AMAL Bookshelf

AMAL Bookshelf Rangsang minda dan hati dengan bacaan yang meningkatkan iman dan amal.
(1)

“Anak dah tak dengar cakap.”“Suka keluar malam.”“Nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.”Ramai ibu bapa sedang...
15/07/2026

“Anak dah tak dengar cakap.”

“Suka keluar malam.”

“Nasihat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.”

Ramai ibu bapa sedang melalui fasa ini. Mungkin anak kita tidak perlukan lebih banyak bebelan.

Mereka perlukan sebuah rumah yang sentiasa mengingatkan mereka kepada Allah.

Hidupkan majlis ta’lim di rumah.
Pilih satu waktu setiap hari. Kumpulkan semua ahli keluarga.
Walaupun hanya 10 minit.

Bacalah al-Quran dan hadis.
Ceritakan tentang kebesaran Allah.
Ceritakan tentang syurga dan hari akhirat.
Ceritakan perjuangan Nabi saw dan Sahabat r.ahum

Jangan kecewa jika hari ini mereka masih belum berubah.

Air yang menitis setiap hari mampu melubangkan batu yang keras.

Apalagi kesan daripada “nur” Quran & hadis, yang tiada dalam perkataan lain. InsyaAllah istiqamahkan dengan ikhlas, lama-lama pasti akan ada perubahan.

Kita memang tidak mampu beri hidayah kepada anak-anak.Tetapi kita mampu mewujudkan suasana yang mengundang rahmat & hidayah Allah.

Teruskan usaha wujudkan suasana agama di rumah kita.

Teruskan doa sungguh-sungguh.

Selebihnya serahkan saja pada Allah.



InsyaAllah dengan teknik yang betul, anak kita boleh habis Iqra' sebelum tahun 1. Berusahalaaah! 💪
14/07/2026

InsyaAllah dengan teknik yang betul, anak kita boleh habis Iqra' sebelum tahun 1. Berusahalaaah! 💪

“Anak saya dah 6 tahun, tapi masih merangkak Iqra…”Percayalah ibu…Anak yang lambat membaca al-Quran bukan semestinya mal...
13/07/2026

“Anak saya dah 6 tahun, tapi masih merangkak Iqra…”

Percayalah ibu…

Anak yang lambat membaca al-Quran bukan semestinya malas.

Kadang-kadang…

❌ Cara belajar terlalu laju.

❌ Terlalu banyak perkara baru diperkenalkan serentak.

❌ Anak belum sempat benar-benar kenal huruf sebelum masuk hukum bacaan.

Sedangkan…

Kanak-kanak belajar melalui pengulangan.

Mereka perlukan masa.

Mereka perlukan keyakinan.

Sebab itulah dalam Iqra’ Abati, kami menggunakan kaedah:

🌿 Ulang berkali-kali sehingga anak benar-benar kenal pola bacaan.

🌿 Huruf baru diwarnakan supaya anak tahu apa yang sedang dipelajari.

🌿 Susunan yang lebih tenang, sedikit demi sedikit.

Bila asas kukuh…

InsyaAllah perjalanan membaca al-Quran menjadi jauh lebih mudah.

Kerana matlamat kita bukan sekadar menghabiskan Iqra’.

Tetapi melahirkan anak yang cinta membaca al-Quran sepanjang hayat.

Jika ibu sedang mengajar anak membaca Iqra’, semoga Allah mudahkan setiap usaha itu.

👉Dapatkan Iqra’ Abati di:
https://amalbookshelf.com/order/form/abati

Sebelum berakhirnya hari Jumaat ini… Hadiahkan satu amalan baik untuk diri sendiri dan orang yang kita sayang.Buku 40 Se...
03/07/2026

Sebelum berakhirnya hari Jumaat ini…

Hadiahkan satu amalan baik untuk diri sendiri dan orang yang kita sayang.

Buku 40 Selawat & Salam

🌿 1 buku RM5
🌿 5 buku RM22

Satu simpan untuk diri sendiri.

Empat lagi hadiahkan kepada orang yang kita mahu sama-sama mengingati dan mencintai Rasulullah ﷺ.

Buku kecil, saiz poket A6. Mudah dibawa dan disertakan audio bacaan percuma.

Jangan berselawat seorang diri. Ajak orang yang kita sayang bersama. 🤍

Link di komen

01/07/2026

Jangan sampai anak-anak lebih banyak mendengar label daripada harapan.

Daripada, “Awak nakal.”
Gantikan dengan, “Awak boleh jadi lebih baik, insya-Allah.”

Daripada, “Awak malas.”
Gantikan dengan, “Umi tahu awak sedang berusaha.”

Daripada, “Awak degil.”
Gantikan dengan, “Awak anak soleh.”

Kata-kata yang baik ialah sebahagian daripada tarbiah. Hidayah p**a milik Allah. Maka didiklah mereka dengan kasih sayang, dan iringilah setiap usaha dengan doa.




—-

Iqra Abati untuk bantu anak s**a mengaji dan tak mudah give up, ada di sini 👉 https://amalbookshelf.com/order/form/abati (link di bio)

28/06/2026

Hari ini peluang terakhir untuk dapatkan IQRA’ ABATI bersama 5 hadiah istimewa bernilai RM50.

Semoga jadi asbab anak lebih mudah belajar al Quran 🤲

🌸 Sempena 10 Muharam, jom pasang azam supaya anak dapat habiskan Iqra’ pada tahun 1448H ini dan mula membaca al-Quran se...
26/06/2026

🌸 Sempena 10 Muharam, jom pasang azam supaya anak dapat habiskan Iqra’ pada tahun 1448H ini dan mula membaca al-Quran secepat mungkin.

Insya-Allah, kaedah IQRA’ ABATI membantu anak s**a mengaji dan tidak mudah berputus asa.

Info lanjut mengenai Iqra Abati di komen 👇



🤍 Jika anak-anak ibu sudah pandai membaca al-Quran, mohon jasa baik *share* posting ini kepada ahli keluarga atau sahabat yang masih mempunyai anak belajar Iqra’.

Semoga setiap huruf al-Quran yang mereka baca nanti menjadi saham pahala yang berterusan buat kita.


Ibu..Kalau boleh, jangan lepaskan sepenuhnya urusan mengajar mengaji kepada orang lain.Bukan sebab kita lebih pandai.Buk...
25/06/2026

Ibu..

Kalau boleh, jangan lepaskan sepenuhnya urusan mengajar mengaji kepada orang lain.

Bukan sebab kita lebih pandai.

Bukan juga sebab ustaz atau ustazah tak bagus.

Tetapi alangkah indahnya kalau kita menjadi orang pertama yang memperkenalkan al-Quran kepada anak kita sendiri.

Mungkin hari ini kita cuma mengajar mereka mengenal Aa, Ba, Ta.

Cuma membetulkan bacaan Al-Fatihah.

Cuma duduk 5 minit sehari membaca Iqra’.

Nampak macam kecil.

Tapi kita tidak pernah tahu apa yang Allah sedang bina daripada 5 minit itu.

Suatu hari nanti, anak itu mungkin membaca al-Quran setiap hari.

Mungkin menghafaz al-Quran.
Mungkin membaca kitab-kitab Arab.
Mungkin mempelajari hadis-hadis Rasulullah ﷺ.

Mungkin anak akan belajar dengan ramai guru sepanjang hidupnya.

Tetapi biarlah ibu menjadi guru al-Quran yang pertama.

Kerana setiap kali anak membaca al-Quran, hadis & ilmu agama selepas itu…

Kita juga akan mendapat bahagiannya.. walaupun kita sudah tiada lagi di sini.

❤️

Jom ajak anak-anak puasa bermula esok demi menyempurnakan  hasrat keinginan Rasulullah saw ❤️
24/06/2026

Jom ajak anak-anak puasa bermula esok demi menyempurnakan hasrat keinginan Rasulullah saw ❤️


Address

970/1206 (Tingkat 1), Taman Uda Murni, Jalan Pengkalan Chepa
Kota Bharu
15400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AMAL Bookshelf posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to AMAL Bookshelf:

Shortcuts

Share

Category