Tayoung Chan

Tayoung Chan Game for fun

23/07/2025
19/07/2025

“Kalau Korang Nampak Benda Ni Melekat Kat Batu, Tolong Jangan Sentuh Atau Cuba Tanggalkan.”

Oleh: Mazlan Syafie

Ramai tidak sedar bahawa sotong kurita ialah antara makhluk laut yang paling setia dalam hal menjaga anak. Sepanjang hayatnya, sotong kurita betina hanya akan bertelur sekali. Tetapi pengorbanannya selepas itu menjadikan ia antara ibu paling luar biasa dalam dunia haiwan.

Apabila sotong kurita bertelur, ia akan memilih lokasi yang selamat dan terlindung di celah batu, gua dasar laut atau struktur terumbu karang. Di situ, ia melekatkan ribuan telur kecil yang kelihatan seperti anggur putih jernih. Dari saat itu, kehidupan ibu sotong berubah sepenuhnya.

Dia tidak lagi memburu makanan. Dia tidak berenang jauh. Sebaliknya, dia duduk diam menjaga telurnya selama berminggu-minggu malah berbulan sehingga telur itu menetas.

Dalam tempoh itu, ibu sotong tidak makan langsung. Tenaganya digunakan sepenuhnya untuk memastikan telur-telur itu kekal bersih, selamat dan sentiasa mendapat oksigen mencukupi. Dia akan meniupkan arus halus menggunakan sesungut untuk memastikan aliran air di sekeliling telur sentiasa bergerak dan cukup oksigen.

Setiap detik yang berlalu, ibu sotong semakin lemah. Tetapi dia tidak berganjak. Jika ada pemangsa yang cuba menghampiri, dia akan bertindak mempertahankan telur dengan tenaga terakhir yang tinggal.

Apabila semua telur selamat menetas, ibu sotong akan mati tidak lama selepas itu. Dia menghembus nafas terakhir akibat keletihan melampau dan kelaparan yang berpanjangan. Namun kematiannya penuh makna kerana seluruh pengorbanannya telah memberi peluang kepada generasi seterusnya untuk hidup.

Kajian saintifik mendapati, sesetengah spesies sotong kurita sanggup menjaga telur selama lebih 50 hari tanpa henti. Malah ada rekod sotong kurita Pasifik Utara yang menjaga telurnya selama 53 bulan iaitu lebih dari 4 tahun, menjadikannya antara penjagaan ibu paling lama dalam dunia haiwan.

Masalahnya, ramai manusia tidak tahu. Apabila mereka menjumpai kelompok telur putih yang tergantung di celah batu ketika air surut, mereka menyentuh, menarik atau memindahkannya tanpa sedar. Tindakan ini secara langsung membunuh telur dan menghancurkan pengorbanan ibu sotong.

Ibu sotong tidak meninggalkan sarangnya. Jadi apabila telur itu dialih atau disentuh, dia tidak dapat melindungi atau menyusunnya semula. Telur-telur itu akan rosak, diserang bakteria atau dimakan pemangsa.

Lebih menyedihkan, ada juga yang menangkap ibu sotong itu kerana menyangka ia senang ditangkap disebabkan kelihatan pasif. Hakikatnya, dia sedang menjaga nyawa dengan seluruh tenaganya yang terakhir. Menyentuhnya bermakna mengganggu kitaran hidup yang sangat kritikal.

Sotong kurita ialah haiwan yang sangat pintar. Ia memiliki lebih 500 juta neuron, hampir setara dengan otak anjing. Ia boleh menyelesaikan masalah, menggunakan alat dan menyimpan ingatan jangka pendek. Tetapi apabila tiba masa bertelur, ia memilih untuk menyerah seluruh hidupnya demi generasi akan datang.

Setiap kelompok telur itu mewakili masa depan populasi sotong. Jika setiap ibu mati sia-sia, populasi akan merosot secara drastik. Ini memberi kesan kepada rantaian makanan laut secara menyeluruh.

Pada bulan Ogos dan September, banyak spesies sotong kurita bertelur di sekitar perairan cetek Asia Tenggara. Waktu inilah risiko gangguan paling tinggi berlaku, terutama di lokasi snorkeling atau kawasan batu karang yang popular. Orang ramai perlu lebih peka.

Jika anda terjumpa telur putih seperti anggur kecil melekat di batu laut, jangan sentuh. Jangan angkat. Jangan buang ke laut semula.

Hanya dengan membiarkannya, anda telah menyelamatkan ribuan nyawa yang sedang menanti untuk lahir dan melihat dunia.

Laut bukan hanya tempat kita bercuti atau "healing". Ia adalah rumah kepada makhluk lain yang sedang bertarung untuk hidup. Hormatilah mereka seperti anda mahu keluarga anda dihormati.

Inilah kasih sayang seekor ibu yang boleh kita pelajari dari makhluk lain. Ibu sotong kurita mengajar kita erti pengorbanan sebenar tanpa perlu sebarang kata-kata. Hormati, lindungi dan biarkan laut terus hidup untuk semua.

___

Nak tahu dengan lebih lanjut tentang fakta aneh sains biologi dan haiwan? Cuba korang baca buku BIOLOGIA terbitan kami.

Link pembelian: https://s.shopee.com.my/7zsyUNPT6m

15/07/2025
27/06/2025
11/06/2025
11/06/2025

Address

Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Tayoung Chan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Tayoung Chan:

Share