Sabah Baru News

Call Directions Website Contact the business

Sabah Baru News Berita Untuk Sabah, Berita Untuk Anda

DUA LELAKI DITAHAN DI RANAU, TEMBAGA DAN ALAT PECAH RUMAH DIRAMPASRANAU, 19 OKTOBER 2026 – Dua lelaki warga tempatan dit...
20/10/2026

DUA LELAKI DITAHAN DI RANAU, TEMBAGA DAN ALAT PECAH RUMAH DIRAMPAS

RANAU, 19 OKTOBER 2026 – Dua lelaki warga tempatan ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas disyaki memiliki barang curi dan peralatan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah di daerah ini.

Kedua-dua suspek ditahan oleh anggota Balai Polis Ranau ketika rondaan pencegahan jenayah dijalankan.

Pemeriksaan lanjut mendapati kenderaan yang digunakan mereka merupakan kenderaan sewa dari daerah Penampang.

Hasil pemeriksaan kenderaan yang disaksikan pemandunya menemukan beberapa barang, termasuk:

- 10 keping tembaga
- Sebilah parang
- Dua alat pemotong besi
- Satu playar muncung tirus
- Satu playar pengunci
- Dua pasang sarung tangan

Ketua Polis Daerah Ranau, Superintendan Mursalin Mahmud berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti kemungkinan penglibatan kedua-dua suspek dalam kes pecah rumah dan jenayah harta benda lain yang berlaku di daerah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 22A dan Seksyen 18(e) Ordinan Kesalahan-Kesalahan Kecil Negeri Sabah serta Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada masyarakat atas kerjasama menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu membanteras jenayah.

Orang ramai digalakkan terus menjadi mata dan telinga polis dengan menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti mencurigakan demi keselamatan komuniti.










Empat prinsip GRS perlu diterjemah melalui teladan kepimpinanTAMBUNAN: Empat prinsip utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), ...
20/10/2026

Empat prinsip GRS perlu diterjemah melalui teladan kepimpinan

TAMBUNAN: Empat prinsip utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Sabah First, Sabah United, Sabah Forward dan Sabah Prosper, perlu diterjemahkan melalui tindakan nyata dan teladan kepimpinan, bermula daripada peringkat tertinggi hingga ke akar umbi.

Penyelaras Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambunan, Dato’ Victor P. Paut berkata, pelaksanaan prinsip berkenaan perlu berteraskan pendekatan dari atas ke bawah (top-down), dengan pemimpin terlebih dahulu menunjukkan contoh sebelum diikuti ahli di peringkat bahagian, daerah dan cawangan.

---------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah:
https://www.sabahbarunews.com/empat-prinsip-grs-perlu-diterjemah-melalui-teladan-kepimpinan/

Sabah Baru News - TAMBUNAN: Empat prinsip utama Gabungan Rakyat Sabah (GRS), iaitu Sabah First, Sabah United, Sabah Forward dan Sabah Prosper,

Titik Panas Indonesia Melonjak Lebih Empat Kali Ganda, Jerebu Semakin BurukJAKARTA: Jumlah titik panas kebakaran hutan d...
19/10/2026

Titik Panas Indonesia Melonjak Lebih Empat Kali Ganda, Jerebu Semakin Buruk

JAKARTA: Jumlah titik panas kebakaran hutan dan tanah di Indonesia meningkat lebih empat kali ganda kepada 1,104 pada Ahad berbanding 270 pada Sabtu, dengan Kalimantan menjadi kawasan paling teruk terjejas sehingga menyebabkan kemerosotan kualiti udara di beberapa wilayah.

Menurut Kementerian Kehutanan Indonesia, Kalimantan Tengah mencatatkan peningkatan tertinggi dengan 495 titik panas berbanding 92 sebelumnya, manakala Kalimantan Barat merekodkan 174 titik panas berbanding hanya 22 pada hari sebelumnya.

Keadaan itu menyebabkan kualiti udara di sebahagian besar Kalimantan Tengah merosot ke tahap sangat tidak sihat dan berbahaya, sementara Kalimantan Barat, Kalimantan Selatan serta Kalimantan Timur turut mencatatkan bacaan udara tidak sihat hingga sangat tidak sihat.

Bagi menangani kebakaran berterusan, sebanyak 61 pesawat digerakkan di Kalimantan Tengah dan Kalimantan Barat, termasuk 44 pesawat bagi operasi pengeboman air serta 17 lagi untuk rondaan udara dan operasi pengubahsuaian cuaca.

Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Indonesia memaklumkan sebanyak 2,458 penerbangan domestik terjejas akibat jerebu antara 11 Ogos hingga 17 Oktober, melibatkan 1,080 penerbangan lewat, 1,324 dibatalkan atau ditangguhkan serta beberapa penerbangan terpaksa dilencongkan dan dijadualkan semula.

RM10.5 BILION SUDAH DIBELANJAKAN, HANYA EMPAT PAKEJ PAN BORNEO SABAH SIAP – PACKUALA LUMPUR, 19 Oktober – Jawatankuasa K...
19/10/2026

RM10.5 BILION SUDAH DIBELANJAKAN, HANYA EMPAT PAKEJ PAN BORNEO SABAH SIAP – PAC

KUALA LUMPUR, 19 Oktober – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen memulakan siasatan terhadap pengurusan kewangan, tatakelola dan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1 selepas Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2026 mendedahkan pelbagai kelemahan serta kelewatan projek berkenaan.

Pengerusi PAC, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, sebanyak RM10.547 bilion atau 94.6 peratus daripada peruntukan RM11.153 bilion telah dibelanjakan bagi tempoh 2016 hingga 31 Mac 2026. Bagaimanapun, daripada keseluruhan 35 pakej kerja melibatkan jajaran sepanjang 706 kilometer, hanya empat pakej atau 11.4 peratus berjaya disiapkan, sedangkan projek itu pada asalnya dijadualkan siap sepenuhnya pada penghujung 2021.

Menurutnya, daripada 31 pakej yang masih dalam pelaksanaan, sembilan dikategorikan sebagai projek sakit, 13 mengalami kelewatan dan sembilan lagi mendahului jadual. Kelemahan perancangan turut menyebabkan sasaran penyiapan keseluruhan projek dilanjutkan sehingga 2030, manakala kos kontrak meningkat daripada RM17.910 bilion kepada RM18.394 bilion.

Laporan audit turut mendedahkan 57 Arahan Perubahan Kerja bernilai RM513.99 juta diluluskan melebihi had kuasa tanpa kelulusan pihak berwajib, selain pembayaran RM163.64 juta kepada kontraktor dan perunding tanpa ikatan kontrak rasmi. Sebanyak 19 pakej kerja juga dilaporkan dimulakan sebelum kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) diperoleh.

Bagaimanapun, PAC mengambil maklum penjelasan Timbalan Ketua Menteri I merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam bahawa kerja pembinaan kini sedang giat dilaksanakan, dengan sebahagian jajaran mencapai kemajuan fizikal antara 90 hingga 93 peratus. Sebanyak lapan pakej melibatkan 179 kilometer turut dicadangkan untuk dibuka secara berperingkat sebelum penghujung tahun ini.

Mas Ermieyati menegaskan PAC akan memanggil wakil Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Sabah serta agensi berkaitan bagi membantu siasatan. Sekiranya terdapat petunjuk salah laku, rasuah atau penyelewengan kuasa, PAC tidak teragak-agak merujuk penemuan berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

BELANJAWAN MADANI BUKAN SEKADAR ANGKA, TETAPI AMANAH UNTUK RAKYAT – ANWARPUTRAJAYA, 19 Oktober – Perdana Menteri, Datuk ...
19/10/2026

BELANJAWAN MADANI BUKAN SEKADAR ANGKA, TETAPI AMANAH UNTUK RAKYAT – ANWAR

PUTRAJAYA, 19 Oktober – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa Belanjawan MADANI bukan sekadar perancangan fiskal atau pengagihan peruntukan, sebaliknya mencerminkan amanah dan tanggungjawab kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan serta taraf hidup rakyat.

Beliau berkata, empat Belanjawan MADANI yang telah dibentangkan sebelum ini menjadi asas penting dalam memperkukuh ekonomi negara, memperkemas tatakelola kewangan dan melaksanakan pembaharuan fiskal secara berhemah, termasuk penyasaran subsidi, pembendungan ketirisan serta peningkatan kecekapan perbelanjaan kerajaan.

Menurutnya, Belanjawan 2027 meneruskan usaha berkenaan dengan memberikan tumpuan kepada pengukuhan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain langkah meringankan beban kos sara hidup serta memperluas peluang ekonomi kepada seluruh lapisan masyarakat.

Anwar turut mengingatkan warga Perbendaharaan bahawa setiap ringgit yang diurus membawa tanggungjawab besar kepada rakyat. Tegasnya, kejayaan sesuatu belanjawan tidak seharusnya dinilai berdasarkan angka pertumbuhan ekonomi semata-mata, tetapi juga melalui keberkesanannya dalam memperbaiki kehidupan rakyat dan menjamin masa depan negara yang lebih sejahtera.

Beliau berkata demikian sempena Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada Isnin. Selepas perhimpunan itu, beliau turut menghadiri Majlis Apresiasi Pasukan Belanjawan 2027 bagi menghargai komitmen dan usaha warga kementerian yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan MADANI kelima.

LAPAN PAKEJ LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH SEJAUH 177 KM DISASARKAN DIBUKA SEBELUM HUJUNG 2026KOTA KINABALU, 19 OKTOBER 2026...
19/10/2026

LAPAN PAKEJ LEBUHRAYA PAN BORNEO SABAH SEJAUH 177 KM DISASARKAN DIBUKA SEBELUM HUJUNG 2026

KOTA KINABALU, 19 OKTOBER 2026 – Sebanyak lapan pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah melibatkan jajaran sepanjang 177 kilometer dicadang dibuka secara berperingkat kepada pengguna jalan raya sebelum penghujung tahun ini.

Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya dan Utiliti Sabah, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, langkah itu bertujuan mempercepatkan manfaat projek berkenaan kepada rakyat sementara kerja pembinaan di bahagian lain diteruskan.

Pembukaan secara berperingkat itu dijangka memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, khususnya dari segi perjalanan dan perhubungan antara kawasan yang terlibat.

Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah merupakan antara pembangunan infrastruktur utama negeri yang bertujuan meningkatkan kesalinghubungan serta kelancaran perjalanan darat.
Bagaimanapun, pembukaan setiap pakej bergantung pada pelaksanaan dan kesiapsiagaan jajaran berkenaan sebelum boleh digunakan oleh orang ramai.










19/10/2026

SMJ 2.0 pacu fasa baharu pembangunan Sabah : Hajiji

KUDAT: Kerajaan Negeri Sabah kini bersedia melangkah ke fasa baharu pembangunan, dari mengekalkan kestabilan politik kepada memperkasa keupayaan sebenar negeri untuk terus maju dan makmur selaras dengan semangat serta matlamat Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata, fasa lima tahun pertama pentadbirannya ditumpukan kepada usaha menstabilkan politik, memperkukuh kewangan, memantapkan pentadbiran, membina keyakinan pelabur, memperjuangkan hak negeri dan merintis semula projek tertangguh.

---------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah:
https://www.sabahbarunews.com/smj-2-0-pacu-fasa-baharu-pembangunan-sabah-hajiji/

DUA ANAK MUDA TAWAU HARUMKAN NAMA SABAH, TERIMA ANUGERAH EMAS ARPRMKLANG, 19 Oktober – Dua anak muda kelahiran Tawau, Mu...
19/10/2026

DUA ANAK MUDA TAWAU HARUMKAN NAMA SABAH, TERIMA ANUGERAH EMAS ARPRM

KLANG, 19 Oktober – Dua anak muda kelahiran Tawau, Muhammad Azuan Hafizan Danilo Palmares dan Muhammad Khairul Azhar Halidin, masing-masing berusia 20 tahun, mengharumkan nama Sabah selepas menerima pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas pada Konvensyen Emas ARPRM di KSL Esplanade Klang, Selangor, baru-baru ini.

Kedua-dua penerima yang merupakan ahli Kelab Rakan Muda Tawau itu menerima pengiktirafan atas komitmen, disiplin dan kejayaan melengkapkan cabaran pembangunan diri menerusi program berkenaan. Majlis pentauliahan yang berlangsung pada 16 hingga 17 Oktober itu menyaksikan seramai 84 belia dari seluruh negara menerima Anugerah Emas ARPRM.

Konvensyen berkenaan turut disertai 10 Alumni Emas ARPRM dari Sabah yang diketuai Pengerusi Kelab Rakan Muda Tawau, Nursayfaesyah Foo, bersama Pemimpin dan Mentor ARPRM, Alex Dennis, yang juga ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal Anugerah Kebangsaan.

Sepanjang konvensyen, para alumni membincangkan hala tuju dan peranan penerima Anugerah Emas dalam memperkasakan pembangunan belia, khususnya menerusi kepimpinan, kesukarelawanan dan penglibatan aktif dalam masyarakat. Program itu turut menjadi platform perkongsian pengalaman serta pengukuhan jaringan kerjasama antara alumni dari seluruh negara.

Kejayaan dua anak muda Tawau itu diharap menjadi inspirasi kepada generasi muda Sabah untuk terus mencabar kemampuan diri, membina keyakinan serta melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan sahsiah dan kepimpinan. Pengiktirafan tersebut membuktikan bahawa belia dari daerah Tawau juga mampu menyerlah dan mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan.

Kepentingan Sabah mesti atasi kepentingan GRS dan parti komponen:HajijiKUDAT:Semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah ...
19/10/2026

Kepentingan Sabah mesti atasi kepentingan GRS dan parti komponen:Hajiji

KUDAT:Semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diingatkan supaya sentiasa mengutamakan kepentingan Sabah mengatasi kepentingan gabungan, parti mahupun individu bagi memastikan kekuatan politik negeri terus terpelihara.

Ketua Menteri merangkap Pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor, berkata perpaduan dalam kalangan parti komponen merupakan asas penting untuk memperkukuh kedudukan serta kuasa tawar-menawar Sabah di peringkat Persekutuan.

---------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah:
https://www.sabahbarunews.com/kepentingan-sabah-mesti-atasi-kepentingan-grs-dan-parti-komponenhajiji/

Sabah Baru News - KUDAT:Semua parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diingatkan supaya sentiasa mengutamakan kepentingan Sabah

Kerjasama semua pihak penting pastikan Kota Marudu bersih dan ceria:MaijolKOTA MARUDU:Kerjasama erat antara pihak berkua...
19/10/2026

Kerjasama semua pihak penting pastikan Kota Marudu bersih dan ceria:Maijol

KOTA MARUDU:Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat amat penting bagi memastikan pekan Kota Marudu sentiasa bersih, ceria serta selesa untuk penduduk dan pengunjung.

Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Dr. Maijol Mahap, berkata usaha memelihara kebersihan dan keindahan persekitaran bukan tanggungjawab pihak berkuasa tempatan semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen serta penglibatan semua pihak.

---------------------------------------------------------------------------------
Untuk bacaan lanjut sila klik link di bawah:
https://www.sabahbarunews.com/kerjasama-semua-pihak-penting-pastikan-kota-marudu-bersih-dan-ceriamaijol/

Sabah Baru News - KOTA MARUDU:Kerjasama erat antara pihak berkuasa tempatan, agensi kerajaan, sektor swasta dan masyarakat amat penting

Address

Alam Mesra
Kota Kinabalu
88400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sabah Baru News posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sabah Baru News:

Share