18/10/2025
Assaalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Itu lah bah, nak sangat siasat Tun M dan keluarganya dengan merungkaikan pendapatan anak-anak Tun M, keluarga Allahyarham Tun Daim sangat. Di mana, rakyat tak minta pun. Namun kerajaan Madani gemar menyebut yang rakyat hendak siasatan dilakasanakan, namun tidak pun langsung sesiapa peduli, sebab apa pun nak dikatakan, pada zaman pentadbiran Tun M dan Allahyarham Tun Daim, peluang pekerjaan banyak dan ekonomi rancak sangat.
Sekarang guna kepakaran yang kerajaan Madani ada untuk merungkai berapa pendapatan yang diperolehi oleh negeri Sabah, sejak 1974 sehingga 2021. Ini perintah mahkamah. Keputusan mahkahmah adalah seperti berikut (bahasa Inggeris):
"The Judge, earlier, held among others, that the court was of the view that the applicant had established that the Second Review Order made by the Federal and State Governments to consider and for the Federation to make the special grant for the period from 1974 to 2021 to the State of Sabah is unlawful, that is ultra vires the powers entrusted to the two governments under Article 112D of the Federal Constitution."
Pendek cerita, cari jalan dan persetujuan berapa banyak tunggakan yang kerajaan pusat berhutang kepada negeri Sabah. Mesti diselesaikan tidak lebih dari 180 hari (6 bulan).
Layan lah wahai kerajaan. Memang bajet 2026 harus di ubahsuai
Jangan kata, Sabah dapat haknya semasa pentadbiran kerajaan Madani, kerana sudah diketahui yang kerajaan Madani telah membuat rayuan terhadap keputusan tersebut. Dalam erti kata lain, kerajaan Madani enggan setuju dengan keputusan tersebut. Lain kali fokus betul-betul keatas ekonomi rakyat sebagai tanggungjawab utama dan bukannya menyeksa rakyat dengan memaksa rakyat menanggung kos sara hidup yang luar kemampuan mereka untuk menutup aib kegagalan kerajaan Madani.
Jangan marah wahai kerajaan, kami bukan menentang kerajaan tetapi kami amat dukacita dengan segala perlaksanaan dan perbuatan oleh ahli-ahli kabinet sendiri yang benar-benar mengecewakan rakyat malah menyekat rakyat daripada bersuara. Nak mengadu kat mana ya? kat orang yang sedang menyeksa kita itu sendiri. Maha Bingai semua perbuatan dan tambah lagi masalah yang amat besar sekarang.....