26/08/2026
Peminat Metal Mainstream Malaysia dan Obsesi Pada Gitar Sound Berat
Benda yang gua dah lama perhatikan, adalah obsesi peminat mainstream metal Malaysia dengan sound gitar berat sebagai penanda aras band itu Metal ataupun Rock.
Stereotip ini berlaku tak perlu nak diteka lagi dari mana, tapi disebabkan sound 'BERAT' yang ditonjolkan oleh 1 band mainstream, menjadi 1 penanda aras buat sekalian peminat.
Kononnya sound BERAT itu wajib untuk Metal, dan kalau gitar sound tak berat, maka tak cukup Metal lah kiranya.
Tanggapan ini sebenarnya SALAH. Sound gitar berat ini sebenarnya terhasil disebabkan Effect dan Pickup Gitar yang dipakai, di mana di era 1980an, benda ini tidak dititikberatkan sangat disebabkan kekurangan kelengkapan di zaman itu. Kebanyakkan rakaman menggunakan gitar biasa dan standard pick up, Metallica contohnya hanya mula menggunakan pick up yang modified bermula pada rakaman Garage Days Re-Revisited 1987 dan diteruskan dengan AJFA, maka terhasillah sound yang lebih crunch dan tajam di dalam album tersebut, yang melekat di ingatan sebuah band mainstream tempatan untuk diikuti.
Mengklasifikasikan apa yang Metal apa yang rock melalui sound gitar adalah pemahaman dangkal, kerana tidak pernah ada perbandingan antara 2 genre ini yang dinilai berdasarkan sound gitar, yang ada cuma lah perbezaan Arrangement / songwriting dan Tema lirikal.
Secara mudah, Arrangement Metal lebih menitik beratkan pengaruh Classical, manakala Arrangement Rock lebih ke arah Blues.
Membandingkan Metal dan rock dengan sound gitar membuatkan banyak band2 legenda Metal sendiri tak layak dikategorikan Metal jadinya, band² seperti Black Sabbath, Judas Priest yang sememangnya BAPA METAL DUNIA sewaktu album² era 1970an dan 1980an contohnya, tidak mempunyai sound gitar berat pun.
Yang betul² pentingkan sound gitar berat cuma ada 2 saja jenis sub genre metal traditional, iaitu DOOM METAL dan DEATH METAL. Doom metal mendapat sound gitar berat disebabkan menaikkan Bass di dalam effect gitarnya manakala Death metal mendapat sound gitar berat disebabkan pick up dan penggunaan down tuning untuk rakaman mereka. Kedua² sub genre metal ini mengimplementasikan sound gitar berat demi menonjolkan ambience kegelapan dan kematian mereka. Sesuatu yang tidak perlu dibuat oleh kebanyakkan sub genre metal lain.
Heavy Metal, Thrash Metal, Power metal contohnya, tidak mempunyai guideline sedemikian.