18/06/2025
cantik ayat ko PST? ? dfkir2 kenapa yaa bnyk btul cobaan si dia tpi dia tdak pernah giving up ? syukur mungkin sebab tiada siapa yang tahu apa dia buat dalam diam di hidup diaa kan🫶🏽 syukur syukur
1 Samuel 16:7b
”…manusia melihat apa yang di depan mata, tetapi TUHAN melihat hati.”
p/s sy check dm . tiada .
tiada dia chat sy utuk psonal.
betul mpbaiki org atau sekadar mau ada like shre d page .
this kind of thing salah satu sbb orang menjauh dari orang orang begini.
Beberapa hari lepas, kawan saya kirim beberapa link video-reels yang disiarkan oleh seorang artis Sabah, untuk tontonan dan komen saya. Beberapa aksi-adegan si 🧜♀️ memang menarik, ada yang kelihatan lucah, dan ada yang lucu. Mahu katakan semuanya lucah pun tidak betul, kerana memang itulah "bahasa" orang kita dari dulu apa lagi bila mahu cakap tentang hal yang berunsurkan seksual, tanpa menggunakan istilah yang memang pantang-larang disebut juga. Mahu guna istilah Dusun untuk kemaluan (ge****ls) pun dianggap tidak senonoh, jadi macam mana lagi mahu dijelaskan? Timun. Terung. Berbulu. Tercukur. Pendek. Panjang. Burung. Kuda. 🤣 Kalau dalam perbualan harian, itu agak kebiasaan. Dengar cakap ibu-ibu, makcik-makcik, bapa-bapa, ah... Biasa saja dengar hal begitu. Lucah? Tidak juga... Selagi tidak diamalkan dengan orang yang bukan pasangan hidup.
Jadi di mana salahnya si 🧜♀️? Rasanya (saya kata rasa, bukan fikir) salah bila dipertontonkan kepada seluruh dunia, dihebohkan tanpa sebarang ‘tapuk’ atau jaga muka. Cakap saja, rakam saja, viralkan saja, lakonkan saja. Semua cakap sayuran dan ukuran itu biasanya dalam perbualan kecil-kecilan dan bukan di depan khalayak ramai; dalam dunia moden ini, terlalu banyak yang dirakam dan diperlihatkan kepada dunia – dalam kereta, sambil baring-baring, separuh telanjang, dengan adegan yang memang berunsur seksual – di TikTok, di Instagram, di Threads, di YouTube dan sebagainya.
Mahu tunjuk kemesraan dan keromantikan itu tidak salah – biasa saja. Saya pun bersikap romantik dengan isteri saya, takkan saya mahu malu untuk pegang tangan atau cium isteri saya biarpun di tempat awam (peduli kau!). Tapi tidaklah sampai tarik sini sana, buka ini dan itu, cakap yang bukan-bukan. Apa lagi kalau kita orang Kristian! Tak tahulah apa iman/kepercayaan si 🧜♀️, tetapi pastinya dia tidak mencerminkan kesaksian Kristian yang autentik. Mahu dorong orang Like dan Follow, biarlah dengan konten yang sihat, cantik, indah, sedap di pandang dan manis dipercakapkan.
Efesus 5:3 "Tetapi percabulan dan rupa-rupa kecemaran atau keserakahan disebut saja pun jangan di antara kamu, sebagaimana sepatutnya bagi orang-orang kudus."