19/01/2026
[Sejauh Mana Anda Disiplin Mengawal Risiko Dalam Pelaburan Saham?]
๐น Jika saham yang anda pegang telah memecahkan paras support, anda perlu ambil tindakan segera untuk cut loss saham tersebut bagi melindungi modal pelaburan anda.
๐น Jarak daripada harga entry ke harga dimana anda letakkan paras cut loss merupakan kadar risiko yang perlu anda tanggung sebaik sahaja anda membeli sesuatu saham.
๐น Pelaburan saham melibatkan kebarangkalian, maka tiada jaminan yang setiap trade anda lakukan akan membuahkan hasil. Disebabkan itu penting untuk anda disiplin mengawal risiko setiap kali anda berada dalam pasaran.
๐น Sifat disiplin ini perlu dipupuk sejak dari peringkat awal anda menceburkan diri dalam pelaburan saham.