OSSEM Lifehack

OSSEM Lifehack Page ini ditubuhkan untuk mengumpulkan apa-apa sahaja info Viral terkini dan sensasi untuk tatapan semua ��

Kenapa perlu makan buah yang ada biji? Reject yang tak ada biji. Ni ada sedikit eksperimen.Kedua botol mengandungi air j...
30/08/2024

Kenapa perlu makan buah yang ada biji? Reject yang tak ada biji. Ni ada sedikit eksperimen.
Kedua botol mengandungi air jus tembikai. Keduanya dibeli pada hari yang sama. Dikisar pada hari yang sama juga.
Keduanya disimpan dalam peti sejuk untuk 3 hari. Apa berlaku?
Selepas 3 hari jus tembikai sebelah kiri dari tembikai seedless membentuk 2 lapisan. Kalau nak minum kena goncang. Baru sebati semula.
Yang sebelah kanan dari tembikai biji. Maintain keaslian jus tu.
Ini beza antara tembikai seedless yang GMO dan tembikai berbiji yang non GMO.
Jadi bila nak beli, pandai pandailah buat pilihan.
Buah buahan fitrahnya kena ada biji. Biji itu untuk kelangsungan hidup spesis tersebut. Kalau tak ada biji nak dibiakkan bagaimana?
Highlights

Bila kau masuk di tempat yg kau tiada kena mengena.. 🤢
19/08/2024

Bila kau masuk di tempat yg kau tiada kena mengena.. 🤢

TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNADatanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. J...
16/08/2024

TIDAK ADA MAK YANG SEMPURNA

Datanglah jika Mak memanggilmu hari ini, kerana esok Mak mungkin tidak akan memanggil lagi. Jangan sakiti Mak, Mak sakit melahirkan kita, tapi Mak gembira.

Jangan sakiti Mak, Mak sudah banyak terluka, tapi Mak sabar dengan kita. Jangan sakiti Mak, kerana Mak tiada gantinya.

Tidak ada Mak yang sempurna, tetapi banyak Mak yang bersedia mengorbankan nyawa untuk anak-anaknya. Mak memiliki hati yang ikhlas sehingga tak pernah meminta membalas jasanya yang menjadikanmu seperti sekarang. Mak adalah orang yang tetap ada, ketika orang lain meninggalkanmu.

Waktu bersama Mak tidak lama. Waktu berjalan begitu cepat, dan tidak terasa dia sudah berusia. Sebelum ajalnya, luangkan waktu bahagiakan orang tua kerana dia jambatan kita ke Syurga. Jangan sampai yang tertinggal hanya penyesalan dan baju-baju peninggalannya.

Kredit: Rohana Saad

Water heater..selesai 😂
15/08/2024

Water heater..selesai 😂

Antara tiga anak muda yg berjaya tanpa perlu buat marketing murahan😍Sangat sangat bagu inspirasi tiga anak muda ni. Tak ...
01/01/2024

Antara tiga anak muda yg berjaya tanpa perlu buat marketing murahan😍

Sangat sangat bagu inspirasi tiga anak muda ni. Tak perlu buat kontroversi untuk berniaga. Tapi bile keluarkan produk selalu sold out disbabkan produk dorang memang sedap.

Nak beli selalu kena berebut. Yang paling penting semuanya adab sangat tinggi 😍😍

Jom lah support mereka ni
Sambal nyet 👉🏼https://shope.ee/3Ai0gver4b

acar ume cikin 👉🏼https://shope.ee/8KQ6riO00X

bang sudu nasi lemak rm1 👉🏼 https://shope.ee/1qCd7nujfm

“Kenapa Duit Emas Raja Inggeris Ni Ada Nama Syahadah?”Kita tahu zaman dulu, pengaruh empayar Islam ni sangatlah kuat sam...
18/10/2023

“Kenapa Duit Emas Raja Inggeris Ni Ada Nama Syahadah?”

Kita tahu zaman dulu, pengaruh empayar Islam ni sangatlah kuat sampai merata pergi barang barang dagangan orang Islam. Dekat Sepanyol ada, dekat perkampungan Viking pun ada. Tapi, yang peliknya kenapa Raja Inggeris yang taat dengan agama Kristian, tulis syahadah dekat duit emas dia?

Benda ni sebab macam saya sebut tadi, zaman tu zaman Islam sangat berpengaruh. Segala jenis ilmu dan dagangan berpusat pada empayar Islam masa tu yakni empayar Abbasiyah. Jadi, banyak kerajaan luar waktu tu cuba untuk ikut model Abbasiyah, dan ini termasuk duit dinar Abbasiyah.

Raja Inggeris waktu tu, Raja Offa yang memerintah Mercia buat duit emas ni sebab nak ikut dinar emas. Walau bagaimanapun, penempa duit Mercia waktu tu tak faham bahasa Arab, jadi dia main ikut je tiru duit dinar emas, cuma dia tambah Offa Rex (raja Offa). Maka dapatlah duit emas Inggeris yang ada syahadah.

Ada yang kata ni bukti Raja Offa masuk Islam, tapi ni mustahil sebab duit emas ni ditempa sebagai hadiah kepada Pope. Raja Offa nak buat sumbangan pada gereja Katolik, jadi dia tempa duit ni sebagai hadiah kepada Pope dan sebagai balasan, baginda dapat jawatan ‘archbishop’. Maknanya orang kuat gereja Katolik lah.

Oleh: Ammar Akmal
..

Banyak lagi la cerita-cerita menarik pasal Eropah ni, dari zaman pertengahan, kolonial, Perang Dunia sampailah era moden.
Kalau nak baca lagi, boleh dapatkan KITAB TAMADUN EROPAH.
https://shope.ee/6zsnjP6RyD

“Sebesar Manakah Alam Semesta?”Korang pernahkah terfikir, alam semesta yang kita diami ini sebesar mana? Cuba korang lih...
18/10/2023

“Sebesar Manakah Alam Semesta?”

Korang pernahkah terfikir, alam semesta yang kita diami ini sebesar mana? Cuba korang lihat ke langit malam dan berfikir, bintang yang berkerlipan itu sejauh mana? Kalau bintang yang di langit itu pun dah jauh, sebenar mana p**a keseluruhan alam semesta ini sebenarnya?

Mari kita cari jawapannya.

Pertama, mari kita mengira jarak bumi dengan planet terdekat. Planet Marikh digelar ‘the Red Planet’. Jaraknya sejauh 54.6 juta km dari Bumi. Elon Musk dah bercita-cita nak bina koloni di sana dengan projek SpaceX. NASA bercadang menghantar angkasawan dan ia bakal mengambil masa beberapa bulan untuk sampai ke Marikh. Ini planet yang paling dekat tau.

Kalau nak ke planet Musytari?

Jarak paling dekatnya dengan Bumi kira-kira 365 juta miles dan paling jauh boleh mencapai 601 juta miles. Jarak itu sangat-sangatlah jauh. Jarak dari Tumpat, Kelantan ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur baru 451 km. Seumpama lebih sejuta kali ulang-alik Tumpat-KL. Ini baru sembang dalam Sistem Suria kita.

Sejauh apa p**a bintang yang paling dekat?

Selain daripada matahari, bintang yang paling dekat adalah Proxima Centauri. Ia sejauh 4.2 Tahun cahaya. Dengar macam dekat kan? Tapi ini kiraan jarak tahun cahaya (lightyear), bukan kilometer. Nak mudah, kita bandingkan dengan jarak planet Musytari. Kita pakai kiraan tahun cahaya. Tahun cahaya merujuk kepada jarak yang direntasi oleh cahaya dalam tempoh satu tahun.

Kalau Proxima Centauri sejauh 4.2 tahun cahaya, Musytari p**a mengambil masa 43 minit untuk cahaya dari matahari sampai ke permukaannya. Cuba fikir, Musytari sudah sejauh 601 juta miles dan nisbahnya dengan tahun cahaya hanya 43 minit! Proxima Centauri p**a berkali ganda 4.2 tahun cahaya!

Jauh mana alam semesta?

Setakat ini, saintis menganggarkan alam semesta besarnya lebih jauh daripada 93 billion tahun cahaya. Bagaimanapun, alam semesta yang maha luas ini masih tidak menjumpai penghujung. Infiniti. Menarik kan, sebab inilah pentingnya ilmu astronomi dan sains kuantum.

Oleh: Zaki Sapuan al-Hafiz



Fakta sains yang menarik macam ni ada dalam Quantum Universe! Klik https://shope.ee/10baTXbugn

“Kenapa Ada Buaya Boleh Hidup Dekat Laut?”Selalunya buaya ni kita tahu dia banyak dekat sungai je, tapi ada sesetengah b...
16/10/2023

“Kenapa Ada Buaya Boleh Hidup Dekat Laut?”

Selalunya buaya ni kita tahu dia banyak dekat sungai je, tapi ada sesetengah buaya ni boleh hidup dekat laut yang memang masin. Macam mana dia boleh hidup dekat kawasan tu? Ke sesetengah spesis je boleh hidup situ?

Jawapan benda ni sebenarnya agak menarik sebab bukan sesetengah spesis buaya je boleh duduk dekat laut, semua buaya sebenarnya boleh duduk dekat laut. Benda ni sebab buaya dah berevolusi untuk ada kelenjar garam.

Kelenjar garam ni sebenarnya antara ciri ciri unik untuk reptilia air. Bila diorang telan air laut yang masin, kelenjar mereka akan tapis dan buang balik garam tu dalam bentuk cecair garam yang pekat. Tak perlu tengok jauh, kita tengok je penyu tu. Ni sebab kenapa penyu menangis bila bertelur. Bukan sebab dia sedih ke apa, tapi sebab dia nak buang cecair garam pekat daripada badan dia.

Berbanding penyu, kelenjar garam buaya ni terletak pada lidah dia, jadi kita tak perasan dia buang garam tu tak macam penyu. Walau bagaimanapun, cuma buaya je yang ada keupayaan kelenjar garam yang kuat macam ni. Alligator p**ak tak kuat sangat, jadi dia cuma boleh hidup dekat sungai air tawar je. Buaya je yang boleh hidup dekat kawasan laut.

Tapi tu lah, ada jugak spesis buaya ni yang ada keupayaan luar biasa. Selalunya buaya ni bila dia nak membaham dia guna taktik menyamar jadi batang kayu dalam air. Ada buaya ni bila dia nak membaham dia pakai taktik tanya “saya call awak ni boyfriend tak marah ke?”. Yang ni kita panggil dia buaya darat atau biawak paya.

Oleh: Ammar Akmal

Berkenan betul dengan baju dia pakai comelll😍 cari punya cari ada kat sini mom👉 https://shope.ee/2fdLxqtUm0Jom usha cepa...
10/02/2023

Berkenan betul dengan baju dia pakai comelll😍 cari punya cari ada kat sini mom👉 https://shope.ee/2fdLxqtUm0
Jom usha cepat‼️‼️

Kredit : Kucing Media

Comel je pelampung ni😍 Boleh bawa anak mandi kolam hujung minggu ni 😊 cuti sekolah pun dh nak dekat ni 🥰Murah jee 👉 http...
09/02/2023

Comel je pelampung ni😍 Boleh bawa anak mandi kolam hujung minggu ni 😊 cuti sekolah pun dh nak dekat ni 🥰

Murah jee 👉 https://shope.ee/8pDzIk7nTF

Address

Kota Bharu
15000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when OSSEM Lifehack posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to OSSEM Lifehack:

Share