06/09/2025
MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN INFRASTRUKTUR AWAM, PROGRAM KAMPUNG ANGKAT MADANI - PEJABAT PEGUAM NEGARA
KOTA BHARU, 5 September 2025 (SABTU) – Pasar Warisan, Kg. Pengkalan Datu, Panchor.
Majlis Perasmian Dan Penyerahan Infrastruktur Awam ,Program Kampung Angkat Madani - Pejabat Peguam Negara 2025 telah berlangsung di Kg. Pengkalan Datu, hari ini.
Majlis tersebut turut diserikan dengan menaiki perahu kolek sebagai simbolik penyerahan rasmi infrastruktur awam.
Upacara penyerahan dan perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Tan Sri Mohd Dasuki bin Mokhtar, Peguam Negara Malaysia.
Turut hadir, Tuan Haji Rusydee Bin Abdullah, Ketua Jajahan Kota Bharu, YDH Supt Wan Ruzailan Bin Wan Mat Rusoff, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Kapt. (PA) Muhammad Shafie bin Rosslee, Timbalan Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu, Barisan Anggota Unit Marin Serta Anggota Pejabat Pertahanan Awam Daerah Kota Bharu.
APM Unit Marin Ditugaskan mengiringi perahu kolek yang dinaiki oleh YBhg. Tan Sri Peguam Negara Malaysia, serta bertanggungjawab bagi memastikan keselamatan VVIP semasa menaiki perahu kolek menyusuri sungai pengkalan datu.
Jabatan Perdana Menteri
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Mohd Adzhar
APM Negeri KelantanAngkatan Pertahanan Awam Kota Bharu