03/05/2026
Pagi ini, masa sedang bersiap untuk hantar ke sekolah, anak saya cakap perlahan,
“Mommy tidak payahlah hantar saya ke sekolah. Saya naik basikal saja.”
Saya diam sekejap.
Senyum pun ada, risau pun ada.
Andu bah…
Ayat itu terus bawa saya balik ke zaman kanak-kanak saya.
Umur anak saya baru 4 tahun 8 bulan.
Tapi masa saya umur begitu, saya sudah ikut mama tiri saya berjualan di tamu Kundasang atau tamu Pekan Ranau. Bukan sebab dipaksa. Bukan juga sebab tiada yang jaga. Saya sendiri yang mahu ikut. Seronok tengok orang, seronok bantu, seronok rasa “besar”.
Pagi-pagi, kabus masih tebal.
Kami sudah susun barang. Sayur, buah, apa saja yang boleh dijual.
Saya kecil lagi, tapi hati rasa besar. Rasa macam ada tanggungjawab.
Jadi bila anak saya cakap begitu tadi, hati saya terus faham.
Perasaan itu sama.
Perasaan mahu berdikari.
Perasaan mahu cuba sendiri.
Perasaan mahu jadi “besar”.
Tapi… zaman sudah berubah.
Kalau dulu, jalan tanah, orang kampung saling kenal.
Sekarang, depan rumah pun sudah highway.
Kereta laju tidak kenal siapa kita.
Bahaya bukan lagi jauh. Bahaya sudah dekat.
Saya pandang anak saya.
Dia betul-betul serius. Bukan main-main.
“Kenapa mau naik basikal?” saya tanya.
“Saya sudah besar,” dia jawab.
Pendek saja. Tapi penuh yakin.
Saya ketawa kecil.
Besar… ya, di mata dia, dia sudah besar.
Saya duduk sama dia.
Saya tidak terus kata “tidak boleh”.
Saya pegang tangan dia.
“Memang kamu sudah pandai. Mommy bangga. Tapi jalan ke sekolah itu sangat sibuk. Banyak kereta laju. Mommy takut kalau jadi apa-apa.”
Saya senyum sambil gosok kepala dia.
“Buat masa ini, biarlah mommy hantar kamu ya. Mommy s**a hantar kamu. Itu masa kita sama-sama sebelum kamu masuk sekolah.”
Dia diam sekejap.
Muka sedikit berubah, tapi masih dengar.
Saya sambung lagi,
“Nanti kalau kamu sudah besar lagi, kita tengok semula. Sekarang, kamu teman mommy saja dulu.”
Dia pandang saya,
lepas itu dia angguk perlahan.
“Okay mommy.”
Kecil saja persetujuan itu, tapi besar maknanya.
Dalam hati saya, saya sedar satu perkara.
Anak-anak tidak perlukan kita untuk menghalang mereka menjadi besar.
Mereka perlukan kita untuk membimbing mereka menjadi besar dengan selamat.
Hari ini, saya masih hantar dia ke sekolah seperti biasa.
Dia duduk di sebelah.
Apabila turun hantar depan gate sekolah anak peluk saya kuat.
Dan dalam pelukan itu, saya tahu…
dia masih anak kecil saya.
Tapi dalam masa yang sama,
dia juga sedang belajar menjadi seseorang yang berani berdiri sendiri.
Dan tugas saya bukan menahan langkah dia,
tapi memastikan setiap langkah dia tidak membawa dia ke bahaya.
Itu saja beza dulu dan sekarang.
Bukan semangat anak-anak yang berubah,
tetapi dunia di sekeliling mereka.
Dan sebagai ibu,
kita belajar menerima hakikat itu,
sambil tetap menjaga harapan kecil mereka… supaya terus hidup.
Video: Semasa anak bermain kelmarin pada awal pagi.