Kedai Hitam Putih

Kedai Hitam Putih Kedai Hitam Putih (KT0287436-K)
menerbit & menjual
buku-buku dari malaysia, indonesia

Kedai Hitam Putih
(KT0287436-K)
menerbit & menjual
buku-buku dari malaysia, indonesia

- ORDER; SMS
- C.O.D. sekitar bandar k.bharu kelantan, malaysia adalah percuma!
- kos pos bergantung pada kuantiti & lokasi (s'jung m'sia/sarawak/ sabah/luar malaysia
kami berada di medan ilmu (kb Kelantan) setiap pagi Jumaat
tel +6012-3840415 / +6013-9622882

https://www.facebook.com/pages/Kedai-Hitam-Putih/200375480100417?ref=ts&fref=ts

Dalam buku dwi bahasa (Melayu & Inggeris) ini, penulis meneliti sifat dialektika dlm Islam & sosialisme dgn mempertimban...
27/12/2025

Dalam buku dwi bahasa (Melayu & Inggeris) ini, penulis meneliti sifat dialektika dlm Islam & sosialisme dgn mempertimbangkan antara hubungannya dlm kerangka spiritual

ORDER;
πŸ‘‰πŸΌwasap.my/60123840415

Shopee
πŸ‘‰πŸΌmy.shp.ee/AiKBUJm

Buku: Islam & Sosialisme dalam Dialektika Kehidupan

Penulis: Dr. Nasir Hashim
Penerbit: Kedai Hitam Putih
Harga: RM 35
Halaman: 77 ms

Kandungan:

Prakata

Bab 1 Pendahuluan
Bab 2 Perbalahan Tanpa Kesudahan
Bab 3 Antara Islam dan Sosialisme
Bab 4 Titik Pertemuan antara Islam dengan Sosialisme
Bab 5 Analogi Terhadap Hubungan Dialektika
Bab 6 Keistimewaan Jantung Manusia
Bab 7 Jenis Hubungan Dialektika
Bab 8 Manusia Zaman Dahulu Menerima Amalan Hubungan Dialektika
Bab 9 Hubungan Dialektika dalam Islam
Bab 10 Kajian dalam Al-Quran
Bab 11 Fizik Kuantum Merombak Ilmu Duniawi
Bab 12 Sosialisme dalam Islam
Bab 13 Perkembangan Dunia Kapitalisme
Bab 14 Era Pencerahan (Age of Enlightenment)
Bab 15 Kapitalisme Zaman Moden
Ban 16 Sosialisme & Ayat Revolusi dalam Al-Quran

*buku dwi bahasa (Melayu & Inggeris dlm 1 naskah)

Book: Islam & Socialism on Dialectics of Life

Author: Dr. Nasir Hashim
Published: Kedai Hitam Putih
Price: RM 35
Page: 77

Content:

Foreword

Chapter 1 Introduction
Chapter 2 The Never-Ending Controversy
Chapter 3 Between The World of Islam & The World of Socialism
Chapter 4 Meeting Points of Worlds of Islam & Socialism
Chapter 5 The Analogy of Dialectical Relationship
Chapter 6 Outstanding Role of The Human Heart
Chapter 7 The Type of Dialectical
Chapter 8 Out Forefathers Accept Dialectical Relationship
Chapter 9 Dialectical Relationship in Islam
Chapter 10 The Protocol of Inquiry in The Quran
Chapter 11 Quantum Physics Overhauling Scientific Knowledge
Chapter 12 Socialism within The Quran
Chapter 13 The World of Capitalism
Chapter 14 Age of Enlightenment
Chapter 15 Modern Capitalism
Chapter 16 Socialism & The Revolutionary Verse of The Quran

ORDER;
πŸ‘‰πŸΌwasap.my/60123840415

Shopee
πŸ‘‰πŸΌmy.shp.ee/AiKBUJm

Buku komik ini mulai dari sebelum zaman kesultanan Melaka sehingga kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ianya cuba meny...
25/12/2025

Buku komik ini mulai dari sebelum zaman kesultanan Melaka sehingga kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Ianya cuba menyampaikan pandangan org ramai, yg sudah tentu berbeza dari sudut pandangan pihak berkuasa serta mudah dibaca & difahami

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸ½https://my.shp.ee/6Xi3z2o

Buku: Di Mana Bumi Dipijak. Sejarah Rakyat Malaya (komik)
Penulis: Musimgrafik
Harga: RM 25
Halaman: 172 ms

Bagi ramai orang, sejarah merupakan matapelajaran yang membosankan, penuh dengan tarikh, nama, dan perang yang mengelirukan. Di Malaysia p**a, buku sejarah banyak ditulis dari sudut pandangan pihak berkuasa-termasuk pemerintah penjajah – bukan rakyat jelata.

Di Mana Bumi Dipijak cuba menyampaikan pandangan orang ramai, yang sudah tentu berbeza sekali. Buku sejarah Tanah Melayu ini senang dibaca dan difaham.

Buku ini mulai dari sebelum zaman kesultanan Melaka sehingga kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31hb. Ogos 1957 dan antara lain, mengisahkan pertelingkahan kuasa-kuasa penjajah untuk menguasai Melaka, pemberontakan terhadap penguasaan penjajah Portugis, Belanda, British dan Jepun serta perjuangan untuk kemerdekaan, termasuk peranan parti politik dan gerakan buruh.

30 tahun kemudian, buku ini mengingatkan kita tentang warisan perjuangan mulia rakyat jelata tanah air kita.

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸ½https://my.shp.ee/6Xi3z2o

Novel ini merupakan salah satu narasi penting tentang bagaimana perempuan, begitu juga gerakannya, dihancurkan dgn keji ...
24/12/2025

Novel ini merupakan salah satu narasi penting tentang bagaimana perempuan, begitu juga gerakannya, dihancurkan dgn keji oleh militerisme di Indonesia. Berlatar sejarah, dgn detail yg belum pernah diungkap selama ini

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌ
https://s.shopee.com.my/30gRo24WOx

Buku: dari dalam kubur. sebuah novel
Penulis: Soe Tjen Marching
Harga: RM 50
Bahasa: Indonesia
Halaman: 508 ms

Novel ini menceritakan kisah keluarga, terutama hubungan anak perempuan dan ibunya yang misterius, sekaligus membuka kisah yang lebih luas. Kita bisa melacak jejak tragedi negeri ini melalui kisah mereka yang tersembunyi, menguak kompleksitas dan kepahitan rasialisme, agama bahkan kasta dalam masyarakat. Namun tak seperti novel-novel politik yang sibuk berteriak-teriak, ia tetap kisah manusia-manusia yang dipertalikan satu sama lain oleh kemanusiaan mereka - yang baik maupun biadap.

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌ
https://s.shopee.com.my/30gRo24WOx

"You would have to pay for your bad habit, your sadistic pleasure"ORDER;  www.wasap.my/60123840415Shopee πŸ‘‰πŸΌ https://my.s...
23/12/2025

"You would have to pay for your bad habit, your sadistic pleasure"

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌ https://my.shp.ee/F1LUM4C

Book: The Stockade. A novel
Author: Zakaria Ali
Published: Kedai Hitam Putih
Price: RM 30
Page: 218

*Second Edition, 2023

An American, aloof and haughty, a Malay, hesitant and confused, and Orang Asli, suspicious and resentful, they yielded to learning the meaning of humility the Belum jungle had taught them?

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌ https://my.shp.ee/F1LUM4C

terima kasih! semua pembaca yg membeli  πŸ“–πŸ“š
22/12/2025

terima kasih! semua pembaca yg membeli πŸ“–πŸ“š

πŸ“–πŸ“š
20/12/2025

πŸ“–πŸ“š

jumpa   & Pipit.press  esok di Kota Jail! πŸ“–πŸ“šJohor Alternative Bookfest
18/12/2025

jumpa & Pipit.press esok di Kota Jail! πŸ“–πŸ“š
Johor Alternative Bookfest

Penulis memahami Zizek sekaligus melampauinya dlm merumuskan 'yang-politis'. Politik sebagai nama dlm filsafat, sebagai ...
16/12/2025

Penulis memahami Zizek sekaligus melampauinya dlm merumuskan 'yang-politis'. Politik sebagai nama dlm filsafat, sebagai prosedur kebenaran, sebagai kelahiran subyek yg setia pada kebenaran

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://s.shopee.com.my/4LC4Zr5oUi

Buku: Manusia Politik. Subyek Radikal & Politik Emansipasi di Era Kapitalisme Global Menurut Slavoj Zizek

Penulis: Robertus Robet
Harga: RM 35
Bahasa: Indonesia
Halaman: 239 ms

Daftar Isi:

Prakata
Pendahuluan: Setelah Kematian Subyek
1. Kapitalisme: dari 'Nilai-Lebih' ke 'Nikmat-Lebih'
2. Optimisme Subyek yang Kehilangan
3. Tindakan Radikal Subyek yang Kehilangan
4. Ketakmungkinan sebagai Kategori Politik
5. Solipsisme Radikal sebagai Yang-Politis
6. Pandangan tentang Yang-Politis
7. Penutup: Yang-Politis, Emansipasi dan Tugas Filsafat Politik

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://s.shopee.com.my/4LC4Zr5oUi

Memoir ini menyelak wawasan & pemahaman tentang perang drpd nurani seorang wanita, keberanian beliau, perjuangan & pengo...
15/12/2025

Memoir ini menyelak wawasan & pemahaman tentang perang drpd nurani seorang wanita, keberanian beliau, perjuangan & pengorbanan saat dihunus cabaran

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌ https://my.shp.ee/WNpT8ZL

Buku: Kenangan Luka
Penulis: Sybil Kathigasu
Harga: RM 45
Halaman: 317 ms

Sybil Kathigasu tidak hanya menggalas khidmat sebagai jururawat dan bidan, namun wirawati negara saat pecah Perang Dunia Kedua ini sehabis kudrat membenteng tanah air daripada cengkaman Matahari Terbit yang menggilai darah dan air mata Malaya

Wanita Serani fasih berbahasa Kantonis, Sybil berkhidmat di Ipoh sebelum berpindah ke Papan saat Tanah Melayu ditempik Nippon. Tak terpacul walau sedetik ketakutan bertentang mata dengan Kempeitai, Sybil mengumpul dan memberi khabar berita kepada anggota gerila dan gerakan anti-Jepun, malah kepakarannya dalam perubatan serba sedikit menperkuat benteng melawan kedurjanaan si Jepun. Tak sedikit bahana menimpa - dia diseksa tanpa belas kasihan, anaknya hampir dipanggang dan tubuh wanitanya dihunus timbunan derita; perjuangan Sybil menyala-nyala, sehinggalah penyerahan kuasa Jepun kepada British pada Ogos 1945

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌ https://my.shp.ee/WNpT8ZL

Buku ini perlu dibaca oleh setiap orang yg benarΒ² ingin mengetahui sejarah tanah air kita khususnya sejarah tentang perl...
14/12/2025

Buku ini perlu dibaca oleh setiap orang yg benarΒ² ingin mengetahui sejarah tanah air kita khususnya sejarah tentang perlawanan rakyat di negara kita dlm periode penjajahan Jepun di masa Perang Dunia Kedua

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://my.shp.ee/FsnRSzW

Buku: Ringkasan Sejarah Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya

Penterjemah: Indrajaya Abdullah
Harga: RM 35
Halaman: 186 ms

Kandungan:
Prakata dari Edisi Tionghoa
Kata Pengantar dari Abdullah CD
Kata Pengantar dari Penterjemah: Indrajaya Abdullah

BAB 1: SITUASI DALAM DAN LUAR NEGERI MALAYA SEBELUM PERANG DUNIA
1. Terbentuknya Ikatan Paksi Fasis Jerman-Itali-Jepun dan Persiapan Jepun Menceroboh ke Selatan
2. Gerakan Demokratik Anti Jepun di Malaya Berkembang Pesat, Barisan Persatuan Anti Fasis Mulai Terbentuk
3. Kerajaan Penjajah Inggeris Mencengkam Penindasannya ke atas Gerakan Demokratik Anti-Jepun dan Melaksanakan Dasar Pertahanan Pasif
4. PKM Aktif Mempersiapkan dan Menyusun Perjuangan Bersenjata Anti-Jepun

BAB 2: TENTERA JEPUN MENDUDUKI MALAYA DAN MELAKSANAKAN PENGUASAAN FASIS YANG BERDARAH
1. Pemeriksaan dan Pembunuhan Besar-besaran
2. Perompakan Ekonomi yang Menggila
3. Penguasaan Tentera dan Penndasan Berdarah
4. Dasar Membodohkan Rakyat dan Pendidikan Perhambaan
5. Rakyat Hidup di Jurang Kesengsaraan

BAB 3: TENTERA ANTI-JEPUN RAKYAT MALAYA MEMBANGUN DAN MEMBESAR
1. Penubuhan dan Perkembangan Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (TAJRM)
2. Tiga Peringkat Perjuangan Bersenjata
3. Taktik dan Cara Bertembur Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya
4. Membasmi Ejen Musuh dan Menyusun Semula Pasukan Bersenjata Massa Spontan
5. Sumber Senjata Tentera Anti-Jepun Rakyat
6. Pendidikan Politik Tentera Anti-Jepun
7. Jasa Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya dan Martabat Sejarahnya

BAB 4: SUMBANGAN BESAR MASSA RAKYAT TERHADAP PERANG ANTI-JEPUN
1. Massa Aktif Menyertai Perang Anti-Jepun
2. Sekuat Tenaga Menyokong Tentera Anti-Jepun
3. Kerja Penerangan Anti-Jepun yang Bersifat Massa Berkembang Rancak
4. Semua Lapisan Bersatu Melawan Jepun

BAB 5: KERJASAMA TAJRM DENGAN TENTERA BERSEKUTU DI ASIA TENGGARA
1. Permulaan Kerjasama
2. PKM dan TAJRM Menandatangani Perjanjian Bersama-sama Melawan Jepun dengan Tentera Bersekutu
3. Pasukan 136 dan Kegiatannya
4. TAJRM Aktif Bersedia Berkhidmat Berkoordinasi dengan Serangan Balas Tentera Bersekutu

BAB 6: JEPUN MENYERAH KALAH DAN TAJRM DITAMATKAN PERKHIDMATANNYA
1. Situasi Perang Berubah Secara Dratis, Jepun Menyerah Kalah Tanpa Syarat
2. PKM Kemukakan β€œ8 Usulan Besar”, TAJRM Memasuki Pekan dan Bandar
3. Malaya Sekali Lagi Menjadi Jajahan Empayar Inggeris
4. Gerakan Damai dan Demokratik Ditindas Secara Kejam
5. Demobilisasi TAJRM

BAB 7: IMBAS KEMBALI SEJARAH

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://my.shp.ee/FsnRSzW

Kump**an cerita pendek yg ditulis dgn serius meski sambil tersenyum & diharapkan pembaca bisa menikmatinya dgn cara yg s...
13/12/2025

Kump**an cerita pendek yg ditulis dgn serius meski sambil tersenyum & diharapkan pembaca bisa menikmatinya dgn cara yg sama p**a

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://s.shopee.com.my/4AseOAQE8u

Buku: Sundari Keranjingan Puisi & Cerita-Cerita Lainnya

Penulis: Gunawan Tri Atmodjo
Harga: RM 28
Bahasa: Indonesia
Halaman: 129 ms

Tokoh-tokoh rekaan Gunawan Tri Atmodjo dalam kump**an cerpen ini adalah mereka yang berkubang dalam kesialan hidup lalu menyiasatnya dengan cara yang tidak biasa. Penyiasatan unik mereka terhadap dunia yang berdebah ini sekilas akan terbaca sebagai kekonyolan, tapi sesungguhnya adalah sikap dan tindakan yang serius. Buku ini adalah kump**an cerita pendek yang ditulis dengan serius meski sambil tersenyum - dan diharapkan pembaca bisa menikmatinya dengan cara yang sama p**a.

ORDER;
www.wasap.my/60123840415

Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://s.shopee.com.my/4AseOAQE8u

"When he was sojourning in America, he wrote to his mother about monchaghi dighi nan sojati/looking to find out who or w...
12/12/2025

"When he was sojourning in America, he wrote to his mother about monchaghi dighi nan sojati/looking to find out who or what he was. Has he found his true self? Only Zak can try to answer that" - Aisyah Rais

ORDER;
Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://my.shp.ee/vL4Em6v

www.wasap.my/60123840415

Book: Personae. Early Poems
Author: Zakaria Ali
Published: Kedai Hitam Putih
Price: RM 35
Page: 118

"Is Zak still osculating between hesitancy and resolution, like the persona he played 50 years ago? How does he feel about Personae now? When he was sojourning in America, he wrote to his mother about monchaghi dighi nan sojati/looking to find out who or what he was. Has he found his true self? Only Zak can try to answer that" - Aisyah Rais

ORDER;
Shopee πŸ‘‰πŸΌhttps://my.shp.ee/vL4Em6v

www.wasap.my/60123840415

Address

Kota Bharu

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kedai Hitam Putih posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kedai Hitam Putih:

Share

Category

Our Story

Kedai Hitam Putih (KT0287436-K) menerbit & menjual buku-buku dari malaysia, indonesia - ORDER; whatsapp #khp wwww.wasap.my/60123840415 - C.O.D. sekitar bandar k.bharu kelantan, malaysia adalah percuma! - kos pos bergantung pada kuantiti & lokasi (s'jung m'sia/sarawak/ sabah/luar malaysia) kami berada di medan ilmu (kb Kelantan) setiap pagi Jumaat tel +6012-3840415 / +6013-9622882 https://www.facebook.com/pages/Kedai-Hitam-Putih/200375480100417?ref=ts&fref=ts