Borneo Sabah TV

Borneo Sabah TV Established EMedia based in Kota Kinabalu, Sabah wholly owned by Borneo Synergy Event & Media Membuat liputan acara/program di dalam/luar negeri.

Ingin mejadi E-Media yang aktif dan berkualiti di Sabah.

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Covid19 Omicron Subvarian BF.7 sudah ada 3 kes. Dengan kemasukan pelanco...
05/01/2023

Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia, Covid19 Omicron Subvarian BF.7 sudah ada 3 kes. Dengan kemasukan pelancong daripada luar negera serta warga Malaysia yang telah ramai melancong di luar negara, kita mungkin akan menghadapi peningkatan kes BF.7.

Kita sedang beralih kepada fasa Endemik bukannya berpatah lagi ke Pandemik.

Sumber : KKM

Keadaan terkini jalan terputus di Jalan Riverside, Ranau.Sumber : Netizen
04/01/2023

Keadaan terkini jalan terputus di Jalan Riverside, Ranau.

Sumber : Netizen

Gangguan Letrik seluruh kawasan Ranau. Harap maklumSumber : SESB
04/01/2023

Gangguan Letrik seluruh kawasan Ranau. Harap maklum

Sumber : SESB


Penutupan serta merta bagi Jalan Kota Kinabalu - Sansakan Ranai (Jalan Riverside)🚨🚨🚨Sumber : Hebahan Whatsapp
04/01/2023

Penutupan serta merta bagi Jalan Kota Kinabalu - Sansakan Ranai (Jalan Riverside)🚨🚨🚨

Sumber : Hebahan Whatsapp

04/01/2023

Keadaan jalan putus di Ranau. Hati2 semua....

Sumber : Whatsapp

Hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Itali positif COVID-19.KERAJAAN Itali akan membuat ujian COVID-19 ma...
31/12/2022

Hampir separuh penumpang pesawat dari China tiba di Itali positif COVID-19.

KERAJAAN Itali akan membuat ujian COVID-19 mandatori untuk semua ketibaan dari China selepas hampir 50 peratus penumpang dalam dua penerbangan dari Beijing ke Milan disahkan positif virus berkenaan.

Kedua-dua pesawat dari China itu menjadi penerbangan pertama China yang dikenakan pemeriksaan COVID-19 berikutan gelombang baharu virus itu yang sedang berlaku di negara Asia itu.

"Pada penerbangan pertama, daripada 92 penumpang, 35 orang (38 peratus) positif COVID-19.

"Pada penerbangan kedua, daripada 120 penumpang, 62 penumpang (52 peratus) positif COVID-19," kata Ketua kesihatan Lombardy, Guido Bertolaso, pada sidang media pada Rabu, lapor SkyNews.

Menurut laporan pihak berkuasa Milan, kebanyakan penumpang yang diuji positif COVID-19 tidak menunjukkan sebarang gejala.

Bagaimanapun, media tempatan Itali melaporkan bahawa kerajaan bimbang tentang kemunculan varian baharu COVID-19 di tengah-tengah peningkatan jangkitan di China.

Selain menjalankan ujian COVID-19, pihak berkuasa Milan juga akan menjalankan ujian penjujukan untuk meneliti sama ada terdapat varian baharu dalam kalangan penumpang yang didapati positif virus itu.

Sumber : Astro Awani

29/12/2022

Kes akan naik lagi? 😱😱😱

Sumber : Dr Rolland Sky Clinic

AMEBA PEMAKAN OTAK (NAEGLERIA FOWLERI)
29/12/2022

AMEBA PEMAKAN OTAK (NAEGLERIA FOWLERI)

Tiada kes ‘ameba pemakan otak’ dikesan di Malaysia, kata Noor HishamKUALA LUMPUR: Tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri ...
29/12/2022

Tiada kes ‘ameba pemakan otak’ dikesan di Malaysia, kata Noor Hisham

KUALA LUMPUR: Tiada kes jangkitan Naegleria Fowleri atau dirujuk sebagai ‘ameba pemakan otak’ dikesan di Malaysia setakat ini tetapi orang ramai dinasihatkan berwaspada dan mengambil langkah sewajarnya ketika ingin melakukan aktiviti di kawasan air tawar.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini termasuklah mengelakkan diri daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat ameba berada di situ.

Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mana air mungkin dicemari oleh ameba yang boleh memasuki rongga hidung secara terus.

“Langkah lain ialah mencuci badan dengan air yang terawat dan sabun selepas melakukan aktiviti di dalam air dan segera mendapatkan rawatan apabila mengalami demam, sakit kepala, muntah atau kekakuan leher secara tiba-tiba terutamanya selepas melakukan aktiviti dalam air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Naegleri Fowleri ialah ameba termofilik atau organisma sel tunggal protozoa yang boleh ditemui di seluruh dunia terutamanya dalam habitat air tawar seperti tasik, kolam, sungai, mata air panas serta dalam tanah dan boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM) yang membawa maut.

Ameba Naegleri Fowleri juga dikenali sebagai ‘ameba pemakan otak’ kerana berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang dan berupaya untuk masuk ke dalam badan manusia melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar.

Semalam, Korea Selatan telah melaporkan kes pertama jangkitan itu membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 50-an yang meninggal dunia pada 21 Dis selepas menetap selama empat bulan di sebuah negara Asia Tenggara sebelum kembali ke republik itu pada 10 Dis lepas.

“Kementerian Kesihatan (KKM) akan terus memantau rapi situasi jangkitan Naegleria Fowleri di dalam dan luar negeri dari semasa ke semasa bagi menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

“Selain itu, KKM juga komited dalam memberikan informasi yang tepat dan responsif sekiranya terdapat perkembangan terbaharu tentang penyakit tersebut,” kata Dr Noor Hisham.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata gejala PAM pada peringkat awal menyerupai gejala meningitis yang disebabkan oleh bakteria atau virus lain seperti sakit kepala, demam, loya, atau muntah.

Katanya, gejala yang lebih serius seperti kekakuan leher, kekeliruan, kurang kesedaran terhadap orang serta sekeliling, sawan, halusinasi dan koma juga boleh berlaku dan kebiasaannya, gejala ini muncul sekitar lima hari selepas jangkitan (tempoh inkubasi) dan seawal satu hari atau selewat-lewatnya 12 hari selepas dijangkiti.

“Keadaan pesakit juga boleh bertambah teruk dengan cepat iaitu dalam tempoh lima hari dan kematian boleh berlaku dalam tempoh satu hingga 18 hari daripada onset gejala,” katanya.

Menurut Noor Hisham, penyakit tersebut didiagnosis melalui pengesanan asid nukleik Naegleria Fowleri dalam cecair tulang belakang atau tisu otak individu yang dijangkiti dan rawatannya adalah dengan pemberian gabungan ubat-ubatan namun sangat terhad disebabkan perkembangan penyakit berlaku sangat cepat.

Sumber : FMT

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekita...
26/12/2022

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara, melibatkan beberapa negeri hingga Khamis ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan, Amaran Kategori Ketiga melibatkan kejadian angin kencang timur laut melebihi 60 kilometer sejam (kmj), dengan ombak melebihi 4.5 meter, dikeluarkan di kawasan perairan Sabah Barat, Labuan, dan Sabah Timur.

Amaran sama turut dikeluarkan bagi aktiviti perkapalan melibatkan kawasan perairan tenggara Reef North, Labuan, Timur Palawan dan Sulu, yang dijangka berlaku sehingga Selasa.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak,” menurut kenyataan itu.

Selain itu, Amaran Kategori Kedua melibatkan fenomena angin kencang berkelajuan 50 hingga 60kmj dengan ombak setinggi 4.5 meter, dikeluarkan di perairan Sarawak yang dijangka berlaku sehingga 29 Disember ini.

"Kawasan yang turut terlibat ialah perairan Condore, Bunguran Utara, Reef North, Reef South, Layang-layang dan Barat Palawan. Kejadian ini berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut MetMalaysia.

Bagi Amaran Kategori Pertama, angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Johor Timur, Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga Khamis ini.

Amaran itu turut melibatkan kawasan perairan Tioman dan Bunguran Selatan sekali gus, berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

Sumber : Sinar Harian

Situasi terkini keadaan Air Pasang Di Kampung Sim-Sim , Sandakan setakat pukul 11:50 malam . Sumber - SANDAKANfm Bersama...
25/12/2022

Situasi terkini keadaan Air Pasang Di Kampung Sim-Sim , Sandakan setakat pukul 11:50 malam .

Sumber - SANDAKANfm Bersamamu

Ramalan Cuaca Signifikan oleh MET MalaysiaBorneo Sabah TV
25/12/2022

Ramalan Cuaca Signifikan oleh MET Malaysia

Borneo Sabah TV

Address

Kinabalu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Borneo Sabah TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Borneo Sabah TV:

Share

Category