Apa Cerita Sepanggar?

Apa Cerita Sepanggar? Dapatkan berita terkini mengenai Cerita Sepanggar.

29/04/2025

KENYATAAN MEDIA


KERUSI P.166 PARLIMEN LABUAN WAJIB DIISYTIHARKAN KOSONG DAN
SUATU PILIHAN RAYA KECIL WAJIB DIADAKAN SEGERA


Hari ini saya selaku Ketua Whip Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, menuntut pengisytiharan kekosongan kerusi P.166 Parlimen Labuan susulan Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 15 April 2025 yang membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan yang difailkan YB Dato’ Indera Suhaili Abdul Rahman terhadap BERSATU.

Memandangkan Mahkamah Tinggi Shah Alam telah membatalkan Writ Saman dan Penyata Tuntutan YB Dato’ Indera Suhaili, maka jelas alasan yang dijadikan sandaran oleh YB Tan Sri Speaker untuk tidak mengosongkan kerusi P.166 Labuan dan menolak permohonan saya dalam surat terdahulu bertarikh 9 Julai 2024, sudah tidak lagi relevan dan terpakai.

Oleh itu, YB Tan Sri Speaker tidak mempunyai pilihan lain selain daripada menghormati dan menjunjung mulia Perlembagaan Persekutuan dengan membuat perisytiharan bahawa berlaku kekosongan bagi kerusi P.166 Parlimen Labuan untuk membolehkan pihak Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) membuat ketetapan untuk suatu pilihan raya kecil diadakan segera.


DR. RONALD KIANDEE
Ketua Whip
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU)
Kuala Lumpur – 29 April 2025

15/09/2023

Bah apa lagi

Gangguan Bekalan Air Di KKIA, Jejaskan Industri Pelancongan – ARMADA Sabah.
14/05/2023

Gangguan Bekalan Air Di KKIA, Jejaskan Industri Pelancongan – ARMADA Sabah.

KOTA KINABALU: Isu ganggun bekalan air sehingga menggesa semua penerbangan mengisi air pesawat di tempat asal sebelum berlepas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) menjelaskan industri pelancongan di negeri ini. Ketua Armada BERSATU Sabah, Muhammad Affan Jumahat berkata, kenyataan d...

01/04/2023

Saya benar-benar tersentuh dan sedih dengan kisah saudara Noorazlan Ismail, yang sanggup berjalan kaki sejauh 312 km dari Tol Skudai di Johor menuju ke Istana Negara, bagi memperjuangkan haknya untuk mengeluarkan simpanan KWSP.

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/951020/norazlan-jalan-dari-johor-ke-istana-negara-dalam-misi-tuntut-pengeluaran

Bila baca kisah Noorazlan ini, saya faham benar isi hatinya. Bapa kepada lima anak yang masih bersekolah ini benar-benar terdesak dan sedang dalam kesusahan.

Bagi Noorazlan pengeluaran simpanan KWSP adalah kunci untuk dia keluar dari belenggu hutang dan seterusnya memulakan kehidupan baru bersama keluarga.

Saya tahu ramai rakyat di luar sana yang terdesak dan amat-amat memerlukan pengeluaran simpanan KWSP. Mereka juga dalam kesusahan dan kepayahan sepertimana Noorazlan ini.

Sebab itu pengeluaran KWSP bersasar menjadi agenda perjuangan Perikatan Nasional. Kami angkat denyut nadi dan suara hati rakyat yang mahukan pengeluaran simpanan KWSP ditunaikan kerajaan, tetapi sayangnya dibalas sinis PM Ke-10.

Perjuangan rakyat jangan dipandang sebelah mata. Dengarlah rintihan rakyat yang berjalan kaki ratusan kilometer ini.

Rakyat mahukan pemimpin yang boleh membela mereka, bukan pemimpin yang berlakon saban masa.


24/03/2023

Apa cerita

Tolong!!!! Inanam, Menggatal, Tebobon, Telipok & Sepanggar TIADA AIR!!!!Isu air  bukan satu perkara luar biasa sudah.. T...
22/03/2023

Tolong!!!! Inanam, Menggatal, Tebobon, Telipok & Sepanggar TIADA AIR!!!!

Isu air bukan satu perkara luar biasa sudah.. Talampau biasa sudah tiada.. Kadang hairan juga bermula Jam 11 Tengah Malam TIADA AIR JUGA!!

Bertukar tukar kerajaan tidak juga selesai masalah.. YB ADUN semua duduk rileks.. MP lagi? sana di KL 😂 Menteri? Duduk2 besigup sigup kali..

Negara kita sudah merdeka 65 Tahun masih ada lagi isu air di Bandar..

Yang kesiannya golongan warga emas, golongan yang bekerja, Kanak-kanak & keluarga yang mempunyai bayi..

Pihak yang berwajib, Minta tolong sangat selesaikan masalah Sumber Utama kepada rakyat..

Disuruhnya membayar air No.1, Tapi servis yang dinikmati tidak setimpal dengan apa yang rakyat mahu.

Tolonglah..

Address

Likas, Inanam, Menggatal, Tebobon & Sepanggar
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Apa Cerita Sepanggar? posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share