
22/06/2025
Mesyuarat AJK Induk MPWS
Kota Kinabalu, 22 Jun : Mesyuarat Jawatankuasa Induk Majlis Penasihat Wanita Sabah (MPWS) telah diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) hari ini, dipengerusikan bersama oleh YBhg. Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki, Pengerusi MPWS dan Puan Hajah Haslina Ismail, Pengarah JHEWA.
Mesyuarat ini memberi tumpuan kepada penyusunan dan pelaksanaan program-program strategik MPWS dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (JHEWA) bagi tahun 2025, termasuk inisiatif berimpak tinggi yang menyasarkan pembangunan dan pemerkasaan wanita di seluruh negeri Sabah.
Perbincangan berlangsung dalam suasana yang konstruktif dan penuh semangat, mencerminkan komitmen tinggi seluruh ahli jawatankuasa dalam memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan.
YBhg. Datuk Pengerusi turut merakamkan penghargaan kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir atas keprihatinan, idea bernas dan kerjasama erat dalam menjayakan agenda pembangunan wanita.
MPWS terus komited untuk menjadi wadah utama suara wanita Sabah dalam merangka dasar, memperkasa komuniti dan memperkukuh peranan wanita dalam pembangunan negeri.