Muhammad Adam Mohamad Sofi

Muhammad Adam Mohamad Sofi Seorang Cikgu Biasa

10/06/2025

Slide saya tak power pun. Tapi bila saya guna 2 tool ni, murid terus fokus sampai habis.

Nak kongsi satu eksperimen saya baru-baru ni dalam kelas.

Saya ada satu slide biasa asalnya dalam PDF. Kalau tunjuk macam tu ja, murid takkan kisah. Tapi kali ni saya cuba 2 benda:

✅ Saya upload PDF tu ke Gamma — automatik jadi slide interaktif yang boleh scroll macam website.

✅ Lepas tu saya guna Loom untuk rekod suara saya explain satu per satu siap boleh pause, lukis atas slide, dan rekod semula kalau silap.

Bila saya bagi link kat murid, saya tak sangka
mereka betul-betul tonton sampai habis.
Bukan sebab slide tu cantik sangat. Tapi sebab ia rasa macam cikgu bercakap dengan mereka, satu-satu.

Kenapa saya s**a combo Gamma + Loom ni?

📌 Gamma – tak payah buat slide dari kosong. Upload ja PDF, dia akan susun semula secara automatik. Slide tu boleh klik, responsive, dan mesra telefon.

📌 Loom – rakam sambil explain. Tak perlu nak buka OBS, atau rakam dari telefon. Kalau silap cakap, pause. Kalau nak highlight, boleh terus conteng.

🧠 Sebagai cikgu, saya sedar kita tak boleh harap semua murid fokus 100% masa kita mengajar secara live. Tapi kalau kita bagi rakaman interaktif, mereka boleh ulang, boleh faham ikut masa sendiri.

📹 Saya ada rakam video demo pendek guna dua tool ni.

Jom kita sama-sama mudahkan pengajaran. Teknologi bukan ganti cikgu. Ia bantu cikgu bersuara lebih jauh 🎤✨

Akhirnya… website pertama CodeCikgu dah LIVE! Lama dah simpan angan-angan ni. Dari satu folder ke satu draft — akhirnya ...
31/05/2025

Akhirnya… website pertama CodeCikgu dah LIVE!

Lama dah simpan angan-angan ni. Dari satu folder ke satu draft — akhirnya hari ni, website ni wujud juga!

📍 www.codecikgu.com

Walaupun masih kosong dan banyak bahagian belum siap (bak kata orang, masih dalam pembinaan 👷‍♂️), tapi saya excited sebab ini langkah pertama ke arah sesuatu yang lebih besar.

Mungkin akan ada yang tanya,
“Kenapa sampai nak buat website?”
Jawapan saya senang: Saya ada plan.
Saya percaya website ni akan jadi satu platform yang lebih proper, lebih tersusun, dan ikut hala tuju yang saya nak bawa.

Nanti semua akan nampak sendiri. Tapi buat masa ni… doakan supaya semuanya berjalan lancar ✨

Website ni nanti akan jadi:
✅ Rumah digital untuk semua projek & konten pendidikan saya
✅ Tempat himpunan bahan PdP, gamifikasi, AI tools untuk cikgu
✅ Dan juga satu titik permulaan untuk berkembang

Masih kosong. Masih banyak nak isi. Tapi saya kongsi awal supaya nanti bila dah siap, kita boleh tengok sama-sama macam mana ia bermula. 😄

Terima kasih sebab support selama ni 🙌

Assalamualaikum dan salam sejahtera!Saya Muhammad Adam bin Mohamad Sofi, seorang guru Sains Komputer dan pendidik digital yang komited untuk membantu guru dan murid menguasai teknologi dalam pendidikan. Saya juga merupakan pengasas CodeCikgu, sebuah inisiatif untuk membangunkan modul digital, gamifi...

26/05/2025
Sabtu pagi. Sekolah cuti. Kerja tetap jalan bos!Bunyi macam pelik — hari cuti, tapi masih buka laptop, fikir pasal kerja...
24/05/2025

Sabtu pagi. Sekolah cuti. Kerja tetap jalan bos!

Bunyi macam pelik — hari cuti, tapi masih buka laptop, fikir pasal kerja sekolah.

Tapi cikgu-cikgu mesti faham rasa ni.
Kadang bila idea tengah jalan, kita tak sabar nak terus buat.
Bukan sebab terpaksa. Tapi sebab kita nak benda tu jadi.

Aku tengah susun dashboard Notion untuk PBL gamifikasi.
Nak bagi mudah, kemas, dan interaktif.
Kalau boleh, murid buka je dashboard tu terus rasa, “eh ni macam game!”

Cuti-cuti pun kepala tak cuti.
Tapi tak apa… kadang waktu macam ni lah idea best datang.

Sabtu tak semestinya kena rehat total.
Kalau tengah semangat buat sesuatu yang kita s**a, teruskan je.

Buat kerja yang kita nak dan buat kerja kita disuruh buat tu lain.

Cikgu lain tengah siapkan apa pagi ni?
Atau tengah rehat? Dua-dua valid. ✌️

[Mesyuarat Penyelarasan Bola Sepak MSSD Klang 2025]Hari ini saya hadir satu mesyuarat penting, mesyuarat penyelarasan Ke...
23/05/2025

[Mesyuarat Penyelarasan Bola Sepak MSSD Klang 2025]

Hari ini saya hadir satu mesyuarat penting, mesyuarat penyelarasan Kejohanan Bola Sepak MSSD Klang 2025. Bagi sesetengah orang, mungkin nampak ini hanya satu mesyuarat teknikal. Tapi bagi kami yang terlibat secara langsung dengan bola sepak sekolah, ini lebih daripada sekadar penyelarasan jadual dan lokasi.

Apa yang menyentuh hati saya adalah satu kenyataan daripada pegawai teknikal bola sepak MSSD Klang. Katanya:

“Kita guru bukan sekadar jadi jurulatih untuk bola sepak. Kita mendidik. Pendekatan kita berbeza dari coach luar.”

Dan saya setuju sepenuhnya.

Bila kami jurulatih guru melatih pas**an sekolah, kami bukan hanya bercakap pasal formasi, teknik, atau kemenangan. Kami juga ajar tentang adab, kerja berpas**an, disiplin, hormat, dan ketabahan. Setiap sesi latihan, setiap perlawanan, adalah peluang untuk mendidik anak-anak ini bukan saja jadi pemain bola tapi jadi manusia yang lebih baik.

Banyak perkara dibincangkan dalam mesyuarat tadi. Tentang lokasi kejohanan, pengadil, borang perubatan, jersi pas**an, hingga ke peraturan penggantian pemain. Tapi di balik semua itu, satu yang kekal jadi asas: semua ini dibuat demi murid.

Kami mungkin bukan jurulatih profesional. Tapi kami tahu cara mendekati anak-anak sekolah. Cara menegur, cara memimpin. Sebab itu kami di sini bukan untuk trofi semata-mata, tapi untuk pastikan murid-murid ni dapat pengalaman berharga.

Bola sepak sekolah bukan tentang melahirkan Messi.
Tapi mungkin, dari padang sekolah inilah lahirnya seorang anak muda yang lebih yakin, lebih kuat, dan lebih bersemangat nak ubah nasib hidupnya.

Dan itulah yang kami perjuangkan.

3 Shortcut Digital Yang Ramai Cikgu Tak Guna — Padahal Boleh Jimat Berjam-jam Masa Setiap Minggu”1. Guna Google Form + A...
22/05/2025

3 Shortcut Digital Yang Ramai Cikgu Tak Guna — Padahal Boleh Jimat Berjam-jam Masa Setiap Minggu”

1. Guna Google Form + Autocrat untuk Hantar Slip Markah Guna Email — Auto, Bukan Manual

Ramai cikgu guna Google Form untuk kuiz.
Tapi lepas tu masih copy paste markah masuk WhatsApp satu-satu?

Sayang masa.

Gunakan Autocrat → create slip markah auto (siap ada nama, gred, keputusan) → sistem terus email pada murid/ibu bapa.

→ Nampak macam magic, padahal hanya perlu setup sekali.

2. Canva ‘Present & Record’ — Rakam Suara Atas Slide, Terus Jadi Video PdP

Ramai guna Canva untuk buat slide. Tapi tak ramai tahu:
Canva boleh rekod suara + video terus atas slide.

→ Tak perlu OBS. Tak perlu edit video.
→ Cikgu explain → murid tengok → ulang banyak kali pun boleh.

Perfect untuk kelas ganti, ulangkaji, atau murid yang tak hadir.

3. Guna Google Docs ‘Comment’ + ‘Suggest’ Mode Untuk Semak Tugasan

Cikgu masih print dan tanda tangan dengan pen merah?

Padahal guna Suggest Mode + Comment, kita boleh:
• Semak karangan murid
• Betulkan terus ayat
• Bagi feedback tepi perenggan

→ Murid dapat semakan + respon + boleh edit semula ikut cadangan cikgu.
→ Tanda tangan tak hilang, cuma dah digital.

Kita tak perlukan lebih banyak teknologi. Kita cuma perlu lebih bijak guna apa yang kita dah ada.

Kalau rasa “patut aku tahu benda ni awal-awal lagi”, jangan risau ramai cikgu pun sama.

19/05/2025

Real Talk: Kenapa Saya Berani Lawan Cara Lama?

Saya masih ingat lagi hari pertama saya lapor diri sebagai guru baru di sekolah. Waktu berjumpa Pengetua buat kali pertama, saya terus nyatakan hasrat saya dengan jelas:

"Saya nak bantu sekolah ini ke arah pendigitalan."

Matlamat saya sangat jelas—sebab pengalaman saya sebelum datang ke sekolah ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya transformasi digital dalam pendidikan.

Sebaik sahaja saya tahu nama sekolah tempat saya lapor diri, perkara pertama yang saya buat ialah buka Google. Tetapi kecewanya saya, hanya jumpa halaman Facebook dan Wikipedia sekolah yang jarang dikemas kini. Tiada laman web rasmi, tiada maklumat lengkap.

Bila dah mula masuk bertugas p**a, lagi mencabar. Nak dapatkan maklumat asas pun saya kena jumpa banyak cikgu, belek bertimbun-timbun fail di bilik guru, malah kadang-kadang terpaksa ambil masa berhari-hari hanya untuk cari satu maklumat ringkas.

Masa tu saya terfikir, "Macam mana kalau ibu bapa atau pelajar sendiri nak cari maklumat sekolah? Bukankah lebih mudah jika semuanya boleh diakses secara digital?"

Jadi bila hari ini saya bertegas menggunakan teknologi, digitalisasikan fail-fail penting, dan perkenalkan Google Sites sebagai pusat maklumat sekolah dan ia bukan sebab saya nak susahkan orang, tetapi sebab saya dah rasa sendiri betapa peritnya hidup dalam sistem yang masih menggunakan cara lama.

Saya faham perubahan tu tak mudah. Memang ramai yang akan kritik dan tak setuju pada mulanya. Tapi saya rela hadap semua kritikan hari ini, supaya murid-murid dan guru-guru lain tak lagi bersusah-payah di masa depan.

Pendidikan kita perlu bergerak seiring dengan perubahan dunia. Kalau semua takut cabar kebiasaan, kita akan terus tersekat pada kaedah yang lapuk dan tidak relevan lagi.

Pernah tak anda alami situasi yang sama di tempat kerja? Cuba kongsi pengalaman kat bawah👇🏼

18/05/2025

Teknologi AI bukan untuk ganti cikgu.
Ia adalah alat untuk bantu cikgu jimat masa, tenaga, dan stres.
Masih buat semua kerja cikgu secara manual? Cuba 5 AI tools ini untuk bantu mudahkan tugas harian 👇🏻

Bila meja kerja cikgu jadi ‘command center’ untuk masa depan anak murid.Malam ni aku duduk depan tiga skrin.iPad dengan ...
16/05/2025

Bila meja kerja cikgu jadi ‘command center’ untuk masa depan anak murid.

Malam ni aku duduk depan tiga skrin.
iPad dengan slide Apple Teacher Portfolio.
Monitor tengah buka modul coaching Google.

Ramai mungkin tak nampak apa yang cikgu-cikgu buat di luar waktu kelas.
Tapi inilah realitinya. Nak jadi cikgu zaman sekarang, tak cukup dengan mengajar je. Kita kena belajar, kena refleksi, kena upgrade diri. Kena sentiasa tanya diri: “apa lagi aku boleh perbaiki untuk murid-murid aku?”

Kadang-kadang penat. Tapi bila fikir balik, semua ni bukan untuk markah atau sijil. Tapi untuk mereka murid yang datang kelas dengan pelbagai latar belakang, pelbagai cabaran, tapi tetap hadir dengan harapan.

Harapan nak faham. Harapan nak rasa seronok belajar. Harapan nak berjaya.

Aku pilih untuk jadi cikgu yang tak berhenti belajar. Sebab kalau saya berhenti belajar, saya juga berhenti jadi inspirasi untuk murid saya.

Kalau ada cikgu yang tengah rasa penat, stuck, hilang arah aku nak bagitahu satu ja, hang tak keseorangan. Kita mungkin tak sempurna, tapi kita sentiasa cuba yang terbaik.

Jom teruskan perjuangan ini. Sikit-sikit kita ubah sistem.
Daripada meja kerja kecil, menuju perubahan besar dalam pendidikan.

Guru Pemacu Reformasi PendidikanMenjadi guru di Malaysia bukan sekadar masuk kelas dan ajar ikut buku.Kadang jadi kaunse...
16/05/2025

Guru Pemacu Reformasi Pendidikan

Menjadi guru di Malaysia bukan sekadar masuk kelas dan ajar ikut buku.

Kadang jadi kaunselor bila anak murid datang dengan masalah rumah.
Kadang jadi pereka grafik untuk bahan PdPR dan surat rasmi sekolah.
Kadang jadi juruteknik bila projector rosak atau internet slow.
Kadang jadi pelawak, motivator, doktor, jurugambar, pemandu… ikut keperluan hari tu.

Guru sentiasa bergerak seiring perubahan.
Dasar berubah, silibus bertukar, teknologi masuk guru tetap perlu ke depan.
Belajar semula, susun semula, buat semula. Semua kerana nak pastikan anak-anak ini tak tertinggal.

Kadang mengorbankan masa sendiri, keluarga sendiri, kesihatan sendiri.
Tapi masih terus bertahan. Masih senyum. Masih bagi yang terbaik.

Kerana dalam diri seorang guru, ada satu jiwa yang tak boleh padam:
keyakinan bahawa ilmu boleh ubah hidup seseorang.

Hari ini, guru bukan sekadar penyampai ilmu.
Kita pemacu kepada perubahan sistem.
Langkah kita kecil, tapi meninggalkan kesan yang panjang.

Selamat Hari Guru buat semua pendidik.
Biar tak disorak, tetap beri makna.
Teruskan memacu, walau kadang rasa lesu.

Address

Klang

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Muhammad Adam Mohamad Sofi posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Muhammad Adam Mohamad Sofi:

Share