Mior Iskandar Shah

Mior Iskandar Shah Borak santai mengenai isu semasa, pekerjaan, gaya hidup dan sebagainya. Yang pastinya, setiap episod ada hadiah menanti para penonton dan pendengar.

Ada ke peminat sate padang macam saya???
31/10/2025

Ada ke peminat sate padang macam saya???

23/10/2025

"Perjuangkan selagi mampu, sebab kalau dah melepaskan tanpa mencuba, nanti rindu tu akan lebih menyakitkan dari luka"
~M.I.S~

KARATE KID LEGENDS (2025)Durasi : 1jam 34minitFilem ni mengisahkan sorang budak muda, Li Fong, yang dah mahir kung fu da...
20/10/2025

KARATE KID LEGENDS (2025)
Durasi : 1jam 34minit

Filem ni mengisahkan sorang budak muda, Li Fong, yang dah mahir kung fu dari kecil. Dia berpindah ke New York bersama ibunya dan situ lah konflik mula muncul. Dia kawan dengan seorang gadis, Mia, dan bapanya yang punya kedai pizza. Tapi... Li menarik perhatian seorang juara karate tempatan yang tak mesra langsung. Then latihan pun mula, mentor datang, perlawanan besar menanti. Dalam plot tu, datang pulak dua nama besar, iaitu Mr. Han (dari versi remake) dan Daniel LaRusso (dari original) untuk bantu Li gabungkan gaya kung fu + karate untuk final showdown. Tapi, even korang macam dah tau lebih kurang plot ni “old school”, filem ni ada momen yang buat korang senyum, rasa gempak.

👍 Apa yang best?

Untuk korang yang pernah tengok francais dari The Karate Kid (1984) ke remake ke Cobra Kai dan semua, filem ni memang throwback kuat-kuat. Nostalgia tu memang ada. Main karakter Li (lakonan Ben Wang) memang ada karisma boleh pergi jauh dalam dunia lakonan martial art.
Latihan, perlawanan, mix kung fu + karate yang bukan biasa-biasa, kalau korang suka aksi martial arts, ada benda korang kena tengok.

👎 Apa yang kurang best

Plot dia agak “guna formula lama” — masuk budak baru, dipindah tempat, kena buli, latih-latih, lawan besar. Jadi kalau korang nak yang super-original, mungkin akan rasa “eh dah macam pernah tengok”.
Then, durasi pendek + banyak perkara nak diselesaikan, ada banyak scene yang macam “terburu-buru”.
Beberapa karakter ikon dalam francais macam Daniel LaRusso & Mr. Han muncul tapi tak banyak screentime, nampam macam cameo pula even gambar diorang terpampang besar kat poster.

🔍 Bandingkan dengan francais sebelum ni

Francais asal (karate kid versi 1984) memang kuat sebab konsep fresh masa tu, budak baru, dihina, mentor yang bagi semangat, pertandingan, simple dan standard. Versi remake (2010 dengan Jackie Chan) pula bawak elemen kung fu, cultural clash, gaya berlainan. Filem “Legends” ni macam mix antara dua dunia, ia ada elemen klasik karate kid + elemen baru (kung fu + gabungan generasi).

🧐 Siapa yang patut tonton?

Kalau korang pernah layan francais sebelum ni dan rasa “nak rasa balik vibe lama”, yes filem ni untuk korang. Kalau korang suka aksi ringan + feel-good story, yes boleh tengok jugak. Kalau korang jenis “nak cerita yang tak boleh agak dari awal, penuh dengan kejutan”, mungkin korang rasa kecewa sikit.

Personal rating aku 7/10, sebab memang ada banyak benda best, tapi taklah 'paling hype' dalam francais. Jadi rating tu ibarat filem ni boleh dilayan dan best untuk fans2 francais Karate Kid.

17/10/2025
16/10/2025

Harapnya kereta brader ni baik-baik saje, dia pun tak sangka, tu yg tepuk kepala 😆

Sedap makan sini, kuahnya pekat, ayamnya sedap.. paling aku suka vibe kedai ni, cantik, moden, bersih, rasa macam masuk ...
15/10/2025

Sedap makan sini, kuahnya pekat, ayamnya sedap.. paling aku suka vibe kedai ni, cantik, moden, bersih, rasa macam masuk restoran mewah jugaklah.. harganya bagi aku standardlah utk menu makanannya dan servis yg d beri..

WARUNG POKOK HUJANA hidden breakfast gem in Shah Alam...Warung ni memang agak tersorok even sangat dekat dgn Icity jer.....
12/10/2025

WARUNG POKOK HUJAN
A hidden breakfast gem in Shah Alam...

Warung ni memang agak tersorok even sangat dekat dgn Icity jer.. ada beberapa vendor makanan di sini, so banyak variety.. so far ni kali ke2 datang sini, aku memang suka pada warung nasi lemaknya, sbb pilihan lauknya mmg banyak, dan semestinya SEDAP, tak tipu wei.. pagi ni aku tengok ramai customer yg order pulut ayam, nampak sedap, maybe nexttime aku boleh cuba.. buka setiap hari kecuali hari Isnin, dari jam 8pagi ke 3petang.. so yg mana berdekatan, kot tak pernah cuba, nak cuba vibe lain sikit, boleh cuba datang sini yer 👍

Kursus Umrah jap kat ofis...
11/10/2025

Kursus Umrah jap kat ofis...

Pekena laksa dan cendol dalam kampung ni mmg best, sambil d hembus angin sepoi-sepoi bahasa, jadi syahdu rasanya..
09/10/2025

Pekena laksa dan cendol dalam kampung ni mmg best, sambil d hembus angin sepoi-sepoi bahasa, jadi syahdu rasanya..

100% RECOMMENDED!!!DRAGON (2025)Durasi : 2 jam 35 minitGenre : Drama Comedy Filem berbahasa Tamil ni mengisahkan ttg D. ...
08/10/2025

100% RECOMMENDED!!!

DRAGON (2025)
Durasi : 2 jam 35 minit
Genre : Drama Comedy

Filem berbahasa Tamil ni mengisahkan ttg D. Ragavan a.k.a Dragon, seorang budak pandai yg masuk sebuah kolej engineering dan jadi 'bad boy', jadi banyak ponteng kelas, bergaduh, bercinta, sehinggalah kena buang kolej dan tak tamatkan pengajian ijazahnya dengan 48 subjek belum lulus.. awalnya hidup indah sehinggalah girlfriend dia pun tinggalkan dia sbb nampak Dragon ni takde masa depan, dan perkara itulah yg mengubah hidupnya secara total.. apa yg Dragon buat selepas tu? Macam mana dgn 48 subjek belum lulus tu?

Bagi aku, aku sgt rekomen filem ni utk korang layan, banyak mesej yg diorang cuba ketengahkan, even ada elemen drama dan konflik, filem ni tetap ringan ditonton sebab ada komedi, ttg hubungan family dan persahabatan yg buatkan filem ni seimbang. Filem ni juga bukan sekadar hiburan, tapi ada jugak sentuh isu kejujuran, kesilapan dan peluang kedua.

Sejujurnya, aku dpt rasa yg filem ni sgt dekat dgn aku, tu yg aku sgt2 rekomen utk korang tengok. Untuk korang yg ada buat kesilapan dlm hidup, ini filem yg patut korang tengok utk jadi inspirasi yg peluang kedua sentiasa ada guys, cuma jangan sia-siakan jer.. utk personal rating, aku bagi 9/10 👍

"KESILAPAN BUKAN PENAMAT, IA CUMA JALAN UTK BANGKIT JADI LEBIH KUAT"


07/10/2025

📣📣📣 ATTENTION PLEASE 📣📣📣

Rupanya ramai juga yang tak tahu harga jualan frozen kami memang murah.. yer betul tuan puan semua, kami masih mengekalkan harga RM1.80/biji utk frozen.. untuk goreng, tu terpulang pada korang nak jual berapa..

Akan tetapi tuan puan sekalian, harga ni kami kekalkan sehingga akhir tahun 2025 ni sahaja.. bermula 1/1/2026, kami ada kenaikan harga sikit utk jualan frozen.. jadi utk yg baca post ni, korang boleh ready utk ambik stok banyak2 sebelum tahun baru 2026.. nak order kat mana??? Klik link ini ⬇️⬇️⬇️

wasap.my/60132388752/aiskrimgorengria
wasap.my/60132388752/aiskrimgorengria
wasap.my/60132388752/aiskrimgorengria

MANTIS (2025)Durasi : 1jam 53minitGenre : Aksi/thrillerFilem ni mengisahkan ttg Han-ul, sorang pembunuh upahan elit dgn ...
06/10/2025

MANTIS (2025)
Durasi : 1jam 53minit
Genre : Aksi/thriller

Filem ni mengisahkan ttg Han-ul, sorang pembunuh upahan elit dgn kod nama 'Mantis' telah kembali dr bercuti membunuh, alih2 dia dapat tau tmpt kerja assassin dia, MK Enterprise huru hara, bos besar mati kena bunuh.. d sebabkan itu, organisasi pembunuhan mula nk langgar peraturan dan menyebabkan ada yg berebutkan jawatan jd bos besar MK Enterprise, iaitu Jae-yi, dia punya 'rival' dan ada jatuh cinta jugak, dan jugak Dok-go, sorang pembunuh lagenda yg telah bersara dan buat comeback utk rebut tempat kosong tu.. so d sebabkan tu, banyak konflik berlaku antara Han-ul, Jae-yi dan Dok-go.. jadi persoalannya siapakah yg bakal menerajui organisasi pembunuhan elit terbesar ni nanti??? Siapa yg bunuh bos MK Enterprise???

Basically, utk visual filem ni aku suka, serius cantik dgn mainan lampu neon bagai, dah macam filem John Wick punya stail, memang relatable lah.. dari segi lakonan pun aku suka, even nampak macam terburu-buru jer pembinaan karakter watak2 utama tu, tapi takpe, still okay, boleh faham.. emosi diorang pun nais, nampak part gembira, part berani melawan, part kecewa, so cukuplah.. part choreo fighting pun best, nampak kemas..

Cuma yg aku kurang dia punya plot dan storyline, nampak macam slow tapi nampak tergesa-gesa pun iyer jugak, macam ada benda yg nak dikejarnya, inilah yg dikatakan yang dikejar tak dapat, yg dikendong berciciran 😄..

Tapi overall, filem ni okay, dia sederhanalah, bukan buruk sangat tapi takdelah sampai tahap "best gila" sebab bab aksi dan visual mmg aku puji, cuma jalan cerita dan perkembangan watak tu agak kureng, tapi tetap boleh layan, cuma tak sesuai utk budak2 yer, ada part potong kepala bagai.. jadi for personal rating, aku boleh kasi 6/10.. seronok sebagai filem aksi tapi still ada ruang besar utk jadi lagi mantap dan best 👍

Address

Klang

Telephone

013-2223802

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Mior Iskandar Shah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Mior Iskandar Shah:

Share