, imej dan konteks dalam satu ekosistem AI yang semakin matang.
Terbaharu, kemunculan Seedance 2.0 memberi tumpuan kepada kawalan bingkai, pergerakan kamera, keyframe, interpolasi antara bingkai dan pembinaan end frame yang konsisten.
โ€œTeknologi ini bukan lagi sekadar menjana klip pendek. Ia semakin berupaya membina shot sequence lengkap, mise en scรจne terancang dan continuity visual yang hampir menyamai produksi aksi langsung,โ€ jelas beliau.

Katanya lagi, transformasi ini telah melangkaui fasa eksperimental dan mula memberi implikasi langsung terhadap struktur industri filem.
Dalam konteks Malaysia, perkembangan ini membawa dua dimensi serentak โ€“ ancaman terhadap struktur sedia ada serta peluang untuk meningkatkan daya saing industri tempatan.

Antara isu paling mendesak ialah perlindungan hak imej, suara dan data biometrik pelakon.
โ€œRepresentasi digital boleh dicipta dan digunakan semula tanpa kehadiran fizikal individu tersebut. Tanpa kerangka perundangan yang jelas, kita berisiko menyaksikan eksploitasi identiti visual, khususnya terhadap pelakon sokongan dan pekerja latar yang mempunyai kuasa tawar ekonomi terhad,โ€ katanya.

Beliau menegaskan bahawa kontrak produksi konvensional tidak lagi memadai jika tidak memasukkan klausa terperinci mengenai penggunaan representasi digital, tempoh eksploitasi dan imbuhan yang adil.

Dari sudut ekonomi produksi, teknologi AI sememangnya berpotensi menurunkan kos melalui pra-visualisasi, penjanaan latar digital dan automasi pascaproduksi. Namun, kecekapan ini juga boleh memberi tekanan terhadap struktur pekerjaan sedia ada.
โ€œJika pembinaan crowd, set maya dan suntingan awal dapat dijana secara algoritmik, apakah jaminan terhadap kelangsungan kru teknikal tempatan? Tanpa pelan peralihan kemahiran yang tersusun, tenaga kerja tempatan akan terpinggir dalam industri mereka sendiri,โ€ ujarnya.

Dalam aspek kreatif p**a, sistem generatif kini mampu menghasilkan skrip dan struktur naratif berdasarkan pola data sedia ada. Namun, beliau mengingatkan bahawa filem bukan sekadar susunan dramatik.
โ€œFilem ialah pantulan pengalaman hidup, memori kolektif dan konteks budaya. Ketergantungan berlebihan kepada penjanaan automatik boleh membawa kepada homogenisasi cerita dan penghakisan identiti tempatan,โ€ katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa agar pembentukan Dasar AI Nasional bagi industri filem disegerakan. Dasar tersebut perlu merangkumi perlindungan hak imej dan suara, prinsip persetujuan telus, kerangka pendedahan penggunaan representasi digital serta garis panduan etika produksi.
Selain itu, insentif wajar diberikan kepada produksi yang mengamalkan model hibrid beretika dengan mengekalkan penglibatan tenaga kerja tempatan. Institusi pendidikan filem juga digesa mengintegrasikan modul teknologi baharu, etika digital dan pengurusan aset maya dalam kurikulum masing-masing.
โ€œKita tidak boleh menunggu sehingga krisis tercetus untuk bertindak.

Jika dasar dan peraturan tidak dibentuk sekarang, industri kreatif terutama filem akan dibentuk oleh kuasa pasaran semata-mata. Namun jika kita berani menyusun kerangka nasional yang jelas, perubahan ini boleh menjadi pemangkin kebangkitan baharu perfileman Malaysia,โ€ tegas beliau.



๐—™๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—  โ€œ๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—š๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—ข๐—ง๐—ข๐—Ÿโ€ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ, ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐Ÿฑ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐—ฅ๐—ข๐—ช๐—•๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—ฃ.KOTA KINABALU - Berse...
24/02/2026

๐—™๐—œ๐—Ÿ๐—˜๐—  โ€œ๐—ฆ๐—ฌ๐—จ๐—ฅ๐—š๐—” ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—•๐—ข๐—ง๐—ข๐—Ÿโ€ ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—น๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ๐˜๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ ๐—ฎ๐—ถ๐—ฑ๐—ถ๐—น๐—ณ๐—ถ๐˜๐—ฟ๐—ถ, ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐Ÿฑ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐—š๐—ฅ๐—ข๐—ช๐—•๐—”๐—Ÿ๐—Ÿ ๐—–๐—ฃ.

KOTA KINABALU - Bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, filem tempatan Syurga Dalam Botol (SDB) arahan Ebi Kornelis bakal kembali menemui penonton dalam tayangan khas terhad selama lima hari di GROWBALL CP.

Menurut beliau yang juga merupakn penerbit SDB, penganjuran tayangan semula ini adalah peluang eksklusif buat penonton yang masih belum berkesempatan menyaksikan karya berkenaan sebelum ini. Inisiatif tersebut turut dilihat sebagai usaha berterusan menyokong karya filem tempatan dan memperluas capaian penonton terhadap produksi kreatif tanah air.

โ€œKita buka 5 hari sahaja untuk orang-orang yg belum tonton, jumpa di Growball CP nantiโ€ kata Ebi dalam satu kenyataan ringkas. Beliau menambah jika sambutan menggalakkan tayangan mungkin akan berlangsung sehingga seminggu.

SU

๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ˆ๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ’ ๐’๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ก ๐๐ข ๐†๐’๐‚ ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š ๐’๐š๐›๐š๐กKOTA KINABALU, 1 Feb โ€” Festival Filem Iranian ke-4 (Iranian Film F...
01/02/2026

๐…๐ž๐ฌ๐ญ๐ข๐ฏ๐š๐ฅ ๐…๐ข๐ฅ๐ž๐ฆ ๐ˆ๐ซ๐š๐ง๐ข๐š๐ง ๐ค๐ž-๐Ÿ’ ๐’๐ข๐ง๐ ๐ ๐š๐ก ๐๐ข ๐†๐’๐‚ ๐’๐ฎ๐ซ๐ข๐š ๐’๐š๐›๐š๐ก

KOTA KINABALU, 1 Feb โ€” Festival Filem Iranian ke-4 (Iranian Film Festival 2026) bakal berlangsung dari 6 hingga 8 Februari ini dengan tayangan percuma filem-filem terpilih dari Iran, termasuk drama terkenal The Weeping Willow arahan pengarah tersohor Majid Majidi.

GSC Suria Sabah dipilih sebagai salah satu lokasi tayangan utama, sekali gus memberi peluang kepada penonton di Sabah menikmati karya sinema antarabangsa yang sarat dengan nilai kemanusiaan dan budaya.

Festival ini dianjurkan oleh Iranian Cultural Centre Kuala Lumpur dengan sokongan Kedutaan Republik Islam Iran di Malaysia, GSC International Screens dan FINAS. Semua filem ditayangkan dalam bahasa Parsi dengan sari kata Bahasa Inggeris.

Meja hiburan Sabah Update percaya penganjuran festival ini di Kota Kinabalu mencerminkan keterbukaan ekosistem seni tempatan terhadap sinema dunia serta berperanan sebagai medium pemerkasaan kefahaman silang budaya melalui filem.

Tayangan adalah percuma, namun penyertaan adalah terhad dan tertakluk kepada pendaftaran awal seperti tertera pada poster rasmi. Penggiat perfileman Sabah boleh berhubung dengan Esthaer Nattallie Zaino Pegawai Eksekutif SAFVA ๆฒ™ๅทดๅฝฑ่ง†ๅไผš untuk keterangan lanjut.

๐Ÿ“ Info Lokasi tayangan
Tayangan percuma berlangsung di pawagam terpilih di Malaysia iaitu:

GSC Mid Valley Megamall, Kuala Lumpur

GSC MyTOWN, Kuala Lumpur

GSC Paradigm Mall, Johor Bahru

GSC Suria Sabah, Kota Kinabalu

Sumber : GSC

๐€๐’๐“๐ˆ๐… ๐”๐Œ๐’ ๐๐š๐ง ๐‰๐Š๐Š๐ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ข ๐‹๐Ž๐ˆ, ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ž๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐๐š๐ง ๐“๐š๐ซ๐ขKOTA KINABALU, 31 Januari 2026 โ€“ Akademi Seni da...
01/02/2026

๐€๐’๐“๐ˆ๐… ๐”๐Œ๐’ ๐๐š๐ง ๐‰๐Š๐Š๐ ๐’๐š๐›๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ข ๐‹๐Ž๐ˆ, ๐๐ž๐ซ๐ค๐ฎ๐ค๐ฎ๐ก ๐Š๐ž๐ซ๐ฃ๐š๐ฌ๐š๐ฆ๐š ๐“๐ž๐š๐ญ๐ž๐ซ ๐๐š๐ง ๐“๐š๐ซ๐ข

KOTA KINABALU, 31 Januari 2026 โ€“ Akademi Seni dan Teknologi Kreatif Astif Ums, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah memeterai satu Surat Hasrat atau Letter of Intent (LOI) sempena Majlis Perasmian Program Teater dengan Tari yang berlangsung di Dewan Resital, UMS, hari ini.

Majlis pemeteraian LOI tersebut disempurnakan oleh Dekan ASTIF, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar Md. Dawam bersama Pengarah JKKN Sabah, Puan Marina Abu Bakar, sekali gus menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antara institusi akademik dan agensi kebudayaan negara.

Kerjasama ini bertujuan memperkasa pembangunan seni persembahan, khususnya dalam bidang teater dan tari, melalui pelaksanaan program latihan, pementasan serta aktiviti pembangunan bakat secara berterusan.

Selain menjadi platform perkongsian kepakaran dan pengalaman, kolaborasi ini juga diharapkan dapat menyemai apresiasi terhadap seni dan budaya tempatan, di samping melahirkan penggiat seni kreatif yang berdaya saing dan berkualiti untuk masa hadapan.

Majlis tersebut turut diserikan dengan penganjuran Program Teater dengan Tari yang menampilkan elemen seni persembahan sebagai manifestasi gabungan kreativiti, warisan dan inovasi dalam dunia seni pentas.

Sabah Update melihat kerjasama strategik ini sebagai satu inisiatif penting dalam memperkukuh ekosistem seni persembahan di Sabah, selain membuka lebih banyak ruang kolaborasi antara institusi pengajian tinggi dan agensi kebudayaan demi kelangsungan serta pemerkasaan seni tempatan.

Gambar & Sumber : fb Jkkn Sabah

๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—–๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟPAPAR: Rangkaian pawagam 10 Star Cinemas mencipta...
30/01/2026

๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—–๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€ ๐—•๐˜‚๐—ธ๐—ฎ ๐—Ÿ๐—ฎ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐—ป ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ ๐—”๐—ป๐—ฎ๐—ธ ๐— ๐˜‚๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ ๐—Ÿ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ ๐—•๐—ฒ๐˜€๐—ฎ๐—ฟ

PAPAR: Rangkaian pawagam 10 Star Cinemas mencipta satu lagi langkah signifikan dalam pembangunan industri perfileman tempatan apabila buat julung kalinya menjadi platform tayangan filem pendek terbitan anak muda Sabah ke layar pawagam komersial.

Melalui perkongsian Facebook oleh En. Onn Norshal Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 10 Star Cinemas, satu sesi internal screening filem pendek bertajuk BEDILAN telah berlangsung malam semalam di 10 Star Cinemas, Parklane City, Papar.
Filem berdurasi 32 minit itu diterbitkan oleh Rixo, graduan muda Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTIF), Universiti Malaysia Sabah (UMS), dan dilihat sebagai petanda awal usaha menjadikan kategori filem pendek sebagai satu budaya baharu bagi menggalakkan karya kreatif tempatan ditayangkan di pawagam.

Menurut beliau lagi, filem BEDILAN dijadualkan untuk ditayangkan di seluruh rangkaian 10 Star Cinemas bermula Hari Raya Aidilfitri 2026.
Majlis tayangan tersebut turut dihadiri beberapa tokoh penting termasuk Datuk Kapt. Yahaya Othman, Dekan ASTIF UMS, Prof. Madya Dr. Zairul Anuar, para pensyarah ASTIF, rakan-rakan penggiat perfileman Sabah serta graduan universiti. Kehadiran jemputan dihadkan berikutan kekangan kapasiti lokasi.

Paling mencuri tumpuan, sesi tayangan itu turut dihadiri sutradara tersohor Indonesia, Hanung Bramantyo, yang dikenali menerusi filem-filem pecah panggung seperti Miracle in the Cell, Sukarno, Ayat-Ayat Cinta, Ipar Adalah Maut dan La Tahzan.

Melalui perkongsian sama, En. Onn Norshal memaklumkan kehadiran Hanung Bramantyo merupakan tanda sokongan bermakna terhadap usaha 10 Star Cinemas dalam mengangkat filem anak muda tempatan Sabah ke peringkat lebih tinggi.

Dalam ucapan inspirasi sebelum dan selepas tayangan, Hanung berkongsi pengalaman serta cabaran dalam menghasilkan karya dan menekankan kepentingan untuk terus percaya pada impian. Beliau turut memuji semangat anak muda Sabah, namun berharap usaha tersebut dapat diteruskan secara konsisten.

Difahamkan, Hanung Bramantyo hadir ke Sabah atas kos sendiri sebagai tanda sokongan terhadap program Titian Perfileman Nusantara Kota Kinabaluโ€“Jakarta. Beliau tiba di Kota Kinabalu pada jam 3.00 petang dan berlepas p**ang ke Jakarta seawal jam 7.00 pagi keesokan harinya sebelum meneruskan perjalanan ke Eropah bagi menghadiri Festival Filem Rotterdam, di mana filem terbaharunya berjudul HOLE dipertandingkan.

10 Star Cinemas merakamkan penghargaan kepada Hanung Bramantyo atas kesudian beliau hadir ke Negeri Di Bawah Bayu, selain memaklumkan kunjungan balas ke Yogyakarta dijadualkan berlangsung pada bulan hadapan.

(Gambar : Pak Hanung Bramantyo (kiri) En Onn Norshal Hamzah (kanan)

30 Jan 2026 | 11.26 pm

" .. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐˜†๐—ฎ .."~ ๐—›๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜†๐—ผ, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ, ๐Ÿฎ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿญ...
30/01/2026

" .. ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—บ ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฑ๐—ถ๐—ฟ๐—ถ ๐—ฑ๐—ถ ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ถ, ๐˜€๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ท๐˜‚๐—ด๐—ฎ ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ถ ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ถ๐—ฎ๐—ป, ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฐ๐—ฎ๐˜†๐—ฎ ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐—ฟ๐˜†๐—ฎ .."
~ ๐—›๐—ฎ๐—ป๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฟ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜†๐—ผ, ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฟ, ๐Ÿฎ๐Ÿต.๐Ÿฌ๐Ÿญ.๐Ÿฎ๐Ÿฒ

๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ฑ๐—ฒ๐—ธ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ต โ€˜๐—•๐—˜๐——๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—กโ€™ ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐˜€๐—ถ ๐—ฅ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—บ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ฆ๐˜๐—ฎ๐—ฟ ๐—–๐—ถ๐—ป๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€

PAPAR: Kurang sebulan selepas kehadiran sutradara Anggy Umbara ke Sabah pada 9 Januari lalu, industri perfileman tempatan sekali lagi menerima suntikan signifikan apabila 10 Star Cinemas membawa seorang lagi pengarah tersohor Indonesia, Hanung Bramantyo, ke negeri ini semalam, 29 Januari.
Hanung Bramantyo yang dikenali menerusi karya-karya berimpak tinggi seperti Ayat-ayat Cinta, Soekarno, Get Married, Tuhan Izinkan Aku Berdosa, Ipar Adalah Maut dan La Tahzan dll hadir bukan sekadar untuk mempromosikan filem, sebaliknya berkongsi pengalaman serta proses kreatif bersama penggiat perfileman Sabah.

Sebelum ini, sutradara Anggy Umbara pengarah filem Vina: Selepas 7 Hari turut dibawa ke Sabah pada awal Januari lalu, menjadikan dua tokoh penting perfileman Indonesia hadir dalam tempoh kurang sebulan.
Kehadiran kedua-dua sutradara ini memberi manfaat besar bukan sahaja kepada penggiat industri kreatif tempatan, malah turut memberi impak positif kepada pelajar Sinematik Digital, Akademi Seni dan Teknologi Kreatif (ASTiF), Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Perkara itu diakui sendiri oleh Dekan ASTiF, Prof Dr Zairul Anuar yang menyifatkan sesi perkongsian bersama dua pengarah berprofil tinggi itu sebagai pengalaman pembelajaran langsung yang amat bernilai kepada para pelajar.

Ketua Pegawai Eksekutif 10 Star Cinemas merangkap mantan Pengerusi Skim Wajib FINAS, Onn Norshal Hamzah, berkata usaha tersebut merupakan sebahagian daripada inisiatif Titian Perfileman Nusantara, hasil kolaborasi strategik antara 10 Star Cinemas, DBAY Film Factory bersama Dapur Filem serta Umbara Brothers dari Indonesia.
Menurut beliau, inisiatif ini bertujuan membina jambatan kerjasama antara penggiat perfileman Malaysia dan Indonesia, khususnya dalam memperkasa bakat serta produksi dari Sabah.

Seiring kehadiran Anggy Umbara sebelum ini, kunjungan Hanung Bramantyo juga dijangka membuka ruang kepada beberapa bentuk kerjasama baharu yang melibatkan pihak-pihak berkaitan dalam masa terdekat.

Majlis yang berlangsung semalam di Ballroom Mini 10 Star Cinema Parklane City, Benoni Papar turut menyaksikan tayangan filem pendek pertama dari Sabah hasil karya pelajar UMS berjudul BEDILAN (Berdiri Di Atas Langit). Filem tersebut bakal mengisi slot tayangan filem pendek di seluruh rangkaian pawagam 10 Star Cinemas di seluruh negara april depan.

Rata-rata penggiat perfileman Sabah menyambut baik perkembangan ini dan memuji komitmen 10 Star Cinemas melalui inisiatif Titian Perfileman Nusantara, yang dilihat sebagai langkah signifikan dalam memperluas jaringan, peluang serta pendedahan industri filem tempatan ke peringkat serantau.

Gambar : Sutradara Hanung Bramntyo

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Mohd Khairulizam Rosman, Mohd Farris Mohd Fikri, Pian Cde...
28/01/2026

Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Mohd Khairulizam Rosman, Mohd Farris Mohd Fikri, Pian Cdek, Ahmad Mohamad, Ricky Morton, Iraa Niaraa, Khairi Danial, Ola Yugi, Anis Rosly, Epul Mdh, Al-habib Trading, Widz Mina, Afif Khaleef Amin

28/01/2026

Filem Ozora โ€“ Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel bukan sekadar karya sinematik biasa, sebaliknya menjadi cerminan kuat solidariti masyarakat Indonesia yang merentas batas agama dan latar belakang.

Filem ini menonjolkan sokongan padu masyarakat terhadap mangsa, David Ozora, sebagaimana yang turut dirakam dalam rakaman video kejadian sebenar yang pernah tular.

Antara elemen paling menyentuh emosi ialah paparan sikap ibu bapa kepada rakan baik David yang begitu melindungi dan mengambil berat terhadap keselamatannya, walaupun hubungan mereka hanyalah sebagai rakan kepada anak sendiri. Sikap keibubapaan seperti inilah yang dilihat mampu menjadi benteng utama dalam usaha membanteras budaya buli yang semakin membimbangkan.

Ozora membawa mesej kemanusiaan yang mendalam, sukar diungkapkan dengan kata-kata, dan hanya dapat difahami sepenuhnya melalui pengalaman menontonnya sendiri.

๐€๐ฐ๐š๐ง๐  ๐Š๐š๐ซ๐ข๐ฆ ๐Š๐š๐๐ข๐ซ: ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฆ๐š๐ข ๐๐š๐ค๐š๐ญ ๐Œ๐ฎ๐๐šKOTA KINABALU โ€” Nama Awang Karim Kadir bukan a...
26/01/2026

๐€๐ฐ๐š๐ง๐  ๐Š๐š๐ซ๐ข๐ฆ ๐Š๐š๐๐ข๐ซ: ๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐ข ๐๐ž๐ซ๐ฌ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ก๐š๐ง ๐ฒ๐š๐ง๐  ๐“๐ž๐ซ๐ฎ๐ฌ ๐Œ๐ž๐ง๐ฒ๐ž๐ฆ๐š๐ข ๐๐š๐ค๐š๐ญ ๐Œ๐ฎ๐๐š

KOTA KINABALU โ€” Nama Awang Karim Kadir bukan asing dalam landskap seni penulisan dan seni persembahan di Sabah. Lebih empat dekad berkecimpung dalam dunia kreatif, beliau dikenali sebagai antara tokoh veteran yang konsisten menyumbang karya, tenaga dan pemikiran dalam membina ekosistem seni tempatan, khususnya dalam bidang teater, sastera dan perfileman.

Penglibatan Awang Karim dalam seni bermula seawal 1979 sebagai pemain teater, sebelum melangkah lebih jauh sebagai penulis kreatif pada 1985 Sejak itu, perjalanan seninya berkembang merentas pelbagai disiplin daripada puisi dan cerpen, ke pentas teater, drama televisyen, filem layar lebar sehinggalah kepada latihan dan bimbingan bakat muda.

Sasterawan Pentas dan Halaman Buku

Dalam bidang penulisan kreatif, Awang Karim telah menghasilkan pelbagai puisi dan cerpen yang dimuatkan dalam antologi terkenal seperti Bintang di Langit Lain, Fenomena, Mercu II, Resam, Luka Bosnia dan Peta Seniman

Karya-karya ini mencerminkan kepekaan beliau terhadap isu kemanusiaan, budaya dan identiti masyarakat Borneo. Beberapa cerpennya turut mencipta kejayaan apabila memenangi anugerah sastera, antaranya Akinabahu, Atod-Atod, Bellang, Emโ€™bo Ngโ€™Kafak dan
Binatang 14 Lalavang yang pernah menerima Hadiah Sastera Sabah serta Hadiah Maybank-DBP, sekaligus mengukuhkan reputasinya sebagai penulis berkaliber.

Selain itu, cerpen beliau turut disiarkan dalam media arus perdana seperti Dewan Sastera, Mastika, Berita Minggu, Daily Express dan Sabah Times, melalui karya seperti Pelaut Tua, Orang Pulau, Demi Kasih, Kuriding, Gadis di Jendela dan Dia Yang Dilupakan

Teater: Nadi Perjuangan Seni

Di pentas teater, Awang Karim bukan sahaja tampil sebagai pelakon, malah juga pengarah. Antara produksi yang pernah disertainya termasuk Tangga, Anugerah, Wira Bukit, Malam Yang Ke Seratus, Korporat, Ajjung Bahatla, serta teater berskala besar seperti Paduka Potret Perjuangan (Teater Perdana) dan Gambus Maulana Ibnu Rahman. Keupayaannya menggabungkan kekuatan lakonan dan pemikiran pengarahan menjadikan beliau merupakan antara rujukan penting dalam dunia teater tempatan.

Perfileman dan Drama Televisyen

Dalam dunia perfileman, Awang Karim terlibat sebagai pelakon dalam beberapa filem antaranya Gerimis Mengundang arahan Ahmad Idham, Balan-Balan The Movie arahan Amith Abidin, Namatai, Once Open Time in Tamparuli dan Giring di bawah arahan Marlin Brando.

Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam drama televisyen bermula awal 90 lagi termasuk Gadis Kopi 2025, Sebiru Hujung Borneo, Kinabalu Aku Rindu, Onduri, Mahligai Impian, Ikut Jejakmu, Antara KL dan Semporna, Kinabalu Mega, Berteduh di Anjung Kinabalu, Itu Bukan Pintaku serta telefilem seperti Cinta Kinabalu dan Harta Anak Pulau Kepelbagaian watak yang dibawanya menyerlahkan versatiliti serta kematangan lakonan beliau.

Penerbit, Penulis Skrip dan Penggerak Industri

Melalui syarikat Produksi SABA-F 2005 dahulu, kini PRO FILMS (SABAH) Sdn. Bhd. Awang Karim terlibat dalam penerbitan beberapa projek penting termasuk drama bersiri Angin Timur Gelombang Barat, Antara KL dan Semporna, telemovie Dayangku dan Harta Anak Pulau, serta dokumentari Bonggie Orang Asli Pulau Banggi

Dalam bidang penulisan skrip, beliau telah menulis dan membangunkan projek berskala besar yang dirancanh untuk diterbitkan seperti Kapten Mustapha: The Borneo Tiger (2025), Supirak: The Legend Stone Ark (2024), Perang Marudu 1845 (projek dana pembangunan skrip FINAS 2017) serta Lagenda Akinabalu di bawah program penulisan DBP sejak 1989. Skrip drama televisyen seperti Cinta di Puncak Borneo, Gadis Pulau Mata Biru dan Phun Meraโ€™ turut menandakan komitmen berterusan beliau dalam penghasilan naratif tempatan.

Membimbing Generasi Baharu

Lebih daripada sekadar berkarya, Awang Karim dikenali sebagai pembimbing dan mentor kepada bakat muda. Beliau aktif menganjurkan bengkel asas seni lakon pada 2024 serta program bimbingan penulisan skrip filem, drama TV dan pentas antara 2020 hingga 2023. Sumbangan ini menjadikan beliau figura penting dalam pemindahan ilmu dan pengalaman kepada generasi baharu penggiat seni.

Sebagai seniman veteran, Awang Karim Kadir membuktikan bahawa kreativiti tidak pernah pudar dengan usia. Dengan rekod penglibatan yang luas dan komitmen mendalam terhadap pembangunan bakat muda, beliau kekal sebagai antara tonggak penting yang membentuk wajah seni persembahan dan penulisan kreatif Sabah hingga ke hari ini.

๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ โ€œ๐—ฆ๐˜†๐˜‚๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ผ๐˜๐—ผ๐—นโ€ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—œ๐—™๐—™KOTA KINABALU โ€” Filem tempatan Syurga Dalam Bot...
25/01/2026

๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ โ€œ๐—ฆ๐˜†๐˜‚๐—ฟ๐—ด๐—ฎ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—•๐—ผ๐˜๐—ผ๐—นโ€ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ธ๐—ฒ ๐—™๐—ฒ๐˜€๐˜๐—ถ๐˜ƒ๐—ฎ๐—น ๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐˜€๐—ฎ ๐—ฆ๐—˜๐—”๐—œ๐—™๐—™
KOTA KINABALU โ€” Filem tempatan Syurga Dalam Botol atau Heaven in a Bottle mencatat satu pencapaian membanggakan apabila terpilih untuk ditayangkan di Southeast Asia International Film Festival (SEAIFF), sekali gus menandakan penyertaan pertamanya di sebuah festival filem antarabangsa.

Pengarah filem, Ebi Kornelis, berkongsi berita gembira itu menerusi satu hantaran di Facebook pada pagi Jumaat, menyifatkan pemilihan tersebut sebagai satu kejutan yang amat bermakna memandangkan filem itu bersaing dalam kelompok tujuh filem terpilih di peringkat antarabangsa.

Menurut Ebi, penyertaan ke festival filem antarabangsa bukanlah sasaran awal ketika filem itu dihasilkan. Namun atas dorongan rakan-rakan industri, beliau mengambil keputusan untuk menghantar karya tersebut.

> โ€œSebenarnya mahu terpilih pun susah untuk festival yang kami masuk ini. Saya tidak pernah ada niat untuk sasarkan festival antarabangsa, tapi kawan-kawan cakap hantar sahaja, tidak rugi pun,โ€ katanya.

Beliau turut berkongsi pesanan yang pernah diterimanya daripada penggiat seni, U Wei Haji Saari, yang menekankan bahawa sesebuah filem perlu dibuat dengan jujur tanpa terlalu memikirkan festival, sebelum menilai peluang untuk dihantar ke mana-mana platform.

Filem Heaven in a Bottle turut disenaraikan untuk beberapa kategori dalam festival berkenaan. Dalam masa yang sama, Ebi mendedikasikan kejayaan tersebut kepada guru-gurunya dalam dunia perfileman, khususnya Allahyarham Abang Kamal Ishak.

Kejayaan ini disifatkan sebagai satu lagi langkah penting buat industri perfileman Sabah dalam menembusi pentas antarabangsa, sekali gus mengangkat karya tempatan ke persada dunia.

โ€œMudah-mudahan ada manis-manisnya,โ€ ujar Ebi, sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat termasuk SEAIFF, FINAS, 10 STAR CINEMAS dan KKD.

โ€” FILEM SABAH KE PERSADA DUNIA

๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ โ€˜๐—ข๐—ญ๐—ข๐—ฅ๐—”โ€™ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—•๐—ฟ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ตKOTA KINABALU. Selepas kejayaan menghasilkan filem ber...
25/01/2026

๐—™๐—ถ๐—น๐—ฒ๐—บ โ€˜๐—ข๐—ญ๐—ข๐—ฅ๐—”โ€™ ๐—”๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—•๐˜‚๐—น๐—ถ ๐—•๐—ฟ๐˜‚๐˜๐—ฎ๐—น ๐—Ÿ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—š๐—ผ๐—น๐—ผ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐—ฝ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚๐—ต

KOTA KINABALU. Selepas kejayaan menghasilkan filem berasaskan kisah benar VINA: Selepas 7 Hari pada tahun 2024, pengarah tersohor Indonesia, Anggy Umbara, tampil dengan sebuah lagi karya berani berjudul OZORA: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel. Filem ini diinspirasikan daripada kes buli kejam yang menggemparkan Indonesia pada tahun 2023, melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun, Cristalino David Ozora Latumahina.

Kes tersebut mencetuskan perhatian nasional apabila David Ozora menjadi mangsa penganiayaan brutal oleh anak kepada seorang pegawai tinggi di Jakarta Selatan (Jaksel), bersama seorang rakannya tular di media sosial dan mencetuskan gelombang solidariti masyarakat Indonesia daripada pelbagai latar agama dan kaum yang bersatu mendoakan kesembuhan mangsa serta menuntut keadilan setimpal terhadap pelaku.

Akibat kejadian itu, David Ozora mengalami diffuse axonal injury, iaitu kerosakan otak serius yang berisiko menyebabkan kesan jangka panjang terhadap fungsi neurologi, kognitif dan motor. Walaupun pelaku akhirnya telah dijatuhkan hukuman, mangsa terpaksa berdepan realiti kesihatan yang getir dan berpanjangan.

Filem OZORA turut menyingkap dimensi ketidakseimbangan kuasa dalam masyarakat, apabila kes tersebut pada peringkat awal didakwa cuba dilindungi menggunakan pengaruh dan kedudukan keluarga pelaku. Namun, tekanan awam dan suara rakyat yang lantang menuntut keadilan akhirnya memastikan kebenaran tidak dapat disembunyikan, sekali gus menegaskan bahawa hukum seharusnya tidak memihak kepada kekayaan atau jawatan.

Ditayangkan bermula 22 Januari di rangkaian pawagam 10 Star Cinemas, OZORA menerima reaksi pelbagai daripada penonton. Ramai mengakui filem ini bersifat menginsafkan dan sarat dengan pengajaran, khususnya tentang bahaya budaya buli dan penyalahgunaan kuasa. Tidak kurang juga yang membandingkan kisah dalam filem ini dengan kes buli lain yang masih dalam perhatian awam, termasuk kes melibatkan Zara Qairina yang kini masih dalam proses inkues.

Sebagai sebuah karya yang berteraskan realiti pahit, OZORA mengingatkan bahawa tragedi seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, di mana sahaja, dan menjadi peringatan bahawa keadilan hanya dapat ditegakkan apabila masyarakat berani bersuara.

Address

Kota Kinabalu
Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Update posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabah Update:

Share