AZ Online

AZ Online Media, Reformasi, Informasi sebenar, sentiasa tepat, terkini & telus http://myktv.blogspot.com

31/01/2016
11/01/2016

Pakat Pakat LIKE FB SMNET News Saluran Berita Untuk Rakyat Kepada Rakyat

BERITA SEMASA
BERITA SUKAN &
BERITA PERMOTORAN

https://m.facebook.com/smnetnews/

> news
> sport
> motoring
Saluran Media terkini untuk perkembangan Berita Semasa, Sukan & Permotoran

SEMASA@Kelantan: Edisi 29 Okt 2015
05/11/2015

SEMASA@Kelantan: Edisi 29 Okt 2015

Edisi 29 Okt 2015 1. Kerajaan Negeri Sedia Hadapi Bah 2. 1,222 Rumah Kekal Baharu sedang giat dibangunkan 3. Peluang miliki semula tanah - Projek perumahan t...

Produksi Terbaru SEMASA@Kelantan.
29/10/2015

Produksi Terbaru SEMASA@Kelantan.

Edisi 22 Okt 2015 1. Berita Gembira Sempena 25 Tahun MBI 2. Perpaduan Asas Keharmonian - Titah YTM Tengku Mahkota 3. Sekretariat Ulama Nusantara Bakal Ditubu...

26/10/2015

1. Berita Gembira Sempena 25 Tahun MBI 2. Perpaduan Asas Keharmonian - Titah YTM Tengku Mahkota 3. Sekretariat Ulama Nusantara Bakal Ditubuh 4. Penantian Bel...

Perkembangan Kesihatan AyahandaAlhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih ba...
22/01/2015

Perkembangan Kesihatan Ayahanda

Alhamdulillah kesihatan ayahanda terus meningkat lebih baik. Pagi ini kami dapat lebih banyak berkomunikasi dengannya. Ayahanda minta untuk makan dan pihak hospital telah menyediakan nasi air.

Oleh kerana semalam ramai tetamu yang masuk ziarah, ayahanda batuk sedikit. Justeru doktor menasihati agar para pelawat hanya diizin untuk melihat dari luar bilik sahaja untuk mengelak jangkitan.

Jika keadaan bertambah baik, petang ini doktor mungkin akan membuang bantuan pernafasan daripada ayahanda. Doktor belum menggunakan perkataan 'sihat', sekadar ada perkembangan positif.

Terima kasih daripada kami pihak keluarga atas doa seluruh rakyat Malaysia. Saya p**a minta maaf atas kelewatan up date. Demam hari ini..

Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
22 Januari 2015 / 01 Rabiul Akhir 1436H
450pm

YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi] turun padang meninjau masaalah bendang padi] 3 Mac 2014
05/03/2014

YB Dato' Che Abdullah Mat Nawi] turun padang meninjau masaalah bendang padi] 3 Mac 2014

Dato' Che Abdullah Mat Nawi,Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,,Bioteknologi dan Teknologi Hijau Kelantan turun padang meninjau masalah bendang padi yang diten...

23/02/2014

KENYATAAN AKHBAR

Perkembangan Isu Tuntutan Royalti Minyak Kelantan

Saya ingin memberikan sedikit respon berkenaan isu tuntutan royalti minyak Kelantan yang sedang menjadi persoalan di kalangan sebahagian rakyat negeri ini. Adalah ditegaskan bahawa kerajaan Kelantan sentiasa serius terhadap tuntutan royalti minyak yang diyakini menjadi hak milik rakyat negeri Kelantan sebagai sebuah negeri yang bernaung di bawah Persekutuan Malaysia. Sikap ini tidak pernah berubah semenjak pentadbiran Yang Berhomat Tuan Guru Dato Bentara Setia selaku Menteri Besar sebelum ini hinggalah ke hari ini.

Inilah antara agenda yang dibawa oleh saya sendiri bersama beberapa pimpinan kerajaan negeri semasa melakukan pertemuan bersama Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia di Putrajaya pada 28 November 2013 yang lepas. Saya menyerahkan sendiri surat daripada kerajaan negeri Kelantan memohon agar Perdana Menteri memandang serius isu tuntutan royalti minyak yang sudah berlarutan sehingga hampir lima tahun. Saya nyatakan bahawa rakyat Kelantan berhak ke atas setiap titik minyak yang dikeluarkan dari bumi Kelantan sendiri berasaskan perjanjian yang dimeterai di antara PETRONAS dan kerajaan negeri pada tahun 1975.

Berkaitan itu saman kerajaan negeri Kelantan berhubung tuntutan royalti minyak yang telah difailkan di mahkamah, pihak Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mendapat taklimat yang disampaikan oleh Tetuan Tommy Thomas pada 30 Oktober 2013 yang memaklumkan bahawa proses perbicaraan sedang berjalan di mana peguam kerajaan negeri antara lain di dalam proses untuk mendapatkan Discovery Document daripada PETRONAS yang mempunyai lebih seribu muka surat. Pihak peguam juga memaklumkan bahawa tarikh perbicaraan sedang ditunggu untuk ditentukan oleh Mahkamah Persekutuan dalam masa yang terdekat. Justeru, tidak berbangkit isu bahawa Kelantan sedang menimbangkan untuk menarik balik saman yang telah difailkan.

Berhubung isu Jawatankuasa Khas berhubung pembayaran royalti minyak untuk Kelantan, kerajaan negeri sebelum ini telah bersetuju untuk melantik Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Fa-Iz Petra untuk mewakili kerajaan negeri Kelantan dalam perundingan tuntutan tersebut. Baginda telah beberapa kali menyertai perundingan dan kerajaan negeri dimaklumkan bahawa rundingan tersebut sedang berjalan di mana setiap negeri yang mempunyai hasil minyak di Malaysia turut menghantar wakil masing-masing.

Justeru, tuntutan royalti minyak yang menjadi hak milik rakyat Kelantan ini terus diperjuangkan oleh kerajaan negeri Kelantan melalui pelbagai usaha. Apa yang penting ialah, sokongan rakyat Kelantan sendiri terhadap usaha-usaha kerajaan dan juga mana-mana badan bukan kerajaan bagi memastikan tuntutan ini mencapai matlamatnya demi kebaikan seluruh rakyat negeri Kelantan Darul Naim.

Salam hormat.

YANG AMAT BERHORMAT USTAZ DATO AHMAD BIN YAKOB,
Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 23 Rabiul Akhir 1435H bersamaan 23 Februari 2014M

05/12/2013

KENYATAAN AKHBAR

DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN

5 Disember 2013 / 2 Safar 1435

RAYUAN SUMBANGAN MANGSA BANJIR

Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan telah melancarkan operasi membantu mangsa banjir yang sedang melanda sebahagian negara kita.

Pihak kami merayu kepada para dermawan untuk membantu mangsa-mangsa banjir sama ada berbentuk barangan atau wang ringgit.

Sumbangan berbentuk barangan seperti makanan kering, makanan dalam tin, ubat gigi, sabun, teh dan kopi, gula, beras, minyak masak, pampers kanak-kanak, serta tuala wanita.

Ia boleh dihantar terus ke Markaz Operasi Banjir Jabatan Amal Wilayah Persekutuan dialamat No 21, Jalan Pria, Taman Maluri, Kuala Lumpur.

Sumbangan wang tunai juga amat dialu-alukan. Ia boleh dimasukkan ke dalam akaun Bank Islam atas nama Jabatan Amal Malaysia DPPWP (14014010133695).

Untuk maklumat lanjut dan sebarang persoalan boleh diajukan kepada Saudara Rashidi (012 242 8942), Saudara Umar (014 239 8247) dan Saudara Adam (011 1646 7711).

Disediakan oleh

Mohd Rashidi Abdul Razak

Pengarah

Jabatan Amal Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

14/08/2013

SOLAT HAJAT DAN MUNAJAT RAKYAT KELANTAN
Keganasan Terhadap Rakyat Mesir

Tarikh : 8 syawwal 1434 bersamaan 15 Ogos 2013
Tempat : Dataran Stadium Sultan Muhammad V, Kota Bharu
Masa : Bermula solat maghrib berjemaah
Penceramah : YB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, YAB Dato Ahmad Yakob, YB Dato Husam Musa, YB Dato mohd Amar abdullah, YB Ustaz Latiff abd Rahman

Anjuran : Dewan pemuda pas negeri kelantan

10/04/2012

'100 Sebab Kenapa UMNO Wajib Ditolak'

Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AZ Online posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share