Felda Ulu Belitong

Felda Ulu Belitong FACEBOOK RESMI FELDA ULU BELITONG

*PENDAFTARAN DIBUKA!* πŸ”₯  Jom gegar *FUNWALK SONGKET 2026*  πŸ“… *20 September 2026*  Tak perlu cari songket mahal-mahal.  C...
10/08/2026

*PENDAFTARAN DIBUKA!* πŸ”₯
Jom gegar *FUNWALK SONGKET 2026*
πŸ“… *20 September 2026*

Tak perlu cari songket mahal-mahal.
Cukup pakai *T-Shirt Corak Songket Eksklusif* kami je terus on! πŸ‘•βœ¨
Limited edition tau. Siap jalan, siap bergambar, siap support local brand.

*Slot terhad! Daftar sekarang sebelum habis*

Weh 20.09.2026 kita jalan sama-sama! πŸšΆβ€β™€οΈπŸšΆβ€β™‚οΈ
*FUNWALK SONGKET* dah buka pendaftaran dah.

Best part? Baju dia corak songket yang kita jual ni lah 😍
Mudah, selesa, lawa. Pakai je terus masuk vibe.
Jangan sampai terlepas size kau pulak nanti.

Jom lock slot + baju kau sekarang!
Link daftar ada di bio / komen πŸ‘‡

SOLIDARITI WARGA FELDA BERSAMA MENTERI BESAR JOHORAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.Walau a...
01/07/2026

SOLIDARITI WARGA FELDA BERSAMA MENTERI BESAR JOHOR

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Walau apa jua tekanan dan halangan yang berlaku sebelum ini, kami warga FELDA tetap setia menawarkan diri sebagai Tuan Rumah untuk mengalu-alukan kehadiran YAB Dato’ Onn Hafiz Ghazi, Menteri Besar Johor, ke rumah kami.

Kami percaya tiada siapa boleh menidakkan hak warga FELDA untuk bertemu, menyambut dan menyampaikan sendiri suara serta harapan kami kepada pemimpin Kerajaan Negeri.

Sebagai TANDA SOLIDARITI, marilah kita bersama-sama hadir dan membuktikan bahawa masyarakat FELDA sentiasa mengalu-alukan pemimpin yang sanggup turun padang, mendengar suara rakyat dan memperjuangkan kebajikan warga FELDA:

πŸ—“ Tarikh: 2 Julai 2026 (Khamis)

Rumah ini rumah kita.
Tanah ini tanah kita.
FELDA ini FELDA kita.

24/06/2026

ucapan dari ketua peneroka Felda Ulu Belitong tn Haji Hamzah bin Kuani di majlis penyerahan geran tanah peneroka Felda negeri Johor bertempat di Dewan dato onn taman sri lambak kluang ,Johor pada 23/06/2026..telah di rasmikan oleh YAB Dato onn Hafiz bin Ghazi.menteri besar Johor.

24/06/2026
17/06/2026

SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA NEGERI JOHOR 2026 DIARAH TIDAK DITERUSKAN

1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum bahawa pihak FELDA Negeri Johor telah diarahkan supaya tidak meneruskan penganjuran Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 21 Jun 2026 di FELDA Ulu Belitong, Kluang.

2. Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor merupakan acara tahunan yang sentiasa dinanti-nantikan oleh warga FELDA di negeri ini sebagai wadah menghimpunkan warga FELDA Johor dalam suasana penuh muafakat dan kebersamaan.

3. Bagi tahun ini, Kerajaan Negeri Johor bersama pihak FELDA telah merancang pelbagai pengisian bagi meraikan dan menghargai jasa serta sumbangan warga peneroka dan generasi yang telah sekian lama menjadi tunjang pembangunan negeri dan negara.

4. Antara pengisian utama yang dirancang termasuk penyerahan hak milik kepada seramai 210 peneroka, selain pelbagai program pembangunan komuniti, pameran agensi, aktiviti belia dan keluarga serta inisiatif kebajikan yang memberi manfaat secara langsung kepada warga FELDA.

5. Sambutan ini juga dirancang sebagai kemuncak kepada pelbagai usaha dan inisiatif yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk masyarakat FELDA sepanjang tahun, termasuklah bantuan kebajikan, Bantuan Kasih Johor, Bakul Kasih Johor, pembangunan infrastruktur, pemberian lot generasi kedua, geran pentadbiran JKKR, GPW serta pelbagai bentuk sokongan lain yang telah dilaksanakan secara berterusan. Secara keseluruhannya, lebih RM35 juta telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Johor kepada warga FELDA bagi tempoh 2022 hingga Jun 2026.

6. Sebagai persediaan menjayakan program ini, Kerajaan Negeri Johor meluluskan peruntukan kepada pihak FELDA bagi menjayakan sambutan ini, serta melaksanakan pelbagai persiapan dan penyelarasan dengan kerjasama erat antara Kerajaan Negeri, pihak FELDA dan jawatankuasa di peringkat rancangan.

7. Malah, kehadiran lebih 5,000 warga FELDA daripada 73 rancangan FELDA seluruh Negeri Johor telah mengesahkan kehadiran mereka bagi menjayakan sambutan ini.

8. Walau bagaimanapun, Kerajaan Negeri Johor berlapang dada menerima keputusan yang dimaklumkan pada 16 Jun 2026, agar program tersebut tidak diteruskan, meskipun ia hanya berbaki empat hari sebelum tarikh pelaksanaannya.

9. Kerajaan Negeri Johor merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bertungkus-lumus membuat persiapan serta kepada seluruh warga FELDA yang telah memberikan komitmen dan sokongan terhadap sambutan ini.

10. Insya-Allah, komitmen Kerajaan Negeri Johor untuk terus menghargai, membela dan memperjuangkan kebajikan warga FELDA tidak akan pernah terhenti. Segala usaha yang dirancang demi kesejahteraan masyarakat FELDA akan terus dilaksanakan.

11. Sesungguhnya warga FELDA akan sentiasa menjadi sebahagian penting daripada keluarga besar Bangsa Johor yang terus diberikan perhatian dan keutamaan oleh Kerajaan Negeri Johor.

12. ⁠Walaupun penangguhan ini bukan dari pihak kami, namun atas rasa tanggungjawab kami mohon maaf atas penangguhan di saat akhir ini.

Sekian, Terima Kasih

DATO’ ZAHARI SARIP
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor

16/06/2026

bukan x terima keputusan tapi kami rase agak kecewa dgn penyataan penangguhan HAri peneroka peringkat negeri johor yg sepatotnye diraikan peneroka dan penerokawati di felda ulu belitong..segala persiapan serta susun atur semua telah dibuat sehingga 90%..berbaki 3 hari lagi untuk sambutan yg agak meriah yg ditunggu2 peneroka/penerokawati seluruh johor namum mereka kecewa..dari gambar pon kite dpt lihat gotong royong dan sepakatan penduduk membersihkan kwsn felda demi HPPNJ.

πŸ“’ SAVE THE DATE! LAGI 6 HARI! πŸŽ‰πŸŒ΄ Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 🌴Hanya 6 hari lagi menuju sambutan yang dinanti-nantik...
14/06/2026

πŸ“’ SAVE THE DATE! LAGI 6 HARI! πŸŽ‰

🌴 Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 🌴

Hanya 6 hari lagi menuju sambutan yang dinanti-nantikan oleh seluruh warga FELDA Johor!

πŸ—“οΈ 20 & 21 Jun 2026
πŸ“ FELDA Ulu Belitong

Ayuh bersama-sama memeriahkan pelbagai aktiviti menarik seperti:

βœ… Batik Fun Walk
βœ… Sukan rakyat
βœ… Pertandingan karaoke
βœ… Pertandingan mewarna kanak-kanak
βœ… Pertandingan teh tarik
βœ… Pertandingan tebar roti canai
βœ… Master clas
βœ… Pertandingan sepak raga dalam bulatan
βœ… Pertandingan futsal terbuka
βœ… Pertandingan bola jaring terbuka
βœ… Auto Show terbuka
βœ… Tukar minyak hitam
βœ… Gerai jualan dan pameran
βœ… Persembahan pentas dan hiburan

Mari kita raikan semangat kebersamaan, perpaduan dan kejayaan warga peneroka yang menjadi nadi pembangunan FELDA.

13/06/2026
JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA NEGERI JOHOR 2026Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,Dengan segala horma...
12/06/2026

JEMPUTAN KE SAMBUTAN HARI PENEROKA FELDA NEGERI JOHOR 2026

Assalamualaikum W.B.T. dan Salam Sejahtera,

Dengan segala hormatnya, seluruh warga FELDA dijemput hadir memeriahkan Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 yang akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: 20 – 21 Jun 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ Tempat: FELDA Ulu Belitong, Kluang, Johor

Pelbagai aktiviti menarik telah disusun antaranya pameran agensi, jualan usahawan, sukan rakyat, pertandingan komuniti, persembahan kebudayaan, cabutan bertuah serta pelbagai program kekeluargaan yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Ayuh bersama-sama kita meraikan jasa dan pengorbanan warga peneroka yang menjadi tunjang kejayaan FELDA serta mengeratkan silaturahim dalam komuniti.

Jumpa anda di FELDA Ulu Belitong!



Address

Felda Ulu Belitong
Kluang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Felda Ulu Belitong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category