Khazanah Tok Guru Nik Aziz

Khazanah Tok Guru Nik Aziz Laman Rasmi Facebook yang menghimpunkan koleksi, khazanah dan warisan pemikiran Tan Sri Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ikuti perkongsian kuliah, tulisan, rakaman dan bahan ilmiah berkaitan perjuangan serta sumbangan beliau.

"Tok Guru pernah berpesan tentang ujian hidup dengan satu nada yang sangat menenangkan."Katanya…“Sesungguhnya ujian di d...
29/07/2025

"Tok Guru pernah berpesan tentang ujian hidup dengan satu nada yang sangat menenangkan."

Katanya…

“Sesungguhnya ujian di dalam hidup ini merupakan satu lumrah yang kerananya diciptakan manusia ini. Ada yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kesabaran dan keimanan, ada juga yang ditimpa ujian lalu dihadapi dengan kemarahan bahkan semakin berpaling daripada Allah.”

Saya dengar pesanan tu dalam satu kuliah beliau. Tak kuat suara Tok Guru waktu tu, tapi kata-katanya cukup menusuk.

Sambil pegang tongkat, beliau sambung…

“Ingatlah kita bahawa ujian ini pastinya ada ganjaran besar kepada sesiapa yang bersabar. Baik orang sakit ada ganjaran, orang buta ada ganjaran, demikian juga segala macam ujian lain yang ditakdirkan oleh Allah SWT…”

Masa tu saya baru diuji dengan satu musibah besar dalam hidup.
Rasa marah, kecewa, dan tertanya-tanya:
“Kenapa aku, ya Allah?”

Tapi bila dengar pesanan Tok Guru… saya jadi malu sendiri.

Rupa-rupanya, sabar itu bukan sekadar bertahan. Tapi sabar itu membawa ganjaran. Sabar itu tanda kita redha dengan takdir. Sabar itu pintu syurga.

Tok Guru ajar kita untuk menerima ujian sebagai tarbiyah, bukan musibah semata-mata.

Sebab hidup ini… bukan tempat untuk bersenang-lenang.
Tapi tempat untuk diuji, untuk sabar, dan untuk kembali kepada Allah.

Khazanah Tok Guru Nik Aziz

28/07/2025

🔴𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚‼𝗟𝗜𝗩𝗘🔴
𝗣𝗮𝗴𝗶@𝗜𝗣𝗧𝗚: 𝗕𝗘𝗦𝗦𝗢 𝗛𝗢𝗞 𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟, 𝗕𝗕𝗘𝗧𝗨𝗟 𝗛𝗢𝗞 𝗕𝗘𝗦𝗢 (SIRI 3/29) - Puasa: Bukan sekadar menahan lapar!

Penghuraian ringkas dari kitab ‘Talbis Iblis’ mengenai belitan tipu daya IBLIS LAKNATULLAH bersama Ustaz Nor Azariza (Timbalan Ketua Pengelola 1, Halaqat Negeri Kelantan)

Isnin | 03 Safar 1447H | 28 Julai 2025| 09:30 pagi

27/07/2025

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚‼𝗟𝗜𝗩𝗘🔴
𝗜𝗣𝗧𝗚@𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁: 𝗕𝗔𝗥𝗘 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨 (SIRI 4/89)- Isu Nafkah dalam kekeluargaan

Program bual bicara santai mengenai kepentingan yang perlu diketahui masyarakat bersama tetamu istimewa Ustaz Mohamad Suhaimi bin Mohamed
Mantan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam

Ahad | 02 Safar 1447H |
27 Julai 2025 | 10:00 pagi

= = = = = =
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶: https://linktr.ee/IPTG

24/07/2025

🕌 KHUTBAH TOK GURU YANG TERUS HIDUP DI HATI UMMAH
Zaman berubah, tetapi suara kebenaran tetap segar membimbing umat.

Pesan Tok Guru – lembut tetapi tegas – masih menjadi pedoman umat hari ini. Khutbah dan kuliah beliau bukan sekadar nasihat, tetapi gagasan besar tentang Islam yang menyeluruh.
🔹 Taqwa asas kepimpinan
Dalam kajian akademik dan jurnal, Tok Guru menekankan kepimpinan adil yang berpaksikan taqwa, menolak riba dan ketidakadilan ekonomi.
🔹 Solat, doa & dunia sebagai ujian
Beliau sering menekankan pentingnya solat dan doa dalam menghadapi kefanaan dunia – asas hubungan manusia dengan Allah.
🔹 Ukhuwah Islam & toleransi
Beliau menyeru kepada persaudaraan Islam yang sejagat – mendidik masyarakat dengan semangat hormat, adil, dan dialog.
🔹 Kesederhanaan dalam kepimpinan
Tok Guru hidup sederhana, menyumbang pendapatan kepada rakyat dan menjaga solat berjemaah sebagai budaya pentadbiran.
🔹 Warisan ilmu yang terus hidup

Sejak 1996, beliau konsisten menyampaikan kuliah tafsir al-Quran. Siri-siri ini kini diterbitkan oleh IPTG sebagai warisan ilmu yang bernilai tinggi.
Khutbah ini bukan hanya untuk dikenang, tetapi untuk diamalkan.
Ayuh semarakkan kembali suara kebenaran Tok Guru.
Hidupkan legasi, bawa cahaya Islam ke tengah masyarakat.

= = = = = =
Ikuti: https://linktr.ee/IPTG

Umur belum cecah sembilan tahun… Tapi sudah dihantar jauh untuk menuntut ilmu.Itulah kisah awal Tok Guru Nik Abdul Aziz....
20/07/2025

Umur belum cecah sembilan tahun… Tapi sudah dihantar jauh untuk menuntut ilmu.

Itulah kisah awal Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Bermula di Sekolah Melayu Kedai Lalat, hanya tiga bulan beliau sempat belajar di situ pada tahun 1936. Kemudian, tanpa banyak bicara, ayahnya menghantar beliau ke Madrasah Diniyyah Ittifaqiyah, Jerteh, Terengganu.

Waktu itu, Tok Guru masih kecil. Tapi duduk sebaris dengan pelajar dewasa seperti Ustaz Mustafa Labib dari Indonesia, Che Ali Tukang Emas, Pak Od, dan Tok Wan Jusoh.

Rakan-rakan seangkatan beliau p**a ialah Pak Li Pak Wong, Hj. Doloh Pak Wong, Ya Gong Nering, Pok Li Kg Raja, dan Pak Muda Jerteh.

Bayangkan anak kecil seusia 9 tahun, merantau jauh demi menuntut ilmu agama.

Tiada telefon, tiada aplikasi untuk video call. Tapi Tok Guru dididik dengan jiwa besar.

Di situlah terbina kekuatan rohani dan keilmuan beliau.

Yang akhirnya, menjadi obor cahaya buat seluruh rakyat, bukan hanya di Kelantan, tapi untuk seluruh Malaysia.

Tokoh ini bukan datang secara tiba-tiba.

Ia lahir dari tarbiyah awal yang ikhlas dan bersungguh.

sambungan...

Khazanah Tok Guru Nik Aziz

KENYATAAN MEDIAUntuk Siaran SegeraPENANGGUHAN SIARAN KULIAH IPTGSEMPENA SIDANG DEWAN NEGERI KELANTAN 2025KOTA BHARU, 20 ...
20/07/2025

KENYATAAN MEDIA
Untuk Siaran Segera

PENANGGUHAN SIARAN KULIAH IPTG
SEMPENA SIDANG DEWAN NEGERI KELANTAN 2025

KOTA BHARU, 20 Julai 2025 – Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG) ingin memaklumkan bahawa kuliah dalam talian IPTG yang dijadualkan pada 21 hingga 23 Julai 2025 (Isnin hingga Rabu) akan DITANGGUHKAN buat sementara waktu.

Penangguhan ini adalah bagi memberi laluan kepada Persidangan Kali Kedua bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Negeri Kelantan Yang Kelima Belas Tahun 2025

Kuliah akan disambung semula seperti biasa pada 24 Julai 2025 (Khamis) melalui platform rasmi IPTG.
IPTG memohon maaf atas sebarang kesulitan yang timbul dan amat menghargai kerjasama serta sokongan berterusan daripada semua pihak.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Komunikasi Korporat, Unit Pengembangan
Institut Pemikiran Tok Guru Dato’ Bentara Setia (IPTG)
Emel: [email protected]
Laman web: www.iptg.info

TAMAT

20/07/2025

𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚‼𝗟𝗜𝗩𝗘🔴
𝗜𝗣𝗧𝗚@𝗣𝗼𝗱𝗰𝗮𝘀𝘁: 𝗕𝗔𝗥𝗘 𝗞𝗘𝗡𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨 (SIRI 4/88)- Hindari Khurafat di bulan Safar!

Program bual bicara santai mengenai kepentingan yang perlu diketahui masyarakat bersama tetamu istimewa Ustaz Che Kamarudin Kamel ( Mantan Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan)

Ahad | 24 Muharram 1447H |
20 Julai | 10:00 pagi

= = = = = =
𝗜𝗸𝘂𝘁𝗶: https://linktr.ee/IPTG

Saya masih ingat… waktu tu saya duduk bersila atas tikar mengkuang dalam satu kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Suaranya l...
20/07/2025

Saya masih ingat… waktu tu saya duduk bersila atas tikar mengkuang dalam satu kuliah Tok Guru Nik Abdul Aziz. Suaranya lembut, tapi tegas. Tak pernah sekali pun menengking, tapi setiap butir katanya rasa macam tembus terus ke dalam hati.

Katanya…

“Pertama, tiap-tiap seorang mesti merasai mati. Kedua, selepas mati, semua gerak kerja kita atas dunia akan dibalas. Ketiga, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, dialah sebenar-benar orang yang berjaya.”

Saya tunduk diam. Masa tu muda… tak banyak fikir pasal mati. Tapi bila usia makin meningkat, bila tengok orang sekeliling mula pergi satu persatu, barulah kata-kata tu datang balik, menghantui fikiran.

Betul kata Tok Guru.
Hidup ni bukan untuk selamanya.
Sibuk kita kejar dunia siang malam, tapi kadang lupa… mati itu pasti.

Dan bila mati tiba, bukan harta yang dibawa. Bukan pangkat, bukan pengikut di media sosial.

Yang dibawa cuma amal.

Syurga bukan untuk orang hebat di dunia. Tapi untuk orang yang selamat daripada api neraka. Itu saja.

Itulah sebenar-benar kejayaan.

Semoga Allah pandang usaha kita yang sedikit ini, dan jauhkan kita dari neraka-Nya.

Amin.

= = = = = =
Ikuti: https://linktr.ee/IPTG

16/07/2025

⭕SISI PANDANG: EPISOD 26⭕Topik Minggu Ini: KEJATUHAN UMAIYAH

Kerajaan Bani Umaiyah, empayar pertama Islam selepas Khulafa’ al-Rasyidin yang memerintah selama hampir 90 tahun (661–750M), menguasai wilayah dari Sepanyol hingga ke Asia Tengah.Namun akhirnya, kerajaan sebesar Umaiyah pun tidak kekal.Tahun 750M, mereka rebah dalam Revolusi Abbasiyah.

Konflik dalaman? Perebutan kuasa? Diskriminasi etnik? Kejatuhan Umaiyah bukan sekadar kisah silam. Ia cermin realiti politik hari ini.Apa yang kita boleh belajar daripada kejatuhan empayar ini?

🎤 Tetamu Khas:YB Dato’ Sri Amar D’Raja Dato’ (Dr.) Haji Mohd Amar bin Haji AbdullahSpeaker Dewan Negeri Kelantan

Rabu | 20 Muharram 1447H / 16 Julai 2025 | 09:30 pagi

“Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira.Ada yang...
14/07/2025

“Allahu Akbar! Allahu Akbar! PAS menang di Kelantan! Angkatan Perpaduan Ummah!” kami di asrama bersorak gembira.

Ada yang mengetuk baldi, mengibarkan kain pelekat, bertakbir apabila keputusan pilihanraya umum 1990 diumumkan di televisyen asrama sekolah.

Kemenangan itu bukanlah kemenangan politik kerana kami budak-budak sekolah menengah ketika itu, apalah sangat yang kami faham tentang politik. Tetapi mentaliti saya yang ketika itu di Tingkatan 3, menafsirkan keputusan pilihanraya umum itu sebagai sebuah kemenangan Islam.

Kebangkitan Islam!

1990 adalah tahun pertama, saya mengenal nama Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Begitu juga kebanyakan rakyat Malaysia ketika itu. Saya mengenalinya melalui akhbar Harakah, bahawa beliau adalah seorang ulama’, yang memimpin secara Islam.

Islamnya bukan sekadar pada parti yang diwakili. Tetapi Islam pada cara hidupnya. Biar pun sudah bergelar Menteri Besar, beliau masih mengekalkan keadaan hidupnya yang serba sederhana.

Keinginan untuk mengenali Tuan Guru Nik Abdul Aziz, membawa saya kepada pengembaraan seorang diri pada tahun berikutnya semasa di Tingkatan 4.

Perancangan asal adalah untuk mengaji Tasawwuf dengan seorang Tuan Guru di Kuang bersama rakan karib saya Zaharuddin Abdul Rahman.

Abah bekalkan saya RM100 untuk perjalanan tersebut dan berpesan agar berjimat cermat dan berhati-hati. Setibanya di Puduraya dari Ipoh, Zaharuddin memberitahu saya bahawa Tuan Guru berkenaan sakit dan membatalkan kelasnya. Saya yang sudah bersemangat dalam kembara ilmu, berat hati untuk p**ang ke Ipoh begitu sahaja.

“Kalau macam tu, ana pergi Kelantan. Ana nak tengok rupa Kelantan selepas kemenangan Islam. Anta nak ikut?” saya mengusik Zaharuddin.

“Tak apalah akhi. Anta pergilah” Zaharuddin menolak pelawaan saya.

“Anta tak s**a politik ya?” saya mengusiknya.

Beliau tersenyum, dan kami berpisah.

Saya nekad memberanikan diri ke Kota Bharu untuk meninjau bagaimanakah rupanya sebuah bandar yang diperintah dengan pemerintahan Islam.

Perjalanan jauh bas ekspres ketika itu berbaloi. Selain terkejut apabila bas berhenti untuk solat Subuh (ini sudah luar biasa), saya tambah terkejut kerana sebaik tiba di stesyen bas Kota Bharu, saya nampak orang berpusu-pusu ke sebuah bangunan bertulis Dewan Zulkifli Muhammad.

“Ramai-ramai ini, pergi ke mana, bang?” saya menyapa seorang lelaki di jalanan.

“Nak pergi dengar kuliah Tuan Guru. Sikit lagi akan bermula” katanya.

“Tuan Guru Nik Abdul Aziz?” saya teruja.

“Yo lah!” katanya dalam loghat Kelantan yang pekat.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, saya pun mengikut arus orang ramai. Hebatnya Kelantan. Menteri Besar mengajar agama kepada rakyatnya.

Orang berpusu-pusu mengejar ilmu. Saya tumpang bersila di atas surat khabar di kaki lima kedai buku Syarikat Jaffar Rawas.

Berbunga-bunga hati mendengar secara ‘live’ suara Tuan Guru Nik Abdul Aziz, walaupun saya tidak faham mana. Asyik mendengar hingga terlupa perut yang kelaparan. Biar pun tidak dapat melihat kelibatnya, dapat dengar suara pun jadilah.

Saya duduk di sekitar Masjid Muhammadi sehingga Maghrib sebelum mengambil bas Rasima Ekspres untuk kembali ke Ipoh malam tersebut.

Puas hati. Kelantan memang Serambi Mekah. Era ini era kebangkitan Islam!

Hasrizal Abdul Jamil
Penulis

Credit: saifulislam.com

Gambar pertama…Inilah rumah kayu Tok Guru Nik Abdul Aziz.Rumah ini beliau diami walaupun sudah bergelar Menteri Besar.Ti...
14/07/2025

Gambar pertama…

Inilah rumah kayu Tok Guru Nik Abdul Aziz.
Rumah ini beliau diami walaupun sudah bergelar Menteri Besar.

Tiada pagar batu. Tiada sofa empuk. Tiada penghawa dingin mewah.

Tapi penuh dengan ilmu dan keberkatan.

Di sinilah rakyat datang bertemu, bertanya dan menangis di hadapan seorang pemimpin yang benar-benar mendengar.

Gambar kedua…

Itulah kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan
Megah berdiri sejak belum merdeka. Tapi hari ini tetap sunyi dari penghuni.

Ia digunakan sekadar untuk menerima tetamu-tetamu kerajaan dan mengadakan mesyuarat rasmi sahaja.

Ruangnya luas, lengkap... tapi tetap tidak dihuni.

Hidup bukan untuk bermewah, tapi untuk memberi manfaat.

Tak perlukan istana untuk rasa dihormati.
Cukup hati hidup dengan rendah diri.

Khazanah Tok Guru Nik Aziz

14/07/2025

Menurut Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz, zikir itu ada tiga:

1- Zikir hati – ingatan yang sentiasa hidup kepada Allah, walau tanpa lafaz.

2- Zikir lidah – atau “ngatik” dalam bahasa Tok Guru, yang menjadi jambatan antara hati dan lisan.

3- Zikir al-Jawarih – zikir anggota badan, iaitu meninggalkan kejahatan dan menyebarkan kebaikan.

Kata Tok Guru, anggota badan manusia boleh jadi pemangsa – mulut yang menyakitkan, tangan yang menyakiti, kaki yang menyesatkan. Maka zikir yang sebenar, ialah apabila lidah menyebut, hati meresap, dan anggota turut tunduk.

Ini antara zikir yang Tok Guru amalkan setiap pagi Jumaat. Boleh tonton dan amalkan. Zikir-zikir ini bukan sekadar zikir (lafaz).Ia adalah warisan rohani Tok Guru Nik Aziz yang menghidupkan pagi Jumaat dengan hati, lisan yang basah dengan nama Allah, dan anggota yang menjauhi dosa.

Mari kita warisi amalan ini.
Kerana zikir bukan hanya mengingat Allah, tapi juga mendidik kita menjadi lebih mulia di sisi-Nya.

= = = = = =
Ikuti: https://linktr.ee/IPTG

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097470919

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khazanah Tok Guru Nik Aziz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khazanah Tok Guru Nik Aziz:

Share