The Arips

The Arips Hi Stalker I’m The arips 🇲🇾
Pray for goodness for me, forgive my mistakes ✌🏻

13/11/2025

SELAGI dalam hati kita ada rasa DENGKI pada nikmat orang lain, selagi itulah hidup kita takkan
SENANG dan takkan
BAHAGIA 🌷

Abah di kafankan oleh ahli keluarga abah di Masjid Al-Ansar, Meru, IpohAbah disembahyangkan di Masjid Al Ansar, Meru pad...
11/11/2025

Abah di kafankan oleh ahli keluarga abah

di Masjid Al-Ansar, Meru, Ipoh

Abah disembahyangkan di Masjid Al Ansar, Meru pada pukul 7.30 petang, 11. November 2025

Dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Meru Raya, Ipoh

Map location :
https://maps.app.goo.gl/1Xfyoa9BpUqHn9a27

Admin - Hakeem

08/10/2025

Kadang bukan pangkat atau harta yang buat kita dihormati, tapi cara kita memudahkan urusan orang lain. Sekali kita bantu dengan ikhlas, nama kita lekat dalam doa bukan dalam ingatan sementara.

07/10/2025

Jangan lupa masih ada 9 wira Malaysia di Laut Mediterranean. Mereka berlayar menentang ombak dan sekatan, membawa misi kemanusiaan. Kapal Conscience menuju ke zon kuning🍉🍉🍉

[TERKINI] Greta Thunberg Antara 171 Aktivis Flotila Gaza Dihalau Israel ke Greece Dan SlovakiaOleh Mynewshub | 6 Oktober...
06/10/2025

[TERKINI] Greta Thunberg Antara 171 Aktivis Flotila Gaza Dihalau Israel ke Greece Dan Slovakia

Oleh Mynewshub | 6 Oktober 2025

TEL AVIV, ISRAEL – Rejim Israel hari ini mengesahkan telah mengusir seramai 171 aktivis antarabangsa, termasuk aktivis alam sekitar terkenal Greta Thunberg, yang ditahan selepas menyertai misi flotila kemanusiaan ke Gaza minggu lalu.

Menurut kenyataan Kementerian Luar Israel, kump**an aktivis itu dihantar p**ang melalui penerbangan khas ke Greece dan Slovakia, melibatkan warganegara dari 20 buah negara termasuk Greece, Itali, Perancis, Ireland, Sweden, Poland, Jerman, Bulgaria, Lithuania, Austria, Luxembourg, Finland, Denmark, Slovakia, Switzerland, Norway, United Kingdom, Serbia, dan Amerika Syarikat.

---

❖ Latar Misi Flotila Gaza

Kump**an ini merupakan sebahagian daripada misi Freedom Flotilla Coalition dan Global Sumud Flotilla, yang membawa ubat-ubatan dan makanan untuk penduduk Gaza yang terjejas akibat sekatan Israel. Kapal-kapal flotila tersebut ditahan oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa minggu lalu, sebelum ratusan aktivis termasuk wartawan, doktor dan sukarelawan ditahan di pelabuhan Ashdod.

Aktivis yang dibebaskan mendakwa mereka diperlakukan secara tidak berperikemanusiaan, termasuk dikurung dalam sel yang sesak dan penuh serangga, seperti didedahkan dalam laporan The Guardian dan PBS NewsHour.

---

❖ Greta Thunberg dan Tokoh Lain Turut Ditahan

Greta Thunberg, yang sebelum ini menyertai pelayaran kemanusiaan bersama aktivis dari Sweden dan Norway, dilaporkan turut menjadi antara yang ditahan dan disoal siasat secara kasar.

Media antarabangsa seperti Reuters dan France24 melaporkan Thunberg kini telah dibebaskan dan diterbangkan ke Athens, sementara beberapa ahli politik Eropah termasuk bekas Datuk Bandar Barcelona, Ada Colau, turut berada dalam senarai deportasi.

---

❖ Kecaman Antarabangsa Terus Meningkat

Tindakan Israel itu menerima kecaman hebat dari pelbagai negara Eropah dan pertubuhan hak asasi manusia yang menyifatkan ia sebagai “tindakan menindas terhadap misi kemanusiaan”.
Beberapa kerajaan seperti Ireland, Sweden, dan Norway menuntut penjelasan rasmi mengenai tindakan keras terhadap rakyat mereka yang menyertai misi damai tersebut.

---

❖ Reaksi Global

Gelombang solidariti terus meningkat di seluruh dunia, dengan slogan seperti dan trending di media sosial. Aktivis di Eropah juga menggesa sekatan antarabangsa terhadap Israel dikaji semula, serta mendesak PBB menyiasat penahanan dan layanan terhadap aktivis kemanusiaan itu. - MYNEWSHUB

---

📌 Sumber: Reuters, France24, Al Arabiya English, The Guardian, PBS NewsHour
📸 Foto: Freedom Flotilla Coalition / Reuters

SEMUA SUKARELAWAN GSF MALAYSIA SELAMAT DI ISTANBULKesemua 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF)...
04/10/2025

SEMUA SUKARELAWAN GSF MALAYSIA SELAMAT DI ISTANBUL

Kesemua 23 sukarelawan Malaysia dalam misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan tentera Israel disahkan selamat tiba di Istanbul

04/10/2025

[TERKINI] Global Sumud Flotilla:

23 sukarelawan Malaysia dibebaskan, terbang ke Istanbul - PM

“Macam mana seorang gadis Autistik boleh berani naik kapal Flotilla yang penuh risiko, sedangkan ramai orang biasa pun g...
04/10/2025

“Macam mana seorang gadis Autistik boleh berani naik kapal Flotilla yang penuh risiko, sedangkan ramai orang biasa pun gentar, takut?”

Greta Thunberg.
Diagnosis : Autisme.
Usia 22 tahun.

Greta Thunberg dikenali sebagai seorang aktivis iklim remaja yang juga ada Autism (Asperger’s / Autism Spectrum Disorder).

Ramai orang pelik macam mana dia boleh berani menyertai Flotilla (kapal misi antarabangsa) sedangkan ramai yang ada Autisme biasanya sensitif, mudah cemas, atau susah sesuaikan diri dengan situasi ekstrem.

Autisme bukan satu penghalang tapi jadi kekuatan. Greta pernah kata:
"Being different is a superpower.”

Ramai orang fikir Autisme ini satu kekurangan tapi bagi Greta, Autisme satu sumber kekuatan. Autistik minds ada satu ciri unik iaitu HYPERFOCUS (fokus luar biasa).

Bila kami yang ada Autisme ini dah minat dan peduli tentang satu isu, kami akan beri seluruh jiwa dan tenaga kami.

Autistic mind selalunya fokus sangat kuat (hyperfocus) pada sesuatu isu. Bagi Greta, isu itu ialah krisis iklim. Bila dah jelas matlamat, orang dengan Autisme lebih konsisten, tegas dengan prinsip, dan kurang terpengaruh dengan “small talk” atau tekanan sosial. Jadi walaupun ramai aktivis mungkin takut atau goyah, dia jadi sangat berani sebab fikirannya lurus ke tujuan utama: “Selamatkan bumi, bukan jaga perasaan orang.”

Greta pernah pilih untuk naik kapal layar ke Amerika daripada naik kapal terbang sebab dia nak buktikan alternatif rendah karbon. Sama juga dengan Flotilla, kapal aktivis yang lawan isu keadilan antarabangsa.

Orang Autistik sangat tegas dengan prinsip. Greta pernah tolak naik kapal terbang kerana baginya ia bercanggah dengan perjuangan iklim. Dia pilih perjalanan laut yang panjang, penuh cabaran, hanya untuk konsisten dengan apa yang dia percaya. Maka bila peluang sertai Flotilla datang, walaupun berbahaya, hatinya kuat sebab ini selari dengan nilai dirinya.

Walaupun nampak Greta seorang diri, hakikatnya dia ada keluarga yang sangat menyokong (ibu, ayah selalu ikut bersama), NGO & aktivis senior yang urus logistik, keselamatan dan komunikasi media dan pasukan perubatan dan undang-undang yang standby jika ada kecemasan.

Sokongan ini sangat penting untuk orang Autistik bila ada struktur, jadual dan orang dipercayai, rasa cemas mereka berkurang.

Bagi Greta, tak buat apa-apa lebih menakutkan daripada sertai flotilla. Rasa takut laut, takut polis, takut media... semua itu benda kecil jika dibandingkan dengan rasa takut dunia hancur sebab perubahan iklim. Inilah tipikal autistic passion. Bila fokus pada “big picture” yang diyakini benar, mereka boleh buat benda yang orang biasa anggap mustahil.

Masyarakat perlu tahu, setiap Autistik itu BERBEZA HYPERFOCUS. Walaupun sama-sama dalam spektrum, hyperfocus mereka tak sama. Ada Autisme yang hyperfocus pada isu alam sekitar macam Greta Thunberg. Ada Autisme yang hyperfocus pada bidang seni, kedoktoran, muzik, sejarah, teknologi, haiwan peliharaan atau pun benda-benda kecil yang orang lain rasa remeh.

Jadi, kalau kita ini seorang Autistik dan kita bertemu dengan Autistik yang lain, itu bukan bermakna kita mesti sama. TIDAK. Setiap Autime itu BERBEZA.

Inilah keunikan Autisme. Kita tak boleh bandingkan kekuatan kita dengan kekuatan Autistik lain sebab setiap orang ada “superpower” tersendiri. Bila kita saling bertemu dengan Autisme yang lain, kita boleh jadi cermin bukan untuk serupa, tetapi untuk saling menghormati perbezaan.

Nota Tambahan :
Apa itu Hyperfocus dalam Autisme?

Hyperfocus ialah keadaan di mana seseorang boleh memberi tumpuan luar biasa, sangat mendalam, pada sesuatu perkara.

Bagi Autistik, hyperfocus ini bukan sekadar “minat” biasa. Ia seperti dunia mereka sendiri, ruang yang memberi ketenangan, tempat mereka rasa hidup.

Contohnya, seorang kanak-kanak Autistik mungkin boleh ingat setiap nama dinosour lengkap dengan tarikh fosil ditemui. Orang lain rasa pelik, tapi baginya itu satu keindahan.

Orang dewasa Autistik p**a mungkin boleh duduk berjam-jam menulis, melukis, coding, membaca kitab, atau mengkaji sesuatu isu tanpa rasa penat seolah-olah dunia luar hilang.

Hyperfocus ini ada dua sisi:

1. Kelebihan:
menghasilkan idea besar, kerja berkualiti tinggi, ketelitian luar biasa.

2. Cabaran:
kadang-kadang lupa makan, abaikan diri atau susah alih perhatian bila perlu.

Semoga dengan perkongsian ini, kita boleh belajar dan lebih faham tentang Autism. Semoga ibu bapa lebih memahami anak-anak mereka, guru-guru memahami anak murid mereka dan untuk mereka yang struggle sama seperti saya sedar bahawa mereka tidak keseorangan.

Kredit : Sha



🔖 Nota Penting :
Posting ini ditulis khusus tentang AUTISME. Komen yang lari dari topik Autisme akan DIPADAM. Tujuannya supaya ruang ini kekal fokus, bermanfaat dan tidak bercampur dengan isu lain.

04/10/2025

Bantu saya pecahkan algoritma. Balas posting ini dengan titik. Teruskan buat posting . Kali ini habis-habisan.

02/10/2025

Jangan takut dilabel FOMO bila sebut pasal Global Sumud Flotilla . Yang membimbangkan bila punya jutaan pengikut tapi tetap membisu. Influencer, bangunlah, dunia tunggu suara anda 📣

The sumud flotilla members need you all eyes ! They come from different backgrounds but all united for one  thing Palest...
02/10/2025

The sumud flotilla members need you all eyes ! They come from different backgrounds but all united for one thing Palestine 🇵🇸

01/10/2025

Address

Kota Bharu

Telephone

+60132186180

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Arips posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to The Arips:

Share