Warta One

Warta One Liputan berita yang telus, menyeluruh dan berprinsip.

Bayi lelaki berusia 3 hari ditemukan di ladang sawit di KinabatanganKINABATANGAN, 17 Jan : Seorang bayi lelaki yang dipe...
18/01/2026

Bayi lelaki berusia 3 hari ditemukan di ladang sawit di Kinabatangan

KINABATANGAN, 17 Jan : Seorang bayi lelaki yang dipercayai berusia antara tiga hingga lima hari ditemukan dalam keadaan masih bernyawa di sebuah ladang kelapa sawit di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintenden D Ravi berkata bayi seberat 2.4 kilogram itu dijumpai oleh seorang pekerja ladang sebelum kejadian dimaklumkan kepada pihak pengurusan dan polis.

“Polis menerima laporan berhubung penemuan bayi cukup sifat itu pada jam 7.27 malam.

“Bayi tersebut segera dihantar ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan lanjut dan keadaannya kini stabil tanpa sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata bayi itu kini berada dalam pemantauan pihak hospital dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut Ravi, siasatan awal mendapati lokasi kejadian tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan setakat ini tiada saksi yang tampil.

“Tiada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi polis di talian 089-561890 bagi membantu siasatan.

Kredit 📷 : PDRM




Umur sudah lanjut masih ketagih syabu, insaflah pacik…TAWAU: Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki ter...
17/01/2026

Umur sudah lanjut masih ketagih syabu, insaflah pacik…

TAWAU: Seorang lelaki warga emas ditahan polis selepas disyaki terjebak dengan aktiviti penagihan dadah ketika berkeliaran dalam keadaan mencurigakan di sebuah stesen minyak di Jalan Apas, di sini, semalam.

Suspek berusia 63 tahun itu ditahan sepasukan anggota dari Balai Polis Tawau ketika menjalankan rondaan cegah jenayah, sebelum pemeriksaan lanjut dilakukan terhadap tubuh badannya.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, hasil pemeriksaan menemukan satu paket plastik kecil mengandungi satu plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan anggaran berat 0.20 gram.

“Suspek merupakan warga tempatan dan dadah berkenaan ditemui dalam milikannya ketika pemeriksaan dijalankan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, suspek bersama barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

Katanya, hasil semakan rekod jenayah lampau turut mendapati lelaki berkenaan pernah terlibat dengan beberapa kes berkaitan dadah dan jenayah sebelum ini.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit 📷 : Polis Daerah Tawau


Edar lebih 1kg syabu, lelaki warga Indonesia berdepan hukuman mati.TAWAU, 16 Jan :- Seorang lelaki warga Indonesia dihad...
16/01/2026

Edar lebih 1kg syabu, lelaki warga Indonesia berdepan hukuman mati.

TAWAU, 16 Jan :- Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengedar 1,009.47 gram dadah berbahaya jenis methamphetamine, awal bulan ini.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Yusri Amsar, 19, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Penolong Pendaftar Mahkamah Rendah Tawau, Mohd Afiz Huzairi Ayob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa mengedar dadah berbahaya itu di hadapan sebuah premis menjual produk dan makanan sejuk beku di Jalan Lorong 1, dekat sini, pada jam 10.15 malam, 1 Jan lepas.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 16 Feb depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan ujian kimia sebelum kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintenden Nur Intan Jamrin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.



Mayat lelaki warga asing ditemui reput di cerun Jalan Tulid–TongodKENINGAU, 15 Jan : Bau busuk dari kawasan cerun terpen...
15/01/2026

Mayat lelaki warga asing ditemui reput di cerun Jalan Tulid–Tongod

KENINGAU, 15 Jan : Bau busuk dari kawasan cerun terpencil membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga asing yang sudah reput dan dipenuhi ulat, di Kilometer 67.7 Jalan Tulid - Tongod berhampiran estet Kampung Nontodon, Sook, kira-kira jam 8.16 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Yampil Anak Garai, berkata siasatan awal mendapati mangsa berusia 45 tahun, lengkap berpakaian yang ditemui orang awam di kawasan semak samun dalam cerun sedalam kira-kira 10 kaki, kira-kira tiga kilometer dari penempatan penduduk terdekat.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di lokasi menjumpai beg pinggang berisi wang tunai Filipina serta wang syiling Malaysia dipercayai milik mangsa.

“Anggaran awal tempoh kematian mangsa adalah sekitar seminggu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil bedah siasat di Unit Forensik Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu mengesahkan punca kematian mangsa adalah akibat penyakit dalaman, manakala kesan luka di belakang kepala dipercayai gigitan ulat semasa proses pereputan, dan bukannya kecederaan akibat serangan.

Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Kredit 📷 : PDRM


Polis kesan waris lelaki disyaki terjatuh dari bangunan di PenampangKOTA KINABALU, 15 Jan : Polis sedang mengesan ahli k...
15/01/2026

Polis kesan waris lelaki disyaki terjatuh dari bangunan di Penampang

KOTA KINABALU, 15 Jan : Polis sedang mengesan ahli keluarga atau waris seorang lelaki yang disyaki terjatuh dari sebuah bangunan bertingkat dalam kejadian mati mengejut (SDR) di Penampang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 7.30 malam.

Menurutnya, kejadian berlaku di Lido Four Seasons, Lintas Jaya dan mangsa dipercayai seorang lelaki warga tempatan, namun identitinya masih belum dapat dikenal pasti.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat atau mengenali mangsa diminta tampil bagi membantu siasatan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Sub Inspektor Razmi Haji Omar di talian 013-980 2326 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran.

"Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan," tegasnya.

Kredit 📷 PDRM


Keluar ambil ubat, lelaki ditemukan maut di Sungai Lebak EngadKOTA BELUD, 14 Jan : Selepas tiga hari keluar rumah untuk ...
14/01/2026

Keluar ambil ubat, lelaki ditemukan maut di Sungai Lebak Engad

KOTA BELUD, 14 Jan : Selepas tiga hari keluar rumah untuk mengambil ubat di Hospital Kota Belud, seorang lelaki yang dilaporkan hilang sejak Isnin lalu ditemui meninggal dunia di sungai, petang tadi.

Mangsa, Manang Joh, 55, ditemukan pada jam 4.13 petang di Sungai Lebak Engad, kira-kira dua kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat penduduk kampung, hasil operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan pasukan bomba.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, Elge Bakuk berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke tebing sungai oleh pasukan operasi.

“Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, pasukan bomba turut menjalankan pemeriksaan akhir di kawasan operasi bagi memastikan tiada risiko bahaya lain sebelum operasi SAR ditamatkan sepenuhnya.

Dalam kejadian Isnin lalu, mangsa dilaporkan keluar dari rumahnya di Kampung Siasai Tamu kira-kira jam 6 pagi, dipercayai untuk ke Hospital Kota Belud bagi mengambil ubat rawatan.

Mangsa yang kali terakhir dilihat memakai baju T-shirt berwarna biru turquoise disedari tidak pulang ke rumah sehingga laporan kehilangan dibuat.

Difahamkan mangsa mempunyai masalah kesihatan mental dan sedang menerima rawatan di Hospital Kota Belud serta memiliki kad Orang Kurang Upaya (OKU).

Kredit 📷 Bomba KOTA BELUD


TULAR : Ladang ternakan buaya berlesen, operasi sah - Ocpd PenampangPENAMPANG, 13 Jan :-Ladang penternakan buaya yang di...
13/01/2026

TULAR : Ladang ternakan buaya berlesen, operasi sah - Ocpd Penampang

PENAMPANG, 13 Jan :-Ladang penternakan buaya yang dikaitkan dengan penularan video tular di media sosial sejak semalam disahkan beroperasi secara sah serta memiliki lesen lengkap, kata Ketua Polis Daerah Penampang Superitendan Sammy Newton.

Beliau berkata pemeriksaan segera dijalankan pihak polis susulan penularan klip video berdurasi kira-kira satu minit yang memaparkan kehadiran banyak buaya di sebuah kawasan berair sehingga mencetuskan kebimbangan orang ramai.

“Hasil pemeriksaan mendapati lokasi dalam rakaman berkenaan merupakan sebuah ladang penternakan buaya yang beroperasi secara sah dan mempunyai lesen penternakan yang sah,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sammy berkata ladang berkenaan turut memiliki lesen jual beli daging buaya yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, sekali gus menafikan dakwaan bahawa kawasan itu merupakan habitat buaya liar yang mengancam keselamatan awam.

Menurutnya, pihak polis percaya rakaman video tular itu dirakam berhampiran kawasan ladang berlesen berkenaan dan tidak melibatkan kehadiran buaya liar di kawasan awam.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh mencetuskan kegusaran serta panik dalam kalangan masyarakat.

“Orang ramai diminta sentiasa menyebarkan maklumat yang tepat dan bertanggungjawab serta merujuk kepada sumber rasmi,” katanya.

Kredit 📷 Polis Daerah Penampang

Tak sempat ke Pulau Banggi, APMM tahan lelaki cuba seludup rokok bernilai RM6000.KUDAT, 13 Jan :- Cubaan seorang lelaki ...
13/01/2026

Tak sempat ke Pulau Banggi, APMM tahan lelaki cuba seludup rokok bernilai RM6000.

KUDAT, 13 Jan :- Cubaan seorang lelaki membawa enam kotak rokok seludup ke Pulau Banggi menggunakan feri awam gagal apabila dia ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kudat semalam.

Pengarahnya, Komander Maritim Hasbullah Omar berkata, operasi dijalankan selepas pihaknya menerima maklumat risikan mengenai pergerakan rokok seludup melalui laluan feri awam di perairan Kudat.

“Bertindak atas maklumat, sebuah bot rondaan Maritim Malaysia digerakkan untuk memeriksa feri terbabit.

"Hasil pemeriksaan membawa kepada penahanan seorang lelaki bersama enam kotak rokok seludup dianggarkan bernilai RM6,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasbullah berkata suspek dan barang rampasan dibawa ke Pejabat Zon Maritim Kudat untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana memiliki dan membawa rokok yang disyaki tidak bercukai.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang awam supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan di perairan negara melalui talian kecemasan 999 atau Pusat Operasi Zon Maritim Kudat di 088-611858.

Kredit 📷 APMM Kudat


Kecurian Tayar Kenderaan Dilaporkan Aktif di SempornaSEMPORNA, 13 Jan :- Kecurian tayar kenderaan di daerah ini yang dil...
13/01/2026

Kecurian Tayar Kenderaan Dilaporkan Aktif di Semporna

SEMPORNA, 13 Jan :- Kecurian tayar kenderaan di daerah ini yang dilaporkan semakin semakin aktif mencetus kebimbangan dalam kalangan penduduk termasuk mereka yang memarkir kereta di kawasan premis kerajaan.

Kejadian itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan atau individu tidak bertanggungjawab, yang tidak mengira lokasi dan mengambil kesempatan untuk mencuri tayar kenderaan.

Seorang penduduk yang menjadi mangsa berkata, kereta yang diparkir di kawasan hospital pun tidak selamat, menunjukkan jenayah ini semakin berleluasa dan menimbulkan rasa bimbang dalam kalangan masyarakat.

"Dalam hospital pun boleh hilang empat biji tayar," katanya yang enggan namanya disiarkan.

Kerisauan itu turut dikongsi oleh individu di media sosial yang mahu pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Penduduk berharap pihak polis memperhebatkan rondaan di kawasan berisiko bagi membanteras jenayah curi tayar yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini

📷 Janaan kecerdasan buatan AI




Address

Kota Kinabalu

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Warta One posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share