Imedikel TV

Imedikel TV Berita semasa Imedikel dan isu2 terkini yang menarik minat para penonton.

2024 © Imedikel TV Co. No. 201101035814 (963948-M). A part of I MEDIKEL GLOBAL SDN.

BHD. Imedikel TV Copyright All Right Reserved. Tele Channel: https://t.me/imedikeltv 2024 © Imedikel TV Co.

02/10/2025

KOTA BHARU: Seramai 18 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi penguatkuasaan yang dijalankan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan di sekitar Kota Bharu dan Tumpat.

Pengarah JIM Kelantan, Mohamed Yusoff Khan Mohd Hassan, berkata operasi selama dua hari bermula semalam itu membabitkan 15 pegawai daripada Bahagian Penguatkuasaan negeri dan digerakkan sekitar jam 10 pagi.

“Hasil risikan membawa kepada pemeriksaan di beberapa lokasi termasuk Wakaf Che Yeh, Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa, Kampung Kedai Buluh serta sebuah resort di Pulau Suri, Tumpat.

“Dalam operasi ini, JIM menahan enam lelaki warga Bangladesh, enam lelaki Myanmar, lima lelaki Pakistan serta seorang wanita Thailand berusia antara 18 hingga 43 tahun,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Kesemua tahanan kini ditempatkan di Depot Imigresen Tanah Merah untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, selain Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

Dalam pada itu, JIM Kelantan menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat berkaitan PATI atau sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang mendalangi, memudah cara atau bersubahat melindungi PATI,”katanya.

IMedikel TV

02/10/2025

SINDIKET SELUDUP ROKOK GUNA TAKTIK KUANTITI KECIL TUMPAS DI PERAIRAN KELANTAN ❤️

02/10/2025

KANAK-KANAK DITUKUL BAPA SAUDARA DISAHKAN MENINGGAL DUNIA PETANG INI ❤️

02/10/2025

KUALA LUMPUR: Pelakon Lana Nodin mendakwa menjadi mangsa penipuan pasangan suami isteri apabila mengalami kerugian hampir RM12,000, baru-baru ini.

Memetik laporan menerusi Harian Metro Lana atau nama sebenarnya, Mazlina Hasan Nodin, 46, berkata pasangan terbabit yang mengusahakan syarikat tekstil gagal menyiapkan tempahan tudung dijanjikan walaupun bayaran sudah dibuat sejak Januari lalu.

“Perkara ini berlaku sejak Januari lalu, tapi saya tak perasan p**a pelakon Abby Abadi pun pernah kena tipu dan mengamuk dengan orang yang sama sebelum ini.

“Saya p**a sibuk dari Januari nak buat tudung dan ‘door gift’ (cenderahati) untuk majlis perkahwinan seorang saudara ketika itu.

“Selain Abby, saya dapat tahu, rupa-rupanya ramai yang sudah menjadi mangsanya dan mengalami kerugian puluhan ribu ringgit,” katanya kepada Harian Metro.

02/10/2025
02/10/2025

SUMUD FLOTILLA: PM GIAT USAHA DIPLOMATIK PASTIKAN AKTIVIS MALAYSIA DIBEBASKAN SEGERA

02/10/2025

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa yang ditahan selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).

Beliau berkata konvoi berkenaan membawa misi bantuan kemanusiaan ke Gaza bersama orang awam tidak bersenjata, sekali gus menzahirkan solidariti masyarakat dunia terhadap penderitaan rakyat Palestin.

“Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza. Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan,” katanya dalam kenyataan di laman Facebook rasmi hari ini.

Menurut Anwar, tindakan Israel menyekat misi tersebut bukan sahaja memperlekeh hak asasi rakyat Palestin, malah menginjak nurani masyarakat dunia yang semakin tidak bersama Israel.

Jelasnya, flotila itu bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia yang membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan rakyat Gaza di bawah sekatan zalim serta tidak berperikemanusiaan.

“Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat. Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli,” katanya.

Perdana Menteri turut menegaskan bahawa selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh serta tidak akan berundur daripada mendesak kezaliman dan perampasan yang berlarutan sekian lama dihentikan.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau bersama pasukannya sedang giat berhubun...
02/10/2025

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa beliau bersama pasukannya sedang giat berhubung dengan pihak berkepentingan termasuk menggunakan saluran diplomatik bagi memastikan sukarelawan dan aktivis Malaysia, ASEAN serta antarabangsa yang ditahan dibebaskan dengan segera.
____________________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/sumud-flotilla-pm-giat-usaha-diplomatik-pastikan-aktivis-malaysia-dibebaskan-segera/, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia...
02/10/2025

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pembebasan segera semua aktivis dan sukarelawan Malaysia serta antarabangsa yang ditahan selepas rejim Zionis Israel memintas konvoi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF).
_______________________________________
𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐭𝐚 𝐩𝐞𝐧𝐮𝐡, 𝐤𝐥𝐢𝐤 https://www.imedikeltv.com.my/sumud-flotilla-pm-gesa-pembebasan-segera-aktivis-malaysia/, 𝐈𝐆 𝐒𝐭𝐨𝐫𝐲, 𝐥𝐢𝐧𝐤 𝐝𝐢 𝐛𝐢𝐨 𝐚𝐭𝐚𝐮 𝐥𝐚𝐲𝐚𝐫𝐢 𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐰𝐞𝐛 𝐈𝐌𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥 𝐓𝐕, 𝐰𝐰𝐰.𝐢𝐦𝐞𝐝𝐢𝐤𝐞𝐥𝐭𝐯.𝐜𝐨𝐦.𝐦𝐲

02/10/2025

ISTANBUL: Tentera Israel merempuh sebuah kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang menuju ke Gaza, melepaskan tembakan meriam air ke arah konvoi itu dan bertindak kasar terhadap aktivisnya, lapor Anadolu Ajansi.

“Tentera pendudukan Israel menggunakan keganasan terhadap kapal kami, dengan sengaja merempuh satu daripadanya, melepaskan meriam air dan mengasari secara kejam tahanan aman dari 50 negara di seluruh dunia,” kata Jawatankuasa Antarabangsa untuk Menamatkan Kepungan Gaza menerusi hantaran di X.

Memetik laporan Bernama-AA menerusi Harian Metro, penganjur flotila itu menggesa campur tangan antarabangsa dengan segera, memberi amaran bahawa “kerajaan mesti bertindak kerana rakyat di seluruh ibu kota dunia bangkit dengan kemarahan.”

Flotila itu yang sebahagian besarnya membawa muatan bantuan kemanusiaan dan bekalan perubatan, berlayar pada akhir Ogos lalu dan dijangka tiba di pesisir pantai Gaza pada pagi Khamis sekiranya tiada halangan. -Bernama-AA, HMetro Online-

02/10/2025

DORTMUND: Serhou Guirassy menjaringkan satu gol dan mencipta satu lagi ketika Borussia Dortmund menewaskan Athletic Bilbao 4-1 di laman sendiri untuk meraih kemenangan pertama mereka dalam kempen Liga Juara-Juara musim ini, awal pagi tadi.

Memetik laporan AFP menerusi Harian Metro, Karim Adeyemi membantu Daniel Svensson membuka tirai jaringan sebelum minit ke-30, manakala Carney Chukwuemeka menambah gol kedua Dortmund awal babak kedua sekali gus jaringan pertamanya sejak menyertai pasukan dari Chelsea pada musim panas.

Dortmund berjanji untuk tampil lebih stabil selepas memulakan kempen Eropah mereka dengan keputusan 4-4 menentang Juventus, namun mereka membenarkan Bilbao kembali ke dalam perlawanan apabila Gorka Guruzeta menjaringkan gol hasil kesilapan pertahanan pada minit ke-60.

Dortmund kelihatan goyah selepas itu, tetapi Guirassy menenangkan keadaan apabila dia menyentuh sedikit rembatan Marcel Sabitzer untuk mengembalikan kelebihan dua gol, sembilan minit sebelum tamat.

Julian Brandt kemudian menambah gol keempat untuk tuan rumah pada masa kecederaan bagi melengkapkan kemenangan bergaya.

Bilbao, yang membuat penampilan pertama mereka dalam Liga Juara-Juara sejak musim 2014-15 dan hanya kali ketiga keseluruhan, nyata merindui kreativiti pemain sayap Sepanyol yang cedera, Nico Williams.

02/10/2025

LONDON: Virgil van Dijk menegaskan Liverpool tidak seharusnya panik walaupun mengalami dua kekalahan berturut-turut buat kali kedua di bawah kendalian Arne Slot, selepas tewas kepada Galatasaray, semalam.

Memetik laporan Agensi menerus Harian Metro, kecederaan menimpa Alisson dan Hugo Ekitiké menambah kebimbangan buat Liverpool, namun ketua jurulatih mereka tetap mempertahankan prestasi pasukan serta keputusannya untuk merehatkan Mohamed Salah di Istanbul.

Gol penalti separuh masa pertama oleh Victor Osimhen memastikan kemenangan buat Galatasaray dalam aksi Liga Juara-Juara.

Liverpool, yang juga pendahulu Liga Perdana Inggeris, menamatkan permulaan sempurna musim mereka apabila tewas kepada Crystal Palace pada Sabtu, namun Van Dijk tetap yakin pasukan yang telah dibentuk semula itu akan kembali ke prestasi layak juara.

Menurut kapten Liverpool itu: “Saya rasa kami sudah menunjukkan keupayaan kami dalam banyak perlawanan musim ini, tetapi malangnya kami belum melakukannya untuk keseluruhan 90 minit. Ini perkara biasa sebenarnya, dan pada zaman sekarang, anda tidak diberi masa oleh dunia luar, jadi anda perlu kuat dari segi mental.

Address

WISMA IMEDIKEL PT 2299, TINGKAT 2, Jalan ABDUL KADIR ADABI, BEREk 12, KOTA BHARU
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+601162085316

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Imedikel TV posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Imedikel TV:

Share