Khazanah Tok Guru Nik Aziz

Khazanah Tok Guru Nik Aziz Laman Rasmi Facebook yang menghimpunkan koleksi, khazanah dan warisan pemikiran Tan Sri Dato' Bentara Setia Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ikuti perkongsian kuliah, tulisan, rakaman dan bahan ilmiah berkaitan perjuangan serta sumbangan beliau.

Pernah tak kita rasa… kita buat sesuatu, tapi tak tahu sama ada itu datang dari iman atau dari nafsu?Kadang-kadang kita ...
24/12/2025

Pernah tak kita rasa… kita buat sesuatu, tapi tak tahu sama ada itu datang dari iman atau dari nafsu?

Kadang-kadang kita marah, tapi rasa kita betul.
Kadang kita buat keputusan besar, tapi ada sesuatu yang mengganggu dalam hati.

Kadang kita rasa ‘niat aku baik’ tapi entah kenapa hati rasa jauh dari tenang.

Lalu saya teringat satu pesanan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang menyentuh tentang rahsia dalam diri manusia yang jarang kita sedar.

"Dalam tubuh manusia ada nafsu. Nafsu ini tidak dapat dilihat. Tidak diketahui rupa bentuknya sama ada bulat, l***r, berduri atau licin. Daripada nafsu inilah keluarnya fikiran jahat dan fikiran baik. Andai nafsu mampu diurus dengan baik maka pasti seseorang tidak akan terdedah pada bisikan kejahatan, manakala sebaliknya akan berlaku jikalau nafsu tidak berjaya dikawal."

Tok Guru sambung lagi…

"Bagaimanakah caranya untuk membezakan antara nafsu yang dapat membawa manusia ke neraka atau ke syurga?"

Lalu beliau sendiri jawab:

"Sesungguhnya tiada agama lain yang boleh menjawabnya persoalan di atas untuk kita. Jawapannya hanya mampu ditemui setelah kita menuruti sepenuhnya ajaran Islam dan setelah diri dipandu cahaya iman."

Allahu… dalam sangat maksudnya.

Kita semua ada nafsu.
Tapi Islam datang bukan untuk memusnahkan nafsu.
Islam datang untuk mendidik dan memandu nafsu agar menuju ke arah yang diredai Allah.

Sebab tu iman dan ilmu kena jalan bersama.
Tanpa keduanya, kita akan selalu ikut rasa…
dan rasa itu, kalau tak dibimbing, akan bawa kita ke arah yang kita sendiri tak sangka.

Jaga nafsu dengan iman.
Biar hati tenang, dan jalan kita menuju syurga.

https://linktr.ee/IPTG

Saya pernah berbual dengan seorang lelaki berumur lewat 60-an.Waktu itu, dia sedang menjaga isterinya yang uzur, terlant...
23/12/2025

Saya pernah berbual dengan seorang lelaki berumur lewat 60-an.
Waktu itu, dia sedang menjaga isterinya yang uzur, terlantar atas katil.

Saya tanya perlahan,
“Tak letih ke jaga isteri setiap hari macam ni?”

Dia senyum. Pandang wajah isteri yang sedang tidur.
Kemudian dia jawab,
“Saya tak pernah rasa letih… sebab ini wanita yang dulu sentiasa doakan saya, saat saya tak punya apa-apa.”

Masa tu, hati saya rasa sebak.
Terus saya teringat satu pesanan Tok Guru Nik Abdul Aziz yang sangat mendalam.

“Betapa untungnya seorang lelaki yang memiliki isteri yang beragama. Cantik sebenar seorang isteri adalah yang cantik agamanya. Cantik paras rupa, waktu muda sahaja. Tapi cantik agama, isteri sampai tua pun tetap cantik. Kerana isteri berbudi pekerti, berakhlak baik, indah peribadi, tenang menghadapi ujian Allah, akan disayangi oleh suami walaupun sudah tua. Inilah yang suami harapkan daripada isterinya, sentiasa di sisi saat susah senang, mendoakan suami sehingga air matanya bercucuran menadah tangan. Cantik isteri akan bertahan 2,3 tahun. Tapi cantik amalan isteri akan kekal sehingga dia mati.”

Masa muda, orang pandang kecantikan wajah.
Tapi bila usia makin lanjut,
yang paling berharga ialah akhlak dan agama.

Isteri yang sanggup bersabar waktu susah
Yang tak tinggal doa untuk suami setiap malam
Yang kuat walaupun diuji dari segenap arah

Itulah kecantikan sebenar
Yang tak akan pudar
Malah makin hari makin tinggi nilainya di mata seorang suami

https://linktr.ee/IPTG

23/12/2025

📹 LIVE SUARA – KULIAH TAFSIR TOK GURU

Ada satu suara… Yang bila kita dengar, hati jadi tenang. Bicara dia tak tinggi, tapi menusuk jiwa.

Tak pernah letih nasihatkan rakyat.
Suara itu… suara Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Sekarang, suara itu kembali menghidupkan jiwa kita.

Rakaman ulang siar ceramah Tok Guru, yang tak lapuk dek zaman.

Selasa | 02 Rejab 1447h | 22 Disember 2025
09:30 pagi

"Kalau terjaga tengah malam, jangan marah. Itu tanda Tuhan rindu."Pernah tak kita terjaga tiba-tiba jam 3 pagi?Tiada bun...
22/12/2025

"Kalau terjaga tengah malam, jangan marah. Itu tanda Tuhan rindu."

Pernah tak kita terjaga tiba-tiba jam 3 pagi?
Tiada bunyi, tiada gangguan, tapi mata terbuka sendiri

Kita pun pusing ke kiri
Tarik selimut
Sambung tidur

Tapi Tok Guru Nik Abdul Aziz pernah pesan sesuatu yang sangat halus dan indah:

"Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah."

Subhanallah
Tengah-tengah malam tu, Allah gerakkan kita
Bukan untuk kita scroll phone
Tapi untuk kita kembali pada-Nya walau sekejap

Tak perlu terus bangun
Tak perlu terus tahajjud
Cukup buka mata, dan cakap dalam hati
"Ya Allah… terima kasih. Aku rindu pada-Mu. Ampunkan aku."

Lepas tu tidur balik pun tak apa
Kerana yang penting kita sedar, yang gerakkan kita itu, adalah kasih sayang Allah.

Ikuti: https://linktr.ee/IPTG

22/12/2025

📣🔴SEKARANG LIVE- PAGI@IPTG: AQIDAH OGHE KITO (SIRI 9)

Dalam memahami akidah, bukan semua dalil datang dari nas mutawatir. Ada juga hadis-hadis sahih yang bersumber dari khabar ahad — yang tetap menjadi sandaran kukuh dalam bab akidah umat Islam.

Bagaimana ulama menilai dan menerima khabar ahad dalam soal keimanan?

Dan sejauh mana kedudukannya dalam membentuk aqidah oghe kito?

Ikuti kupasan penuh dalam Pagi@IPTG: Aqidah Oghe Kito Siri 9
🎙 Tajuk: Nusus² Akidah daripada Khabar Ahad (Hadis-hadis Sahih)
👤 Panel: Dr. Nik Yusri bin Musa

📅 Tarikh: Isnin, 22 Disember 2025 | 01 Rejab 1447H
⏰ Masa: 9.30 pagi

22/12/2025

PODCAST BARE KENA TAHU SIRI 5/94

Kupasan menarik dalam Podcast Bare Kena Tahu Siri 5/94
🎙 Tajuk: Rejab, Masa Terbaik Kembali Kepada Allah
👤 Panel: Ustaz Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad
(Mantan Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan)
🎤 Hos: Ustaz Zulkipli bin Mat Yusof, Timbalan Pengarah IPTG

21/12/2025

LIVE SEKARANG! PODCAST BARE KENA TAHU SIRI 5/95

Kupasan menarik dalam Podcast Bare Kena Tahu Siri 5/95
🎙 Tajuk: Muhasabah Akhir Tahun
👤 Panel: Ustaz Che Kamarudin Kamel bin Che Muhammad
(Mantan Timbalan Pengarah Yayasan Islam Kelantan)
🎤 Hos: Hazim Mutmain

📅 Tarikh: Ahad, 21 Disember 2025 | 30 Jamadil Akhir 1447H
⏰ Masa: 10.00 pagi

18/12/2025

Bulan Israk Mikraj - Tok Guru

Seperti yang dijanjikan,min mewakili penerbit ingin menghadiahkan eBook 𝗔𝘆𝗮𝗵: 𝗧𝗼𝗸 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗗𝗶 𝗠𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 kepada semua.Buk...
17/12/2025

Seperti yang dijanjikan,
min mewakili penerbit ingin menghadiahkan eBook 𝗔𝘆𝗮𝗵: 𝗧𝗼𝗸 𝗚𝘂𝗿𝘂 𝗗𝗶 𝗠𝗮𝘁𝗮 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 kepada semua.

Buku ini merakam sisi seorang ayah yang jarang diperkatakan
bukan dari sudut politik atau populariti
tetapi dari kaca mata keluarga yang hidup bersama beliau.

Jika anda ingin membaca dan menghayati nilai didikan, kasih dan kepimpinan seorang ayah
anda boleh dapatkan eBook ini di sini:
https://www.iptg.info/penerbitanbukuiptg

Tinggalkan komen
dan bantu sebarkan warisan ilmu dan kasih ini kepada yang lain.

Dapatkan pembacaan disini!

"Kalau manusia yang hanya meramal pun kita hormatMengapa kita susah sangat nak tunduk kepada Tuhan yang Maha Mengetahui?...
16/12/2025

"Kalau manusia yang hanya meramal pun kita hormat
Mengapa kita susah sangat nak tunduk kepada Tuhan yang Maha Mengetahui?"

Kita selalu kagum bila dengar orang hebat boleh ramal pasaran saham
boleh jangka keputusan pilihan raya
boleh tafsir pergerakan ekonomi dunia
Ataupun sekadar tukang ramal cuaca

Kita dengar, kita percaya
Dan walaupun mereka kadang salah, kita tetap hormat

Lalu Tok Guru Nik Abdul Aziz pun pernah bertanya:

“Tatkala kita mendengar adanya seseorang yang mampu membuat ramalan kerana ketinggian ilmunya seperti mampu membuat ramalan politik, ramalan ekonomi dan ramalan cuaca maka kita pasti akan menghormatinya walaupun kadang-kadang dia juga ada terbuat kesilapan dalam ramalannya, namun kita masih menghormatinya.

Tapi Allah SWT. Dia Maha Mengetahui segala galanya mengenai masa depan, bukan meramal tetapi mengetahui kerana urusan pada masa hadapan itu adalah ciptaannya, namun begitu mengapa ada manusia yang tidak boleh menghormati Allah SWT?”

Betul kata Tok Guru
Allah bukan meramal
Dia Maha Mengetahui kerana masa depan itu milik-Nya

Segala yang belum berlaku
Dia yang ciptakan

Maka peliklah kalau manusia boleh hormat kepada yang meneka
tapi enggan sujud kepada yang mencipta

https://linktr.ee/IPTG

16/12/2025

📹 LIVE SUARA – KULIAH TAFSIR TOK GURU

Ada satu suara… Yang bila kita dengar, hati jadi tenang. Bicara dia tak tinggi, tapi menusuk jiwa.

Tak pernah letih nasihatkan rakyat.
Suara itu… suara Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Sekarang, suara itu kembali menghidupkan jiwa kita.

Rakaman ulang siar ceramah Tok Guru, yang tak lapuk dek zaman.

Selasa | 25 Jamadil Akhir 1447h | 16 Disember 2025
09:30 pagi

15/12/2025

🔴𝗟𝗜𝗩𝗘 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗥𝗔𝗡𝗚‼
𝗣𝗮𝗴𝗶@𝗜𝗣𝗧𝗚: 𝗠𝗨𝗧𝗜𝗔𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗕𝗔𝗪𝗜 (SIRI 5/36)
Tajuk: ADAB MENGENAI NIAT

📌 Hubungan kekeluargaan dan persaudaraan kini semakin renggang dek kesibukan, ego dan dunia digital. Bagaimana panduan Nabi SAW dalam menyambung silaturahim?

🗣 Ustaz Zulqarnain Hassan

📅 Isnin | 24 Jamadil Akhir 1447H
🕤 15 Disember 2025 | 09:30 pagi

📲 Ikuti siaran langsung: https://linktr.ee/IPTG

Address

Kota Bharu

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6097470919

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Khazanah Tok Guru Nik Aziz posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Khazanah Tok Guru Nik Aziz:

Share